Sunday, August 25, 2019

PKR HARUS BERMARUAH, SEKURANG KURANGNYA SURAT TUNJUK SEBAB SEBELUM MENGGANTUNG ATAU MEMECAT..

Tak banyak beza umno dan pkr jika pemimpin bermasalah disimpan dan dilindungi..

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/azmin-zuraida-amirudin-tetap-tak-hadir.html

Walau apa pun perbezaan politik,  DS Anwar harus diberi sokongan untuk memulakan satu tindakan membersih dan mengembalikan maruah PKR daripada ahli yang tidak menunjukan hormat dan setia kepada peraturan parti sendiri.

Jangan lagi berlembut walau apa risikonya.

Jangan lagi ada tohmahan,  ada ahli yang kebal.

Jangan lagi ada persepsi kepimpinan PKR mati pucuk.

Selepas dipecat adalah menjadi hak PKR untuk meminta PM gugurkan dan gantikan dengan pemimpin PKR yang sah.

Begitu juga dengan DUN Selangor,  harus meminta MB sekarang berundur jika dipecat atau menghadapi undi tidak percaya di DUN sebelum mengemukan calon baru MB dengan mengadap Sultan Selangor.

Rakyat sedang melihat dan menilai karisma Anwar tangani masalah kecil partinya sebelum menguruskan negara yang lebih besar cabarannya.

Tunduk pada tekanan dan ugutan,  lembek dalam membuat tindakan tidak akan membawa Anwar ke kerusi PM.


 Sudah berapa lama anwar dan azmin tidak bersemuka / face-to-face

14 comments:

  1. Mana Anwar berani pecat Azmin.. banyak rahsia Anwar dalam kocek Azmin.. bak kata TT pemimpin bermasaalah senang kena pau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amwar mmg tak ada telur. Cuba tengok cam Najib. Baru tanya sikit mana dapat duit, terus muhyidin dan safie kena pecat. Cam tu lah baru berani...
      Kehkehkeh....

      Delete
    2. Ko boleh pau anwar ker?...ko percaya cakap TT gila yg kuat bohong...

      Azmin di lindongi oleh madey

      Delete
    3. Kalo azmin berani dia dah lawan rebut jawatan presiden dlm pemilihan yg lepas...dia hanye berani suruh anwar jangan tanding...

      Delete
    4. Anon 827..

      Azmin merupakan faktor dalaman utama sebab Anwar dan DAP tak berani langgar Tun sekarang,
      Dari segi matematik pun tak lepas..
      Dari segi politik pun tak lepas..

      Dibantu faktor luaran iaitu pas dan umno..

      Situasi ini kekal hingga akhir penggal.


      Delete
    5. Ko ingat anwar jenis langgar janji ker?... anwar bukan jemis mungkir janji...

      Azmin dah jadi melukut tepi gantang...

      Delete
    6. "Hari ini kita menang, esok harga harga minyak turun"

      -bang non auta kerek-

      Sedunia pilih video ucapan nuar spt di atas antara yg paling win di kurun ini. 😂

      Skg memang nuar tak mau langgar janji sebab bukan dia yg berjanji akan dijadikan PM 8. 😋

      Nuar tengah melutut di tepi tun..

      Delete
  2. Azmin, Zuraida, Amirudin tetap tak hadir mesyuarat PKR

    Shakira Buang
    Ogs 25, 2019 (Dikemaskini Ogs 25, 2019)

    A A
    Beberapa pemimpin PKR masih tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu walaupun peringatan telah dikeluarkan oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution.


    3 serangkai yg besar kapla...

    ReplyDelete
  3. Ade saper2 yg tahu kenapa blog penjilat umno Cucu Tahik Sekampit tak boleh diakses...

    Mungkin dah bankrap kerana tak dapat bayaran lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko rajin juga melawat blog yg ko gelar tahik. Suka main tahik juga? 😊

      Delete
  4. Setuju dengan abah dengan sedikit penambahan.

    Azmin masih simpan semua cerita-cerita 'boleh dipau' Anwar sebab Azmin sendiri masih menyimpan cita-cita tinggi di dalam politik. Paling tidak pun untuk dia kekal pada jawatan menteri ekonomi yang disandangnya.

    Anwar mahukan Azmin dipecat sebab dia melihat Azmin sebagai saingannya untuk merebut kerusi PM-8. Aneh betul apabila mengambil kira fakta bahawa Azmin tidak pernah sekali pun menyebut dirinya sebagai 'PM-8'. Nampak sangat Anwar ketakutan dan keresahan tanpa punca. Bukti jelas bahawa punca keresahannya adalah datang dari dirinya sendiri.

    Anwar sendiri pun tahu Azmin ada menyimpan banyak peluru ke atasnya. Hanya sahaja Azmin sendiri sedar menembak Anwar dengan peluru-peluru ini hanya akan menyebabkan dirinya juga 'mati' bersama-sama Anwar.

    Sebab tu Anwar tidak berani menikam Azmin secara berhadapan dan memerlukan orang lain melakukan kerja-kerja tersebut bagi pihaknya.

    Rafizi telah akur dengan arahan Anwar tetapi Rafizi tetap tewas kepada Azmin. Azmin masih berdiri sedang Rafizi yang hari ini telah tenggelam.

    Tun pula 'memahami hakikat keadaan' dan tidak mahu orang lain mengunakan pisau dan tangannya untuk menikam Azmin. Berhadapan dengan Tun, Anwar menemui jalan mati. Hanya pesuruh-pesuruhnya sahaja yang kekal menyalak pasal video tu.

    Percubaan LObaKMAN juga gagal, bahkan mengesahkan lagi kenyataan polis Malaysia tentang identiti yang tidak dapat dipastikan. Sekali lagi Anwar menemui jalan mati di dalam projek 'video semburi*'.

    Kini peluang untuk Anwar sendiri yang menikam Azmin secara berhadapan terbuka luas. Persoalannya ialah 'beranikah Anwar? '

    Ketika Tun memecat Anwar daripada parti dan kerajaan serentak pada tahun 1998, Tun tidak takut kena pau oleh Anwar dan malahan oleh sesiapapun sebab dia tahu segala tuduhan ke atasnya hanyalah fitnah dan tohmahan. Habis kuat ialah apabila fitnah dan tohmahan ini tak lekat, mereka mencerca Tun pula melalui satu buku jijik yang diberi nama 'SHIT@PM@P*kimak", dan slogan "Reformasi!! Mahathir mati jadi bab*!!".

    Apabila Azmin merasakan dia telah menemui jalan mati di dalam kerjaya politiknya disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh Anwar, maka pada masa itulah Azmin akan melakukan kamikaze ke atas Anwar, biar sama-sama mati serentak.

    Mari kita lihat adakah Anwar benar-benar berani walk the talk atau masih kekal menggunakan pesuruh-pesuruhnya seperti Tuan Budin dan Kejora Bapuk Bodo untuk menyerang Azmin.

    Kesimpulannya akan tetap sama. Anwar buatlah apa sahaja hatta membuat skrip wayang hero Tamil sekalipun, sekiranya Allah tidak izinkan dia menjadi PM, dia tetap takkan jadi PM.

    Dia telah pernah bergelar PM-5, PM-6 dan PM-7 dan terbukti Allah tidak mengizinkan dia merealisasikan gelaran-gelaran itu. Selepas 3 percubaan, kini dia bergelar pula 'PM-8'.

    Adakah gelaran PM-8 ini akan menerima nasib yang sama seperti angka2 sebelumnya? Masa pasti akan memberikan jawapan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah malas nak tulis panjang2.. tapi itulah ceritenya.. TQ johndoe..

      Delete
  5. Sebenarnya aku lagi suka Tok Pa...diam2 buat keje...ada kelayakan..takde isu moral dan banyak pengalaman. Kita ni mcm tersepit dgn perjanjian si brader dgn Tun seolah2 jawatan PM nie mcm hak ekslusif utk org tertentu ajer. Kenapa tak dibuka polling sapa paling popular dan kita sendiri pilih? Berapa lama la kita asyik nk ikut telunjuk beberapa kerat keputusan individu walhal yg memenangkan PH undi drp rakyat. Yg rugi adalah rakyat bila brader bergaduh dgn Min Buritto...sampai bila la Tun boleh protect pon. Kunyit Elephant fight Buritto elephant grass jugak suffer...apa guna kita pangkah elephant kalau dah tau kena lenyek camtu.
    Patut Tun arahkan brader to stand down...pastu pecat Azmin gantikan Tok Pa sebagai ganti. Dua2 ekor elephant tu biar bergasak internally dlm PKR dgn Kak Wan jadi referee. Maksud aku pandai2 la buat election special punya sebab either one has to go. Mana boleh ada dua elephant dlm satu gunung. Pemenang akan dinobatkan PM-8 in waiting. Kalau dua2 ekor elephant KO gara2 semua video skandal keluar...maka suruh ajer la Kak Wan jadi PM.

    ReplyDelete