Sunday, September 8, 2019

PEMBANGKANG MAIN ISU POLITIK 24JAM..

Lumrah,  pembangkang walaupun sudah bertukar tangan,  di harap ada kematangan rupanya lebih teruk dari sebelum.

Dulu pembangkang di didominasi DAP kita kira sangat perkauman tetapi yang ada sekarang ikut track yang sama untuk tampak relevan.

Penyatuan berasas politik tidak membesarkan kek pengaruh dan gagal menarik golongan atas pagar. Tidak ada satu pun yang menarik,  persepsinya tunggu dan lihat.

Bersatu bersama PAS adalah satu perkembangan politik yang sihat tetapi kahwin dengan bekas janda cerai dua kali tidaklah seaman dijangka kerana PAS tahu umno terdesak.

Bukan salah dari segi perkauman yang hak tetapi kenapa hanya politik?  Di mana gagasan untuk mendesak kerajaan tingkatkan ekonomi Melayu?

Gagasan ekonomi Melayu jauh ketinggalan dan jika di gerakan mampu menjadi penyatuan.

Di kesempatan #BMF harus digerakan lebih kepada industri pengeluaran dan pengimpotan supaya ia benar² memberi kebangkitan yang lebih besar.

Panggil semula tenaga dan pemimpin Al Arqam untuk menggerakan ekonomi.  Panggil individu walaupun dulunya musuh untuk duduk semeja membincang kebaikan ummah.

Jangan tumpu kepada kepentingan individu seperti kesilapan PKR dalam fokus pada Anwar-hingga hari ini nampak macam selesai tapi api sedang membara dalam sekam.

UMNO bukanlah parti biasa² seharusnya bergerak kepada yang lebih besar.

Tenaga Lokman Adam perlu membawa anak muda kepada gagasan dan perkasaan ekononi bukan kepada isu remeh setompok.

Isu semburit akan musnahkan PKR itu sendiri tanpa perlu lokman jadi talibarut.