Monday, August 19, 2019

MALUNYA KAUM KU, KERANA DUNIA MEREKA HALANG DR ZAKIR BERCAKAP PASAL UGAMA

Terkini/berita belum disahkan
ZAKIR MOHON MAAF
--apa pula REAKSI mereka??



Rule of law..ambillah ke atasnya, denda atau penjara? Dia tidak atasi undang².. dia JUGA ada peguam, penyokong, pengaruh.

Mana dia kebebasan bersuara? Mana dia undang² hasutan? Amalkanlah kedua duanya secara adil..

Boleh larang, amaran keras, cegah dari bercakap soal politik dan menghina ugama lain..bukan menghalang mengharam dia bercakap soal Islam..itu tugasnya.

Haram dan larang juga kaum ugama lain dari bertanya soalan kepadanya. Zakir hanya menjelaskan pertanyaan dan bukan menghina ugama asal mereka.

Apakah paderi dan tok sami tidak pernah menghina Islam?
Setiap Hari di fb..Ada yg menghina Islam, Ada yg diambil tindakan Ada yang tidak, apakah mereka dilarang bercakap dengan kaum mereka SEBAGAI bentuk hukuman?

MALUNYA bangsaku..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217095262630969&id=1150841774

11 comments:

  1. Sekiranya larangan berucap ke atas DZN ini adalah untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar, saya menyokongnya.

    Tidak semua perkara agama itu ialah tentang pilihan di antara kebaikan dan kejahatan.

    Adakalanya ia adalah tentang pilihan di antara dua kejahatan.

    Adakalanya ia adalah tentang menutup pintu kejahatan yang lebih besar.

    Adakalanya ia adalah tentang mengutamakan yang lebih penting ke atas yang hanya penting.

    Tidak membenarkan DZN berceramah tidak akan mengurangkan jiwa agama orang yang memberi arahan ini.

    Sadduzzarai'q atau menutup pintu kemudharatan yang lebih besar adalah satu pertimbangan yang sah di dalam membuat sesuatu keputusan.

    Pada bab ini saya bersetuju dengan Cik Minah. Janganlah menjadikan Islamnya bangsa Melayu ini bergantung kepada kebolehan DZN. Apatah lagi dia berbangsa India dan sekalipun sama agama dengan kita tetapi penilainan dan adabnya berbeza, bak kata sdr HBM.

    Melayu sudah lama Islam sejak sebelum DZN dilahirkan.

    Bangsa Melayu juga telah lama mengislamkan bangsa-bangsa bukan Islam yang lain sejak DZN belum pun menetap di negara ini.

    Bahkan bangsa Melayu mempunyai kelebihan ke atas Islam yang jauh lebih besar berbanding mana-mana bangsa Islam yang lain di dunia termasuklah bangsa Arab dan Turki iaitulah mereka akan menerima orang-orang dari keturunan bukan Melayu menjadi sebahagian daripada bangsa Melayu hanya dengan orang ini memeluk Islam dan berkebangsaan Melayu.

    Dan hanya di Malaysia sahaja seseorang yang memeluk Islam akan disebut sebagai 'masuk Melayu'. Ini tidak ada pada bangsa Arab, Turki, Parsi dan India, 4 bangsa besar kaum Muslimin yang lain selain bangsa Melayu sendiri sebagai bangsa Islam yang kelima.

    Dan teori bahawa Islam sampai ke tanah Melayu dibawa pedagang India juga tidak boleh diterima memandangkan sekiranya itu benar sudah tentu mazhab utama bangsa Melayu adalah Hanafi dan bukan Shafie.

    Hebatnya Melayu ialah seseorang berketurunan Siam, Bugis, Turki, Arab, Cina dan India, apabila mereka beragama Islam dan berkebangsaan Melayu, maka mereka akan diterima sebagai 'Melayu' walaupun mereka masih mengekalkan ciri-ciri nama bangsa lain seperti Syed dan Merican.

    Di kalangan Melayu ada bangsa Arab iaitulah Bani Ismael. Malah DNA bangsa ini juga memiliki DNA bangsa Yahudi atau Bani Israel. Dengan terbukanya bangsa ini kepada bangsa-bangsa lain di atas nama Islam, ia menjadikan bangsa ini sebagai calon tunggal yang menepati ciri-ciri Bani Tamim di akhir zaman, memiliki keturunan Arab tetapi berkebangsaankan satu bangsa lain dari Timur.

