Saturday, August 17, 2019

RULE OF LAW - ZAKIR NAIK

Dr Zakir Naik sedang mengambil tindakan undang² kepada yang memprovakasikan ucapannya dan fitnah² yang dilemparkan.
Tindakan serta merta ini membuktikan berani kerana benar.

Polis juga sedang membuat siasatan.

Tidak ada tekanan dan kesukaran untuk PM,  Tun masih kekal ceria.

19 comments:

  1. Sdr KD,

    Mohon tampal.

    -----------

    Tuan Syed,

    Saya telah lama membaca blog tuan, dan hanya kali ini saya terpanggil untuk membuat komen seperti berikut :-

    1. Sebagaimana Tn Syed, saya sendiri adalah seorang pembenci Wahhabi. Beza kita ialah saya membenci fahaman tersebut sedang Tn Syed pula membenci manusia yang menganut fahaman tersebut. Tidak seperti Tn Syed, saya tidak membenci makhluk yang dimuliakan bernama manusia .

    2. Kebencian Tn Syed kepada DZN sungguh dahsyat sehinggakan Tn Syed sampai ke peringkat berlaku biadab kpd Tun hanya kerana Tun tidak melakukan seperti kehendak Tn Syed. Kebencian Tn Syed sedang membawa kepada satu dendam peribadi yang menyebabkan jiwa Tn Syed semakin hari semakin menanah dengan kebencian.

    3. Walaupun saya membenci fahaman Wahhabi tetapi saya akur dan memahami bahawa tidak semua pemilihan di dalam dunia ini adalah di antara kebaikan dan kejahatan atau di antara maslahah dan bukan maslahah. Kadang-kadang ia adalah pilihan di antara dua kejahatan atau dua maslahah. Apabila diberi pilihan sebegini kewajipan seseorang itu ialah untuk memilih kejahatan yang lebih kecil di antara keduanya dan juga memilih maslahah yang lebih besar di antara keduanya. Sebab itulah pada PRU14 yang lalu saya telah memutuskan untuk bersama Tun bersekutu dengan seorang pesalah liwat demi menjatuhkan kejahatan yang jauh lebih besar iaitulah kejahatan kleptokrasi. Liwat adalah satu kejahatan tetapi kleptokrasi adalah kejahatan yg lebih besar.

    4. Sekalipun saya melihat DZN sebagai satu kejahatan kecil saya melihat menyerahkannya kepada pihak berkuasa India di dalam keadaan hari ini adalah ibarat membuka pintu kepada kejahatan yang lebih besar. Jangan lupa mereka baru saja membatalkan Artikel penting di dalam perlembagaan negara mereka berkenaan status istimewa Kashmir di dalam Union of India. Sekiranya asas kepada persetujuan bersyarat jutaan Muslimin Kashmir akur menyertai Hindu India boleh dilanggar sesuka hati, bagaimana mahu berharap mereka akan melaksanakan keadilan yang sebenar ke atas satu batang tubuh Muslim bernama DZN?

    5. Tanpa disedari oleh kebanyakan warga Hindu di Malaysia mahupun di India, keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar pulang DZN ke India juga sedang menghalang kemungkinan kemudharatan besar kepada India sekiranya DZN berada di bumi India. Ketika Lord Mountbatten dimaklumkan bahawa pembunuh Mahatma Ghandi adalah seorang Hindu, beliau telah dilaporkan berkata; "Thank God it was a Hindu. If it was a Muslim the whole country would be thorn apart".

    6. Tn Syed boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pilihan Tun, tetapi hakikatnya ialah Tun adalah orangnya yang memiliki kuasa untuk membuat keputusan tersebut.

    7. Apa yang kita lihat sebagai pilihan yang salah di mata kita tidak semestinya ia juga adalah pilihan yang salah pada sudut hakikat.

