Sunday, August 4, 2019

HISHAMUDIN TIDAK MEWAKILI UMNO JUMPA TUN

Jika perjumpaan itu sukarela, HISHAMUDDIN jumpa Tun atas kapasitinya Ahli Parlimen.

Jika perjumpaan itu atas jemputan, Zahid sebaagai President UMNO tidak dijemput, tidak di alu²kan.

Dijemput atau sukarela, pendekatan HISHAMUDDIN sangat berhemah, bijak Untuk meletakan kepentingan MELAYU Dan Islam.
Perjumpaan itu tidak mengikat sesiapapun malah peluang untuk mereka bebas memberi pandangan.

Menjemput atau mereka nak jumpa juga satu pendekatan Tun yang bijaksana untuk menerima pandangan secara terbuka.

Ia bukan perjumpaan rahsia tetapi perjumpaan tertutup.

Apakah umno yakin boleh tawan semula Puterajaya jika Zahid masih President ?
Apakah Zahid masih mahu ulangi kesilapan Najib, tidak berundur sebelum PRU?

Boleh, jika mereka bebas semua tuduhan.
Tetapi agak MUSTAHIL.



Apabila disarankan Tun kekal SEPENGGAL SEBAGAI PM, SARANAN itu bukan kosong, bukan sekadar tambah Masa.

Apaguna Tun SEPENGGAL kalau ribut di bawah seperti sekarang masih berlaku.
Apaguna Tun SEPENGGAL penuh kalau agenda MELAYU Dan Islam tidak jelas.
Apaguna SEPENGGAL penuh kalau kuasa POLITIK MELAYU Islam masih tetumbang ambing di PRU15.
Apaguna SEPENGGAL penuh jika akhirnya kuasa MELAYU kembali kepada pemimpin yang akhlaknya rendah.

Semua perlu diatur Dan dibereskan sekarang sebelum PRU15...itulah antara pengisian Tun SEPENGGAL penuh.



# Komen yang tidak menyokong Tun PM SEPENGGAL penuh akan hanya disiarkan pada 2023.

4 comments:

  1. Sdr KD telah membuat kesimpulan berikut ; "Semua perlu diatur Dan dibereskan sekarang sebelum PRU15...itulah antara pengisian Tun SEPENGGAL penuh."

    Saya bersetuju 100% dengan penilaian ini, bahkan saya mengatakan lebih dari itu, Tun perlu membereskan semua masalah bangsa ini bukan di dalam tempoh sepenggal penuh sebelum PRU15 tetapi sebelum Mei 2020, kerana berdasarkan pengakuan Brader dan Piji sendiri mereka berkata Tun mempunyai hak untuk menjadi PM selama 2 tahun sebelum Brader mengambil alih.

    Tun perlu melakukannya ketika tiada sesiapa yang dapat mempersoalkan legitimasi dan hak Tun sebagai penguasa Seri Perdana.

    Berbeza dengan Brader yang walaupun hari ini dia adalah Ahli Parlimen PD, tetapi legitimasinya kekal menjadi persoalan di atas isu yang pernah dibangkitkan oleh Tun Abdul Hamid Omar, isu legitimasi Brader akan kekal menjadi persoalan sehingga penggal PRU14 tamat.

    Dan saya juga sangat berkeyakinan Tun akan berjaya menyelesaikan perjuangannya yang pada hari ini masih belum selesai ketika dia masih bernafas.

    Pada hari Tun menutup mata, anak-anak bangsa Melayu tidak lagi akan runsing memikirkan nasib bangsa mereka disebabkan laluan yang Tun tinggalkan untuk mereka kali tidak lagi akan kelihatan berliku seperti hari ini.

    Ada pula isu mengenai Tun akan berundur dari kerusinya sebagai PM, saya berkeyakinan ia tidak akan berlaku. Sama seperti bekas Imam Masjid Nabawi yang pernah berkata bahawa daripada firasatnya Tun akan meninggal dunia sebagai Perdana Menteri, saya juga berkongsi pendapat yang sama.

    Tun Mahathir, ada pada dirinya kehebatan seorang raja. Walaubagaimanapun, dia tidak menjadi raja disebabkan dia tidak memiliki takdir untuk menjadi raja. Takdir dirinya ialah sebagai Pemasyhur dan Penabal raja dan setakat hari ini sudah 6 orang raja yang telah dimasyhurkan dan ditabalkan olehnya.

    Pun begitu Tun akan diberikan kemuliaan seorang raja iaitulah untuk ia kekal di atas takhtanya sebagai Perdana Menteri selagi hayatnya dikandung badan. Meninggal Tun, barulah PM-8 akan menaiki takhta.

    Siapakah bakal PM-8? Wallahu a'lam tetapi saya pasti dia bukanlah seorang yang bukan saja legitmasinya tidak menjadi persoalan bahkan kelayakan dirinya juga tidak lagi akan menjadi perdebatan kecuali bagi orang-orang yang berdengki.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matinya seorang pemimpin 'sayap kiri'
      Matinya sang lengend.
      Dia seorang 'raja' bukan ada gelaran raja
      Dgn karamahnya, dia sang penangkal masa (untuk melayu berbuat sesuatu bersatu padu @ memilih roboh (jahanam) kota melaka kali kedua (selepas dia tiada).

      Melayu bertikam² kejar kuasa.
      Melayu dicucuk² demi kuasa.
      Melayu berebut khazanah harta kerajaan.

      Maka bumi melayu berentam², bergegar², mungkin hanyut / 'berhijrah' ke suatu tempat.

      Yang selamat akan berjumpa.
      Yang mati banyak sekiannya (kerana bencana) itu.

      Melayu akan berjumpa/berkumpul dgn 'sedaranya' di tanah sana.

      Rasanya sudah saya komen2 sebegini di blog KD sebelum² ini.

      Wallahualam.

      My2sen



      Delete
  2. # "Komen yang tidak menyokong Tun PM sepenggal penuh akan hanya di siarkan pada 2023" ...empat tahun macai tidak dapat tidur lena kerana perasaan tidak dapat diluahkan...kih kih

    ReplyDelete
  3. cahaya majid kan ade...

    panji mana... komen puja panji mana..?
    tetiba mcm melayu mudah lupa

    ape klasss blog ni..

    #popcorntambahtepukmembatuapi

    ReplyDelete