Tuesday, October 22, 2019

BERSATU AKAN TERIMA NASIB SAMA SEPERTI PAS, DIMNTA KELUAR

Sudah tentu semua parti terutama BERSATU menjangka dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.

Sudah tentu parti kerusi terbanyak seperti DAP dan PKR mempunyai maksud dan niat akan meminta parti yang lebih kecil dan mengganggu missi mereka untuk keluar dari komponen terutama BERSATU

Apa yang pasti DAP dan PKR Anwar memang bersatu hati dan AMANAH tiada pilihan akan ikut sama.

Adalah bohong jika BERSATU tidak menjangka dan tidak bersedia.

BERSATU akan ditendang keluar jika ada sisipan gantian.
BERSATU juga sedia membantu sebuah pembentukan kerajaan baru jika berlaku.

Kita tunggu tengok biji lim kit siang.

https://malaysiagazette.com/2019/10/23/ronnie-jangan-jolok-sarang-tebuan-armada/

8 comments:

  1. Bring it on..siapa berhajat
    Sedikit kuasa dah cakap takbur
    Di depan Tun silalah 'ngajat'
    Takut nanti sendiri terkubur!

    Roket ini tak pernah jujur
    Sejak dahulu rasisnya kuat
    Pepat di luar di dalam bujur
    Melayu Islam dia meluat!

    Bersama hanya kerana terpaksa
    Untuk jatuhkan pemimpin klepto
    Bila Roket dah rasa kuasa
    Dengan Melayu nak main kotor!

    Pulak ada di kalangan Pakatan
    Tak menyempat nak jadi Perdana
    Roket buat diberi sambutan
    Penyatuan Melayu dia dah hina!

    Biarlah opera mengganti zapin
    Janji dia turut mengipas
    Baru nak rasa jadi pemimpin
    Gaji,elaun tak mahu terlepas!

    Melayu jahat wajib disingkir
    Namun Roket..berhati hati
    Bersatu kita sama berfikir
    Silap langkah kita pun mati..!





    ReplyDelete
  2. Jawapan ringkas John Doe kepada semua orang yang menyangka mereka mampu menang ke atas Tun baik mereka adalah daripada UmNO, PAS, PKR, DAP, AMANAH, dan bahkan orang-orang di dalam PPBM sendiri (sekiranya ada) ialah; JUST BRING IT ON!!!!

    John Doe telah pun memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam dan demikian pasukannya tidak akan tewas kepada mana-mana pasukan pun sehinggalah ia bersama-sama 313 penyokong dan pendokongnya menang mutlak ke atas pasukan-pasukan lawan mereka yang bersekutu.

    Demikianlah juga halnya dengan jemaah yang diketuai dan diwakili oleh Tun iaitu PPBM. PPBM bukan sekadar parti politik besye besye tetapi ia adalah jemaah 'Kaum Yang Didatangkan oleh Allah selepas kaum yang asal (UmNo) menjadi 'Kaum Yang Berpaling', dan jemaah inilah bakal muncul sebagai 'Golongan Yang Menang' apabila tempoh permainan itu telah tamat. Tak percaya?; JUST BRING IT ON!!!

    Iktibar dari sejarah Khalid Al-Walid r.a, si Pedang Allah Yang Terhunus.

    Apabila Rasulullah saw memerintahkan segolongan sahabat berjumlah 3000 jiwa supaya 'mengajar' empayar Byzantine kerana membunuh utusan, Baginda telah menamakan 3 orang komandan perang mengikut turutan giliran iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Perintah Baginda; Zaid akan menjadi komandan pertama, sekiranya Zaid gugur Jaafar akan mengambil alih dan sekiranya Jaafar gugur Abdullah pula yang akan mengambil alih sebagai komandan tempur.

    Pertembungan di antara tentera2 Muslimin dengan tentera Byzantine berlaku di Mu'tah dengan 3000 anggota pasukan Muslimin bertembung dengan 200000 tentera Byzantin. Sekiranya nombor menjadi ukuran kekuatan maka sudah tentulah 3000 ini akan 'dilupuskan' sama sekali di tangan 200000 pada hari itu.

    Nubuwwah tidak pernah tersasar. Zaid yang pertama gugur di medan perang, dan Jaafar mengambil tempatnya. Kemudian Jaafar pula gugur dan Abdullah mengambil alih. Kemudian Abdullah pula gugur dan tentera Muslimin kehilangan komandan tempur berdasarkan perintah Baginda. Pintu ijtihad telah terbuka untuk mereka memilih sendiri siapa komandan berikutnya

    Di dalam keadaan tersebut, pasukan tentera Islam sebulat suara berbai'ah kepada Khalid bin Al-Walid sebagai komandan mereka dan Khalid menerima bai'ah tersebut dan kemudian memimpin pasukan ini dengan strategi genius yang tidak pernah terfikir oleh orang-orang lain pada ketika itu. Hasilnya, selepas ratusan ataupun mungkin ribuan anggota tentera mereka gugur di medan tempur berbanding belasan tentera Muslimin, pasukan Byzantine yang berlipat kali lebih besar daripada pasukan Muslimin lari dari medan pertempuran. Berdasarkan hukum perang yang terpakai pada masa itu, pasukan yang lari dari medan pertempuran akan dianggap sebagai pasukan yang tewas. Hasilnya 3000 Muslimin di bawah pimpinan Khalid telah dianggap menang dan berjaya menewaskan 200000 tentera Byzantine.

