Friday, October 4, 2019

CUKUPLAH BERDIRI DI BELAKANG TUN, MENYOKONG KEPUTUSAN DAN TINDAKAN A..

Dalam kepelbagaian situasi dan suara politik hari ini adalah cukup penting untuk meletak kepercayaan kepada Tun untuk membuat keputusan dan tindakan yang terbaik untuk negara.



Tidak ada keraguan untuk memberi apa jua alasan Tun tidak lakukan untuk negara.

17 comments:

  1. Setuju 100%.

    Pada hari ini apa saja yang Najib lakukan, ia adalah untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi penghuni penjara.

    Pada hari ini apa sahaja yang Anwar lakukan, ia adalah untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM.

    Pada hari ini apa sahaja yang Hadi Awang lakukan, ia adalah untuk merasai nikmat-nikmat yang belum lagi dapat dirasai.

    Berlainan dengan Tun Mahathir..

    Dia telah pernah menjadi PM selama 22 tahun, dan menjadi PM 2 kali maka menjadi PM sudah tentu bukan cita-citanya lagi.

    Dia juga hanya membenarkan Mukhriz aktif berpolitik selepas dia bersara sebagai PM-4, maka sudah tentu dia tidak menjadi PM kerana mahu membuka jalan untuk Mukhriz. Sekiranya itu niatnya, Mukhriz sudah tentu telah menjawat jawatan penting politik semasa dia menjadi PM-4.

    Dia juga mempunyai kekayaan yang bernilai puluhan juta ringgit, umurnya menghampiri satu abad dan hampir setiap negara yang wujud di dalam dunia ini, dia telah menjejakkan kakinya, maka itu semua sudah tentu tidak akan menjadi faktor dia terjun semula ke dalam gelanggang.

    Dia juga hanya menubuhkan PPBM selepas gesaannya ke atas UmNo supaya membuang dan menggantikan Najib tidak mendapat sambutan di dalam UmNo. Maka PPBM itu bukanlah alatnya untuk mencapai apa-apa cita-cita peribadinya.

    Hanya pendusta, pendengki, bodoh sombong dan bingung sahaja yang akan mengatakan apa yang ia sedang lakukan hari ini sebagai PM-7 adalah untuk kepentingan diri mahupun keluarganya.

    Maka di atas kebenaran tersebut John Doe akan kekal menyokongnya walau apapun cabaran yang ia hadapi, walau siapapun pencabarnya dan walau siapapun yang berada di dalam pasukan lawannya.

    Sekiranya dan apabila Banjaran Titiwangsa terbelah dua dan anak-anak Bani Melayu perlu memilih sama ada berada di belahan sebelah sini ataupun belahan sebelah sana, maka pilihan John Doe ialah untuk berada di belahan di mana Tun Mahathir berada.

    Selagi Tun merasakan dia perlu kekal di medan kerana perjuangannya masih belum selesai selagi itulah John Doe akan kekal bersamanya sehinggalah dia sendiri mengatakan bahawa perjuangannya telah pun selesai, in shaa Allah.

    "When the going gets tough, the tough get toing"

    Perjuangan kita belum selesai...
    Kerana hanya yang cekal dan tabah...
    Dapat membina mercutanda...
    Bangsanya yang berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power is obsession
      Manipulation is his game
      It goes without mention
      travelling the world to make his name

      The group he leads
      Pathological Hoaxers they are indeed!
      Insinuations, slanders, just to succeed
      Lying to the teeth, even Chief Justice admits!

      What hope is there!
      Accusing others and snare
      When Pathological Hoaxers are expected to do better
      And they turned out to be whiners!

      Tells others that they are stupid
      PH says they are all it!
      Claiming they perform and shouted they can!
      It appears they are just empty cans!



      Delete
  2. Setahun lebih baru mentadbir
    Penentang sudah terjuih bibir
    Hina, kutuk belakang tabir
    Panas macam tertelan gambir!

    Tun Mahathir tetap berdiri
    Bukan untuk diri sendiri
    Dikagumi dunia setiap hari
    Buat penentang bertambah iri!

    Musuh utama pengambil rasuah
    Penyokong Klepto bertambah marah
    Cacian, tuduhan, terus diarah
    Report polis tak pernah serah!

    Sebab Klepto dah tewas perang
    Ramai frust dedak dah kurang
    Setiap inci Tun diserang
    Tak pernah nak report..apa barang?

    Bila kuasa sudah pun lemah
    Dua parti nak satu rumah
    Melayu penyamun dia tak jamah
    Masih tersengih nak pimpin ummah!

    Tun yg hebat bina negara
    Dikata gagal,undur segera!
    Iri mereka tidak terkira
    Melihat the one and only wira!









