Saturday, August 17, 2019

2B MUSLIM DISUNITED


https://m.facebook.com/#!/photo.php?fbid=204084423915558&id=100029420048064&set=a.193863868270947&source=48&refid=8&_ft_=qid.6726284830762940925%3Amf_story_key.7989745492696823606%3Atop_level_post_id.204084453915555%3Acontent_owner_id_new.100029420048064%3Asrc.22%3Aphoto_id.204084423915558%3Astory_location.5%3Astory_attachment_style.photo%3Aview_time.1566085226%3Afilter.h_nor&__tn__=EH-R

5 comments:

  1. macam mana nak united, kita ikut imam, ikut fahaman. ikutan kita pulak keras dan tak boleh berubah. semua yg kita ikut tu orang belaka. orang tu kata ini quran dan hadis, kita pun angguk dan ikut. orang kata tak sampai fikiran, kita pun iya aje la. tak ikut imam dan fahaman salah dan keluar islam. habis tu nak united cam na? ikut imam dan fahaman lebih penting daripada quran dan hadis. sesama ustad bab solat pun tak sama dan kata mengata. pada hal itu semua sujud pada Allah swt yg sama. pahala dan dosa pemberian Allah atas usaha manusia pun ustad boleh pertikai dan masuk campur. boleh united ke? nanti hilang wang besar para pemimpin bertongkat agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yg baik..

      Kita sebenarnya pun entah betul entah tidak ikut imam, sebab kita ikut apa yg ustaz tu sampaikan?

      Di Indonesia ada ribuan ustaz, habeb dan maulana?

      Di Malaysia, ustaz maharaja lawak, ustaz selebriti + ulama politik + ulama pondok..

      Kena pegang ustaz yg lebih merujuk dalil quran dari ustaz yg banyak merujuk kitab

      Delete
  2. Kenapa umat Muslimin berpecah? Sebab kita tidak mempunyai khalifah yang mempunyai autoriti ke atas umat. Umat menjadi ibarat serigala yang ramai tetapi tanpa Alfanya dan menyebabkan kumpulannya lemah dan terpisah.

    Sebab apa kita tidak mempunyai khalifah? Sebab Dewan Negara Turki telah menghapuskan kerusi ini pada tahun 1924. Individu terakhir yang menduduki takhta ini ialah Abdul Majid Effendi daripada Bani Uthmaniyyah.

    Itu adalah dari sudut sejarahnya, tetapi dari sudut hakikatnya, perkara ini telah pun dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadithnya. Bahawa selepas zaman nubuwwah, zaman khulafa ar-rasyidin dan zaman menggigit (khulafa monarki) umat ini akan melalui satu zaman tanpa khalifah yang dinamakan sebagai zaman mulkan jabbariyyan. Zaman ini turut dikenali sebagai zaman fitnah. Ia adalah zaman kita pada hari ini. Zaman ini dikhabarkan hanya akan berlaku selama hampir tetapi tidak akan mencecah satu abad. Hari ini di tahun 2019, zaman ini sudah berlangsung selama 95 tahun.

    Selepas zaman fitnah berakhir, umat Nabi Muhammad saw bakal melalui zaman mereka yang terakhir iaitulah zaman khilafah kedua yang disebut di dalam hadith sebagai zaman Khilafah Manhaj Nubuwwah.

    Zaman fitnah atau zaman mulkan jabbariyyan ini akan bermula di Konstantinopel (Istanbul). Walaubagaimanapun ia tidak akan berakhir di Konstantinople sebaliknya akan berakhir di sebuah negeri Islam di Timur. Tanda muktamad zaman fitnah telah berakhir ialah munculnya panji-panji hitam di sebuah negeri Islam di Timur, sebagai tanda kemenangan mutlak Pasukan Panji Hitam, iaitulah satu pasukan yang berjuang di atas kebenaran pada zaman fitnah dengan menyertai banyak pertempuran dan mereka menang di dalam kesemuanya.

    Pertempuran mereka yang terakhir adalah ke atas pasukan-pasukan bathil yang bersekutu, dan pada pertempuran akhir inilah mereka menang mutlak dan mengibarkan panji-panji mereka sebagai tanda kemenangan.

    Persamaan kesemua pasukan bathil yang menentang Pasukan Panji Hitam ini ialah mereka semua telah merasai tewas di tangan Pasukan Panji Hitam di dalam pertempuran2 sebelum itu.

    Sekalipun zaman fitnah akan berakhir di sebuah negeri Islam di Timur (saya telah memberitahu bahawa ia adalah Malaysia), tetapi proses umat melangkah masuk ke zaman khilafah kedua ini hanya akan lengkap selepas berlakunya pertabalan Khalifah Akhir Zaman di Masjidilharam.

    Siapakah yang akan mengetuai pertabalan ini? Yang akan mengetuainya tidak lain adalah si Pembawa Panji Hitam yang pasukannya baru sahaja menang mutlak di negeri mereka di Timur.

    Saya telah berapa kali mengatakan bahawa si Pembawa Panji Hitam ini ialah Tun Mahathir. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah memasyhurkan dan menabalkan 6 orang raja, dan ini menunjukkan ia benar-benar mempunyai takdir sebagai pemasyhur dan penabal seorang raja. Yang ke-7 bakal menjadi yang terakhir dan terbesar yang ditabalkan olehnya.

    Dengan dirinya sendiri mempunyai nama yang masyhur di tengah umat dan sentiasa prihatin kepada nasib umat Muslimin dari kalangan bangsa yang berlainan, maka sudah tentulah dia adalah calon terbaik selain calon tunggal yang mempunyai kelayakan memasyhurkan dan menabalkan seorang khalifah.

    Pada bahagian komen berikutnya saya akan berikan butir-butir betapa Tun Mahathir adalah seorang yang memiliki kemasyhuran sebagai pembela umat Muslimin di akhir zaman, dan ketegasannya di dalam memberikan perlindungan kepada DZN kekita ditekan dari segenap sudut hanyalah salah satu daripadanya.

    ReplyDelete
  3. Sebahagian bukti Tun Mahathir adalah seorang yang masyhur namanya di kalangan umat sebagai Pembela mereka:-

    Tun telah bertegas di hadapan IMF gergasi kewangan Zionist kerana tidak mahu negaranya Malaysia terperangkap di dalam hutang IMF.

    Tun telah mensabitkan bekas Presiden US George Bush dan bekas PM Britain, Tony Blair sebagai penjenayah perang akibat serangan mereka ke atas Iraq dan Afganistan melalui Yayasan Keamanan Global, hasil kerjanya di bawah Yayasan Kepimpinan Perdana tanpa kehadiran keduanya.

    Tun telah bertegas dengan Serbia apabila mereka membunuh Muslimin Bosnia dengan menghantar bukan sahaja bantuan makanan dan perubatan malahan juga bekalan senjata supaya mereka tidak menjadi 'the sitting duck' dan menyelamatkan Muslimin Bosnia daripada disapu bersih oleh Kristian Serbia.

    Tun telah bertegas ke atas Israel di dalam setiap hal, dan terkini dia menjadi di antara beberapa kerat pemimpin Muslim yang mengecam Baitulmaqdis dirampas dan dijadikan ibukota negara haram Israel.

    Tun telah menghantar bantuan senjata kepada Afghanistan melalui Pakistan ketika Afghanistan resist penjajahan Soviet. Hasilnya Afganistan tidak pernah dijajah Soviet.

    Tun telah bertegas kepada Myanmar dan Aung San Su Kyi di dalam isu Rohingya yang tertindas di kampung halaman sendiri.

    Tun telah bertindak tegas terhadap Rejim Pol Pot yang membunuh bangsa Kemboja termasuklah Melayu Champa yang beragama Islam, dan tanpa sebarang ketakutan telah membekalkan senjata kepada Vietnam untuk berperang dengan Pol Pot di Kemboja dan menghentikan pembunuhan Muslimin Champa di Kemboja tanpa takut sebarang tidak balas daripada sesiapapun.

    Di selatan Thailand, wujud negeri-negeri Melayu yang kekal di dalam penjajahan Siam dan memberontak ke atas negaranya. Tun telah menjadi orang tengah di antara kedua-dua pihak dan memberikan syarat kepada negara Thailand supaya menghormati kedudukan kebangsaan Melayu di selatan dan negara Thailand telah akur. Hasilnya ialah pergolakan di selatan Thailand turun mendadak. Hasilnya ialah umat Muslim di sana telah menikmati kedamaian.

    Tun juga telah merundingkan keamanan di antara Bangsamoro di Mindanao dengan pemerintah Filipina sehingga tertubuhnya Wilayah ARMM dan ini telah mengurangkan pergolakan di sana. Hasilnya ialah umat Muslimin di sana dapat menikmati kedamaian.

    Tun tidak tunduk kepada desakan negara India untuk menyerahkan Dr Zakir Naik kepada India walaupun ditekan dari dalam dan luar negara, dari kalangan bangsa bukan Melayu dan malahan Melayu sendiri.

    Untuk menunjukkan betapa masyhurnya Tun di kalangan umat Muslim sebagai pembela mereka, saya kongsikan satu sahaja cerita.

    Semasa Tun bukan PM beliau pernah melawat Checnya secara senyap-senyap dan tanpa pengetahuan pemerintah Checnya.

    Ramzan Kadirov Presiden Chechnya mendapat maklum tentang khabar ini dan dia segera menghantar pengawal-pengawal Presiden untuk mengawal keselamatan Tun semasa berada di Chechnya.

    Apabila Tun memberitahunya bahawa Tun tidak perlukan kawalan keselamatan, Kadirov telah berkata kepada Tun sesuatu yang bermaksud seperi berikut; 'Tuan adalah seorang yang sangat dihormati dan dikasihi di dalam dunia Islam. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas tuan di bumi Chechnya, saya tidak akan mampu menjawab kepada umat Muslimin sedunia". Jawapan itu menyebabkan Tun akur menerima kawalan keselamatan ke atas dirinya.

    Siapakah selain Tun Mahathir yang ada pada dirinya kelayakan untuk menjadi penabal khalifah umat di akhir zaman sebagaimana yang dikhabarkan? Jawapan jujurnya ialah tidak ada.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete