Thursday, August 15, 2019

KITA PUN TERKELIRU NAK JADI MELAYU LAGUMANA, JATIDIRI




Kembali kepada sikap asal supaya tidak dipijak di bumi sendiri..
Bumi yang bebas ancaman kerana Melayu yang menggadai nyawa..

Kegagalan pemimpin melayu kegagalan melayu dan kegagalan ini akan membunuh melayu itu sendiri, berterusan sampai bila bila adalah kerana kegagalan ekonomi melayu.

Kita duduk Tak sama rendah, berdiri Tak sama tinggi.



6 comments:

  1. Hadi Awang for PM ke 8. Panji sebenar akan berkibar...


    #kikikikiki

    ReplyDelete
  2. PM ke 7 sedaya upaya mahu 'hijack' sokongan orang Melayu pada Penyatuan Ummah pada 14.9.2019 nanti. Awas mainan rasis dari PM ke 7 manusia munafik lidah bercabang pakar permainan sentimen kaum sedang mengalunkan okestra lagu perkauman bagi mrncipta krisis di Malaysia.

    PENYATUAN UMMAH PERLU DUDUK DAN JANGAN LARI.. TAMBAH POP CORN DAN TEPUK WAYANG RASIS CIPTAAN PM KE 7 SESAMA SENDIRI DALAM PH...

    Kem Panji Kunyit mana melingkup dulu Penyatuan Ummah hanya tepuk sambil makan pop corn.

    Dengan penyatuan ummah UMNO dan PAS, untuk PH menang sekali lagi dalam pilihanraya umum dan untuk DAP terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, mereka kini memerlukan lebih banyak sokongan daripada orang-orang Melayu iaitu sekurang-kurangnya 30%...

    Walaubagaimanapun kini sokongan Melayu kepada Pakatan semakin terhakis...

    Pakatan tahu jika keadaan ini berterusan, PH berhadapan dengan risiko kekalahan pada PRU-15 akan datang...

    Dr. Mahathir memerlukan satu target dan isu untuk menarik kembali perhatian dan sokongan orang-orang Melayu...

    Lantas Dr. Mahathir dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena telah menyerang Dong Zong...

    Apa yang Dr. Mahathir buat ini tentunya sudah dirancang dan disengajakan untuk menarik sokongan Melayu kepada Bersatu dan Pakatan..

    Dr. Mahathir memang pakar mencipta krisis untuk kepentingan dirinya...

    Setiap kali sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya jatuh seperti yang berlaku pada tahun 1990an, Dr. Mahathir akan memainkan retorik anti-Cina dan anti-Yahudi untuk menunjukkan yang dia adalah pejuang Melayu dan Islam, walaupun dia sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan kroni-kroninya iaitu taikun-taikun Cina dan juga dengan pihak Yahudi dan Israel.

    Contohnya, pada tahun 1990an apabila sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya merosot akibat kebangkitan PAS, Dr. Mahathir telah melaungkan seruan anti-Yahudi dan anti-Israel untuk menarik perhatian dan sokongan orang-orang Melayu dan Islam...Sedangkan Tun pernah menulis surat kepada 3 PM Isreal

    Awasi game rasis dendangan PM ke 7 krisis dalaman PH

    PM ke 7 Tun Mahathir di belakang tabir, pada tahun 1994, Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Menteri Luar Israel Shimon Peres di Perancis...

    Di hadapan rakyat Malaysia, Dr. Mahathir telah menafikannya walaupun pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan institusi berita antarabangsa AFP...

    Dia cuba menunjukkan yang dia kononnya seorang pejuang Islam anti-Israel dan anti-Yahudi di mata rakyat Malaysia...

    Tetapi sebaliknya, pada tahun yang sama, pentadbiran Dr. Mahathir telah menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel ke Malaysia...

    Inilah perangai munafik Dr. Mahathir!!!

    Untuk menunjukkan PM ke 7 kononnya adalah seorang pejuang nasionalis Melayu pula, Dr. Mahathir kerap menyerang dengan retorik anti-Cina...

    Awas game rasis dari PM Lidah Bercabang sang fitnah sesama sendiri sedang berantakan..

    Penyatuan Ummah hanya perlu makan popcorn dan tepuk...

    #1492019PenyatuanUmah

    #popcorntambahdantepuk

    ReplyDelete
  3. Cara Menyelesaikan Tahap EKONOMI & KUASA MELAYU yang Merempat di Bumi Sendiri.

    Jln penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi MASJID 5 WAKTU setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti Solat Jumaat.

    Masaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya.

    Bukti di zmn kini:

    Sri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi.

    Lihat di Masjid² mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Jumaat.

    Di Turki, perubahan mula terjadi bila Solat Subuh berjemaah melimpah seperti Solat Jumaat!

    Dulu org Turki tak Amal Agama, kadar inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.

    Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dalam Komuniti Kesatuan Eropah.

    Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjemaah di Masjid.

    Kajian di Malaysia..

    Boleh dikatakan Surau² atau Masjid² disetiap kampung atau disetiap daerah hanya 1-2% kehadiran dari ramai² penduduknya yg datang utk Solat berjemaah Fardhu 5 waktu... Ini menunjukkan umat Islam kita lemah oleh sebab hilangnya kecintaan kita terhadap Masjid, jadi tak hairan lah jika ALLAH timpakan kehinaan kpd bangsa kita...

    Ada org dia mendakwa pejuang, tapi dia lupa utk menyeru kepada iman & takwa, disebabkan hilangnya iman & taqwa itulah hari ini ALLAH SWT cabut kekuasaan dari tangan umat² Islam & jatuh kpd org² yg zholim & kafir‼
    Dan kerana hilangnya iman & takwa itu juga maka ALLAH SWT hilangkan rasa gerun di hati² musuh² Islam terhadap umat Islam...

    Org kita hari ini, masing² sembang pandai, itu pandai ini pandai, tapi habuk pon tak dak...

    MULAI HARI INI..
    HENTI SEMBANG KARI...
    TAPI INSYA ALLAH KITA TUNJUKKAN BUKTI‼
    MARI KITA
    SERU AGAR SAUDARA² KITA DARI BANGSA MELAYU & LAIN² YG BERAGAMA ISLAM KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM DENGAN MENJAGA KESEMUA SOLAT FARDHU SECARA BERJEMAAH.

    ReplyDelete
  4. Kalau Kita kaji tentang serangan kepada Melayu Tanpa emosi 90% betul

    Tetapi takkan Kita nak mengaku sebab ego tidak bertempat..

    Hari ini pun bila melayu Dan Islam diserang...melayu masih menuding kepada Melayu..seolah olah penghinaan melayu dan Islam itu terhadap melayu tertentu sahaja Dan seolah juga melayu tertentu sahaja yg dipertanggungjawabkan.

    Jika berpecah Dan masih mahu berpecah - patut sangat kaum lain lanyak melayu Dan ambil kesempatan.

    Bodoh sangat kaum lain Tak ambil kesempatan kalau melayu sedang bodoh.

    ReplyDelete
  5. Parti kerajaan dalam perhatian rakyat..

    bagaimana kerajaan menangani pandangan kaum minoriti yg dilihat semakin menjadi jadi menghina satu persatu perkara yg melibatkan perlembagaan..

    Belum termasuk isu sensitiviti..

    ReplyDelete