Friday, September 6, 2019

SUARA MELAYU ISLAM LEBIH DOMINAN - SUARA KABINET MINORITI

 ﷽

Kalau nak boikot, saya tidak boleh buat apa-apa - Nadzim

Kempen beli produk muslim #BMF

NADZIM JOHAN
Hasnurul Mohamed
05 September 2019

KUALA LUMPUR - "Kempen ini sebenarnya mudah sahaja. Sokong peniaga yang bayar zakat." Itu pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang diundang sebagai tetamu segmen bual pagi, Mornink Blues yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online 8.30 pagi tadi.

Mengupas topik "Salahkah Sokong Produk Keluaran Muslim?", Nadzim berkata, tidak ada salahnya menyokong produk yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh orang Islam.

Apabila kempen Beli Produk Muslim Dulu atau Buy Muslim First #BMF digerakkan, kata Nadzim, ada pihak yang menurunkan harga barangan sehingga separuh harga yang sebelum ini, dijual pada harga yang tingggi.

"Kempen #BMF ini, tidak ada boikot pun produk yang dihasilkan oleh kalangan bukan Islam tetapi kalau ada yang nak memboikot, saya tidak boleh nak kata apa-apa.

"Kalau kita tengok, punca tercetusnya kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah daripada kumpulan keluarga askar yang terkesan dengan kumpulan yang mengatakan askar hanya makan dan tidur.

"Mungkin anak-anak yang ayahnya seorang askar, ahli keluarga lain terkilan apabila perjuangan dan pengorbanan askar-askar ini tidak dihargai. Jadi, tercetus rasa geram dan tidak puas hati apabila dihina sebegitu.

"Mungkin juga kempen #BMF ini wujud selepas cadangan mengajar tulisan Jawi di sekolah-sekolah menjadi satu isu. Apabila diri kita merasakan terus dihina, kita perlu bangkit dan kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah penyatuan orang-orang Islam," katanya.

Menurut Nadzim lagi, perjalanan kita telah jauh dan kesabaran orang yang dihina pun telah lama. Kenapa kita dihina? Sebenarnya kempen ini antaranya untuk membawa keharmonian dalam negara.

"Kalau dalam negara yang kaum -kaum yang ada mempunyai jurang pendapatan yang jauh, hubungan itu tidak mungkin baik. Jadi, keadaan itu membuatkan kita terkesan dan sudah tiba masanya, kita tidak lagi membenarkan kumpulan tertentu terus-terusan mengambil kesempatan ke atas kita.

"Kalau orang buat tak baik, kita perlu lakukan sesuatu untuk membaikkan keadaan dan kempen #BMF ini adalah kempen yang boleh membawa keharmonian kepada negara, bukan memecah belahkan perpaduan rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kuasa beli pengguna yang ada di tangan pengguna tidak mungkin boleh dipaksa untuk membeli produk yang mereka kehendaki dan samalah seperti mereka yang menyokong kempen #BMF ini akan terus menyokong kempen ini.

"Ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam sebaliknya kempen ini harus disokong. Bangsa yang berjaya akan menyokong kempen ini, Beli Produk Muslim Dulu dan bukannya marah," katanya. - UTUSAN ONLINE



Dari segi politik-ada perbezaan pendapat. Tetapi apabila musuh Islam nyata menyerang, tiada pilihan - wajib sokong PAS.

Di sinilah rosaknya imej pemimpin Melayu Islam  BERSATU dan AMANAH dikacamata orang Melayu (yang hanya berpeluk tubuh tanpa membetulkan fakta) apabila komponen mereka SERANG orang Islam.. fakta mereka salah, hanya BMF bukan BOIKOT.


4 comments:

  1. Alhamdulillah sekarang ini sudah semakin ramai orang melayu terlibat dalam perniagaan seperti runcit, barangan basah, pakaian dan sebagainya yang dahulunya hanya didominasi oleh orang cina. Dulu dalam pekan kecil hanya orang cina yang buka kedai dan orang melayu hanya menjadi pembeli. Dari dua tiga buah kedai menjadi pulohan kedai orang cina yang pembelinya adalah orang melayu.
    Dulu orang cina juga menjual ikan dan sayur menggunakan motor atau van masuk kekampung melayu. Begitu juga dengan bengkel baiki kenderaan yang dimonopoli oleh orang cina. Sekarang ini sudah ramai orang melayu menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah penghasilan produk.
    Kempen BMF sangat baik untuk meningkatkan kualiti dan daya saing bangsa melayu. Supaya orang melayu tidak terus ditindas dan dihina.
    Jika selama ini orang cina tidak membeli barangan dikedai melayu tidak pula menjadi isu kenapa pula bila orang melayu berkempen supaya tidak beli dikedai cina menjadi isu perkauman dan terjajasnya ekonomi.
    Kebanyakkan orang cina berkereta besar dan rumah banglo mewah sebab menjadi peniaga yang pembelinya adalah majoriti melayu. Apa salahnya jika buang rasa iri hati dengan membeli dikedai melayu pula supaya peniaga melayu ini pula boleh beli kereta besar dan banglo mewah macam orang cina juga.
    Bila ramai melayu kaya akan secara tidak langsung kutipan zakat juga akan meningkat dan dapat membantu asnaf. Jangan hanya bila nak makan dan beli barangan sembahyang saja masuk kedai melayu. Mesti BMF.
    Bila melayu ramai yang kaya maka dapat sediakan peluang pekerjaan yang lebih luas untuk orang melayu. Bila sudah kerja dengan majikan melayu tidaklah akan dihina bila hendak sembahyang.
    Kita boleh lihat satu tokong yang besar didepan kilang untuk orang cina sembahyang dan tempat pekerja melayu sembahyang hanya dicelah-celah barang beralaskan kertas kotak dan dilakukan secara sembunyi. Dan jika nak keluar sembahyang jumaat kena cuti atau kerja separuh hari.
    Disamping kita mengharapkan kerajaan melakukan sesuatu untuk kejayaan bangsa melayu seperti DEB, apakata kita mulakan tindakkan itu dengan langkah kita dulu yang utamakan beli dikedai melayu dan barang buatan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya,kita kekurangan usahawan melayu yg menceburi sektor perkilanagn dan industri berat..semua dipelopori oleh cina..

      Kaum melayu lebih minat dgn sektor pertanian dan makanan..

      Adakah kita kekurangan tenaga mahir,permodalan ataupun pemikir..?

      Bagaimana nak maju..?

      Salah siapa..?

      Perlukah kita meminta tongkat dari kerajaan..?

      "Melayu malas" katanya..

      Sekitar 90an dan pasca 2000 masih kedengaran syarikat gergasi melayu di media,terpampang didada akhbar..
      Sekarang?

      Suam2 kuku..

      Entahlah..

      Apa2 pun majulah bangsaku..

      Delete
  2. Perkara kecil.. Kalau semua org bertolak ansur habis cerita,, lagipun duit org melayu atau duit org islam Malaysia kita nak guna kan di mana itu hak kita,, tak salah kalau kita nak guna kan duit kita pd org melayu Islam kita buat marketing utk product org melayu atau islam apa salahnya
    Serupa coca cola buat marketing iklan utk lawan Papsi dan sama juga Papsi,, apa masaalahnya
    Yg org Cina dan India nak sensitive sangat kenapa? Abaikan kan saje,, kalau org cina kata dia pandai berniaga dan rajin tampa tipu dan rasuah melayu dia terus kan lah kenapa nak terasa pulak! bro KD kita buang parti dan politik sebentar ok,, renung baik baik
    Selama ini selama Malaysia merdeka cuba kita lihat ada tak org melayu meminta hak bangsa asing?
    Tapi cuba lihat bangsa cina selalu meminta hak org lain,, misalnya kalau hak org cina ada 30% hak org melayu ada 63% kita masing masing jaga lah hak kita.. Masaalah berpunca bila org lain mula tidak menghormati hak org lain.. Bila kaum melayu mempertahan kan hak melayu ,, melayu akan di gelar perkauman,, beri betis nak peha,, satu hal lagi kenapa org melayu takut bila kita di katakan rasis,, cakap saje YE BETUL,, apa masaalahnya sehingga kita takut untuk mengaku yg kita memang menjaga hak kaum kita ,, jgn harap org politik,, org politik lagi sial.. Fikir lah elok2 hak org mereka pandang mcm sampah tapi hak mereka bahasa mereka tqkboleh di sentuh,, bro KD kampen je beli barang org melayu dan islam dan jgn sapport kedai cina atau keluaran cina Malaysia,, kecuali kadai ekor

    ReplyDelete
  3. Buy muslim first untuk ptoduk yg ade buatan muslim saja...yg tak ada kluaran muslim kena beli jugak..

    Bilangan produk muslim terhad...

    Dah lama majoriti muslim beli produk muslim..

    ReplyDelete