Tuesday, July 9, 2019

UMNO AKAN KEKAL JADI PARTI CERDIK GAGAH PERKASA TANPA KUASA..

Zahid Dan Tok mat dengan kerjasama PAS akan menjadikan Melayu Islam berintegriti disegani musuh dan lawan SELURUH dunia.

Tidak perlu ADA kebimbangan jika pun  Najib dan Zahid tersalah dan terpenjara kerana ADA tukang fatwa yang menyelamatkan mereka...

Ini kali lah betul² Melayu.

PAS dan UMNO jangan ulang sejarah yang MEMALUKAN..parti sekecil BERSATU Dan AMANAH kini jadi kerajaan, Menteri Dan Perdana Menteri.
Malulah juga KALAU jadi parti pembangkang minta parti kerajaan dibubarkan-mcm Tak logik.

31 comments:

  1. SELAMAT HARI JADI ATOKKKK

    KIKIKIKI...

    ITU PUN KENA DELETE...



    KIKIKIKI..

    ReplyDelete
  2. KD... ko setuju ker dgn kaedah ambikalih tol oleh madey keatas syarikat yg rugi dan hampir tamat tempoh konsessi?

    CAI PH SERONOK KENA KENCING ……

    Dulu ‘toll free’ sekarang ‘toll forever’ – Kerajaan Memperbodohkan Rakyat……

    Cara kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih 4 lebuh raya sama seperti mendahulukan duit (advance) kepada syarikat konsesi. Ia dibuat menerusi terbitan bon dan ia sebenarnya ditanggung oleh rakyat.
    Apabila PH memperkenalkan caj kesesakan, ia bermakna rakyat perlu membayar untuk menggunakan lebuh raya ini walaupun kontrak syarikat konsesi sudah tamat. Ianya berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional apabila merobohkan plaza tol yang membawa maksud ‘tol dimansuhkan’.

    Banyak kali saya tanya mengenai caj kesesakan yang ditukar nama daripada kutipan tol. Bagaimana Guan Eng boleh kata rakyat dapat berjimat apabila Rakyat kena menanggung pembayaran pinjaman serta faedah RM6.2 bilion itu serta diperlukan untuk terus membayar caj kesesakan setelah konsesi tol tamat.

    Dulu PH berjanji untuk memansuhkan tol. Sekarang mereka perkenalkan tol untuk selama-lamanya. Saya tak faham dan tak nampak apa rasionalnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata ianya tidak membebankan rakyat.

    Sementara soalan tambahan saya mengenai ‘premium over book value’ gagal dijawab Guan Eng. Adakah Guan Eng sebagai akauntan ‘provinsional’ (sementara) tidak faham istilah ini?

    Ramai penganalisis yang berpendapat tawaran RM6.2 bilion itu adalah RM2.8 bilion lebih tinggi dari “book value” atau nilai buku untuk 4 lebuhraya tersebut.

    Itulah sebab Menteri tak mahu jawab.

    Dia juga tak jawab soalan saya tentang pendapatan empat lebuhraya tersebut untuk setiap tahun sejak tahun 2015 kerana tahu bahawa trafik untuk semua lebuhraya tersebut semakin turun setiap tahun setelah projek penyambungan LRT1 dan LRT2 serta MRT1 dibuka dan tol di Lebuhraya Persekutuan dimansuhkan sepenuhnya.

    Tiga dari empat lebuhraya itu mengalami kerugian tiap-tiap tahun. Hanya Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) yang masih untung.

    Trafik dijangka akan terus menurun dan kerugian akan bertambah besar pada masa hadapan apabila LRT3 dan MRT2 dibuka.

    Kenapa nak ambil alih syarikat-syarikat yang tidak untung?

    Oleh itu, Menteri juga tak mahu jawab.

    Dulu Setiausaha Politik Guan Eng, Tony Pua ada mengeluarkan formula khas untuk tol. Menurut formula Tony Pua, Lebuhraya MEX boleh diambil alih dengan nilai RM344 juta. Kenapa tak ambil alih MEX? Kalau ikut formula Tony Pua, kerajaan hanya perlu membayar RM300 juta saja untuk ambil alih LDP. Tetapi kenapa sekarang PH perlu memperuntukkan RM6.2 bilion untuk LDP dan 3 lagi tol yang tidak untung?

