Friday, September 27, 2019

NOW ON NEGARA TANPA TOMMY THOMAS LEBIH BAIK

Kalau dulu rakyat protes begitu kepada pandi, kenapa tidak dia.

PH buang masa mempertahankan seorang AG yg banyak controversial dan tiada wibawa tinggi.

AG sekadar jadi contoh rule of laws yang racial dan gagal.

After coroner's verdict, Perlis mufti tells AG to quit: Mohd Asri Zainul Abidin says this is to ensure the people's trust in the justice system is maintained.

9 comments:


  1. 'Akhirnya terbukti saya tidak reka cerita' - Narresh
    Luahan salah seorang saksi inkues Muhammad Adib

    -
    -
    Sajida Asarulah Khan
    27 September 2019 2:09 PM

    52.4K
    KUALA LUMPUR 27 Sept. - Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim melahirkan rasa syukur dengan keputusan inkues yang diumumkan hari ini.

    R. Narresh, 30, menyifatkan Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil dan mempertimbangkan semua keterangan tanpa bias kepada mana-mana pihak.


    "Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka cerita atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut.

    "Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira," katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette hari ini.

    Kata Narresh, beliau percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan malah bukan dirinya sahaja dipanggil dalam inkues itu.

    "Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya.

    "Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Muhammad Adib walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

    Ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Narresh merupakan individu yang mengangkat Muhammad Adib yang ketika itu sedang dalam kesakitan ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan memangkunya sehingga ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). -UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  2. Polis akan siasat, dakwa individu serang Adib ke mahkamah, kata Muhyiddin

    Macamana polis nak cari pembunuh yg gelap yg membunuh secara berjemaah dlm keadaan gelap?...

    Nak tangkap cina tembam pon tak mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabo bro... Allah swt tak memandang pada hasilnya tetapi pada usaha untuk menangkap yang terbabit dan dalang yang mengendalikannya....

      Delete
  3. Mana2 tak buat kerja
    Yang benar dia persorok
    Lebih baik dihumban saja
    Jika dibiar bertambah teruk!

    Semua manusia diberi akal
    Boleh memikir boleh melihat
    Mana2 kerajaan jika nak kekal
    Jangan simpan orang yang jahat!

    Jika keadaan terus terusan
    Kebenaran disorok dalam kain
    Takut nanti orang pun bosan
    Kuasa rakyat jangan permain..

    Itu yang jadi pada Pak Songlap
    Kuasa rakyat dia tersungkur
    Jika yang menang bersisi gelap
    Ditolak rakyat terpaksa akur!

    Diberi amanah memilih bulu
    Apa sebab sendiri tahu
    Jika pembunuh boleh berlalu
    Rasuah nanti semuanya mahu!

    Jika Tun dibiar sendirian
    Orang keliling tak buat kerja
    Yang buat onar jangan kesian
    Lebih baik dihumban saja..!

    ReplyDelete

  4. Saturday, September 28, 2019
    PM CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.

    1. Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di New York sekarang adalah medan pemimpin2 negara di dunia beraksi di pentas antarabangsa.

    2. Tidak terkecuali PM kita yang diberikan ruang berucap beberapa minit sebagai ketua negara untuk menyatakan sikap terhadap isu negara dan antarabangsa.

    3. Saban kali persidangan Tun Mahathir akan mempamerkan diri sebagai jaguh dunia, mengajar dunia erti keadilan khusus dalam soal negara2 besar mesti berlaku adil kepada negara2 kecil. Jangan ada penindasan oleh negara2 besar terhadap negara2 kecil.

    4. Namun pada hemat saya PM tidak ada asas moral untuk bercakap soal keadilan di pentas dunia kerana di dalam negaranya sendiri pun beliau gagal mempamerkan prinsip keadilan buat semua.

    5. Malaysia hari ini masih sebuah negara dimana orang besar dilindungi manakala orang kecil dihukum. Prinsip keadilan bagi kelompok elit yang dekat dengan kuasa berbeza denga prinsip dan praktis keadilan bagi orang biasa.

