Sunday, August 11, 2019

KERAJAAN PH..DAP MENGAUT KEUNTUNGAN DAN PKR PALING RUGI

DAP sedang mengaut segala keuntungan dalam semua segi sejak menjadi kerajaan baik jawatan mahupun peruntukan. Mereka sedang menguasai Kementerian Kewangan sepenuhnya.

Malah dalam semua ISU, DAP ke hadapan dan menang dalam semua perundingan. Sasaran seterusnya adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam masa terdekat dibiarkan PM dipegang oleh orang Melayu tetapi sedikit demi sedikit akan menjadi boneka.

Dalam masa yang sama si Lim kit SIANG memaklumkan DAP akan hilang kerusi Gekang Patah jika undi dibuat sekarang kerana kaum cina tidak berpuashati dengan apa yg kaumnya dapat di kerajaan baharu.

Maksudnya mereka mahu lagi, berpura pura tidak dapat apa² berbanding dengan kaum lain.
Apa yang Melayu dapat?

PKR walaupun MEMILIKI kerusi terbanyak tetapi terbahagi kepada dua puak yang saling bermusuhan.
Andai Anwar dan Azmin saling berpakat dan support Tun sepenuh hati sudah tentu pengaruh dan kebiadapan DAP akan kurang.
Sekarang anwar atau Mat Sabu akan jadi boneka pertama DAP jika dapat menjadi PM.

BERSATU adalah parti yang akan jadi bahan arkib dan muzium sebaik sahaja Mahathir tiada.
BERSATU tidak ada struktur yang kuat, pemimpin yang mantap, begitu mudah digoyahkan oleh permainan politik rakus kawan dan lawan.

PERHATIAN perlu diberi kepada PAS SEBAGAI parti Melayu Islam yang boleh lebih dipercayai berbanding umno jka mahu selamat dunia dan aqirat.

PERHATIAN perlu diberi kepada model kerajaan negeri Terengganu yang bergerak dinamik tanpa gembar gembur. UMNO sendiri tiada harapan lagi di Terengganu di PRU15.

Jika PAS berdamping rapat dan menyesuaikan diri dengan Mahathir serta kurangkan "menghukum ikut selera politik sendiri"  tidak pelik jika ada penghijrahan sokongan orang Melayu dari UMNO, PKR, AMANAH dan BERSATU kepada PAS walaupun jumlahnya mungkin kecil tetapi significant.

PAS sudah pun mengkaderkan politiknya dari PASTi hinggalah  menara gading dengan jayanya. Walaupun disebut taksub tetapi hakikatnya mereka sudah cukup bersedia dalam perang saraf.

Inilah tentera yang akan mengiring Tun membawa panji berdasarkan pembentangan ilmu John Doe?????
Wallahuaalam.

Tindakan Mahathir mempertahankan Zakir Naik Dan PAS kini mengusung Zakir Naik ke Kelantan satu petanda pemahaman telah ujud dari segi ukhwah dan politik.







6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Mereka ini menentang DAP secara bodoh, DAP dinyatakan musuh tetapi yang mereka serang adalah pemimpin Melayu..

    Mereka sebenarnya menjadi barua DAP.
    Kalau dah jadi sebahagian tentera kapir, sudah tentu menjadi musuh Islam. Mereka golongan munafik yang lebih merbahaya.
    Nauuzubillah..

    ReplyDelete
  4. Kalau pilihan raya diadakan sekarang, DAP hilang 40% undi - Lim Kit Siang

    KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang hari ini membuat kejutan apabila membuat ramalan parti itu akan kehilangan kerusi di Iskandar Puteri dan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus di seluruh negara.

    Malah, Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata, penyokong tegar DAP yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan parti itu, mungkin tidak mengundi jika pilihan raya diadakan pada masa ini.

    Sambil melahirkan rasa dukacita menerusi laman blognya, pemimpin veteran DAP itu berkata, ketika ini sudah wujud rasa tidak senang dan salah faham dalam kalangan penyokong yang mempunyai tanggapan tidak betul tentang parti tersebut.

    “Saya menerima sekeping gambar saya dengan kapsyen kononnya dari pengundi kawasan saya yang meminta saya ‘mati’ sebagai hero atau hidup lama untuk hanya melihat diri saya sebagai ‘penjahat’.