    #TolPercumaJadiTolSelamanya
    #TollFreetoTollForever

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan NEGARA biar PM Dan kabinet uruskan.

      Aku Dan LATHEEFA koya cuma pantau ADA masuk akaun peribadi ke tidak.

      Delete
    2. rilesk bro, PRU15 lmbt lagi, last minit nt mcm2 boleh terjadi. right now masa untuk kaji emosi dan sentimen rakyat.

      Delete
    3. Lebuhraya tak perlu diselenggara ke? Gaji pekerja tak perlu dibayar ke? Kerajjan dulu tinggal duit byk?

      Delete
    4. "Urusan NEGARA biar PM Dan kabinet uruskan"

      tetiba...

      masa najib pm tak pulak tulis cam tuh?

      Delete
    5. Sbb zaman najib dia lbh byk uruskan bagaimana nak penuhkan kantung sendiri..

      Delete
    6. ye ke?

      bukan itu zaman pm4 ke?

      Delete
  3. Parti sekecil Bersatu akan cipta rekod kerajaan sepenggal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPENGGAL pun ok, allamdulillah, syukur.

      Jangan kena penjara 20 tahun dah le.

      Delete
    2. Parti “sebesar” Pas sudahpun memegang rekod kerajaan sepenggal. Apa ada hal? Rakyat yang akan tentukan. Tak suka boleh tukar. No need to provoke...macam budak2. Tak matured langsung.

      Delete
    3. Betul sepenngal pun alhamduliilah..tak ada pemimpin yg curi duit..isteri ada beratus2 beg tgn mewah..belanja kenduri berjuta2..duit cash dirumah beratus2 juta..barang kemas kalau pakai sekaligus pun tak tempat yang gantung..yg paling penting, bila diberi amanah, jgn khianati amanah tersebut..rakyat ada kuasa utk tukar kerajaan..buktinya kerajaan kleptokrasi dan tumbang

      Delete
    4. macamana pulak kalu sepenggal tu cuma dua tahun?

      Delete
    5. KALAU sehari pun allamdulillah.

      Manusia merancang, perancangan Allah yang terbaik.

      KALAU sekadar kerajaan Dua tahun tetapi boleh memenjarakan penyamun² 20 tahun itu lebih bail.

      Pembenterasan korup pun nampak berkesan walau belum Dua tahun.

      Fokus kualiti, bukan tempoh..

      Delete
    6. bagus la kalau macam tu...

      jangan propa je lebih kualiti pulak makin merosot.

      Delete
  4. Perbicaraan Kes SRC Semakin Mendedahkan Kebenaran
    Integriti Pendakwaraya, Imej Kehakiman Negara Semakin Kotor

    Suboh akui pemalsuan tandatangan..

    http://theunspinners.blogspot.com/2019/07/perbicaraan-kes-src-semakin-mendedahkan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiiii...kau PUNYA ulasan macamlah kau Ketua Hakim NEGARA.

      Kau petik SATU dari 100, kau dah jatuh hukum.

      Perbicaraan sekarang menjurus kepada ADA prima facie KE atau tidak..kau PUNYA melalut macam tongkang pecah

      Delete
    2. Tipu, fitnah dll..tapi duit masih masuk akaun najib..mcm mana tu..madey arahkan? Guang eng? Mat sabu? Siapa cipta plot? Tuan pun percaya..duit najib dah guna...kihkihkih

      Delete
    3. bukan ke rakyat hakim negara?

      Delete
    4. Rakyat hanya Hakim ketika pilihanraya..
      Lain² hanya persepsi..
      Persepsi fitnah terbatal apabila yang relevan sudah DIDAKWA..
      Jika sabit kesalahan..sempurnalah persepsi itu.

      Delete
    5. Jika tak sabit kesalahan sempurnalah fitnah itu, tak gitu?

      Delete
  5. Assalamualaikum KD..kali ni artikel cukup mencabar minda.

    Ini pandangan aku PRU lepas kita tau sapa yg bertanding. UMNO selalu ditembak isu intergriti. Erti kata lain UMNO kalau nak berjaya perlu jadi parti malaikat.

