Saturday, October 26, 2019

KHALED NORDIN YANG KELIRU DAN SESAT

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/surat-terbuka-buat-dr-mahathir.html

Jelas tulisan Khaled nordin Dan jelas maksudnya, sekadar untuk katakan Mahathir dikawal DAP.

Pemikiran mantan MB yang kini terjerumis kepada pemikiran budak budak tadika yang baru belajar mengenal huruf.

APA Dan di Mana Tun dikawal DAP Dan setakat Mana DAP menguasai kerajaan? Mana sisi Perlembagaan yang sudah terlucut?

DAP adalah sebahagian kerajaan. Semasa BN berkuasa apakah pada Masa itu kerajaan langsung tidak layan tuntutan MCA Dan mic?
Lain pula pandangan Khaled nordin sekarang?

umno sudah buruk busuk Dan jijik ia lebih bermaksud Dan merujuk umno sepuluh tahun sebelum PRU14 yang mendukung lanun Dan jika Hari ini pun masih memikul biawak hidup Tanpa sedar Dan insaf di sudut Mana mahu dianggap umno sudah bersih?

Setakat Hari ini baru terlaung lebih jelas Melayu Dan Islam apakah umno sudah bersih atau sekadar topeng selepas nyawa di hujung tanduk

Apakah suara ini sangat jelas by it measures and means sepuluh tahun yang lepas..atau masing² sebok mengumpul harta ketika itu.
Khaled tatang jawatan MB dan karib dengan Istana mengelak diri ditendang seperti Muhyiddin Dan Mukhriz...shame on you

Sama spesis Khaled? Anwar memang bijak dalam Bab pulang paku buah keras..


Umno direject bukan baru semalam tetapi sejak hilang dua pertiga..kenapa najib tidak letak jawatan Masa itu sebagai moral..
Mana Surat terbuka Khaled nordin pada najib?
Aku Rasa sangat berkahak..

CUKUPLAH ulasan pendek ini sebagai pendahuluan Dan MUKADDIMAH..

Umno lingkup bukan sebab Mahathir tapi sebab kamu kamu, Tun hanya datang runtuhkan umno YG sudah di makan anai²..

Now salahkan Tun?
MACAM Tak sekolah..

Khalid nordin bukan ahli Parlimen, mungkin dirinya terasa tiada nilai di sisi Tun..
Sebagai naib president dia sudah tentu tidak sebebas Hishamuddin..


11 comments:

  1. Tuduh Tun pentingkan diri
    "Ahli Umno Tun terima "
    Cakap tak pandang kanan dan kiri
    Dah kalah masih nak cari glamer!

    Nasib umno belum diharam
    Mungkin Tun masih berfikir
    Bijan kencing,Umno pun karam
    Itu pun masih takmau singkir?

    Tak payah cerita 'nilai tinggi'
    Presiden songlap buat2 tak reti
    rakyat tinggal gusi dan gigi
    Janji sudah jadi capati!

    "Hancur berkecai perbuatan sendiri"
    Cakap Tun jangan nak nafi
    Parti Umno dah hilang seri
    'Keramat' ghaib dah hilang 'sufi'!

    "Tun hanya DAP yg sokong"
    Kata Khaled yg dah mamai
    Tun menang "Melayu tak sokong"
    Yang mengundi DAP ke ramai?

    Diberi Tun 'Surat Terbuka'
    Pulak yg kalah nak cari glamer
    Dengan Presidennya tak buruk sangka
    Jangan2 dia spesis yang sama!..

    Orang umno patut bersyukur
    Masih wujud walau ditolak
    Harimau tua sedang berdengkur
    Salah langkah tak dapat elak!

    Elok juga hantar kat Bijan
    Bagi Mat Sengeh surat terbuka
    Ku sangka panas rupanya hujan
    Ingatkan baik..rupanya puaka!





    ReplyDelete
  2. Khaled Nordin hanyalah seorang manusia bongok yang sanggup dihina dan terhina demi kesenangan hidup duniawi. Apa diharap seseorang yang sepertinya akan memahami apa maksudnya menjadi bangsa yang bermaruah.

    Tak percaya? Lihatlah sahaja satu gambar dia duduk bersila di bawah ketika Sultan dan kerabat dampingnya duduk di atas kerusi. Ia benar-benar satu situasi yang menghina tetapi si bongok ini yang tidak faham apa itu kemuliaan dan maruah tetap duduk kekal di dalam majlis kerana mahu menjaga kerusi MB yang disandangnya yang datang dengan gaji yang lumayan.

    Sekiranya Tun M yang diperlakukan sebegitu saya amat pasti bahawa Tun tidak akan kekal di dalam majlis itu sebagaimana si bongok ini.

