Sunday, September 15, 2019

KENAPA LAGI PERSEFAHAMAN POLITIK UMNO PAS TIDAK DISOKONG SEPENUHNYA OLEH MELAYU LAIN?

Kenapa sebahagian pemimpin PAS dan UMNO tidak kelihatan?

Pertambahan sokongan yang diharapkan tidak menjadi sebaliknya ada akar umbi PAS lari ke AMANAH?

Apa fatwa Hadi tentang ini?
Mereka tidak Islamic?

ZAHID DAN NAJIB LEGA SEKETIKA

Kesilapan Mahathir kerana terlalu baik dengan tidak membubarkan UMNO dan PAS.
Ketidakditaktoriannya kini merugikan Melayu.


DILEMA MELAYU

Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kito
Tokse trimo perubahe
Anak cucu menjadi mangso

Oghe lain dok rebut peluang
Takkan kito nak tengok sajo
Maso tetap berjale
Sesaat tak tunggu kito

oghe lain hidop bersatu
kito balah samo sekapung
bangso lain hidup maju
bangso kita masih mundur

oghe kecek caya selalu
hangguk palo mace jepun
ikut stail dulu dulu
jadi katok bawah purung

anak oghe naik kapal terbang
anak kito naik teksi
anak oghe makan hotel
anak kito kedai kopi

anak oghe jual barang
anak kito la jong beli
tadok pitih rela brutang
tanah saka jual lagi

keta oghe keta mercedes
keta kito mores mino
keto oghe asap nipis
keta kito asap bungo

keta oghe hidup dengan suis
keta kita mapuh tolak sokmo
beli baru tak dak pitih
beli beras pun brutang sokmo

anok oghe baca buku
anak kito dok ralit derat
anak orang masuk ko U
anak kito masok lokap

anak oghe minum susu
anak kito dok togok ubat
macam mana kito nak maju
kalu tokse ubah sikap





18 comments:

  1. Dah beribu2 yg hadir melibihi perwakilan untuk saksikan majlis menandatangi piagam di pwtc...ini bukan program demo...

    Dudah cukup untuk memberi isyarat kpd madey melayu sudah lupakan madey...

    Seblm pru ramai ahli pas masuk Amanah....dianggarkan 20% sahaja....lepas pru14 makin kurang yg lari dari Pas....ahli baru makin ramai masuk Pas...

    Pemilihan Amanah ramai pemimpin Amanah kecundang dan hampir kecundang kerana kepimpinan Amanah lesu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi melayu UMNO angkuh dengan ketuanan Melayu tanpa usaha selagi itu Melayu terkulai layu

      Selagi melayu PAS taksub dengan keislaman parti in name and in terms of form NOT SUBSTANCE tanpa memahami Al Quran selagi itu muslim tidak akan berubah

      Tun bukan penyebab Penyatuan Ummah Umno dan PAS....itu retorik

      Tun bukan penyebab melayu dan muslim ditindas....itu persepsi politik

      DAP bukan kunci utama perpecahan melayu muslim....itu bayangan dalam kepala melayu muslim yang tiada kesudahan takutkan DAP dan cina

      Tindakan memboikot barangan bukan muslim....ini tindakan mereka yang tiada ilmu

      Tindakan kempen membeli barangan muelayu muslim....ini tindakan yang tidak berealiti berfakta dan berkebenaran.

      Melayu dan muslim sebenarnya takut dengan bayang bayang sendiri....inspite of assurance of 4 perkara seperti berikut:

      1. Kuasa Raja Raja Melayu
      2. Agama Islam Agama Persekutuan
      3. Hak Keistimewaan Orang melayu
      4. Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

      Persoalannya have we as malays and muslims embraced this in totality??? The answer is STRAIGHT NO

      Contoh:

      1. Bila skandal 1MDB mula2 timbul, apakah tindakan majlis raja....hanya nasihat? maka berlarutan skandal ini sehingga memaksa kerajaan BN ditumbangkan oleh rakyat berbilang kaum dan agama
      2. Bila skandal 1MDB dan SRC tersebar luas, apakah para mufti pernah bersuara? maka najib terus bertindak tanpa segan dan silu dan kemarahan rakyat terus membara
      3. Bila skandal2 ini terburai, mengapakah setengah melayu yang bersuara dipecat ditendag keluar dsbnya? maka najib memecat pengkritik, ada ditangkap dsbnya. Rakyat mana yang tak marah
      4. Bila bahasa melayu bahasa kebangsaan ditentang? Yang ada penggunaan bahasa inggeris dipertingkatkan atas realiti bahasa komunikasi perdangangan dalam dan luar negeri. Tiada larangan bahasa melayu dan bahas kebangsaan digunakan.

      Persoalannya mengapa ini berlaku??????

      Melayu dan muslim tak berealiti berfakta berkebenaran.

      When Mahathir took over he is PM a malay and a muslim........
      When Mahathir took over skandal 1MDB dan SRC mula dibawa kemahkamah dan sedang dalam perbicaraan. When Mahathir took over not all promises were carried out but Rome was not built overnight. Mahathir is a human and has his weaknesses and shortcomings. But with Anwar knocking on the door asking for the PM seat which he does not deserved (THOUGH SOME ARRANGEMENTS WERE MADE EARLIER) it has impeded plans. Everything is squarely blamed to Mahathir.

      The BN losers started to play the blame game. They know they cannot win in GE15 but running through racial and religious platform they sucked PAS into joining them....NOT UNTUK BANGSA DAN NEGARA. PAS on their could not win and they are realistic. So they are now roped into the foray by having PENYATUAN UMMAH with Umnolosers which is essentially superficial and will fail along the way. Why...OIL AND WATER does not MIX...To spice up the story start to call names of Nik Aziz and Haron Din.... a joke.

      In my limited capacity as a voter, a malay by race and muslim by faith, if we genuinely want UMMAH yang bersatu....GET A CLEAR STRONG LEADER. I do not see anybody in the interim except Mahathir. I do not idolise him but this is the reality fact and the truth. Yes he is not perfect
      He is not a saint. He is juat a a practical man who wants to see this nation moving forward. He has been alleged to enrich his children. He has been alleged to enrich his cronies. He has been alleged this and that. But he remains steadfast and moves on. If melayu muslim betul2 sayang bangsa dan agama, all shud back him up. I do not be bother myself with which political vehicle malays and muslims want him to use........

      For as long as melayu dibangsatkan dan muslim disesatkan.....sampai bila2 pun PENYATUAN UMMAH IS A FARCE........wallahuaklam

      Delete
    2. Exactly on the dot that written & documented in history, bro.....!!

      Delete
    3. Anon 4.51:00
      You're absolutely exactly correct!

      Delete
    4. Anon, Tun dah naik kali kedua kini. Apakah kebaikan yg dibawanya? Harta Melayu dilelong. Hutang negara bertambah tambah. Ringgit dan pasaran saham merudum. Agama ditekan oleh kafir dan liberal dalam kerajaan. Tun khianati Melayu dengan kongsi sebahagian besar kuasa dengan DAP. Hanya kerana nak kuasa. Dibawah Tun selama 22 tahun dulu pun yg kaya anak pinak dan kroni. Bila nak kuasa Tun akan merayu dan nangis pada orang Melayu dan berjanji macam macam dalam manifesto. Bila dah berkuasa akan angkuh dan tuduh Melayu malas. Anihnya geng Melayu kat sini sokong kata katanya. Masing masing rasa bangga diri dengan kurnia yg Allah berikan. Rasa bahwa semua ini hasil 'kerajinan' mereka dan bukan kurnia dan ujian Allah. Bila Allah dah lebihkan rezeki maka bantulah kaum sendiri. Jangan cemuh. Ingat kisah pemilik kebun dalam surah Al-Kahfi.
      Kluangman, siarkanlah komen ini. Biar blog ini jadi tempat berhujah. Bukan blog syok sendiri.

      Delete
  2. Replies
    1. Dulu sebut kroni melayu kurang paham....sekarang melayu sudah paham kroni dan manipestol...

      Madey ingat melayu sekarang masih sama dgn melayu yg dolu2....

      Delete
  3. Kepada UMNO dan PAS.. buat la yang terbaik demi Agama, Bangsa dan Negara..!

    Bagi puak PH pula kalau hubungan UMNO & PAS ni tak menjadi kudis tak payah la kalut semacam..!

    Segera lakukan undi tak percaya di Perak... rampas kuasa di Perak sebelum PRU 15.

    ReplyDelete
  4. PH jangan cuba jadi lebih Melayu daripada Umno, lebih Islam

    daripada PAS, kata Kit Siang
    FMT Reporters - September 15, 2019 1:26 PM
    13.8k
    Shares


    Lim Kit Siang berkata, PH sebaliknya harus memenangi pengundi yang menyokong Umno dan PAS dalam pilihan raya tahun lepas.
    PETALING JAYA: Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi “lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS” bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam.

    Pemimpin veteran DAP itu berkata, Pakatan Harapan (PH) akan “gagal dan gagal” sekiranya ia cuba berbuat demikian kerana taktik itu akan meminggirkan 5.5 juta penyokong daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mengundinya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

    Beliau berkata, PH sebaliknya harus melaksanakan agenda Malaysia Baru dan memenangi 2.5 juta pengundi yang menyokong Umno dan 2 juta pengundi PAS dalam pilihan raya 9 Mei itu.

    ReplyDelete
  5. Kerjasama umno pas wujud kerana umno mahu kembali berkuasa…

    Jika madey dapat menambat hati pengundi kerjasama pas umno tidak memberi kesan….

    Tapi madey sendiri tipu manipestol yg sebabkan rakyat hilang keyakinan kpd madey dan PH..

    Ada isu2 yg membabitkan islam dan melayu yg cuba dimainkan oleh DAP gagal di tangani oleh madey….

