Saturday, August 24, 2019

BERSATU BAKAL DIPIMPIN SYED SADDIQ


        Generasi yang akan mewarisi negara

Dalam usia yang paling muda dilantik dalam kabinet merupakan sudah jadi satu rekod terbaik.
Boleh dijangkakan dalam usia 50an dia mampu menjadi seorang PM setelah merentasi pelbagai variasi politik dan pentadbiran.

Siapa yang akan mengganti Tun mengetuai BERSATU kini terjawab.
Memang benar Muhyiddin dan Mukhriz antara yang digambarkan tetapi persepsinya dilihat tidak akan cemerlang,  sekadar mengisi masa.

Jika dilihat prestasi awal politik Kj... Ss agak tertinggal..
Jika dilihat prestasi politik Kj sekarang yang makin matang.. Bermaksud Ss mampu untuk menjadi pemimpin setara Kj di masa akan datang..

Tanpa keistimewaan tingkat 4 seperti Kj.. Ss sudah bermula dalam keadaan sepak terajang politik yang lebih ganas dan merbahaya termasuk kancah politik Istana.  Sesuatu yang sangat berharga jika mampu melepasinya..

Situasi itu,  apa yang sangat dijangka kepada Ss sekarang? Kecemerlangan?
Kita sendiri perlu rasional sebelum meletakan sebarang penilaian ke atasnya..
Jika kita mengharapkan dia hebat.. Yang bodoh adalah kita.
Jika kita terlalu keras mengkritiknya.. Yang bodoh adalah kita.

https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/08/mariam-mokhtar-says-syed-saddiq-has-no.html

Sebagai anak muda,  biarlah dia belajar buat kesilapan dan bina jati dirinya...

Yang hanya pandai cakap dan menulis tidak lebih mulia dari seorang pengilat kasut..

Soal sikap yang berubah sekadar petanda adaptasi diri.. Ia lebih bagus dari bodoh sombong.

Ia lebih bagus dari mengkritik,  menyalahkan... Tanpa cadangan!!!

Sekurang kurangnya Ss tetap menghormati seseorang yang berilmu dan lebih tua darinya.

Ss hanya perlu fokus kepada pembangunan belia dan remaja mengikut acuan mereka untuk diangkat sebagai pemimpin masa depan.
Dia akan lebih cemerlang jika ada pengisian dalaman Islam yang lebih mantap atau punya gandingan ke arah itu.





27 comments:

  1. Yg jauh didepan tak perlu dipikir...mcm2 boleh berlaku...

    Bersatu blm tentu boleh pergi jauh...ada kemungkinan senasib dgn Berjasa...

    ReplyDelete
  2. Ss ada kelemahan ketara. Kurang pendekatan Islam, iaitu agama yg dianutinya. Tak pasti knp Ss lebih kpd pendekatan liberal. Mungkin kurang ilmu, atau kurang didikan agama atau memang sudah serasi dgn liberalisme dlm melaksanakan tuntutan beragama. Kalau terus-terusan menolak keras tuntutan Islam dlm mencorak politik, kerjayanya juga tidak berkat dan pertolongan Allah utk kerjaya politiknya juga akan pupus. Rakyat majoriti akan menghukum dlm pru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat kau..
      Aku belum pernah jumpa nujum yang sangat cepat menghukum.

      Pendekatan liberal?
      Dia tak solat ke?

      Menolak tuntutan Islam?
      Dia ajak kau masuk kapir ke?

      Tidak berkat dan pertolongan Allah?
      Dia jadi menteri melalui pertolongan dewa ke?

      Kau dah makan ubat ke belum?

      Delete
    2. Dia kurang Islam? Kau terlebih Islam? Tanya jer...

      Delete
    3. Yg kau cpt sgt menghukum penulisan aku tu camane pulak ye kd. Kau dh hadam ke apa yg aku maksudkan? Kau dh makan ubat kd?

      Delete
    4. Aku tak menghukum, 4 perenggan semua ada tanda soal.. Aku tanya je.

      Anon 846 pun tanya je?

      Kau panas ke?
      (?) ini maksudnya tanya kalau kau tak faham..

      Delete
    5. Aku ngilai terguling2 mendengar jawapan KD kepada sianon bangang diatas..padan muka kau!!..

      Delete
  3. Terkejut mendapati turut hadir dalam perhimpunan Bantahan Tulisan Jawi, #Puratchi, di Brickfields, yang disifatkan polis sebagai perhimpunan haram, malam tadi adalah Naib Pengerusi DAP Selangor merangkap ADUN Kota Kemuning dan Ahli Exco Kerajaaan Selangor, Ganabatirau Veraman.

    Ganabatirau Veraman malah dirakamkan memberi kenyataan di lokasi perhimpunan di Brickfields mengenai mengapa perhimpunan itu diadakan serta apa pendirian dan prinsip mereka yang sekali gus menggambarkan bahawa beliau adalah sebahagian daripada penganjur perhimpunan itu.

    Turut menunjukkan diri hari ini adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew, yang mendedahkan usaha beliau untuk membebaskan salah seorang peserta perhimpunan yang ditahan malam tadi, iaitu Tan Boon Tak.

    Sangat pelik bagaimana pemimpin sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada pemerintah di peringkat Pusat dan di peringkat Negeri boleh melibatkan diri dengan secara terbuka dalam satu perhimpunan haram untuk membantah satu keputusan yang telah dibuat secara rasmi oleh kerajaannya sendiri.

    Apakah saluran dalaman kerajaan dan parti sudah tidak berfungsi lagi sehingga menyebabkan pemimpin kerajaan yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaannya sendiri sanggup melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logiklah dua org tu bantah sebab jawi tu bukan tulisan dia orang. Yang tak logiknya kalau Melayu sendiri yg hapuskan tulisan jawi... Errrr... Mcm menteri umno yg dulu tu.
      Kehkehkeh....

      Delete
  4. Pada pandangan saya, OSTB ini lebih layak digelar OSTC, outside the cage.
    Hari-hari dok menyalak macam anjing luar kandang.
    Konon dia terhebat dalam semua bidang.
    Orang lain semua salah, dia saja yang betul.
    Asyik tibai orang Melayu.
    Kalau kes melibatkan India-Pakistan, dia menyebelahi pihak India, tempat asal usul nenek moyang dia.
    Cadangan membina dan positif demi kebaikan semua memang yilek.
    Egomaniac.
    Sangat memualkan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. OSTC(otak selalu tak center) lebih sesuai buat beliau.

      Delete
    2. Nenek moyang madey pon berasal dari india jugak ...satu kapal dgn OTSB...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Parti yg nk mereput mcm parti asal presiden ni tak akan lama hayatnya. Buat apa nk pimpin parti yg org melayupun fikir 2 x nk join? Baik join dap utk meneutralkan ultra kiasu yg sgt² rasis tu. Kalau 50% melayu join dap, ultra kiasu dah tak mampu utk melalak kepentingan cina india shj. Cadangan shj, utk kesinambungan politik org muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan kau tu. Apa kata bubarkan umno dan join dap?
      Kehkehkeh

      Delete
  7. Pada saya pemimpin muda seperti Syed Sadiq ibarat tak cukup ramuan utk menjadi pemimpin melayu. Pendirian dia dlm isu2 melibatkan melayu dan Islam lebih condong kepada jalan politik selamat berbanding dgn pendirian melayu Islam seperti kita yg cenderung mengira untung rugi sesuatu yg melibatkan jati diri kita sebagai melayu Islam. Sebab tu isu2 tersebut menyatukan melayu merentas pegangan politik. Kalau nak diibaratkan...Syed Sadiq nie mcm fast food McD...terkenal dgn makanan segera mencakupi sarapan, lunch dan dinner...tapi bila makan perut melayu nie mcm makan keropok cikedi. Bunyi kuat...mcm sedap tapi sekali sekala boleh la tahan. Last2 nasi dan sambal belacan jugak yg kita rasa kena dgn selera.
    Selagi bebudak muda tak kenal jati diri melayu dan berakhlak Islam dlm hidup sesama masyarakat majmuk nie...mereka akan gagal meletakkan diri mereka di tempat sepatutnya utk memimpin negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud tak cukup ramuan jadi pemimpin Melayu tu macam mana? Sebab dia tak pandai mencuri? Tanya jer.

      Delete
    2. Makna tak cukup ramuan tu ialah melayu banyak gebang jer bila berpolitik...jual agama boleh...jual melayu boleh...mencuri pon boleh. Kalau nak lagi best gi hayun parang...takbir...mcm2 la kalau nak tunjuk semangat melayu padahal non malays hatta mcm mamak2 yg seagama dgn melayu pon gelak sakan nengok. Melayu kena goreng dgn pemimpin2 sendiri sampai berpecah pon dok perasan konon memperjuangkan melayu...memperjuangkan Islam.
      Pemimpin2 melayu skrg rata2 syok sendiri jer...sebab diorang ada penyokong masing2 yg dok membabi buta angkat diorang. Kecuali segelintir le pemimpin melayu...yg lain2 tu gebang je lebih. Agak2 yg kau dok sokong tu pemimpin parti mana ek? Datuk Seri? Tan Sri? Kaya tak dia? Ada jual agama? Jual melayu ke?
      Tanya jer...

      Delete
    3. So apa kau punya cadangan atas sembang kosong kau tu..

      Delete
    4. Cadangan aku ialah kita start mengenal pemimpin2 muda tak kira parti dan tak terhad kepada SS semata2. Start promote belia2 dari kalangan NGO...ABIM...ISMA dan seangkatan dengannya sebagai senarai pelapis2 yg bakal kita monitor sehingga matang. Sah2 sesiapa yg singgah di blog kau akan ada individu yg berkarisma boleh dicadangkan selain drp SS. Maksud aku, akhir topik blog kau patut galakkan org komen siapa selain SS yg boleh mengemudi Armada dan atas dasar apa. Mana tau selain SS ada singgah kat sini...atau sesiapa yg merasakan lebih mengenal pemimpin2 muda lain yg tenggelam dek sebab kurang bertenggek atas nama Tun M tetapi lebih dikenali dikalangan ahli2 bawahan PPBM sendiri.
      Masa zaman era sebelum merdeka...mcm2 nama pemimpin2 muda diketengahkan melalui sumbangan mereka kepada masyarakat setempat sampai la sume2 tu dikenali oleh pemimpin2 atasan. Chedet sendiri dikenali melalui penulisan kritis dia dlm akhbar masa muda belia dulu. Maka masa tu karisma pemimpin muda diukur drp kualiti traits dan pengaruh idealisma dia ke atas masyarakat yg diwakilinya. Contoh mcm Hannah Yeoh masa blom jadi YB dulu penuh dgn testimoni masyarakat setempat atas sumbangan kt SJ dulu sampai aku terkejut bertanding menang...pastu jadi Speaker ADUN Selangor...skrg dlm kabinet. Silap2 blog2 cina diorang penuh dgn topik2 sapa patut naik pulak lepas yg muda jadi senior.
      Mcm SS...seblom PPBM apa yg dia dah buat? Saja tanya...

      Delete
  8. Hehehe...
    Org hebat dapat dilihat dari tingkah laku, percakapan dan tindakan..

    Kalau awal2 lagi dh tak ada pendirian yg jelas dan kukuh, lembik, selalu U-turn, buat tak serupa cakap, lidah bercabang, tak ada idea yg kelas,...
    Mcm mn nak kata SS tu bakal pemimpin hebat???..
    Dia mungkin berada dlm parti yg salah dan pakatan yg hancing.
    Kalau dia bersama KJ dalam UMNO mungkin dia boleh digilap...
    Dlm PBBM tak ada sesiapa yg bagus pun...

