Thursday, September 19, 2019

DULU MAKAN DEDAK SEKARANG MAKAN BANGKAI ..

Itu bukan anda,  orang lain..
Tetapi fikir fikirlah kot kot ada persamaan.

Salam Jumaat.

8 comments:

  1. Hello Umno....Amar dari Pas dah berbunyi...terlalu awal untuk berkongsi.... minyak nak berkongsi dengan air.... politik...hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat-sahabat lain.

    Kalau bab pantun memantun ni kena serah kepada sdr Fan Tun, pemantun yang tidak dapat dikalahkan. Saya mampu tumpang tambah ja.

    Dulu makan dedak la ni makan bangkai
    Dulu tak pakai otak la ni tak pakai akai.

    Antara memakan dedak dan memakan bangkai bolehlah diibaratkan seperti perbandingan di antara memakan rasuah dan memakan babi.

    Makan rasuah lebih jahat dan lebih hina daripada memakan babi tetapi anehnya orang-orang kita hari ini mereka melihat babi sebagai benda yang sangat jijik tetapi melihat rasuah sebagai 'rezeki' dari Allah.

    Samalah halnya dengan memakan bangkai dan memakan dedak.

    Memakan bangkai dan memakan babi tanpa hak adalah kejahatan kepada diri sendiri, maka ia adalah urusan si pemakan itu dengan Allah. Dia hanya perlu bertaubat sendiri sahaja dan selesai. Dia tidak berhutang kepada mana-mana manusia pun dan tidak perlu memohon maaf daripada mana-mana manusia di atas kejahatan tersebut.

    Ada pula memakan dedak (istilah untuk orang-orang yang mengambil upah membuat kerja-kerja yang jahat seperti berterusan menipu di dalam membela penipuan si pemberi dedak) ataupun memakan rasuah, kesan keburukannya adalah ke atas masyarakat. Mudharatnya lebih besar dan demikian kedua-duanya adalah kejahatan yang lebih besar daripada kejahatan memakan babi mahupun memakan bangkai tanpa hak.

    Ketika larangan memakan babi dan bangkai memiliki pengecualian iaitu dibolehkan di dalam keadaan darurat asalkan tidak melebihi keperluan darurat dan tidak diiktikadkan sebagai ia adalah halal mutlak, rasuah dan dedak pula saya tidak melihat apa-apa alasan sah pun untuk memakannya. Menganggapnya sebagai rezeki pula adalah satu pengkhianatan dan pendustaan ke atas agama.

    Bumi Allah ini luas dan sentiasa ada cara untuk mencari rezeki yang halal. Sekiranya yang haram mutlak itu yang dicari seperti dedak dan rasuah, maka apabila ditimpa kehinaan duniawi dan azab di akhirat, jangan pula beralasan konon dedak dan rasuah itu diambil disebabkan terdesak kerana mahu hidup.

    Di atas alasan atau disebut 'illah inilah, fitnah itu dikatakan lebih dahsyat kejahatannya daripada membunuh. Membunuh semata-mata hanya satu nyawa diambil tanpa hak dan selesai di situ sama seperti kematian secara semulajadi atau kematian akibat kemalangan, sedangkan fitnah pula boleh membuatkan masyrakat menjadi huru hara dan kacau-bilau.

    Mengambil upah membuat kerja-kerja jahat berdusta demi membela kebathilan ketika dia tahu dan sedar dirinya sedang berdusta adalah perbuatan orang-orang yang menjual jiwa mereka kepada Iblis dan Dajjal. Inilah satu kaedah Dajjal memperdaya manusia di zaman fitnah.

    Dajjal tidak akan dapat memperdaya orang-orang yang semata-mata terdesak kerana di sana sentiasa ada ruang dan jalan keluar untuk mencari rezeki, tetapi Dajjal akan dapat memperdayakan orang-orang yang tamak, yang mahu mendapat hasil duniawi melalui jalan mudah, walaupun bukan di dalam keadaan terdesak, iaitu dengan menjual jiwa kepada pendustaan dan kebathilan.

    Maka barangsiapa yang memilih untuk menjadi tentera Dajjal di zaman fitnah, kelak apabila dia ditimpa oleh apa yang dia sendiri pilih, dia tidak akan diberi kesempatan untuk beralasan bahawa dia menjadi tentera Dajjal disebabkan terdesak.

    Sesungguhnya Allah tidak pernah dan tidak akan menganiaya manusia dengan menyukarkan hidup manusia itu sampai ke peringkat ia terpaksa menjadi tentera Dajjal semata-mata untuk hidup, sebaliknya manusialah yang diberi pilihan dan sekiranya mereka sendiri memilih untuk menjadi tentera Dajjal, kerana mahu merasai kesenangan hidup yang sedikit lagi sementara, maka bersedialah untuk menanggung kehinaan di dunia dan azab di akhirat membuat pilihan yang disedari diri sendiri.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro john doe..

      Anwar dah tunjuk belang,sedang bersiap untuk rebut jawatan PM, kata penganalisis2 politik.

      Penganalisis2 percaya Anwar dah hilang sabar & tidak lagi akan bertolak ansur tentang tarikh pengambilalihan jawatan PM. Mentelah pulak Anwar kini bertambah syok sendiri berikutan kenyataan2 baru2 ini daripada bekas KM Sarawak, Salleh Ketiak dan bekas speaker rusak Dewan Rakyat, Pandikar Lapok Amin.

      Sayugia diingatkan, Tun M telah beberapa kali berkata beliau akan menunaikan janji itu apabila “negara berada dalam keadaan baik”.

      Justru Anwar perlu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli Parlimen sebelum mengambil langkah menuntut jawatan berkenaan, dan sokongan daripada Salleh dan Pandikar Amin seolah-olah menandakan langkah itu telah bermula.

      Namun ramai berpendapat Anwar akan menerima jawapan yang kabur sekarang setelah beliau asyik ngotot menyebut garis masa 2 tahun itu.

      Dalam beberapa minggu ini, Tun M dikritik oleh pembangkang dan beberapa pihak dalam PH berkaitan beberapa isu, antaranya penjualan aset kerajaan dan keputusannya untuk mempertahankan penceramah warga India Dr Zakir Naik.

      Perkembangan terbaru ini juga akan memberi tekanan kuat ke atas PH dan berisiko memecahkan gabungan politik itu kepada kem pro-Anwar dan pro-Mahathir.

      Anwar kelihatan sedang memberi amaran kepada pencabarnya berhubung jawatan perdana menteri. Namun laluan yang perlu dihadapi Anwar tidak mudah kerana terdapat “banyak faktor dan permainan” yang wujud, dengan menyebut kerjasama antara PAS dan Umno adalah salah satu daripadanya.

      Jika Umno dan PAS boleh meraih sokongan orang Melayu luar bandar, Anwar akan berdepan masalah kerana banyak pihak dalam PH percaya bahawa hanya Tun M boleh mengalahkan Umno dan PAS di kawasan berkenaan.

      Assalam Mu Alaykum & salam perjuangan.

      Delete
  3. Lobang Amhari saksi pendakwaraya yg sedap cerita pasal jho lo dipecahkan...ludah ke langit jatuh ke muka sendiri...pendakwaraya silap pilih saksi kot...amhari sepatutnye didakwa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habislah Najib.... Macai yang dibelanya semua tak guna. Pendakwaraya yg bertahun2 bergelumang dengan undang2 dikatakan silap pilih saksi. Silap wak lu.... Simpanlah bodoh tu sikit sampai jumaat depan.

      Kikikikiki

      Delete
  4. Madey buat apo?


    Kementerian Lim Guan Eng batalkan kontrak 33 syarikat pembekal perabot bumiputera
    By Editor - 11/09/201920

    11.4K
    SHARES
    MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberitahu bahawa Kementerian Kewangan membatalkan kontrak 33 syarikat Bumiputera yang membekalkan perabot kepada semua agensi kerajaan di seluruh negara

    MTEM dalam satu kenyataan menyetakan bajawa kementerian bertindak tidak adil dan terburu-buru kepada Persatuan Industri Penguasaha Perabot Bumiputera (PETRA) apabila membatalkan kontrak tersebut.

    Oleh itu MTEM memohon Kementerian Kewangan menimbang semula keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat (KPB) baru-baru ini.

    “Sebanyak 33 syarikat atau 38 peratus daripada 87 syarikat tersenarai di bawah pembekalan perabot bagi agensi kerajaan digugurkan daripada senarai tersebut berkuat kuasa 15 Julai 2019. Pengguguran ini dibuat ekoran kegagalan syarikat KPB memperoleh persijilan Sijil Perkhidmatan Produk (PCS) dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.”

    ReplyDelete
  5. Aii KD. Tajuk mcm wa pny ayat ja.sempoi la. Ayat camni mau hempok kt depa.pny la taksub kt boss lama smpi benda depan mata yg nyata pn depa xleh terima. Mmg buta kare mata potte(rabun daa..) happy weekend KD.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum bro JD, bro Othaman
    Teman2 seperjuangan dan bro KD
    Penyatuan ummah lain2 fahaman
    Tentu bunga kembang tak jadi..

    Bangsa berpadu pemimpin nak kuat
    Tiada lain selain Pak Tua
    Berpadu jika menurut syahwat
    Takut berebut nak jadi ketua!

    Alangkah molek dulu teropong
    Singkir pemimpin manipulasi wang
    Dah hilang kuasa baru melopong
    Nasihat Pak Tua dulu dibuang!

    Ibu ayah pemimpin keluarga
    Buruk pimpinan anak terjejas
    Pimpinan ummah begitu juga
    Berpuluh kes siapa nak adjust?

    Saya ini tidaklah pandai
    Jauh sekali nak jadi juara
    Kuda gagah bertukar keldai
    Lawan Pak Tua tenggelam suara!

    Buangkan ego fikir semula
    Jika nak menang sokong Pak Tua
    Yang tersohor penuh formula
    Selain Pak Tua..siapa wibawa?



    ReplyDelete