Wednesday, October 23, 2019

BERANI UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN BUKANLAH STYLE UMNO, ITU SEBAB LANUN DISANJUNG DEMI DEDAK


Dr M accused of shooting off his mouth over Kashmir: Mohd Izwan Mohd Noor of Umno Youth says the prime minister has risked an Indian boycott of Malaysian palm oil.



1 comment:

  1. Mari renung potongan senikata nasyid Dunia Baru Islam yang berikut :-

    Zaman nubuwwah, era khulafa'...
    Islam laksana api yang menyala...
    Menerangi teman dan juga sahabat...
    Bahang panas yang membakar lawan...

    Tun Mahathir telah menunjukkan ketegasannya kepada negara-negara berkuasa besar seperti USA, Israel, China, United Kingdom apabila membela orang-orang yang tertindas dan tidak takut juga mempersoalkan kuasa veto yang dimiliki oleh 5 kuasa besar dunia di PBB.

    Di dalam isu Dr Zakir Naik juga Tun Mahathir telah menunjukkan ketegasan dan keprihatinannya dan tidak tunduk kepada desakan India baik desakan yang datang dari negara India mahupun bangsa India yang telah diterima menjadi warga negara ini.

    Apa yang membuatkan mereka fikir Tun Mahathir akan tunduk kepada India dan buat-buat tak nampak apa yang sedang dilakukan oleh negara India ke atas Kashmir?

    Di dalam isu-isu ini Tun Mahathir telah terbukti memiliki ciri pertama di antara dua ciri yang disebutkan sebagai ciri-ciri Kaum Yang Didatangkan iaitulah 'mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman, sedang mereka tegas terhadap orang-orang yang kafir'.

    Di dalam ketegasannya ke atas negara-negara kuasa besar ini pun, Tun sentiasa bijak selain sentiasa mendapat pertolongan Allah untuk negara yang dipimpinnya ini tidak ditimpa malapetaka akibat ketegasannya.

    Selain Presiden Erdogan dan Tun Mahathir siapakah lagi figura Muslim bertaraf dunia yang layak bergelar 'Pembela Umat Islam' pada zaman ini?

    UmNo boleh terus hidup dalam penafian dan kepura-puraan. Tun Mahathir bersama-sama PPBM semakin mengorak langkah bukan sahaja di negara ini bahkan seantero dunia. Lagipun UmNo sendiri telah Tersungkur di Persada Takhta di tangan Tun Mahathir dan pasukannya dan hanya meniti tempoh-tempoh akhir kewujudannya sebelum ia lenyap sama sekali sebagaimana yang pernah menimpa Al-Arqam tidak lama dahulu.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete