Saturday, September 7, 2019

INI AKU TAK FAHAM

https://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/penyatuan-ummah-pas-umno-bahaya-amanah.html

Sekurang kurangnya terlalu awal untuk membuat satu analisa.

Hakikatnya, DAP itu lebih merbahaya kerana mereka mempunyai sokongan majoriti lebih 90% dari kaum cina Malaysia.

Pendirian AMANAH lebih kepada bimbang dan takut kepada hilang pengaruh, hilang kerusi di PRU15.


8 comments:

  1. Sdr KD,

    Tidak dinafikan bahawa Parti Amanah Negara adalah sekutu PPBM di dalam PH dan persekutuan inilah yang telah menumbangkan UmNo-BN.

    Walaubagaimanapun, hakikatnya ialah walaupun mereka berada di dalam persekutuan yang sama, tetapi masing-masing parti-parti gabungan di dalam PH ini mempunyai sejarah dan keutamaan yang berbeza.

    Parti Amanah telah wujud dulu sebelum PPBM. Walaubagaimanapun selepas bermufaraqah daripada UmNo yang berpaling, Tun tidak memimpin pasukannya menyertai PKR ataupun AMANAH, sebaliknya mereka menubuhkan PPBM, dan bersekutu dengan PKR dan AMANAH di dalam PH. Mengapa?

    Sebabnya ialah menubuhkan PPBM adalah perkara yang betul dan benar yang perlu dan telah dilakukan oleh Tun M selepas bermufaraqah daripada UmNo. Bersekutu dengan PKR, DAP dan AMANAH untuk menumbangkan BN kemudiannya, juga adalah perkara yang betul yang telah dilakukan oleh Tun M.

    PKR bukan parti Melayu, maka menyertainya akan menyukarkan usaha-usaha untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan agama Islam yang termaktub di dalam perlembagaan.

    Hari ini selepas PH membentuk kerajaan perkara ini sudah terbukti kebenarannya. Di dalam isu-isu berkenaan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, PKR tidak ke hadapan dan malahan di dalam beberapa keadaan dilihat lebih berat kepada mengutamakan untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu kepada parti mereka. Fakta bahawa Presiden PKR sendiri memilih satu kawasan di mana Melayu adalah minoriti sudah cukup untuk membuktikan kebenaran perkara ini.

    AMANAH pula memang parti Melayu. Walaubagaimanapun sejarah mereka ialah mereka berasal daripada PAS dan punca mereka bermufaraqah daripada PAS pula tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam sebaliknya ia berkaitan dengan keputusan PAS yang memutuskan untuk tidak lagi bersekutu dengan DAP.

    Tambahan pula sebagai sebuah parti yang berasal daripada PAS, AMANAH tetap tidak boleh lari daripada amalan takfir PAS ke atas UMNO.

    Hanya ada satu sahaja parti orang Melayu yang benar-benar menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan wujudnya juga disebabkan kepentingan orang-orang Melayu selepas UmNo di bawah Najib telah berpaling daripada jalan kebenaran dan menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negara. Parti itu tidak lain ialah PPBM.

    Sejarah juga menunjukkan bahawa PPBM adalah satu-satunya jemaah bangsa Melayu yang tidak pernah tewas. Ketika mereka adalah UMNO, mereka menang semua PRU. Selepas mereka bermufaraqah daripada UmNo yang berpaling, mereka menumbangkan UmNo pula melalui persekutuan mereka di dalam PH. Jangan lupa juga bahawa Pengerusi PPBM adalah pengasas PH dan adalah Perdana Menteri negara ini.

    Sekiranya hanya ada satu parti orang-orang Melayu yang berhak diberikan kebenaran untuk terus wujud dan yang lain-lain perlu memberi laluan demi perpaduan bangsa, maka parti yang paling berhak itu ialah PPBM dan bukan AMANAH. Ia juga sudah tentu bukan UmNo yang telah khianat ataupun PAS yang menunggang agama.

    PPBM bukan sebarang parti. Ia adalah jemaah satu kaum yang didatangkan selepas jemaah asalnya berpaling daripada jalan kebenaran. Pemimpin utamanya juga memenuhi dua sifat yang diceritakan sebagai ciri-ciri kaum yang didatangkan iaitulah; (1) mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman, dan tegas terhadap orang-orang yang kafir; dan (2) mereka berjuang pada jalan kebenaran dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca.

    Ketika PPBM mengajak orang-orang Melayu meningalkan UmNo dan PAS dan menyertai PPBM demi 'perpaduan Melayu', AMANAH pula melihat 'perpaduan Melayu' sebagai sesuatu yang tidak sihat untuk masyrakat majmuk negara ini.