    8. Wlbgmnpn secara hikmahnya ialah apabila kepercayaan kita itu sehingga mendorong kita menjadi benci yang meluap-luap, maka itu tandanya kepercayaan kita itulah sebenarnya yang salah kerana benci yang meluap-luap itu adalah sebahagian tanda seseorang itu telah pun ditipu oleh syaitan sedang dia menyangka dirinya sedang melakukan perkara yang betul.

    9. Tidak seperti Tn Syed yang kelihatan membenci Tun kerana pilihannya, Tun sentiasa kelihatan tenang apabila memberi penjelasan mengapa dia tidak bersetuju untuk menghantar pulang DZN ke India.

    10. Dari sudut pandangan hikmah, saya mengatakan bahawa Tun sedang membuat keputusan yang betul di dalam isu DZN sedang Tn Syed pula sedang membuat pilihan yang salah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu pembenci dan fitnah anwar ibrahim....sedangkan anwar tak pernah jentik tulur kamu.amacam?..

      Delete
    2. Syed ini sangat Ego Dan Bodoh sombong ,dia langsung tak sentuh bahwa INTERPOL sudah reject 3 Kali permohonan Red Notice dari India . INTERPOL reject sebab tiada asas Dan bukti kukuh.Syed ,Non Muslims & Muslim Liberal (munafik) Tak peduli fakta penting ini .
      Kita wajib tentang puak puak ini

      Delete
    3. Kejora Bapuk Bodo,

      Aku tidak membenci Anwar Ibrahim. Sebaliknya aku hanya menyatakan fakta dan kebenaran tentangnya dan tidak pernah sekalipun aku mencercanya atau mempersendakamnya seperti yang dilakukan oleh Syed terhadap Tun.

      Fakta dan kebenaran tentangnya ialah dia adalah seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan dan tidak layak menjadi Perdana Menteri. Fakta dan kebenarannya ialah dia memang sangat kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri dan kebenarannya ialah kemaruknya itu akan membawa kebinasaan kepada dirinya. Tidak lama lagi kita akan melihat kebenaran yang ketiga ini menjadi fakta sejarah Anwar Ibrahim.

      Anwar pernah menggelarkan Tun sebagai Mahafiraun, menghasut kebencian kepada Tun dengan slogan "Reformasi!!!
      Madey mati jadi bab*" dan berseronok dan bersukaria dengan bukuk SHIT@PM@Puk'mak yang ditulis Shahnon Ahmad untuk mencerca Tun. Anwarlah sebenarnya seorang pembenci yang mencerca.

      Tun Mahathir pula hanya mengatakan kebenaran tentang Anwar dan tidak pernah mencaci dan mencercanya sebagaimana yang disunnahkan oleh Anwar ke atas Tun Mahathir.

      Sebagaimana Tun Mahathir tidak pernah membenci dan mencerca Anwar sebegitulah aku tidak membenci mahupun mencerca Anwar.

      Ada pula mengatakannya sebagai peliwat itu bukan pembenci mahupun pencerca tetapi adalah kebenaran. Liwatnya bukan sahaja sabit di mahkamah bahkan juga melalui sumpah laknat. Hanya pendusta dan pembingung tegar sahaja yang menafikannya.

      Delete
    4. OSTB menunjukkan sifat yang keji dengan menghina Tun sebagai bodoh. Tun yang telah terbukti berjasa pada negara tapi OSTB sudah mula membenci Tun dengan lontaran panggilan bodoh. Ini pada saya adalah jelmaan dari penyakit hati. Akhlak yang sebegini adalah pantulan dari penyakit hati yang mungkin dia tidak pernah ditegur oleh kedua orang tua nya.

      Delete
  2. Ya, bro KD.

    Tun masih kekal bernafas sihat dan ceria. Pagi tadi saja dia dilaporkan berbasikal sejauh 11km. Bagi seorang tua berumur 94 tahun ini adalah sesuatu yang luar biasa.

    By the way, off topic sikit, tak ada sesiapa ka yang terserempak dengan abam semasa menunaikan haji di Mekkah, Madinah mahupun Jeddah? Pelik bin ajaib betul ni.

