Friday, September 20, 2019

BANYAK LAGI JAWATAN² LAIN YANG ANWAR BOLEH PILIH SELAIN PM

Peralihan kuasa perlu berjalan dengan licin dan lebih penting majoriti menerimanya dengan baik bukan kerana janji,  bukan kerana giliran tetapi kerana integriti seseorang itu adalah anatara yang terbaik.

Yang menentukan pendek atau panjang akhirnya diputuskan melalui PRU oleh rakyat, bukan sahaja risiko kepada PM,  PM Menanti,  PM tepi,  Calon PM tetapi juga kepada parti dan pakatan itu sendiri.

Anwar wajar memainkan peranan untuk mengukuhkan PM sekaligus mengukuhkan kerajaan dan PH dengan berperanan sebagai Pemerhati dan Penasihat yang disegani, adil dan berwawasan.

Bukan dilihat sebagai penggugat,   pengacau,  atau tiada kesabaran.

Bercita cita lah tidak menjadi PM seperti Tun Daim tetapi berkelayakan untuk menjadi PM jika terpanggil bila² masa dalam ketika anak bangsa menjemputnya dengan hormat.

Semua PM terdahulu naik termasuk PM7 tidak secara tergesa-gesa tetapi situasi menyebelahi mereka dan diterima baik.

Ikut nafsu - lesu











....iklan

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Anwar dah tunjuk belang, sedang bersiap untuk rebut jawatan PM, kata penganalisis2 politik.

    Penganalisis2 percaya Anwar dah hilang sabar & tidak lagi akan bertolak ansur tentang tarikh pengambilalihan jawatan PM. Mentelah pulak Anwar kini bertambah syok sendiri berikutan kenyataan2 baru2 ini daripada bekas KM Sarawak, Salleh Ketiak dan bekas speaker rusak Dewan Rakyat, Pandikar Lapok Amin.

    Sayugia diingatkan, Tun M telah beberapa kali berkata beliau akan menunaikan janji itu apabila “negara berada dalam keadaan baik”.

    Justru Anwar perlu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli Parlimen sebelum mengambil langkah menuntut jawatan berkenaan, dan sokongan daripada Salleh dan Pandikar Amin seolah-olah menandakan langkah itu telah bermula.

    Namun ramai berpendapat Anwar akan menerima jawapan yang kabur sekarang setelah beliau asyik ngotot menyebut garis masa 2 tahun itu.

    Dalam beberapa minggu ini, Tun M dikritik oleh pembangkang dan beberapa pihak dalam PH berkaitan beberapa isu, antaranya penjualan aset kerajaan dan keputusannya untuk mempertahankan penceramah warga India Dr Zakir Naik.

    Perkembangan terbaru ini juga akan memberi tekanan kuat ke atas PH dan berisiko memecahkan gabungan politik itu kepada kem pro-Anwar dan pro-Mahathir.

    Anwar kelihatan sedang memberi amaran kepada pencabarnya berhubung jawatan perdana menteri. Namun laluan yang perlu dihadapi Anwar tidak mudah kerana terdapat “banyak faktor dan permainan” yang wujud, dengan menyebut kerjasama antara PAS dan Umno adalah salah satu daripadanya.

    Jika Umno dan PAS boleh meraih sokongan orang Melayu luar bandar, Anwar akan berdepan masalah kerana banyak pihak dalam PH percaya bahawa hanya Tun M boleh mengalahkan Umno dan PAS di kawasan berkenaan.

    Dalam pada masa yg sama, anak2 didik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah dah buat hal pulak. Si Farhash lagak gengster tapi kini kecut menyorok diri,

    Besok2 ntah camana haru biru agaknya bila Anwar mentadbir negara.....??

    ReplyDelete
  3. Yang gagah jangan diacah
    Wahai merah ataupun biru
    Nanti tertanduk kepala pecah
    Si gagah mampu membuat haru!

    Si biru guna si kain merah
    Bagi tujuan ganggu si gagah
    Jika si gagah dah naik marah
    Merah, biru pasti disergah!

    Itu sebab usah diganggu
    Biar si gagah beredar sendiri
    Nanti nangis tidak berlagu
    Tertanduk nanti akibatnya ngeri!

    Yang dah calar keluar gelanggang
    Duduk tepi sabar menanti
    Jika taksub juara nak pegang
    Takut melepas sampai ke mati!

    Walau satu.. si gagah hebat
    Musuh keliling cuba binasa
    Yang menikam mencari ubat
    Si gagah tetap berdiri sasa!

    "Bring in on", kata si gagah
    Jangan dibuli jangan dipegang
    Merah dan biru janganlah megah
    Tanpa si gagah..tak masuk gelanggang!






    ReplyDelete
    Replies
    1. Gagah anendanye...dah tak ade kuasa penuh lagi mcm dolu2...

      Delete
  4. Farhash ni is Jamal jamban 2.0...imagine if bang non jadi pm!

    ReplyDelete