    Apabila anggota-anggota pasukan tentera ini yang masih hidup pulang ke Madinah dan menceritakan kepada Baginda Rasulullah saw apa yang berlaku di medan, Baginda telah memberi gelaran 'saifullah al-maslul' kepada Khalid yang bermaksud 'pedang Allah yang terhunus'. Gelaran ini adalah satu gelaran nubuwwah dan demikian ia tidaklah sia-sia dan datang bersama-sama nubuwwah.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  3. (Sambungan)

    Apakah nubuwwah (prophecy) kepada gelaran ini. Nubuwwahnya ialah pasukan pimpinan Khalid tidak akan tewas di mana-mana medan pertempuran dan Khalid sendiri tidak akan mati terbunuh di mana-mana medan pertempuran.

    Khalid telah memimpin puluhan pertempuran selepas itu dan dia menang di dalam kesemuanya.

    Ketika Khalid sedang sakit maut di katilnya dia telah merungut kepada sahabat-sahabatnya. Dia meminta sahabat-sahabat supaya melihat tubuhnya yang tiada tempat kosong daripada tetakan dan dengan sedih berkata lebih kurang maksudnya; "Allah tidak mengizinkan aku untuk syahid di medan pertempuran sedangkan aku telah menyertai dan mengetuai berpuluh-puluh pertempuran".

    Salah seorang sahabat yang diberi ilmu hikmah kemudian telah menjawab lebih kurang maksudnya; "Allah telah memberikan gelaran Pedang Allah kepada kamu, maka Allah sendiri menetapkan kamu tidak akan mati di medan tempur dan pasukan pimpinan kamu juga tidak akan kalah di mana-mana medan tempur. Sekiranya pasukan pimpinan kamu kalah, atau sekiranya kamu mati terbunuh di dalam pertempuran, nescaya manusia akan berkata; pedang Allah telah patah di tengah medan'. Jawapan ini telah melegakan dan menggembirakan Khalid yang tidak kesampaian cita-citanya untuk mati syahid.

    Iktibarnya ialah apabila Rasulullah saw telah bersabda bahawa Pasukan Panji Hitam itu tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan pun, maka itulah yang akan berlaku.

    Pembawa Panji Hitam itu tidak pernah tewas dan demikian apabila dia yang menabalkan khalifah akhir zaman, maka tiada sesiapa yang mampu beralasan, kerana sejarahnya membuktikan bahawa sebagaimana Khalid Al-Walid si Pedang Allah Yang Terhunus, si Pembawa Panji Hitam ini juga memang tidak pernah tewas di dalam mana-mana pertempuran.

    Nubuwwah tidak pernah silap.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut logik akal mana mungkin ph singkir dap dpd kerajaan. Yg lebih logik ialah singkir ppbm dpd ph sbb dap adalah dominan dlm ph. Dgn keakraban pkr bersama dap, lebih mudah ph singkirkan bersatu berbanding ph singkirkan dap. Namun kerja menyingkirkan bersatu dpd ph bukan semudah kata². Semua yakin bahawa bersatu sudah bersedia dgn pelbagai kemungkinan. Kerusi bersatu terlalu kerdil dlm kalangan mp ph. Jika terpaksa, kerajaan campuran boleh sahaja digerakkan antara bersatu, bn, pas dan gbs serta parti² pembangkang sabah. Namun ia rumit kerana gbs tidak suka kpd pengerusi bersatu. Jalan yg paling cantik ialah isytihar pembubaran parlimen dan biarlah rakyat mengundi bagi pembentukan kerajaan yg diingini. Alang² tersingkir, biarlah yg menyingkir juga turut tersingkir.

    ReplyDelete
  5. SENJATA AMPUH TUN M GUNA PAKAI BUAT SEJARAH PERTAMA KALI UMNO-BN JADI PEMBANGANG/PEMBANGKANG JATUH TERKANGKANG.

    BERSATU...!!

    Bersatu, PH teguh
    UMNO-BN tergolek jatuh

    ReplyDelete
  6. HISTORICAL FACT....!!

    Umno-BN tidak pernah terkalahkan oleh Anwar maupun LKS.
    Umno-BN paling takut dan dikalahkan oleh Tun Mahathir.

    Pas pula hanya parti nyamuk/parti serpihan sebagai 'kingfisher' bukan kingmaker.

    ReplyDelete
  7. PkR majority is one election wonder. Once Melayu cabut. It is just a repeating history.

    ReplyDelete
  8. Kah kah kah . Semua hancing . Pungundi vangang , pencacai terkangkang , kerajaan tunggang langgang . Bloger pun bimbang . Jem semua .

    ReplyDelete