    Semua org bijak pandai melayu dan penganalisis suka mengkritik UMNO. Memberi pandangan bagaimana memperkasakan UMNO.

    OK KD..aku nak tanya camna parti Melayu PRU lepas? Anwar Ketua PKR geng engkau satu kapal lagiiii tiada intergriti. dah masuk penjara kes teruk sangat. Rafizi terang2 bgtahu cincin rosmah dia klentong . Azmin hmmm sama gak.. Mat sabu kaki sembang kopi boleh lah. Tun Mahahthir pulak beliau dah tua.Umur dh hampir 100 thn .Kau pun tau KD sepatutnya tugas jaga negara kpd org2 muda.

    Kemenangan PH bg aku bkn kerana Kepimpinan yg hebat tapi fitnah.Bila fitnah terbongkar Rakyat kembali kpd Najib. Rakyat masih benci UMNO tapi tidak Najib.Rakyat melihat peninggalan Najib adalah bukti beliau tolong rakyat. UMNO tolak Najib maka UMNO bakal tertolak. Ada yg bgtahu Najib 1 tahun bangkit dgn bergaya..salah Najib sudah bangkit sejak PRK kecil di kawasan parlimen Mat Sabu Presiden PAN yg gagah. Ingat masa itu baru ja menang dan diraikan dgn bendera2 besar parti PH.

    Selepas itu kebangkitan Najib seperti ombak.Najib menguasai Perang media hanya dgn Facebook beliau. Ingat lagii KD ramai memperlekehkan FB najib dgn fake acc. Penguasaan Najib dalam media mengalahkan malaysiakini yg hampir lumpuh klau dilihat dari komen2 netizen.

    Media2 kerajan menyerang Najib semenjak Najib jatuh.Setiap isu besar dialihkan dgn isu najib..tetapi GAGAL. Najib tetap menguasai media sosial. Baru2 ni Najib hemtam Kadir Jasin. Najib tau cybertrooper beliau akan buat serangan semula..Habis komen2 netizen di FB kadir.

    KD...kesimpulannya la ni Najib bkn meawakili UMNO tetapi rakyat yg tiada berparti. Media sosial sudah berkecamuk tiada lagi ketua2 yg berpengaruh.. Siapa2 boleh menjadi tentera Najib. Budak Uitm yg mempunyai pengikut 5k pun berpengaruh. Undi2 di FB mudah shj Najib menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU dibandingkan, sokongan kepada Anwar lebih hebat tetapi ending nya..pun masih belum jelas hingga sekarang.

      Masa Mula DIDAKWA, penyokong Najib pun kerumum..sekarang? Sendiri?

      Kes akan ambil Masa 2-3 tahun lagi..siapa yg akan terus Setia dampingi.

      Bagi aku sokongan KE atas Najib kerana cakapnya ADA asas dan waras sekarang, dia pun dah boleh dampingi rakyat..Tak ADA Pengawal yg menjarak dia dari rakyat Dan wartawan seperti dulu.

      Oleh itu tidak salah sokong Najib, sokong bukan kerana namanya Najib, sokong selagi dia cakap perkara yang betul.

      Tetapi itu tidak menghalalkan SEGALA dosa sebelum ini, rules of law jalan terus.

      Delete
    2. Anwar bkn ambil 2@3 tahun utk jatuh..Reformasi bergegar lama.Anwar mula kalah bila klentong. Apa yg dia cakap hanya politik meraih sokongan.Tiada bukti fakta. Najib tidak begitu Najib buktikan dgn cara beliau mengurus ekonomi.

      Ini ada beza. Anwar menjadi fenomena kerana dianggap fitnah maka rakyat bangkit.Anwar dikenali sbg suara rakyat menentang KRONISMA. Jgn lupa ini sejarah..Rakyat bg sokongan kerana Tun Mahathir diangap curi duit rakyat.

      Berbanding Najib dengan data2 buktikan Ekonomi Rakyat kukuh.Terbukti dalam 9 tahun simpanan kerajaan berganda2 bertambah. SRC dan 1MDB adalah syarikat kerajaan bkn anak dan rosmah yg punya.Keuntungan 1MDB ja boleh membeli beras utk rakyat selama 10 tahun.