    ReplyDelete
  3. Sokong madey kayakan lroni dan anak branak....

    Rakyat melopong....kena kincin.

    ReplyDelete
  4. Saya merasa sedikit kelucuan apabila membaca kenyataan anwar bahawa kerajaan perlu focus membantu golongan miskin.

    Ini mengingatkan kembali pada kisah silam dimana anwar mengadakan demontrasi kerana kononnya ada orang mati kelaparan dibaling. Dari situ namanya mula dijulang sebagai wira bangsa yang menyinar ketokohan seorang pemimpin dari matahati penduduk luar bandar. Hinggakan tun pun tertarik dan membawanya masuk kedalam umno lalu menjadi calon diparlimen permatang pauh pada tahun 1982.

    Anwar berjaya merampas kerusi permatang pauh dari Pas. Dilantik sebagai pengerusi negeri dengan mengenepikan pak lah. Kemudian naik pangkat lagi jadi tpm. Selepas dipecat anwar menang lagi dipermatang pauh melalui pkr. Kemudian permatang pauh diganti oleh isteri dan anaknya.

    Maknanya sudah 37tahun anwar dan keluarga menjadi ahli parlimen disitu. Jadi apakah nasib orang miskin dipermatang pauh sudah dibela atau sudah tiada orang miskin dipermatang pauh? Ketika anwar masih dalam BN, bila nak sambut raya puasa bapa mertua saya akan dapat kain pelikat dan sekampit beras. Selepas mertua saya arwah, saya tak tahulah samada sumbangan itu masih berjalan atau tidak sebab sudah tak ada sedara dipermatang pauh.
    Penduduk permatang pauh ramai yang bekerja kilang diprai sebab dekat. Tanah sawah milik melayu makin mengecil sebab dijual pada bangsa cina. Perniagaan dibandar seberang jaya dan perda dikuasai oleh orang cina. Milik melayu boleh dikira dengan jari. Rumah tak mampu milik lebih banyak dari rumah mampu milik. Jauh beza jika nak dibandingkan dengan kepala batas iaitu kawasan pak lah.

    Itulah sebabnya mat sabu pernah kata kalau burung yang sedang terbang dengar anwar berucap, burung itu pun akan jatuh kebumi sebab terlalu asyik mendengarnya hingga terlupa nak mengibarkan sayap.



    ReplyDelete
  5. Aku memang dah lama berdiri di belakang Tun.Tapi apa kejayaan Tun selepas lebih 1 tahun?

    Mcm tikus baiki labu jee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah tanya pada orang buta?

      Antara kejayaan Tun adalah mengheret lanun masuk mahkamah?
      Selepas ini ke sungai buluh, pasti.. Cuma lalui masa dan proses.

      Orang buta pun boleh nampak.
      Banyak lagi... Tapi kalau buta fikiran, buta hati, buta perut takkan nampak..

      Delete
  6. Selepas TUN jadi PM. Bursa hilang nilai hampir RM144 billion.index BSKL blm pulih.Hutang negara dari 687 billion meningkat hampir kpd 800 billion...rezab petronas digasak hampir 80 billion....penarafan petronas merosot..lebih 20 billion aset sudah dijual..ringgit dan ekonomi tak pernah pulih ...kehidupan rakyat tak ada perubahan jugak...

    Sapa kata TUN hebat. Dulu hebat la skrg mana ada. Dia rasa dia hebat. Orang buta pun tahu dia tak hebat. Pasal tu arahan dia di kementerian takda sapa yang ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arahan apa tu?
      Belum pernah mana² PM beri arahan kepada mana² kementerian?

      Kau tahu tak S. O. P

      Delete
  7. Lagi lama madey jadi pm lagi parah malaysia...madey GAGAL...madey mesti digantikan segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      You better join the deaf the blind and the mute. Then continue to live in fantasy, believe in fictions and indulge in falsities

      Delete
  8. Joeharry
    It's amazing how people are still smitten each time he opens his mouth!!are they really that dumb ?btw...ini worang banyak tak bole percaya punya worang la!!


    ReplyDelete
  9. Power is obsession
    Manipulation is his game
    Billions in Bijan's possesion
    With Tun..he was tamed!

    The group he leads
    Pathological Hoaxes they are indeed
    Guilty, Bijan doesn't plead
    The world knows what he did!

    What hope is there
    Accusing others and snare
    Bijan hides billions today
    Hoping to retire as a billionaire!

    Tell others they are stupid
    PH says they are all it
    Accusing Tun is becoming rapid
    Cais are suffering,they can't eat..!

    ReplyDelete
  10. Ohsem bro Fan Tun aka Pemantun Yang Tak Pernah Tewas.

    ReplyDelete