    6. Buktinya jelas, seorang MB boleh meraih jutaan ringgit dalam tempoh sehari hasil jualan saham yang masih menjadi miliknya walaupun setelah mengangkat sumpah jawatan MB. Mukhriz melalui pegangan dalam syarikat Opcom masih boleh melakukan urusan saham miliknya dalam nilai jutaan ringgit sehari dikala rakyat biasa di negara ini berhempas pulas menyara kehidupan keluarga mereka. Ini rupa sebuah Malaysia Baru? Ini ciri negara pro reformasi dan perubahan?

    7. Seorang lagi orang besar, seorang Menteri yang menghadapi dakwaan salahlaku songsang dari seorang individu yang tampil bersama bukti2 jelas juga tidak diambil apa2 tindakan terhadapnya sehingga ke hari ini. Malah Menteri Ekonomi ini diusung ke PBB untuk mewakili negara ini. Mana maruah negara?Kompas moral apa yang kita gunakan bagi membenarkan seorang menteri yang menghadapi dakwaan serius membabit maruah dirinya terus menjadi menteri dan menjadi wakil negara di pentas PBB?

    8. Kedua-dua mereka, MB dan Menteri ini tidak sedikitpun tergugat walaupun melakukan perbuatan yang salah kerana mereka orang besar. Orang kecil pasti tidak dilepaskan daripada pertanggungjawaban ini. Inilah hakikatnya Malaysia hari ini. Dan atas hakikat ini kita masih punya muka melalak di pentas dunia bercakap soal negara besar menindas negara kecil? Walhal di negara sendiri kita secara terang membela dan melindungi orang besar yang melakukan kesalahan dan menindas orang kecil.

    9. Saya menyeru Tun Mahathir supaya berhenti menjadi seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Jangan cakap tak serupa bikin. Kita mesti dilihat melakukan keadilan sebelum mengajar orang lain berlaku adil. Kalau tidak kita hanya boleh berkokok dipentas PBB tetapi tidak akan memberi apa2 kesan kepada dunia kerana kita tidak ada asas moral menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil kerana didalam negara kita sendiri kita mempertahankan kebatilan secara terang dan tanpa segan silu.

    10. Jangan gadai maruah negara di mata dunia hanya kerana mahu mempertahankan kepentingan beberapa kerat kelompok elit dan pembesar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perumpammaan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul dah tak boleh diguna pakai sekarang. Andaian bahawa ketam berjalan salan tu tak tepat kerana dari persepsi ketam keganjilan manusia berjalan ke depan itu salah. Kalau ketam bergerak ke depan tentu mudah ditangkap ... nak masu lubang pun lambat. Saham yang dimiliki seseorang rasanya tak melanggar peraturan... selagi saham diperolehi secara terbuka. . pasal kes semburit tu... biarlah polis yang menyiasatnya... apa nak susah2.. kerajaan bayar gaji... biar dorang buat tugas dorang... tukang fitnah dan adu domba tak payah nak menyibuk...

      Delete
  5. Now AG does not mean Atony General, instead Atony Get-Out. We don't trust u any more. We just can't wait for another "blunder" (4 dropping half way LGE's and his "rakan sejenayah"case and other cases involving PH leaders) A-lright G-o back to where u belong. Let's us hear from the Barua Counsel? What had happened to them, all had dropped "dead" or are all of them dead/dumb/deaf/blind?

    ReplyDelete
  6. kalau macai terkinja kinja riang..!!

    Kenyataan IGP, Tak Tahu Nak Gelak Atau Nak Nangis...

    Kikikikikikikuikuikui...!!

    Pepatah orang tua ada menyebut..
    "Bodoh tak boleh diajar"
    "Cerdik tak boleh diikut"

    Inilah yang berlaku diatas kematian Pegawai Bomba Muhammad Adib...

    Kata Ketua Polis Negara yang bijak laksana, "Polis akan buru pihak sebabkan kematian Adib"...



    Apa yang kau nak buru? Masa pembunuh tu ada dalam tangan, kau lepaskan dengan jaminan polis dan bon, konon mengharapkan mereka akan hadir ke mahkaah secara sukarela bila perbicaraan di mulakan...

    Budak Bedul Amit menalukan orang nesmilan ajoo lahh...!!

    puiiii...!!

    ReplyDelete
  7. Kalau ekau handal sangat pergilah tangkap pembunuh tu... suka pandang rendah orang lain... kes yang tak selesai ada banyak... penjenayah itu tetap akan diburu... apa yang kau bimbang sangat....

    ReplyDelete