    Kelihatanye madey takut kpd DAP…wakil DAP lantang kata madey buat keputusan sendiri…dizaman BN tiada wakil komponen berani kutuk madey…

    Kelemahan madey diambik kesempatan oleh umno dan pas…jika madey tidak digantikan PH akan tewas pru15..pru14 PH bukan menang besar..

    Madey gagal buktikan PH lebih bagus.Madey hanye gunakan isu kapir yg lama sudah basi untuk lawan kerjasama pas ummo....

    ReplyDelete
  6. Ketidakdiktatoran? Adakah aku tersalah baca? Celah mana tun madey nak haramkan umno dan pas? Ingat umno dan pas ni kutu kepala yg mudah ditindas. Alahai, kalau ikut hati perut tun madey memang beliau mahu shj haramkan umno tempohari. Cuma perkiraannya, bila umno haram, akan huruhara melayu umno buat. Jadi tun madey berkira-kira utk tidak haramkan umno terlebih dahulu, tapi memujuk ahli umno meninggalkan umno dan join ppbm. Naitnya ialah supaya dirinya tidak dikenali sebagai pengkhianat umno yg direkod dlm sejarah. Misinya ialah beliau akan bergembira melihat umno pupus sendiri ditinggalkan oleh ahlinya. Itu yg diharapkan dan itu juga detik yg diidamkannya. Namun ia tidak kesampaian. Paska pru14, umno semakin subur. Hantu² dlm umno tanpa dipaksa meninggalkan umno. Maka hampir bersihlah umno. Yg kotor pulak masuk ke ppbm. Ppbm sudah menanggung najis pelarian dari umno. Yg lebih mambahagiakan ialah pas yg sebelum ini kuat bergaduh dgn umno sudi pula menghulur persahabatan. Dah akhirnya bertarikh 14 sept 2019, kedua parti terbesar org melayu menandatangani piagam penyatuan ummah dgn disokong oleh beberapa parti lain yg sehaluan. Adakah ini tidak menggusarkan tun madey? Menyesal ada, kecewapun ada. Tapi detik penting ini boleh menjadi turning point kpd tun madey sbnrnya. Jika beliau berjiwa besar, beliau boleh senyum dan ucapkan tahniah kpd umno-pas kerana perbalahan puluhan tahun akhirnya terpadam dan terlerai. Umno terima pas dan pas terima dan berdamai dgn umno. Ppbm nak kemana? Terus bersama dap? Terpulang. Teruskan kerjasama dgn perosak sebenar atau u-turn. Apa nak malu? U-turn sudah berkali-kali dilakukan dan bukan pertama kali. V-turn juga tiada masalah. Cuma perlu diingat, bila piagam umno-pas sudah ditandatangani, projek mengharamkan umno akan memberi impak terbesar dlm sejarah. Ingat, umno-pas ada pengundi hampir 5 juta. Jika termasuk semua ahli hampir 8 juta org. Berani kacau? Kalau cerdik tentulah tidak. Tapi kalau nak cuba, takut terbakar tangan sendiri. Rumusannya - diktator tersalah baca.

    ReplyDelete
  7. Umno dan pas yg tandatangan piagam, knp yg tak gemar dgn umno dan pas yg panas? Siapa nk dtg dan siapa yg tak dtg tidak sekuman mengganggu program. Umno-pas move on. Yg goyang je panas cari justifikasi memujuk hati.

    ReplyDelete
  8. Ramai yang positif di atas kerjasama politik umno dan pas.

    Ramai yg mahu kerjasama itu membawa kebaikan kepada rakyat dan bukan utamakan perkauman dan jadi batu api.

    Bola di kaki pas umno sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas umno tuu 'kaki2 bangku', apalah yg boleh diharapkan. Teringat kembali ketika pasukan b/sepak kita dibelasah 10-oleh UAE.

      Delete
  9. Ramai yang positif di atas kerjasama politik umno dan pas.

    Ramai yg mahu kerjasama itu membawa kebaikan kepada rakyat dan bukan utamakan perkauman dan jadi batu api.

    Bola di kaki pas umno sekarang.

    ReplyDelete
  10. KD

    The answer is pretty obvious.....there are majority malays who were never "BANGSATED" and majority muslims who were never "SESATED". Race and Religion laced politics will never succeed in multi-cultural and multi-religious environment...wallahuaklam

    ReplyDelete
  11. Aku hanya positif kalau penyatuan melayu bukan atas anjuran mana2 parti politik. Kita nengok nanti berapa lama kerjasama ini boleh bertahan.
    Skrg nie cuma nak nengok najib dan angkatan penyamun UMNO masuk penjara aje sebelum PRU15. Lepas tu PH kalah pon aku tak kisah sebab aku tak yakin dgn DAP dan brader anuar boleh menjadi kerajaan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat Najib jer, kita juga nak tengok Rosmah, Jahit, Jho Low, Reza Aziz dan semua penyangak2 UMNO (United Macai Najib Organization) dipenjarakan.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SPEKULASI TERKINI

Banyak sangat SPEKULASI MENJELANG keputusan mahkamah rayuan besok dan kemungkinan perubahan hukuman DIBUAT keseluruhan atau sebahagian tidak...