Sunday, August 25, 2019

SATU LAGI PARTI MELAYU YANG TERSUSUN AKAN SERTAI UMNOPAS..

Walaupun tidak punya bintang² seperti di BERSATU tetapi rangkaiannya seluruh negara lebih kemas dan tersusun.

7 comments:

  1. Kontijen Unit Amal PAS akan berkerjasama dengan Kontijen Unit Sabil UMNO yang baru ditubuhkan.

    Unit unit Beruniform dari kedua dua parti ini di bawah Pergerakan Pemuda Parti PAS dan UMNO akan bertindak kedepan membentengi parti di Penyatuan Umah 14.9.2019 #HPI914 nanti.

    Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kita namakan sebagai SKUAD SABIL mengambil semangat “Fi sabilillah” untuk melahirkan generasi pemuda yang sanggup berjuang di jalan Allah, punya akhlaq dan disiplin yang baik, rela berkorban mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.


    Tahniah masa bertindak masa berjuang fisabillah di bumi bertuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...hebat gileer skuad sabil umno dgn skuad amal pas nak menyatukan ummah. Cuma pelik la...pas ke umno ke...semua satu kaum satu agama...satu dna pulak tu. Beza cuma geng serban dan geng songkok jer. Kenapa perlu ada PAS atau UMNO hatta PPBM atau PAN sekalipun kalau asal2 mmg dah satu dna dan satu agama?
      Gebang kosong je la ko punya fisabillah...kalau setakat nak jual agama dan bangsa tak perlu la bodohkan anak bangsa demi laba politik. Lagi bagus korang pakat ramai2 tanpa melibatkan parti...buat atas nama Melayu dan Islam dan kempen abis2 mcm BERSIH punya geng.

      Delete
    2. Terbaaeek bro..

      Sejak hilang kuasa, sudah lama tidak dihormati..
      Ada skuad.. Dapatlah juga tabek sesekali.

      Delete
    3. Nk tnya berapa peruntukan skuad sabil ni?

      Delete
    4. Skuad sabil pertahankan pemimpin yg buncitkan perut....bukan pertahankan kebenaran dan hukum Allah. ..

      Delete
  2. Pakaian seragam nampaklah segak
    Uniform saja tidak bererti
    Jika rasuah dibiar tegak
    Diberi amanah kaut berpeti!

    Jangan hanya syok sendiri
    Ada 'kuasa' barisan hadapan
    Ilmu pengetahuan sudah ke beri
    Sekadar berbaris, mampu ke mampan?

    Ilmu pengetahuan jarang yang suka
    Hiburan, rombongan bagi kat dia
    Program ceramah berpaling muka
    Malam minggu, rempit berpoya!

    Membaca buku jarang yang suka
    Takde ilmu bangsa kan mundur
    Buat kerja elakkan leka
    Jangan semua nak jadi mandor!

    Jika benar penyatuan ummah
    Tak perlu ada dua briged
    Kahwin terus duduk serumah
    Sama bergendang,sama berjoget!

    Penyatuan bangsa perlu bersungguh
    Nilai murni patut diasuh
    Buang yang korup jangan bertangguh
    Segala kotoran wajib dibasuh!

    ReplyDelete
  3. Bersatu ada bintang tapi bintang malap..

    ReplyDelete