    Abam juga dilaporkan telah pulang lebih awal daripada jadual jemaah-jemaah haji Malaysia. Pesawat pertama membawa pulang jemaah haji Malaysia masih belum sampai, abam telah pun sampai. Tambah lagi pelik dan ajaibnya.

    Melihat pula gambar abam di FB yang didakwa oleh abam sebagai diambil di Masjidilharam lebih menimbulkan kemusykilan. Bukan pro pun akan dapat melihat betapa wujudnya kemusykilan di dalam gambar tersebut (gambar boleh dilihat di blog Cucu Tok Selampit). Tambah-tambahlah pelik dan ajaibnya.

    Banyak betul keraguan demi keraguan pada batang tubuh abam ni.

    Masa akan memberikan jawapan yang tepat tanpa sebarang kemusykilan dan keraguan lagi siapakah abam yang sebenarnya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. isu yanb cuba diperbesar macam jawi.. ada asas tak kuat. cuma lebih membuka topeng sebenar dap dan puaknya. tun berlaku adil itu yang penting tak macam puak hipokrit.. buat apa pening2

    ReplyDelete
  4. Pulisss halang ceramah Zakir Naik di Perlis.

    Akhirnya kerajaan Atom tunduk kepada desakan mereka (DAP). Bukan ceramah umum pun. Pergi lah halang menteri yang bercakap secara terbuka menyentuh sensitiviti Agama Islam dan Bangsa Melayu dan mempertikai apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan kontrak sosial.

    Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa.

    Dr Zakir Naik dan keluarganya pada program itu yang bermula semalam hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti dan desakan pelbagai pihak.

    Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Mohamad berkata, nasihat tersebut dipersetujui Mufti Negeri, Dr Asri Zainal Abidin dan pihak Jabatan Mufti negeri telah pun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap pada program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada dari segi politik dan atau keselamatan inilah langkah bijak menghalang Zakir Naib masuk perangkap puak pelampau dan provocator mencari alasan untuk Tun mengeluarkan ZN dari bumi jawi.

      Tun juga tidak terperangkap dengan pelbagai desakan ke atasnya.

      Delete
    2. Hasrat madey nak gunakan zakir untuk dapat sokongan melayu gagal...

      Delete
    3. Cara sedara komen macam org Melayu tidak tahu bezakan antara tuntutan terhadap agama dan politik.

      Jika taksub kepada nuar itu maka seseorang itu dianggap bijak?

      Delete
  5. selamat kembali Tuan Haji Brother Anwar Bin Ibrahim ke tanahair

    Takkan Tuan Aji tak nak belanjer pic kat Mekah madinah... belanjer la video ka atau pic dng jamaah Mesia yang tuan aji lakukan haji...belajer la Tuan Aji Brader ... lepas jugak kerinduan rakyat Mesia


    Pelik takkan pegawai khas Tuan Haji bakal PM ke 8 dan TPM tak ikut perkembangan Tuan Aji Brother Anwar Bin Ibrahim dan macai pegawai pengiring Jijah TP PM dan Bakal PM tak amik gambar di Kaabah Arafah ato Masuk Dalam Kaabah dll.

    Dolu masa sumpah laknat Sepol sampai siar bertubi tubi kat Kaabah... semacam ajer tuan aji kita nihh..

    kikikikiki..

    Bang non tak kan la satu gambar video klip bang non perji haji tak siar lansung...


    mabrur sangat haji bang non kite nih..


    #susahcayoapolaginakterimo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta Kejora Bapuk Bodo jawab. Dia tidak akan menjawab soalan sebaliknya akan beralasan.

      Delete
    2. dah lama jawab

      on ke tak on...!!

      Delete
  6. seperti tulisan dakj, zakir naik ni tak ada apa pun. cara berdakwahnya tidak sesuai dgn keadaan sini. dia guna bi, tak byk orang kampung yg faham. kita cuma seronok bila dengar kelemahan agama lain dibanding dgn islam. kita lupa bila kita pelekeh agama lain, mereka pelekeh nabi kita dan kita marah. kita lari drpd ajaran quran yg larang kita hina agama lain. ada banyak benda lain yg lebih penting dari zakir naik.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya bacaan politiknya begini yg tdm buat.

    Drpd hantar zn balik india, lebih baik *sumbat* zn dlm *penjara* malaysia (dilayan spt tahanan rumah).

    Tapi persoalan lain timbul, sampai bila penjara dapat menjaganya? Jika tdm dah takda, adakah pm lain akan tetap *penjarakan* dia dgn selamat di malaysia.

    Jika dilucutkan taraf penduduk tetapnya pula, (plan b) kemana ZN akan diterbangkan secara senyap?

    #kitadalambahaya
    Tetapi jangan takut mara kerana zn saudara kita.
    Dia percaya bangsa kita maka sebab itu dia berada di sini.
    Jangan ada si kitol mengkhianati kerana bimbang ada 'mercun' bermain sana sini nanti.
    Rumit rumit rumit..... Saya dah bagi cluenya apa game plan nya......




    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sdr Kerengga,

      Anehnya ada orang Melayu beragama Islam sendiri yang memberikan pelbagai alasan mahu DZN dihantar pulang ke India. Mereka lebih rela Narendra Modi yang mengadili DZN daripada Tun. Tidakkah mereka tahu sejarah siapa Narendra Modi itu?

      Ini negara Melayu Muslim. Agungnya dan PMnya adalah Muslim dan sepatutnya kita mempunyai akal sebagai seorang Muslim, dan seorang Muslim akan memberi perlindungan kepada saudaranya yang mencari perlindungan daripada ancaman kezaliman yang berasas dan bukan agak-agak semata-mata.

      Ia bukan tentang undang-undang negara India mahupun tentang money laundering, sebaliknya tentang masyarakat negara itu sendiri terutama di bawah Narendra Modi sebagai PM.

      Sekiranya mereka boleh membunuh ribuan Muslimin di dalam rusuhan di Gujerat yang didalangi oleh Modi, merampas Masjid Babri bertentangan dengan peruntukan perlembagaan mereka sendiri, membunuh Muslim yang disyaki memakan daging lembu, dan hari ini mencabul sifat autonomi negeri Kahsmir yang menghalangnya daripada dijajah oleh India, adakah kita boleh berharap Modi akan memberikan perlindungan kepada DZN daripada pelampau2 Hindu? Modi sendiri adalah individu di belakang keberanian pelampau-pelampau ini.

      TDM sedang melakukan perkara yang betul iaitulah" prihatin terhadap orang-orang yang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang kafir" dan kita perlu menyokongnya.

      Tuduhan bahawa TDM mahu menggunakan isu DZN untuk meraih sokongan hanyalah tuduhan pendengki yang melihat Tun memang memiliki sokongan yang besar.

      TDM adalah seorang pejuang di medan politik dan bukan seorang politikus yang mencari sokongan. Dia sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan.

      Sulaiman Shah, tribal chief kepada suku Kayi telah memberikan perlindungan kepada kaum kerabat kesultanan Seljuk yang lari dari ancaman yang nyata walaupun menerima tekanan daripada segenap sudut. Satu abad kemudian apabila Kesultanan Seljuk tumbang, keturunan Sulaiman Shah iaitu Bani Uthmaniyah (Osman adalah cucunya) yang mengambil alih kesultanan bangsa Turki dan diberikan kemuliaan menjadi pembuka Konstantinopel dan selepas itu menjadi khalifah umat selama 400 tahun.

      Saya telah beberapa kali memberitahu bahawa bangsa Melayu bakal diberikan kemuliaan besar di tengah umat akhir zaman melalui tangan lelaki yang bernama Mahathir Mohamad ini. Kita mesti menyokongnya dan bukan menambahkan beban yang ditanggungnya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. abah percaya dng kau jon doe...!

























      kikikiki..

      Delete