Saturday, October 5, 2019

90% of Kg Baru landowners agree to sell lots but at higher price

# Permohonan dan rundingan  kepada kadar harga yang lebih tinggi adalah sesuatu yang dijangkakan dan wajar sudah ada dalam rangka pemikiran kerajaan,  sekurang-kurangnya ada tambahan lagi 20%..

Beberapa keistimewaan lain juga seperti pembayaran selepas projek pembangunan siap dengan kadar harga tinggi juga boleh dijadikan pilihan kepada netizen.

 90% of Kg Baru landowners agree to sell lots but at higher price: They want more than the RM850 per sq ft offered by the government, says FT Minister Khalid Abdul Samad.

2 comments:

  1. Pemilik tanah kg baru dari dulu lagi bukan tolak tawaran kerajaan...

    Mereka tolak tawaran harga rendah....jika dijual dgn harga rendah nereka tak akan mampu beli semula rumah yg dibina...

    Harga 850 psf masih kurang dari harga pasaran...

    Madey telah lama terlior dgn tanah kg baru...

    Harap2 nye pemilik tanah tidak tersisih bila tanah dimajukan dan pemaju yg dapat ontong besar...

    ReplyDelete
  2. Pakar pertikai kadar nilai tanah Kg Baru ditawar kerajaan
    Robin Augustin - September 24, 2019 6:23 PM
    5.3k
    Shares


    Seorang pakar perancangan bandar mengesyorkan agar kerajaan mengkaji kadar harga pengambilan tanah Kampung Baru yang ditawarkan adil kerana tidak adil.
    PETALING JAYA: Seorang pakar pihak berkuasa tempatan dan undang-undang perancangan bandar menggesa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghasilkan satu pelan tindakan kawasan khas bagi memastikan pemilik tanah mendapat harga yang adil bagi tanah mereka.

    Derek Fernandez memberitahu FMT RM850 satu kaki persegi yang ditawarkan Menteri Khalid Samad kepada pemilik tanah adalah tidak adil kerana mereka tidak tahu perincian jenis pembangunan, nisbah plot dan kepadatan penduduk yang dibenarkan bagi kawasan itu.

    Ini kerana DBKL hanya mendraf rancangan yang belum melalui proses awam dan boleh dipinda, yang akan memberi kesan pada nisbah ratio dan kepadatan.

    “Khalid berkata nilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menilaikan tanah itu sekitar RM650 satu kaki persegi kepada RM850 satu kaki persegi.




    “Salinan laporan penilaian sebenar dan bidang tegas bagi penilaian itu mesti diberi kepada pemilik tanah,” katanya, menegaskan ia penting dilakukan.

    Beliau berkata mustahil pemilik tanah dapat memastikan nilai sebenar tanah tanpa mengetahui pembangunan apa yang dibenarkan pihak berkuasa di situ.

    “Contohnya, jika kamu memiliki separuh ekar plot tanah dan kamu hanya dibenarkan membina banglo dua tingkat di atas tanah itu, nilai tanah itu tidak setinggi separuh ekar tanah yang di atasnya dibina bangunan kediaman 20 tingkat

    ReplyDelete