Saturday, October 5, 2019

KEGEMBIRAAN POLITIK UMNO SEKETIKA YANG MEMALU DAN MEMBODOHKAN DIRI

Komen mat maslan masih menunjukkan dia belum keluar dari kepompong maharaja lawaknya..

https://kedahlaniie.blogspot.com/2019/10/gst-orang-lain-yang-bagi-cadangan-ph.html

PH tidak mungkin mengkhianati mandat rakyat di PRU14-lim guan eng

Kalau itu rakyat mahu kita kaji semula - sinis Tun M

2 comments:

  1. Hakikatnya ialah, pada hari ini orang-orang yang masih kekal di dalam UmNo selepas ia menjadi 'Kaum Yang Berpaling' hanyalah di kalangan golongan pendusta, bodoh sombong dan bingung.

    Walaubagaimanapun, sekiranya kita benar-benar meneliti kembali latar belakang yang membawa kepada kenyataan Tun 'kita akan kembalikan GST sekiranya itu yang rakyat mahu', ia sebenarnya dituturkan sebagai jawapan kepada orang-orang di dalam PH sendiri yang kelihatan mahu mensabotaj pentadbiran Tun kerana mahukan Tun segera berundur dengan berkata, antara lain; 'GST lebih telus dan lebih baik daripada SST', konon untuk memberi bola tanglung kepada BN untuk menghentam kerajaan PH (dibaca 'pentadbiran Tun').

    Satu jawapan sahaja daripada Tun, dan ia sama sekali mematikan peluru-peluru yang ditembak ke arahnya daripada dua perbatasan; perbatasan pertama ialah daripada kalangan UmNo-BN yang masih meroyan disebabkan tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah Tersungkur Di Persada Takhta di tangan PH yang diketuai oleh Tun, dan perbatasan kedua ialah dari kalangan orang-orang di dalam PH sendiri yang mahukan Tun lekas bersara untuk mereka segera menaikkan Godfather mereka sebagai PM kerana menyangka bahawa PH telah menang adalah disebabkan usaha mereka dan bukan disebabkan 'faktor Tun'.

    Kedua-dua pasukan lawan Tun ini, satu yang menentang PH pimpinan Tun dari luar, dan satu lagi menentang Tun sebagai ketua PH dan mahukan tempat itu bagi 'ketua' mereka, kedua-dua golongan ini masih tidak sedar bahawa apa sahaja yang mereka rancang, mereka tetap tidak akan mampu menang ke atas Tun, kerana Tun berjuang di atas kebenaran dan keikhlasan, sedangkan mereka pula, satu golongan berjuang di atas kepalsuan dan satu lagi berjuang demi kepentingan puak sendiri.

    Disebabkan wujudnya golongan yang tidak ikhlas dan tidak tahu berterima kasih ini di dalam PH1, PH1 akan berpecah, tetapi Tun tetap akan kekal sebagai Perdana Menteri di bawah PH2, kerana dia adalah 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas'.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Siapa yg pimpin umno selama 22 tahun?....orang ini lah yg telah mencorakkan pemikiran umno yg membawa masalah...

    ReplyDelete