Monday, October 21, 2019

KALAU BENAR SAYANG NEGARA, DEMI EKONOMI, DEMI PELABUR ISTIHAR SAHAJA TUN PM SAMPAI HUJUNG PENGGAL

Kalau tak ada kekuatan nak push Tun berundur, lebih baik diam dan ikut kalau negara lebih penting...

Hari hari pakat bergilir merengek, memekik, berdrama depan pintu Tun, rakyat pun naik rimas jugak.

KalaU tak nak jawataN, tak diberi jawatan fokuskan pd kerja2 wakil rakyat dan parti, jangan merayau secret receipe

Dr M should stay on as PM, says Azmin: The PKR deputy president says investors are concerned with talks of transition.

13 comments:

  1. Azmin disebut orang yg bersama hisham aw aw nak tubuh kerajaan pintu belakang..

    ReplyDelete
  2. Pertukaran PM bukan pertukaran kerajaan..

    ReplyDelete
  3. Madey bukan hebat sangat.. Ekonomi tak setaraf seblm pru14..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Tikus Bahalol 12:09 tak sudah2 menyongsang berpegang pada iman 'dolat terpendam-pendam' - percaya sangat pada indeks ekonomi rekaan manusia. Dah diterangkan berkali-kali negara kini memikul beban gara2 10 tahun BN @ Borosmah Najib melapah perbendaharaan negara & tinggalkan timbunan hutang.

      Apakah percaya pada Indeks Ekonomi itu Rukun Iman Islam...??

      Delete
    2. Kepala hotak engkau berdengungkah....??

      Sebaliknya Tun diberi penghormatan tertinggi dgn pelbagai Anugerah Berprestij dunia luar & universiti2 luar negara, khususnya di Jepun - sampai2 negara ditawarkan bantuan bond pinjaman Samurai berbilyon dgn interest serendah 0.5% tanpa komisyen, berbanding Najib pinjam duit Yahudi puluhan bilyon dgn bunga riba 8% + komisyen. Yg menyedihkan, duit pinjaman Yahudi itu lesap ntah ke mana, manakala Kerajaan PH pula kena tanggung bayar semula semua hutang + bunga.


      Delete
  4. Kalo madey letak jawatan siapa yg akan lindongi Jemin dgn kes semburit?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh terima anwar, kenalah juga terima azmin..

      Anyway, asalkan bukan nAjib.

      Delete
  5. Adoooi.. Berasaplah Pak Sheikh, Pak Budin, Kejora Bapuk Bodo, dan yang sama waktu dengan mereka apabila mendengar komen Azmin Ali ini.

    Sekiranya Timbalan Presiden PKR sendiri secara terbuka mengatakan mahu Tun kekal sebagai PM sehingga habis penggal, maka habislah si Presiden PKR yang siang malam teringatkan kerusi yang masih belum dapat dia duduki walaupun selepas puluhan tahun mencuba.

    Sebab itulah Pak Sheikh telah melemparkan umpan kepada DAP dan AMANAH konon Tun mahu tubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan AMANAH di dalamnya, kerana dia mahukan mereka menyokongnya apabila dia melanggar Tun kelak, dan kelihatannya ada yang telah termakan umpan ini.

    Pun begitu, DAP dan AMANAH masih belum mencukupi. Pak Sheikh tetap memerlukan UmNo dan PAS sekiranya ia mahu melanggar Tun, apatah lagi apabila YB-YB PKR sendiri termasuk Timbalan Presidennya yang kelihatan mahu Tun kekal sehingga habis penggal.

    Pak Sheikh akan terpaksa bergantung kepada UmNo dan PAS sekiranya dia mahukan undi yang mencukupi untuk dia melanggar Tun, menjatuhkan Tun dan kemudian menggantikan Tun sebagai PM. Pak Sheikh tiada pilihan lain.

    Saya ulangi kenyataan saya bahawa PAS dan UmNo kedua-duanya adalah jemaah yang bathil di kalangan bangsa Melayu. Apabila Pak Sheikh bersekutu dengan dua jemaah ini untuk menjatuhkan Tun, dia hanya akan membawa dirinya dan para pengikutnya bersekutu dengan kebathilan.

    Sekiranya Anwar, Najib, Hadi Awang dan malahan Mat Sabu sendiri bersekutu sesama mereka untuk menjatuhkan Tun, adakah persekutuan ini akan berjaya menjatuhkan Tun?

    Jawapan saya ialah mereka tetap tidak akan mampu menang ke atas Tun, sebaliknya persekutuan Al-Ahzab ini hanya akan menyebabkan mereka tewas mutlak di tangan Tun dan pasukannya dan lebih moleknya ialah, ketika mereka semua tewas mutlak di tangan pasukan Tun, mereka telahpun kehilangan alasan.