      Najib bangkit sama dgn Anwar bezanya dari sudut cara pengaruhi rakyat..Najib dgn Ilmu dan Anwar dgn semangat emosi. Nak kalahkan Najib mudah sangat .......kalahkan permainan cara Najib.

      Najib tau dia kalah dgn propaganda.Najib tau dia kalah dgn kadir jasin.Najib pun kalah dgn engkau KD...Najib tau siapa kuasai New War Media sosial maka itu kemenangan mutlak.

      KD ..Najib sudah menguasai Netizen melayu..DAP bangga dgn undi Cina.. Macam kau kata KD ..... 3 tahun dari sekarang masa yg tinggal ... kemenangan ditentukan cara Najib bermain bkn lagi cara Kadir jasin dan engkau KD. Kemenangan akan ditentukan angka ekonomi. Ini rakyat paling suka..Cina pun tau KD.. cuma bangsa Cina masih mengharapkan dan memberi peluang..Najib ada satu lagi FB ahjib Ghor jgn lupa KD ...Masa ja akan tentukan bila Najib klik FB ni. Najib kerja pengurusan bagus ,smart dan cool.

      KD..Najib boleh dikalahkan dan MESTI ikut permainan Najib..Bkn lagi politik jatuh menjatuhkan.

      Delete
    3. bukankah semua manusia itu berdosa?

      Delete
    4. Maaflah aku Tak faham APA yang kau tulis Dan melalut.

      Ulasan Dan teori macam professor kangkong.

      Delete
  6. Apa yg bolh disimpulkan KD...rakyat menolak Najib krn Fitnah. Bila fitnah tidak boleh dipengaruhi maka rakyat baru tersedar.
    (KD..isu fitnah ni pandangan geng2 Najib...bg kau bkn fitnah..tetapi majoriti sokongan melayu sekarang mengatakan fitnah)

    Najib tak mungkin bangkit dalam setahun klau beliau tak hebat. Najib boleh dikalahkan. Tun Mahathir dan Anwar ada 4 tahun. ikutlah peraturan perjanjian.Bg Anwar jadi PM ..jadikan Tun M sbg penasihat. Hentikan jualan gudang dan jgn berhutang. Fokus naiikkan keuntungan GLC..Tukar nama 1MDB dan banyakkan SRC international syarikat dibawah MOF..insyalllah kerajaan akan kaya BKN KRONI. Kalau Najib boeh kayakan GLC..Tun Mahathir pun boleh..22 tahun 5 anak Tun Mahathir jutawan.. Dlm tempoh 4 tahun dgn ratusan billion yg ditinggalkan Najib insyalllah Trillion hasilnya tapi bkn hutang bg trillion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry aku Tak fzham APA ysng ksu tulis.

      Urus NEGARA bukan macam budak² main pondok²

      Delete
    2. Boleh tuan tunjukkan keuntungan bersih yg telah disahkan oleh syrkt juruaudit bertauliah? Boleh tunjukkan laporan kewangan tahunan yg telah disahkan? Nak tahu jgk brp trillion sumbangan 1mdb & src kpd malaysia. Tp pelik, knp kalau dah berprestasi tinggi & menguntungkan, bayaran pinjaman pun kerajaan yg tolong bayarkan..

      Delete
    3. Keuntungan bersih GLC sila buka webnya..cth petronas.Kalau nak tau keuntungan Bank Negara sama gak buka ja la...Apa yg susah?

      Yg trillion itu bkn 1mdb sahaja baca habis2 la...Maksud aku kau campur semua keuntungan GLC kerajaan yg Najib tinggalkan..brapa agaknya? Zaman Tun M petronas brapa untung ..Najib ambil alih berapa untung.. Fahamkan... Jadikan untung semua GLC brapa jadikan zaman Tun M double..triliion la...

      Korang ni rupanya tak tau ya GLC dibawah Najib untung berlipat kali ganda...aku tak dapat tolong korang klau jenis tak padai niaga,

      Delete
  7. Tkpo la..najib ka..zahid ka..ku nan ka nk kedalam..aku peduli apa..biar makamah jatuhkan hukuman..tapi sokongan aku pada umno tetap kukuh..biar umno di bersih kan..nk jadi katak..lantak laa.

    ReplyDelete