    Statement kat atas macai bodoh aljubori dan macai lidah bercabang fitnah yang terkinja kinja... Lakonan saja tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. statistik yang dimanipulasi oleh dap menakut2kan pengundi cina secara halus. secara halus sentimen perkauman dimasukkan. kebodohan orang cina india yang kiasu dan rasis akan termakan dan terus menyokong dap. secara halus juga menyatakan penyatuan ummah ditakuti oleh mereka. penyatuan ummah ya .. bukan penyatuan umno pas.

      Delete
  5. DAP cuma parti opportunist yg didoktrinkan oleh LKS berdasarkan ideologi PAP. Kalau nak dipersalahkan kerugian Melayu adalah terletak di bahu UMNO yg gagal melaksanakan agenda2 Melayu semasa berkuasa dgn mengeksploitasi agenda2 itu sendiri dan ada yg sampai menjual agama semata2 utk segolongan elit terus berkuasa. Pemimpin2 melayu skrg ibarat langit dgn bumi kalau dinilai dari segi kesedaran membela nasib melayu. Kemunculan pemimpin2 muda radikal melayu jugak berbeza lebih2 lagi yg aggresif seperti Anuar yg mengeksploitasi sentimen2 melayu terhadap golongan2 elit yg sememangnya menambah kekusutan politik melayu sehingga menjadi kelabu asap seperti skrg.
    Kalau kita perhati org2 melayu berebut2 hendak menjadi pemimpin bukan kerana ada niat utk berkorban tetapi lebih kepada utk kepentingan diri. Semua berbangga menjadi bekas2 ISA kerana persepsi diorang seolah2 berkorban segala demi rakyat. Ada pulak yg muda2 sanggup tido di lokap utk menunjukkan pengorbanan yg kononnya demi agenda membersihkan negara. Masa zaman PR, DAP..PKR...PAS sampai merusuh dgn anak2 muda dan kanak2 habis diangkut utk menjahanamkan BN. Skrg zaman PH dan selama mana Mahathir berkuasa rasanya negara akan stabil tetapi setelah beliau tiada rasanya peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya pemimpin2 negara ini masih gagal merungkai masalah sebenar yakni jurang yg terlalu luas antara kaum dlm semua bidang dan masalah kemunduran melayu itu sendiri yg membentuk tulang belakang kestabilan negara.
    Cakap la apa sekalipun...semua sudah maklum kemunduran melayu nie adalah masalah paling serius dan adalah sesuatu yg paling tidak logik sekiranya pemimpin2 bukan melayu mahu menafikannya. Juga menganggap masalah melayu adalah masalah pemimpin2 melayu semata2 walhal langit yg sama dijunjung oleh semua kaum. Sebab itu DAP perlu berhati2 semasa menjadi kerajaan setahun jagung ini supaya parti ini berpeluang menidakkan persepsi org2 melayu yg DAP wujud utk menjahanamkan org2 melayu. Umpamanya dlm menghadapi golongan extremist seperti Dong Zong...perlu ada kesungguhan menidakkan sesuatu tuntutan yg belum sedia diterima oleh org2 melayu walaupun akan kehilangan undi. Ambil contoh sokongan melayu terhadap parti MCA...dan sikap pemimpin2 MCA semasa zaman kemuncak yg lebih sederhana terhadap tuntutan cina dgn mengawal sentimen dan menginsafi kedudukan malang org2 melayu yg secara statistik ketinggalan serba serbi. Kalau setakat isu khat pon sudah fail...jgn la menunding ke sesiapa sekiranya 13 Mei berulang dan kali ini akan lebih parah sehingga merugikan semua disebabkan onar2 pemimpin2 melayu khianat yg menyebabkan jurang yg semakin luas menyebabkan org2 melayu akan hilang kepercayaan kepada pemimpin2 melayu sendiri. Skrg ni pon dah terdengar paluan gendang pemimpin2 melayu sudah menjadi BARUA cina. Setelah Mahathir tiada nanti memang kebarangkalian besar sentimen barua cina aka barua DAP akan menjadi tema politik melayu seterusnya perkataan JIHAD akan cuba dicetuskan sehingga menjadi porak poranda negara. Agak2 Anuar akan buat apa? Pada aku kalau tak buat tarian india dia akan buat tarian naga dan akan kerap buat kuda kepang di selatan. Selama mana dia larat dia akan terus menari sehingga sakit pinggang. Lepas tu silap2 si Azmin dgn opera semburit volume 2. Sebelum tu kena la elephant fight elephant grass will suffer dulu...

    ReplyDelete