    Kesimpulannya, sekiranya daripada penilaian pihak berkuasa dan malahan Tun sendiri, menghalang DZN berucap itu lebih utama, maka saya akur dengannya.

    Bangsa Melayulah yang akan membina mercutanda bangsanya sendiri dan bukan bangsa lain termasuk DZN yang berbangsa India.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg mudarat besar. yg mudarat sekarang menteri PH yang anti DZN dan tidak mampu melawan hujah DZN. mereka mahu hentikan pengislaman.

      Tidak membenarkan DZN berceramah tidak akan mengurangkan jiwa agama orang yang memberi arahan ini. - Apakah ko mampu menarik ribuan orang memeluk islam seperti yang dilakukan DZN ?

      DZN bukan penceramah hadis, penceramah tafsir seperti ustaz artist malaysia.

      Delete
    2. Apakah Islam dan kebenaran itu terletak kepada populariti seseorang.

      Inilah salah satu fikrah yang membawa fitnah dan kebingungan kepada umat di akhir zaman.

      Sila ke hadapan. Saya telah membawa sejarah negeri Acheh sebagai iktibar.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Kita sokong kalau HALANG dia bercakap Hal lain dari ugama..Hal politik umpamanya.

    Apa masalahnya untuk HALANG dia bercakap pasal Islam?
    Larang majlis terbuka..buat majlis Tertutup sshaja....itu logik

    Nak ajak orang peluk Islam, nak yakinkan?
    Masih nak kata ugama asalnya ok, nak piji ugama asalnya bagus?

    Sudah tentu kena NYATAKAN kebenaran walaupun pahit bagi pihak lain..
    Asasnya..peluk Islam atas keyakinan bukan paksaan

    Jika Mahathir hanya pandang dari kacamara politik shj, dia akan tewas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bangsa kita shj yg sedang memerhati 'keputusan politik tdm' kpd seorang yang sangat dikenali, tetapi bangsa islam di seluruh ceruk dunia bahkan orang² tabligh tang sedang berjihad atas agamanya juga sedang melihat malaysia.

      Keputusan yg sulit antara dengar cakap² kafir yg terang nyata membenci sisik zn (bahkan islam khususnya) @ tdm memilih jalan 'berperang' demi menjaga nama baik bangsa islam malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.

      Inilah dunia akhir zaman kita. Memelihara agama seumpama sedang memegang bara api, diperleceh kerana kita umpama buih.

      Orang yg sedang cintakan dunia suku kerat ini tak kan merasa apa² sebab mereka melihat susuk zn hanya seorang india muslim, tetapi sesiapa yg cintakan saudara dan agamanya, hal zn ini sangat memberi kesan.

      Sebenarnya kedaaan sangat rumit kerana sebarang keputusan tdm yg tidak berpihak kepada islam dan apa² perkara buruk yg berlaku kpd zn akan membuka pandangan (perkara) lain di masa mendatang...

      Delete
  5. Biasa la KD, yg tak puas hati kebanyakannya musuh2 Islam. Sesungguhnya kebenaran itu amatlah pahit untuk masing2 telan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. BREAKING NEWS: DR ZAIKR NAIK CLEARED OF ALL CHARGES
    (Share if you like Dr Zakir Naik)

    New Delhi - Justice Manmohan Singh FINDS DR. ZAKIR NAIK INNOCENT Of ALL CHARGES - Including Hate Speeches, Inciting Terrorism Or Money Laundering!
    https://youtu.be/IpYO_LuYExk

    Judge Singh also orders the Enforcement Directory to return all confiscated properties of Dr Zakir Naik.

    Judge Questions the Enforcement Director for Any Evidence of speeches by Dr Zakir Naik supposedly linked to Dhaka terror or any recorded statement from misguided youth as to being mislead by talks of Dr Zakir Naik - and there are none.

    After the judge himself, listened to Dr Zakir Naik's speeches, he found nothing whatsoever objectionable.

    Alhamdulillah (Praise Be To God)

    Justice Manmohan Singh also grilled the Enforcement Directory for not acting against tens of hindu baba preachers who amassed 10,000 crores (millions) & facing criminal charges of rape and more; such as Swami Asaram Bapu.

    https://youtu.be/IpYO_LuYExk

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete