Thursday, September 26, 2019

HEARSAY BERFORENSIK VS HEARSAY MACAI KEDAI KOPI


Apakah SHAFEE sudah hilang BIJAKSANA untuk berdepan dengan saksi di mahkamah hingga perlu LOBAKMAN BERDANGDUT diduar mahkamah?

Balai polis rosak dengan laporan² bermotif politik...
Kenapa hearsay berpilih?
Kena batang hidung sendiri - hearsay
Kena batang hidung orang lain report polis.

Pernah lobakman buat report polis pasal jholo ?
Semburit lebih penting bagi lobakkman dari isu scandal Negara rugi billions skandal 1MDB..


Jom dengar lirik dangdut lobakman....



KERAHAN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS BERAMAI-RAMAI ANJURAN SEKRETARIAT SUARA RAKYAT : MOHON SEBAR CONTOH LAPORAN POLIS KEATAS AMHARI DAN BUAT LAPORAN POLIS SEBANYAK MUNGKIN

Sekretariat Suara Rakyat akan membuat laporan Polis Ke atas Datuk Amhari Efendi Nazaruddin petang ini jam 5.30 di IPD Dang Wangi.  Mohon sesiapa yang berkelapangan turut serta.  Berkumpul dihadapan IPD.  Bagi  teman-teman di negeri dan daerah lain, sila buat di IPD berhampiran kawasan masing-masing. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
0123320000

Contoh Report

Berdasarkan keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin di Mahkamah sepanjang September lalu dalam kes 1MDB yang melibatkan Dato Sri Najib.  Terdapat mengakuan secara jelas yang dibuat oleh Datuk Amhari bahawa beliau secara terang telah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika bersekongkol dengan Low Taek Jho (Jho Low) dalam melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga mengakibatkan Dato Sri Najib teraniaya kerana perbuatan mereka. Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak PDRM dan SPRM untuk menyiasat beliau kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam tiga perkara berikut:

1. Datuk Amhari mengakui beliau memiliki dan menerima gaji sebanyak RM25,000 sebulan dari syarikat swasta bernama Orbs Solutions Sdn Bhd semasa beliau masih bekerja sebagai penjawat awam.

2. Datuk Amhari mengakui di dalam mahkamah bahawa beliau menerima dana sebanyak US$200,000 (RM840,000) dari Jho Low untuk membeli rumah pada tahun 2010 semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

3. Datuk Amhari juga mengakui dihadapn Yang Arif hakim bahawa beliau telah menerima dana sebanyak US$880,000 (RM3,7 juta) dari Jho Low di dalam akaun bank asing BSI Switzerland  semasa beliau bekerja sebagai penjawat awam.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Datuk Amhari sendiri di mahkamah jelas menunjukkan bahawa beliau telah melanggar akta SPRM serta Akta AMLA dan terlibat di dalam penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. Adalah tidak masuk akal, Dato Sri Najib orang yang teraniaya akibat namanya digunakan oleh manusia-manusia durjana ini, didakwa dan tercemar imejnya sedangkan mereka yang memperolehi manafaat dari pelakuan jenayah ini bebas dan tidak didakwa pula.  Sekian laporan saya.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐒𝐑𝐂 𝐃𝐀𝐍 𝟏𝐌𝐃𝐁 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐒 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐈. FB Nabeel Naqie II

Abang kakak semua nampak kan kenapa DSN ke mana-mana dalam keadaan gembira dan seolah-olah langsung tak ada masalah sungguhpun menghadapi pertuduhan demi pertuduhan di mahkamah dan serangan media dikuasai PH saban hari? 

Benda macam ni bukan boleh dibuat-buat. Ia lahir dari jiwa yang bersih kerana sememangnya beliau tidak bersalah. 

Siapa yang ikuti perjalanan kes SRC dan 1MDB pasti dah nampak yang kedua-dua kes ini memang ke longkang dah. 

Mahkamah akan melihat fakta dan bukti. 
Mahkamah bukan seperti mahakhinzir PH yang boleh beriman dengan persepsi dan fitnah. Beban pembuktian sesuatu pendakwaan itu adalah terletak kepada pasukan pendakwaan dan mereka mestilah memberikan bukti-bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah. Ini adalah prinsip undang-undang asas. 

Nabeel simpulkan di sini tentang perkara-perkara utama yang berlaku semasa perbicaraan SRC dan 1MDB setakat ini bagi memudahkan semua faham rumusan kes setakat ini. 

1. Dalam kes SRC, kenyataan saksi pendakwaan utama Joanna Yu Ging Ping (bekas pegawai Ambank) telah membuktikan bahawa Jho Lo adalah penjenayah sebenar yang telah memanipulasi akaun peribadi DSN. 

2. Fakta ini disokong melalui transkrip Blackberry Messanger (BBM) antara Jho Lo dan Joanna Yu yang mana bukti ini telah pada mulanya cuba disorok oleh pasukan pendakwaan. YA! CUBA DISOROK dan kantoi dalam court! Bukti ini diperolehi apabila penguatkuasa Bank Negara Malaysia melakukan serbuan dan merampas Blackberry Joanna Yu pada 6 Julai 2015. 

3. Pihak pembelaan yang tangkas telah berjaya mencungkil bukti ini dan membuktikannya di mahkamah. 
Pihak pendakwaan terdiam sambil tepuk dahi. 

4. Transkrip perbualan mengandungi arahan Jho Lo kepada Joanna agar jangan sesekali menghantar atau memberitahu apa-apa maklumat berkenaan akaun/transaksi termasuk statement bank akaun Ambank beliau kepada DSN atau Pejabat Perdana Menteri. Joanna Yu telah akur dengan arahan Jho Lo ini dan semuanya telah disorokkan dari DSN sama sekali. 

5. Joanna Yu telah mengaku bahawa DSN tidak mengetahui akan apa yang berlaku dan Jho Lo adalah merupakan individu di setiap manipulasi kewangan melibatkan akaun DSN! 

6. Pengarah Urusan Ihsan Perdana Dr Shamsul Anwar telah memberi kesaksian  bahawa DSN amat terperanjat dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa ada seseorang telah transfer RM 42 juta ke dalam akaun beliau tanpa pengetahuan beliau. 

7. Testimoni dari saksi-saksi utama lain seperti CEO KWAP Datuk Azian Mohd Noh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah, dan beberapa saksi lain dari perbendaharaan telah memberi kesaksian yang kuat bahawa DSN tidak pernah menyalahgunakan kuasa beliau dalam isu pinjaman RM 4 billion dari KWAP buat SRC International. 

8. Di dalam perbicaraan yang sama ini, RM 2.6 billion yang dimomokkan oleh PH selama ini sebagai wang yang dirompak Najib dari 1MDB telah dibuktikan adalah merupakan derma politik tulen dari Arab Saudi! Celakalah para pemfitnah selama ini.

9. Bekas Pengarah Ambank Cheah Tek Kuang telah memberi kesaksian bahawa beliau sendiri yang telah membantu DSN membuka akaun bagi tujuan memudahkan kemasukan wang derma dari Arab Saudi  pada tahun 2011. 

10. Malah Cheah memberitahu mahkamah bahawa perkara ini telah diberitahu oleh beliau secara rasmi kepada Gabenor Bank Negara ketika itu si Zeti Lahanat Aziz. (Zeti Lahanat Aziz kata tahun lepas, dia tak tahu apa-apa. Tuih!) 

11. Cheah beritahu di mahkamah bahawa Zeti Lahanat Aziz juga yang telah memberi lampu hijau bagi membolehkan wang masuk ke akaun DSN. Babi kan? 

12. Cheah juga memaklumkan yang beliau telah memberikan kepada Zeti Lahanat Aziz dua pucuk surat dari Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2011 yang mengesahkan bahawa wang berkenaan adalah merupakan hadiah kerajaan Arab Saudi kepada DSN. 

𝑷𝒊𝒉𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒘𝒂𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒈𝒊𝒍 𝒁𝒆𝒕𝒊 𝑳𝒂𝒉𝒂𝒏𝒂𝒕 𝑨𝒛𝒊𝒛 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒔𝒂𝒌𝒔𝒊 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒂𝒃𝒂𝒓 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝑪𝒉𝒆𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝒂𝒕𝒂𝒔. 🖕🏼

13. Saksi memberitahu mahkamah bahawa DSN telah mematuhi semua prosedur bagi menerima wang derma ini. 

14. Joanna Yu juga memberitahu bahawa kemasukan wang derma DSN ini bukanlah satu rahsia dalam sektor perbankan (tidak dilakukan secara sorok-sorok) dan Bank Negara Malaysia tahu mengenainya sejak mula. 

15. Pegawai Penyiasat (IO) Rosli Hussain juga telah mengesahkan yang wang tersebut adalah merupakan derma tulen. 
Rosli dan saksi-saksi utama lain juga telah mengesahkan bahawa DSN telah memulangkan wang derma dana politik yang tidak digunakan kembali ke akaun penghantar asal (return to sender) setelah 4 bulan selepas PRU ke 13. 

16. Seperti Amhari dalam kes 1MDB, Nik Faisal telah didedahkan sebagai balaci utama Jho Lo dalam kes SRC. 

17. Nik Faisal ni adalah individu yang diberi kepercayaan dan kuasa untuk menguruskan akaun Ambank DSN. Dia ni bukan macai. Dia anak Tan Sri Nik Ahmad Kamil, bekas Menteri Besar Kelantan, seorang pejuang kemerdekaan yang turut serta dalam rundingan merdeka bersama Tunku dan Tun Razak di London pada tahun 1956 dan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat! Najib tak kutip dia dari tepi jalan. 

18. Tapi Nik Faisal juga adalah rakan Jho Lo sama seperti Amhari. 🤦🏼‍♂
Amhari kita semua tahu dapat wang jutaan ringgit dari Jho Lo belum termasuk aset-aset mewah lain yang diperolehi diluar dari kemampuan pendapatannya sebagai penjawat awam. Amhari kantoi sebab masih ada di Malaysia. Nik Faisal awal-awal dah cabut lari (2 hari sebelum PRU ke 14). Entah berapa banyak dia dapat tak ada siapa yang tahu. Confirm lagi banyak dari macai macam Amhari la kan? 🤣

19. Terdedah di mahkamah oleh saksi pendakwaan R Umadevi (Pengarah Bahagian Ambank) bahawa tandatangan bekas pengarah SRC Datuk Suboh telah dipalsukan dalam dokumen yang diserahkan oleh Nik Faisal. Pihak pembelaan telah membuktikan kepada mahkamah akan pemalsuan tandatangan ini dengan demontrasi mudah di dalam mahkamah dan pihak pendakwaan hanya mampu untuk tunduk pandang ke lantai kerana terbukti mereka bodoh. 

20. Amhari ni tak payah cakap dah. Memang dah hangus menjadi jerebu dikerjakan TS Shafee dan abang kakak semua mesti dah baca dalam post-post Nabeel. Kalau belum, pi lah baca. 

# barua akan copy paste dan buat report Tanpa dia sendiri faham.. polis tolong jangan layan


Jadi abang kakak semua boleh faham kenapa DSN dan pasukan pembelaan diketuai TS Shafee sangat-sangat konfiden dalam kes SRC dan 1MDB setakat ini. Kebenaran jelas memihak kepada DSN sehingga kini.  

# confident tapi gigil macam nak mampuih

Tambahan pula, watak sebenar jenayah ini iaitu Jho Lo dan Nik Faisal gagal dihadapkan ke mahkamah. Bermakna siasatan tidak selesai tetapi Najib Tun Razak telah dijadikan mangsa pendakwaan politik oleh PH demi kelangsungan hayat pemerintahan mereka kerana mereka menang di atas fitnah bahawa Najib adalah penjenayah. 

# alamak kau tuduh najib difitnah tapi dalam masa yg sama kau tuduh dan fitnah jolo dan Nik Faisal..
Kau punya macai memang taraf
pariahs...bagi makan anak bini

Thomas menghadapi masalah amat besar untuk membuktikan DSN bersalah kini. 

Para penyokong DSN bolehlah bergembira kerana anda berada di pihak yang benar. 


#Kikikikikikiki.....

19 comments:

  1. Para penyokong DSN bolehlah bergembira kerana anda berada di pihak yang benar -HEARSAY MACAI KEDAI KOPI....!!

    Punch line amat power dan menggelikan hati. Brilliant..brilliant..brilliant....!!

    Kenapalah ada sekor Tanpa Nama/Malu tiap2 hari sana sini buat kerja bodoh hina diri....??

    He he he
    Hi hi hi
    Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hearsay kedai kopi ke balai polis...boleh lena ker amhari?...

      Delete
    2. Hearsay kedai kopi masuk tongsampah..
      Kau agak sendiri lah dia boleh lena ke tidak...

      Lobakman tahu..report polis gimmick kepada penyokong mereka untuk keep setia butatuli pada najib sebagai hero.

      Ini penting kepada penyokong rasuah.

      Delete
  2. In Najib Tun Razak’s 1MDB trial, his lawyer, Muhammad Shafee Abdullah, raised the issue of hearsay. Much of the testimony thus far has been on the basis of he told me that she told him that they received instructions from…etc. This is like according to Peter, who got it from Paul, who was told by John, that James heard Jesus say (whatever it was) 200 years ago

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hearsay yang cukup STABIL..
      Adalah tugas peguambelanya menggugat bukti yang akan menjerumus anakguamnya..

      Untuk apa upah peguam kalau dia jadi kayu dimahkamah..

      Delete
  3. Semburit lebih penting bagi lobakkman dari isu scandal Negara rugi billions skandal 1MDB..

    Rujuk balik laporan odit 1 mdb oleh ketua odit negara...tidak disebut pasal kerugian 1 mdb...hanye disebut hutang dan aset 1 mdb yg seimbang dgn hutang...

    Jangan putar..madey pon seblm ini sebut hutang 42 billion bukan kerugian berdasarkan laporan kewangan tahunan 1 mdb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku respek kau sebab berani mengaku lobakman utamakan semburit.

      Ini termasuk dalam piagam ke tidak?

      Delete
  4. Tindakan lobakman akan untungkan umno dlm prk Tg Piai...

    Adakah siasatan sprm dan tuntutan balik wang 1mdb termasuk Amhari?..

    ReplyDelete
  5. Ada 10 orang terlibat dalam pembunuhan, pertuduhan fokus pada seorang Sahaja sebab dialah si pembunuh sebenar

    9 lagi jadi saksi kuat pada pendakwaraya untuk memastikan si culprit didapati bersalah.

    Itulah undang² for most all cases.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia bukan setakat dalam kes pembunuhan..

      Hearsay forensik evidende dalam kes korup dan penggubahan wang haram sangat berkesan..

      Delete
    2. Kenape 37 kes rasuah dan wang haram bekas exco Johor satu pon tak lekat?...kerana tak ada hearsay evidence ker?...

      Beratus juta wang dirampss dari pegawai2 Jabatan Air Sabah dirampas dgn tuduhan nwang haram....hingga sekarang tak di bicarakan?...tak ada bukti ato tak ada hearsay evidence?...

      Delete
    3. Kluangman cuba bagi kes rasuah dan korup mana yg dah berjaya dgn hearsay evidence?....

      Banyak kes rasuah direman sampai 1 minggu tak cukup oleh sprm gagal didakwa di mahkamah kerana tak ada bukti yg jelas...

      Delete
  6. Selagi ade manusia jenis wak simen, badut pasumno Dah sejenis Dia, selagi tu la melayu jenis ni Sepisis memalukan Dan bangang abadi. Ia dianugerahkan pada pencacai murahan je. Jenis makan serdak, jho low sedap minum Milo ais Kat rumah najib, macai ni Cuma basuh cawan je... Dpt la balance Milo Dah masuk angin utk bawak balik buat keluarga... Pastu bangga, hidup Melayu. Takpe, bodoh Bukan jenayah pun, Bukan kena bayar, Malah dibayar lagi. Tu Sebab macai Suka. Jenis kerja malas, Tapi nak hidup Senang... Dlm Dok Kata kena fitnah. Bilion2 dlm bank sakau Sampai Licin jugak. Kat luar Muka.nampak.ada senyum, dlm mahkamah Muka ade Masam, telur Sudah lari dlm... Aku tak Tau lah jenis ape la yg percaya Kat lobak man ni. Kalau keje dgn Aku ingat hari2 Kena maki. Pasal aku pantang dgn org bodoh... Bahaya utk diri sendiri Dan org keliling. Sesilap kena timpa gear box... Tu la pantang nak Jadi pomen. Diharamkan bodoh. Tak sekolah tinggi pun Takpe, Janji ade otak yg berfungsi... 😊😊😊.

    ReplyDelete
  7. Kasihankan hujjah pro najib tidak dapat menyakinkan ramai orang hanya berkisar didalam kumpulan mereka saja.
    Bagi yang berkecuali makin rasa muak dan loya untuk mendengar hujjah sebegitu.
    Pendapat saya jika umno berjaya singkirkan najib dari parti, nescaya umno akan mendapat lebih ramai sokongan. Tambahan pula setelah bersama dengan pas. Tetapi bila masih ada ahli dan pemimpin umno yang berterusan mengagongkan dan mempertahankan najib maka semakin ramai yang akan menjauhi umno. Kalau kepimpinan umno masih tidak faham kenapa rakyat menolak BN dipru14 dan masih menyalahkan tun yang kononnya menfitnah najib maka biarlah siluncai terjun dengan labu-labunya.
    Tiada siapa yang dapat menyelamatkan umno kecuali kesedaran dalam kepimpinan umno sekarang untuk mengakui kebenaran bahawa najib memang terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan. Biarkan najib lalui proses perbicaraan secara peribadi tanpa melibatkan parti.

    ReplyDelete
  8. Soalan dari anon 344 dan 348.
    Aku sarankan kau orang baca Akta Keterangan 1950.
    Di sana ada keterangan tentang apa itu hearsay evidence.
    Ertinya hearsay evidence boleh diterima pakai dalam process undang² civil dan jenayah dan setakat mana dibolehkan.

    Belajar undang² bukan boleh main tebuk sana sini kerana ia kena bermula dari bawah.

    Semua prose's perundangan bermula atau memerlukan hearsay tetapi JIKA tidak cukup fakta ia tidak boleh digunakan sebagai bukti.

    Terkini forensic acaounting digunakan bagi membentuk hearsay sebagai evidence.

    Selesai prose's perbicaraan, akan kedapatan beberapa hearsay yang ditolak dan hearsay yang diterima.

    ReplyDelete
  9. hearsay di mahkamah dpn hakim, hakim yg tentukan kebenaran. hearsay kedai kopi, yg dpt minum makan percuma akan iyakan sahaja. gambar bercooti bersama jhlo dan pak arab atas kapal tu dijawab bagai linggam, serupa saya tapi bukan saya. kertas itu bukan bukti sebab tak boleh bercakap kata ularmak hadi.

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat bro KD dan sahabat-sahabat semua.

    Siapakah sebenarnya yang telah membangsatkan bangsa Melayu? Itu soalan yang telah ditanya oleh pembaca berita di dalam video.

    Jawapannya ialah yang telah membangsatkan bangsa Melayu ialah seorang anak bangsawan yang mendabik dada dirinya sebagai Pendekar Bugis bergelar Dato Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dan juga konco-konconya yang terlibat mempertahankan pengkhianatannya demi upah yang sedikit lagi sementara.

    Siapakah yang telah menyelamatkan bangsa Melayu daripada terus terbangsat oleh si Mappadulung ini? Jawapannya ialah dia ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersama-sama penyokongnya. Dia tidak pernah mendabik dada mengaku dirinya pendekar hebat itu dan ini tetapi setiap langkahnya menunjukkan bahawa dia adalah seorang pejuang sejati bangsa Melayu yang tidak pernah takutkan cabaran apatah lagi yang hanya bertaraf cercaan daripada orang-orang yang mencerca.

    Sajaknya "Perjuangan Yang Belum Selesai" sudah memadai untuk kita menerokai isi hatinya dan melihat betapa ia seorang yang sangat sayangkan bangsanya dan berjuang di atas jalan kebenaran.

    Biarkan bertatih...
    Asalkan langkah itu yakin dan cermat...
    Bagi memastikan negara merdeka...
    Dan bangsa terpelihara...
    Air mata sengsara...
    Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita...

    Perjuangan kita belum selesai...
    Kerana hanya yang cekal dan tabah...
    Dapat membina mercutanda...
    Bangsanya yang berjaya...


    Tun Mahathir = bangsawan sejati.
    Mappadulung = pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Hehehe
      Hihihi
      hahaha

      HERO/PEJUANG PENGECUT TIN KOSONG" asyik memekak bising dgn tong kosongnya saban hari menggosip-menyenyeh berita palsu menghasut-memutar belit mengancam kestabilan negara, apa hal, haaaa.....?? Kenapa tak buat laporan polis/sprm, hmmmmm....?? Realitinya, dia nih maknyah/pondan bermulut longkang tapi bersembunyi-berselindung-menyorok diri di sebalik Tikus AnonyMOUSE, Tanpa Nama, Kejora dsbnya.

      Tanpa Nama & Malu macam bagus sangat tapi still hiding & too chicken to reveal his true identity but rather continue mongering lies & rubbish without substancial fact, impersonating exactly like a despicable old whore...??

      Harap pihak2 berkuasa, khususnya kementerian dalam negeri & multi media beri perhatian dan ambil tindakan sewajarnya.

      Saya bersedia tampil ke hadapan untuk beri kerjasama demi keamanan negara.

      Yang ini saya serius, benar2 serius......!!

      Delete