    Apa yang Tun katakan tentang UmNo ini memang benar belaka. Sekiranya ada mana-mana orang bongok seperti Khaled Nordin yang tidak dapat menerima kebenaran itu, maka silalah mati di dalam keadaan hati bernanah, kebenaran itu tetap tidak akan berubah. UmNo sememangnya telah menjadi kaum yang berpaling dari jalan kebenaran dan kerananya Allah telah mendatangkan PPBM sebagai pengganti UmNo.

    30 tahun dahulu ketika Tun menjadi Presiden UMNO yang pada ketika itu masih lagi berstatus 'jemaah orang-orang yang beriman' dan belum bertukar statusnya menjadi 'jemaah kaum yang berpaling', Tun telah pernah berkata bahawa sekiranya pemimpin-pemimpin dan orang-orang besar UMNO tidak lagi berjuang demi rakyat sebaliknya hanya menggunakan parti ini untuk mengkayakan diri sendiri dan puaknya sahaja, maka kelak UMNO akan ditolak rakyat dan kehilangan kuasa.

    Kemudian ucapannya itu dilanjutkan lagi dengan berkata, apabila UMNO telah ditolak oleh rakyat, ia bukan sahaja akan kehilangan kuasa, malah akan tidak lagi wujud.

    Kemudian ia lanjutkan lagi ucapannya dengan berkata, ia menjangkakan perkara itu akan berlaku pada tahun 2020.

    Tanpa disedari oleh kesemua manusia yang mendengar ucapan itu termasuklah dirinya sendiri, ucapan Tun itu adalah satu ucapan seorang yang dianugerahkan hikmah. Tun telah diberi ilham untuk berkata sedemikian dan itulah yang telah diucapkannya.

    Kini di tahun 2019, kita telah melihat kebenaran ramalannya yang pertama iaitulah bahawa UMNO akan ditolak oleh rakyat dan kehilangan kuasanya.

    Hanya beberapa bulan sahaja lagi kita akan berada di tahun 2020, dan ia akan berlangsung selama 12 bulan.

    Adakah pada tahun 2020 UmNO yang telah pun kehilangan kuasanya pada 2018 akan benar-benar lenyap?

    Jawapan John Doe, 100% sama dengan Tun. UmNO telah Tersungkur di Persada Takhta dan tidak lama lagi ia benar-benar akan lenyap dari muka bumi Malaysia ini, sabagaimana yang telah dikhabarkan oleh Tun 30 tahun yang lampau.

    Al-Arqam adalah precedentnya. Tidak lama selepas mereka Tersungkur di Pintu Syurga di tangan pasukan PM-4, mereka benar-benar lenyap dan hanya tinggal di dalam lipatan sejarah.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  3. (Sambungan)

    Tun telah mengajak orang-orang Melayu semuanya termasuklah yang masih bersama UmNO supaya meninggalkan parti masing-masing dan menyertai PPBM supaya suara dan politik orang Melayu akan kembali kukuh di bawah PPBM sebagaimana ia pernah kukuh di bawah UmNO.

    Terkini, Presiden UmNo yang sama bongoknya dengan Khaled Nordin telah memohon maaf bagi pihak UmNO kepada PAS kerana telah UmNO telah menindas PAS selama 60 tahun. Ini sesuatu yang sangat pelik. PAS yang telah mengkafirkan UMNO dan kini UmNO pula yang memohon maaf.

    John Doe pernah menyebut bahawa di antara tempoh UmNO Tersungkur di Persada Takhta dengan tempoh ia benar-benar dilenyapkan akan berlaku banyak perkara yang akan memberi justifikasi dan kewajaran untuk ia dilenyapkan sama sekali apabila tempohnya telah tamat. Ucapan Presidennya Wak Jahid dan tulisan Naib Presidennya Khaled Nordin yang berkenaan adalah di antaranya.

    Kedua-duanya membuktikan bahawa UmNO bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri, tetapi mereka pergi lebih jauh lagi di dalam mempertahankan kebongokan mereka dengan melutut kepada seorang yang pernah mengkafirkan mereka selain menyalahkan seorang yang telah menyelamatkan bangsa Melayu dengan menumbangkan mereka. UmNO semakin jauh daripada kebenaran.

    UmNO benar-benar akan lenyap bersama-sama sekutunya dan selepas itu seluruh bangsa Mim bakal bersatu di bawah satu panji dan hanya satu panji sahaja, dan ia adalah panji-panji PPBM, panji satu pasukan yang tidak pernah tewas.

    Satu lagi hikmah besar PPBM ditubuhkan selepas UmNO telah berpaling ialah jemaah ini wujud di semua negeri dalam Persekutuan Malaysia berbanding UmNO yang tidak pernah wujud di Sarawak. Dengan wujudnya PPBM di seluruh negeri, maka ia sememangnya layak menjadi panji tunggal yang menyatukan seluruh bangsa Melayu. In shaa Allah itulah yang bakal berlaku.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno telah diterima semula oleh melayu.....tak ada lagi melayu yg nak masuk PPBm...jgn bersedih..

