Thursday, October 3, 2019

JAWAPAN KEPADA ANWAR KENAPA TIDAK DIJEMPUT.. ZAHID TIDAK AKAN HADIR?



I wasn't invited, says Anwar on Malay congress: The PKR president says he will not be attending the gathering this weekend.





# Yang hadir tidak semestinya lebih Melayu dari yang lain.

8 comments:

  1. Anwar adalah presiden pkr yang memperjuangkan "setiap rakyat malaysia mempunyai hak yang sama". Sekiranya anwar dijemput secara khusus dan diberi peluang berucap tentu dia akan kekok sebab antara dirinya anak melayu dan presiden parti pada pelbagai kaum.
    Zahid tidak akan hadir sebab tak sanggup dengar apa yang akan diperkatakan oleh tun tentang contoh-contoh melayu yang mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. I wad told it was the prerogative of the organizer NOT TO INVITE Anwar. Why is it those macais claimed mahathir yang tak suruh invite?

    Looks like those in the academics also do not want an ex convict of sodomy albeit psrdoned.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat-sahabat semua.

    Walaupun saya sependapat dengan sdr Unknown (saya kenal siapa dia sebenarnya, hehe) bahawa Anwar tak layak menjadi PM (beza di antara saya dan sdr Unknown ialah sdr Unknown takut dan khuatir Anwar akan menjadi PM, sedang saya pula tidak mempunyai apa-apa ketakutan dan kekhuatiran yang sama sebab saya mempunyai keyakinan Anwar memang takkan jadi PM), tetapi saya sependapat dengan sdr Joeharry bahawa jemputan dan kehadiran Anwar ke program yang matlamatnya ialah 'Melayu' akan menjadi janggal disebabkan Anwar adalah Presiden PKR dan PKR bukanlah wadah bangsa Melayu walaupun majoriti dan teras parti ini adalah Melayu.

    Adakah Anwar seorang pejuang bangsa ataupun tidak? Jawapannya hakikatnya ialah tidak. Anwar boleh menjadi apa sahaja asalkan dia dapat mencapai cita-citanya mahu menjadi PM. Dia telah gagal menjadi PM-5, PM-6, dan PM-7, dan selepas 3 percubaan dia masih tidak tahu berhenti dan kini menggelarkan dirinya sebagai PM-8 pula.

    Anwar hanya mempunyai satu matlamat di dalam hidupnya iaitu untuk menjadi PM. Dia akan berubah wajah mengikut apa yang dirasakannya sebagai keperluan untuk dia diterima menjadi PM.

    Ketika berlakunya kesedaran agama di kalangan Melayu, dia menjadi Presiden ABIM dan kelihatan seperti seorang pejuang Islam. Tun M yang tertarik dengan imej Islamiknya membawanya masuk ke dalam UMNO.

    Semasa di dalam UMNO, dia membawa imej Melayu-Islam memandangkan UMNO adalah parti Melayu dan dengan imej pejuang Masyarakat Madani yang ia paparkan, ditambah dengan minat Tun M kepadanya, dia dengan mudahnya menaiki tangga menjadi Timbalan Presiden UMNO sekaligus TPM.

    Kemudian apabila dipecat daripada UMNO dan gagal pula menjatuhkan kerajaan UMNO-BN melalui gerakan jalanan, dia mengasaskan satu parti politik baru. Semuanya demi mencapai matlamat hidupnya iaitu mahu menjadi PM.

    Mengambil iktibar kegagalan Tengku Razaleigh melalui parti Melayu Semangat 46, Anwar memilih untuk mengasaskan satu parti yang langsung tidak bersifat Melayu iaitu PKR. Melalui parti ini Anwar mengikis imej dirinya sebagai pejuang Melayu dan menjadi senada dengan bukan Melayu yang memperjuangkan Malaysian Malaysia.

    Terbaru ialah keputusannya untuk bertanding di PRK Port Dickson yang mana kaum Melayu bukan pun majoriti di sini. Dengan tindakan ini Anwar sama sekali menghilangkan imej dirinya sebagai pejuang Melayu.

    Di antara semua kerusi Parlimen di Malaysia ini, kerusi Permatang Pauh adalah kerusi yang paling hampir menggambarkan demografi tepat negara Malaysia dan Anwar diberi tuah dan peluang untuk menduduki kerusi ini, tetapi dia telah 'lari' dari kerusi ini.

    Permatang Pauh memiliki 2/3 pengundi Melayu-Islam, dan bakinya ialah Cina, India dan lain-lain, dengan jumlah pengundi Cina pula adalah sekali ganda jumlah pengundi India. Ia benar-benar berdemografikan Malaysia tetapi Anwar telah lari dari kerusi ini dan bertanding di Port Dickson di mana Melayu adalah minoriti.

    Mengapa penganjur tidak menjemput Anwar? Jawapan yang sama dengan pendapat sdr Joeharry, ia telahpun dijawab. Dua perkataan sahaja sudah memadai iaitulah 'kekok' dan 'janggal'.

    Lupakan fakta bahawa Anwar adalah seorang bekas banduan pesalah liwat dan mari kita semua percaya dakwaannya bahawa itu semua adalah fitnah yang bertujuan menghalangnya menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya ialah, Anwar sendiri telah memilih jalan politik dirinya sebagai seorang Melayu yang memperjuangkan Malaysian Malaysia, maka apabila penganjur Kongres Maruah Melayu memutuskan untuk tidak menjemputnya (mereka hanya tidak menjemputnya dan bukan mengeluarkan kenyataan bahawa dia dihalang untuk hadir), Anwar tidak mempunyai sebarang alasan untuk merungut.

    ReplyDelete
  4. Arwah Dato Mohamad Rahmat berjaya mengumpul bangsa jawa ketika menjadi pemimpin umno malangnya tidak pada Zahid.

    Tidak juga bangsa bugis mendukung Najib.

    Ertinya mana² bangsa pun tidak akan mendukung biawak hidup lebih² lagi jika boleh mencalar imej bangsa itu sendiri.

    Tidak juga bangsa itu boleh dipengaruhi oleh mana² pemimpin jika mwreka seekor kerbau yang membawa lumpur.

    ReplyDelete
  5. Madey bagi alasan bodoo


    ‘Kami ingat kalah, kami letaklah perkara susah dalam manifesto’
    12:19 tengahari (Dikemaskini 3:09 petang)
    wartawan Malaysiakini

    A A
    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan kini menjadi mangsa kepada manifesto mereka sendiri.

    Katanya, PH sentiasa komited untuk memansuhkan beberapa undang-undang drakonian seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, namun ia tidak semudah yang disangkakan.

    “Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bodoh siapa?
      Cash Is King sebab dia ingat dia boleh menang..

      Menyatakan sesuatu yang benar dan pahit tidak semua pemimpin berani berterus terang... Takut tidak popular, tahut hilang pengaruh.. Takut rosak agenda, pupus kepentingan.

      Memberi kenyataan sebenar adakah lebih hina dari si korup? Si peliwat? Si pemburit?
      Kita nak pemimpin yang kepit dan mulut manis???
      Percayalah kepada saya???? Akhirnya lingkup.

      Apa nasib si pengampun dan yang menerima ampun?

      Delete
  6. KD 6:04
    Soalan yang last tu soalan paling win!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah. Soalan yang last tu soalan paling win!!

      Delete