    Dengan izin Allah, PPBM akan muncul sebagai 'golongan yang menang', dan panji-panji PPBM yang akan menaungi kesemua bangsa Melayu dan membawa kepada perpaduan bangsa yang hakiki dan bukan "Perpaduan Ummah" yang dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin daripada parti-parti yang berkepentingan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bro, saya hanya ada 10% keyakinan BERSATU akan survive selepas Tun tiada.

      Delete
  2. UMNO dan PAS akan mengambil sedikit masa untuk untuk kembali relevan selepas pemimpin bermasalah disingkirkan.

    ReplyDelete
  3. Sdr KD,

    Sdr mempunyai 10% keyakinan bahawa PPBM dapat survive selepas Tun, sedang saya pula mempunyai 100% keyakinan bahawa semasa Tun masih PM dan masih Pengerusi PPBM, PPBM akan muncul sebagai 'golongan yang menang' dan menewaskan kesemua pasukan-pasukan lain yang bersekutu mementang mereka.

    Tun hanya memerlukan 313 penyokong dan pendokong sahaja untuk ia dan pasukannya menang mutlak ketika mereka melalui pertempuran mereka yang terakhir menentang kesemua pasukan-pasukan lawan mereka yang bersekutu untuk menjatuhkan Tun daripada kekuasaannya sebagai Perdana Menteri. Jumlah keahlian PPBM sudah jauh melebihi jumlah tepat 314 tersebut, tidak lebih dan tidak kurang.

    HPU912 yang akan datang ini, anjuran PAS-UmNo atau nama penuhnya Perpaduan Ummah PAS UmNo Semalaysia atau singkatannya ialah PUPUS adalah satu langkah besar bersekutunya lawan-lawan Tun untuk menjatuhkannya, dan satu langkah penting untuk pupusnya pasukan-pasukan bathil di kalangan Bani Melayu.

    313 pengikut Raja Jalut dari kalangan Bani Israel termasuk baginda Raja Jalut sendiri telah menentang musuh yang lebih besar jumlahnya dan lebih kuat, dan 314 ini muncul pemenang.

    313 pengikut Nabi Muhammad saw dari kalangan Bani Ismael termasuk baginda Rasulullah saw sendiri telah menentang musuh yang lebih besar dan mempunyai senjata lebih baik pada Perang Badar, dan 314 ini muncul pemenang.

    In shaa Allah kelak, 313 pengikut Tun Mahathir dari kalangan Bani Melayu termasuk Tun sendiri akan menentang lawan-lawan yang lebih ramai dan lebih besar pada hari berlakunya pertempuran klimaks merebut kekuasaan di Putrajaya, dan 314 ini yang akan muncul pemenang.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk saudara menyaksikan bahawa saya telah mengatakannya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berkongsi penemuan saya ini.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Beginilah.
    Sebenarnya selepas pru14, kita bukan saje didedahkan penyangak, penyamun tarbus, tapi juga Allah tunjukkan siapa penyokong pengikut melayu liberal, syiah, penjilat kapir dan macam².
    Apa rahsianya? Allah suruh kita pilih jalan lurus, tau siapa musuh melayu dan Islam sekarang.
    Amanah membenci perpaduan umah, lantak dialah... Dia pun terang dah musuh melayu dan islam.
    Insyaallah, bila najib & zahid dibungkus, melayu akan merapat barisan semula.
    Cuma spt biasa, jika melayu masih terkurung dalam tempurung politik kesukuan, mengejar kuasa, pangkat,tak kemana pun kita.
    Hanya orang kurang cerdas sahaja percaya dengan demokrasi boleh mengubah sejarah dan nasib bangsa agama kita.
    Sebenarnya, kena ada 'perlawanan' menongkah sistem yang menindas bangsa dan agama kita. Cuma bila dan bagaimana akan tercetus, Allah je yg tau....




    ReplyDelete
  5. Dari segi pengaruh AMANAH dan PPBM sama... Pengaruh mereka tidak berkembang...Bunga sedang layu...

    Melayu PAS kekal dgn PAS dan melayu UmNO kekal dgn umno....sedikit sangat melayu yg masuk Amanah dan PPBM selepas pru...

    313 penyokong hanye akan muncul selepas semua senjata berat sudah musnah....selagi ada senjata berat berjuta penyokong akan kojol dgn mudah oleh senjata niklear....beranganlah jon doe seblm mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 313 tu hanyalah khayalan mengarut jondo, yg ada hnyalah jondo seorang diri yg terjun tnpa labu labunya.

      Delete

MALAY-SIA TANAH AIR BANGSA MELAYU WAJAR DIPERTAHAN TERUS - KEWARGANEGARAAN WAJAR DIPERHALUSI - RAYUAN KERAJAAN PERLU DITERUSKAN - YANG MENIPU KEWARGANEGARAAN PUN SUDAH BERAT DAN BELUM DITANGANI

Tarik balik rayuan - Sultan Johor : JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik ra...