      Panji Hitam

      https://youtu.be/SBpkIueKzlU

      Delete
  4. Thai Baht, Economy Surges - Their Economic Complexity Is Increasing

    Here is The Star and Bloomberg.

    tough to stop baht from surging
    baht advanced 0.3% on Friday to 30.187 per dollar
    strongest level since May 2013
    gain 7.8% this year, more than peers except Russia’s ruble

    Why is baht so strong?
    Several factors attracting investors to Thailand
    haven for foreign money

    healthy current account tops them all
    IMF forecasts surplus of 6% of GDP this year, double Japan

    Thailand’s reserves, negligible inflation also provide investors comfort

    foreign reserves stands at US$220 billion
    equivalent of 12 months imports
    inflation 0.3%, below target of 1% - 4% since June

    getting boost from gold
    Thailand hub for bullion trading
    benefited from 17% gain in gold price this year

    How much more can baht appreciate?
    whether baht will breach 30 per dollar

    - Bloomberg

    Kenapa ringgit lemah bawah Tun Mahatir?..

    ReplyDelete
  5. Bagaimana para akedemik hendak bersuara tuduhan demi tuduhan tapi tak ada bukti....dlm mahkamah pon tak ade bukti money trail....madey tuduh najib mencuri berlandaskan money trail tapi bukti yileks...

    ReplyDelete
  6. Politic Is About Number, Antara Dr. Mahathir Dan Anwar, Siapa Yang Ada?

    Peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dah nak sampai kemuncak...

    Walau apa pun yang akan terjadi, Dr. Mahathir jelas masih tak nak serahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar...

    Dr. Mahathir akan cipta alasan demi alasan, strategi demi strategi untuk menidakkan Anwar sebagai Perdana Menteri, buat kata orang Jawa, kali nie Dr. Mahathir akan 'all out', sekurang-kurangnya untuk menangguhkan peralihan kuasa pada Anwar, paling tidak pun sampai akhir penggal...

    Persoalannya, siapa yang ada dalam kepala Dr. Mahathir untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke 8?

    Sekali fikir, macam Malaysia nie mak bapak dia orang punya!!!

    Bukan orang politik jer yang sibuk buat percaturan, tapi penyokong pemimpin tertentu pun rancak buat percaturan...

    ReplyDelete
  7. Setelah sekian lama isu peralihan kuasa ini berlarutan tanpa ketentuan, Tun Mahathir Mohamad akhirnya setuju agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.

    “Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden,” kata beliau.

    Perdana Menteri berkata, beliau setuju ia dibincangkan kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu.

    “….dan juga kedudukan Anwar Ibrahim dan cadangan saya jadi pengerusi serta bakal Perdana Menteri,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Baku, Azerbaijan sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.

    Alhamdulillah, dengan perkembangan ini semoga kekalutan yang sedikit sebanyak telah memecah-belahkan PH akan segera berakhir.

    Yang penting, mesyuarat itu mesti diadakan dalam seberapa segera yang boleh dan Majlis Presiden tidak harus bertangguh lagi dalam menetapkan tarikh penyerahan jawatan daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

    ReplyDelete
  8. Najib bidas: Pak Kadir mulut celupar

    Okt 27, 2019 (Dikemaskini Okt 27, 2019)

    A A
    KATA MP | Saya percaya Pak Kadir (A Kadir Jasin) yang juga merupakan penasihat media kepada Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir Mohamad) adalah seorang yang sangat tidak jujur serta seorang bermulut celupar.

    Dalam artikel ini, dia gelar saya sebagai "perogol" Felda serta membuat beberapa tuduhan terhadap saya.

    BACA: Najib lacurkan Felda - Kadir Jasin

    Dia membuat tuduhan seolah-olah tak baca kertas putih Felda yang dikeluarkan oleh kerajaan PH sendiri.

    Dia kata wang Felda sudah habis dibelanja.

    Tapi dia tidak menyatakan bahawa wang ini dibelanjakan ke atas peneroka-peneroka sendiri seperti diakui oleh (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Azmin Ali.

    Dia kata Felda ada pinjaman RM8 bilion tapi dia tidak menyatakan bahawa pinjaman ini dipinjamkan semula kepada peneroka-peneroka untuk projek-projek penanaman semula, rumah generasi kedua, pendidikan anak-anak Felda dan sebagainya.

    Kerana pengesahan ini Ketua Pengarah Felda yg dilantik oleh kerajaan PH di paksa letak jawatan..

    ReplyDelete