    Saya ulangi perkongsian akan penemuan saya bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam dan demikian dia tidak akan tewas sebaliknya apabila lawan-lawannya bersekutu sesama mereka untuk menewaskannya, dia dan ahli-ahli pasukannya seramai 314 akan menang mutlak dan mengibarkan panji-panji kemenangan mereka.

    Apabila yang benar itu telah menang mutlak, yang bathil itu menjadi jelas dan tewas mutlak, kebathilan itu akan lenyap dan seluruh bangsa Mim akan bersatu di bawah satu panji dan panji itu tiada lain adalah panji pasukan yang tidak pernah tewas. Ia adalah panji Tun M dan PPBM.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. *Kenyataan Media*

    *Isu Peralihan Kuasa, Azmin Jangan Jadikan Tun Dr.Mahathir Seorang Munafik*

    Saya ingin merujuk kepada kenyataan terbaru Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali yang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk menghabiskan penggal sebagai Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum ke-15.

    Pada pandangan saya kenyataan beliau tidak lain selain cuba "menjilat" Tun Dr.Mahathir dan cuba untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walaupun isu ini sebenarnya sudah selesai dan pimpinan keempat-empat parti telah maklum akan peralihan kuasa ini.

    Azmin dilihat semakin tidak senang duduk akan keadaan terkini apatah lagi ketika peralihan kuasa semakin hampir. Akan ada kenyataan dari beliau dan 'orang-orangnya' untuk menentang peralihan kuasa sedangkan pimpinan keempat-empat parti tidak mempunyai isu untuk menangguh mahupun menentang peralihan kuasa samada dari PPBM, AMANAH, DAP dan KEADILAN sendiri.

    Azmin juga menyatakan "mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai 'kerajaan pintu belakang' ."

    Saya merasakan Beliau perlu 'cermin diri' dan imbas kembali bagaimana beliau menjadi Menteri Besar Selangor dan mengulangi perkara sama kepada Menteri Besar Selangor hari ini. Beliau menjadi Menteri Besar Selangor walau individu lain yang telah dipersetujui. Begitu juga bila pemimpin keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan menandatangani persetujuan untuk mengangkat individu lain sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Azmin namun dengan 'pengalaman pintu belakang' beliau berjaya menjadikan 'orangnya' sebagai Menteri Besar Selangor hari ini.

    Ini bukanlah kali pertama saya menegur Azmin supaya menghormati konsesus Pakatan Harapan. Saya pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk "Pakatan Rakyat Telah Berkubur, Azmin Perlu Sedar" pada 6 Julai 2017 selepas Azmin enggan mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan masih ingin meruskan kerjasama dengan PAS yang telah mengkhianati Pakatan Rakyat pada masa itu. Begitu juga Zuraida Kamarudin yang menolak pembentukan Pakatan Harapan.

    Namun hari ini Azmin menjadi Menteri kanan dalam kerajaan yang beliau tentang penubuhannya dulu. Ketika pimpinan lain berusaha menubuhkan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan kawasan, beliau sibuk berkempen bersama PAS dan masih menolak Tun Mahathir sebelum PRU-14. Hari ini beliau merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri pengiring kepada Perdana Menteri.

    Tindakan beliau jelas seolah mengajak pimpinan lain untuk menjadi 'munafik' seperti beliau dengan melanggar konsesus Pakatan Harapan yang telah dipersetujui.

    Umum mengetahui persetujuan mengangkat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia telah termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui keempat-empat parti pada 6 Januari 2018 dan diumum semasa Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018. Tun Mahathir juga pernah menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua (2) tahun dan tidak lebih tiga (3) tahun.

    Negara amat memerlukan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 bagi melaksanakan agenda reformasi seterusnya membina semula negara.

    Adakah Azmin cuba menjadikan Negarawan Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad seorang Munafik? Adakah Azmin ingat Tun Dr.Mahathir akan mengikut kata-katanya dan merosakkan legasi gemilang Tun M yang Tun M cuba bina semula selepas berjaya menumbangkan kerajaan Kleptokrat Barisan Nasional hanya untuk memenuhi keinginan peribadi beliau?

    *Razeef Rakimin*

    ReplyDelete
  7. Sejak tun m angkat sumpah PM dah ramai investors yg lari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So when Anwar takes over ramai sodomist invest in our country?

      Ya Allah peliharalah mereka yang bukan bersekongkol dengan peliwat

      Delete
  8. Agak2 kalau bukan Mahathir, adakah Jepun akan bagi pinjaman, dua kali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn interest 1/2 persen (0.50%) tanpa komisyen pulak tuu - tak macam Najib pinjam duit Yahudi dgn interest 8% + komusyen.

      Dah tuu, duit pinjaman itu boleh hilang ntah ke mana, negara pulak tetap kena tanggung yg kini jadi bebanan dipikul Kerajaan PH.

      Memang patut BN dihukum seberat-beratnya....!!

      Delete