    ReplyDelete
  9. Syed sadiq blm kenal sepak terajang politik madey....

    Syed sadiq selamat jika membototi mukhriz....madey tak perlukan orang bijak kerana boleh lawan tokey...madey perlukan yes man...

    ReplyDelete
  10. Pandangan santai aku nampaknya mendapat tempat di hati macai.

    Kalau politik Ss biasa² sahaja tentulah tak ada yang nak menyalak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba bandingkan cara Tun M semasa zaman muda beliau dan cara SS diusia SS skrg...zaman berbeza...cabaran berbeza tapi intipati sama yakni cara dia membuat pendirian sesuatu isu melibatkan kepentingan melayu dan Islam. Nampak jelas mcm lalang...tiada perasaan melayu jati malah melihat kepentingan Islam boleh disesuaikan mengikut keperluan politik semata2.
      Cuba tanya apa impian org melayu sebenar2 nya dalam negara ini dan kita akan lihat tipikal politician muda menggunapakai istilah harmoni kaum la...toleransi la...anti racist...sebijik mcm kononnya aspirasi bersama semua anak2 muda regardless agama dan kaum. Pandangan dia seolah2 utopia utk kaum melayu nie boleh dicapai tanpa give and take drp kaum non bumi yg lain atas tiket toleransi dan keharmonian kaum.
      Cuba la membina negara nie berasaskan semangat yg dikongsi oleh Melayu, Cina dan India di era 1946-1957...balik kepada pasak tertegaknya negara tercinta ini dan cuba letakkan diri kita tak kira agama dan bangsa acuan apa sebenarnya yg sepatutnya ada sekarang utk melayakkan kita dipanggil rakyat Malaysia?
      Sebelum Perikatan Tanah Melayu terbentuk, rakyat raja2 Melayu hanya la org2 melayu di sini...ada utopia tersendiri yg kaya dgn budaya dan jati diri. Kalau Kit Siang kata Malaysia ada kelebihan pertembungan tamadun Islam, India dan Cina maka awal2 dia dah silap. Sebenarnya tamadun India dan Cina la yg cuba memudarkan tamadun Melayu dgn memangsakan Islam yg menjadi identiti melayu berdasarkan definasi penjajah. Apa saja pasal Islam...akan dikaitkan cubaan utk memelayukan kaum lain sedangkan beza besar kalau nak dibandingkan agama dan kaum. Agama merentasi kaum...cuma uniknya di Malaysia...Melayu secara perlembagaan mesti beragama Islam. Masuk Islam tak semestinya kena menjadi melayu...hatta nak kekalkan nama atau budaya sekalipun tiada masalah asalkan tidak bertentangan dgn agama. Skrg...asalkan Islam mesti nak kena kaitkan dgn arab...pastu melayu terpaksa diarabkan skit utk melayu dikenali sebagai Islam secara definasi. Sampaikan tulisan jawi yg ada huruf2 milik melayu pon dikatakan Islam...tiada langsung tulisan identiti melayu mcm khat...mcm bacaan jawi yg secara amnya adalah karakter2 roman yg dijawikan utk memartabatkan bahasa melayu itu sendiri. Tulisan cina boleh diromankan dgn bunyi apa pon tapi takde sapa bising walhal serupa je alasan diorang menentang jawi.
      Kesimpulan...politician mcm SS nie tau ke apa makna jadi melayu?

      Delete
    2. Apa yang kau tulis ni mamat.
      Politik bukan
      Matematik pun bukan
      Aku tak faham
      Ss lagi le tak faham

      Kikikiki

      Delete
    3. Tak paham takpe KD...sebab ini bukan Math...bukan politik...cuma nak cuba bagitau politik, agama dan apa saja boleh dijual skrg oleh semua. Gebang kosong dlm blog, dlm forum, dlm media massa tapi hasil takde pon melainkan dok kena main 24 jam dgn politician2 pelbagai kaum nie.

      Delete