Sunday, October 6, 2019

KONGRES MARUAH MELAYU GAGAL KERANA ANWAR TIDAK HADIR???



Kongres maruah melayu yang tidak menjurus kepada politik dilihat hambar bagi sesetengah pihak apabila Tun tekankan kepada ekonomi Melayu sebagai kayu pengukur maruah Melayu.

Memang benar,  ucapan Tun hambar sebab kita sudah lali mendengarnya,  melayu memang mengantuk kalau ceramah ekonomi tetapi akan jadi anjing terjelir lidah kalau dengar ceramah politik yang panas.

Pelbagai tuduhan masih dilemparkan kepada Tun sesudah kongres, seolah Tun dipertanggungjawabkan mengembalikan maruah Melayu?
Yang lain hanya tunggu jadi sapi?
Yang melingkupkan maruah melayu tidak tampilkan diri..

Apalagi yang mahu diceramah kepada Melayu tentang maruah?

Allah pun melayu sudah tipu dan tidak lagi takut !!!

https://msomelayu.blogspot.com/2019/10/busuk-kuah-maruah-melayu-tumpah.html

8 comments:

  1. Bezanya a theatrical act staged as Penyatuan Ummah dan a reality show of self weaknesses and criticisms to restore dignity that was "bangsated and sesated"...

    ReplyDelete
  2. Kongres ini tiada kaitan dgn anwar.

    Tiada resolusi apa dan bagaimana yg patut melayu buat untuk maruah melayu...

    Madey masih dgn pemikiran lama..

    ReplyDelete
  3. Objektif kongres tidak dicapai.Pembentang2 kertas penat sedia dan bentangkan resolusinye tapi madey tak ada pada masa itu.

    Ucapan madey tidak ulas adakah pembentangan resolusi relavan....

    Madey masih dgn resolusinye sendiri yg retorik ...

    ReplyDelete
  4. Madey perasan dia,masih popular...madey popular dlm kelompok yg kecik...
    Tg Paia akan mengesahkan cakap madey..

    Dr M tolak kajian populariti PH merudum
    Okt 6, 2019 (Dikemaskini Okt 6, 2019)
    Wartawan Malaysiakini

    A A
    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasil keputusan kaji selidik oleh Merdeka Center yang merekodkan populariti PH meruduh kepada 35 peratus sebagai "tidak tepat".

    Sebaliknya, perdana menteri itu menyatakan keyakinan masih mempunyai sokongan di peringkat parlimen.

    “Saya rasa sokongan di peringkat parlimen masih ada. Jadi kami tak akan disingkirkan.

    "Apa kita dapat daripada mereka ini (pelaksana kaji selidik), mereka tanya satu kelompok orang, mereka buat tanggapan daripada situ (tentang populariti PH).

    "Saya tak rasa ia tepat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi temu rapat PH di hotel Saujana Subang Jaya hari ini.

    Jelasnya, sokongan rakyat dilihat masih utuh namun kerajaan harus memastikan peratus populariti tersebut tidak merosot.

    “Saya sendiri tahu banyak orang nak salam, ambil gambar, masih ada orang yang nak sokong. Ini bukti sokongan masih ada,” katanya..

    ReplyDelete
  5. Saya dah baca tulisan penuh MSO yang memperkecilkan Kongres ini hanya disebabkan faktor 'Anwar'. Kongres ini kelihatan tidak selari dengan jalan politik Anwar. Benarlah seperti kata sdr Joeharry bahawa untuk Anwar berada di dalam kongress sebegini ia adalah sesuatu yang kekok lagi janggal.

    Kongres ini memang dilihat tidak selari dengan politik Anwar dan demikianlah ia diperkecilkan oleh juak-juak Anwar termasuklah MSO. Melihat gaya penulisan MSO, ia kelihatan setaraf dengan penulisan Shahbudin Husin. Kata kuncinya ialah 'terdesak' dan 'memaksa'.

    Juak-juak Anwar yang kini bermatian mahu mempromosi Anwar sebagai bakal PM yang terbaik untuk semua, kini kelihatan setaraf sahaja dengan juak-juak Najib yang dahulu bermatian mempertahankan Najib dan mengatakan skandal 1MDB adalah fitnah ataupun tiada kaitan dengan Najib.

    Persamaan mereka ialah mereka terpaksa bekerja keras disebabkan terdesak dan 'terpaksa memaksa' padangan mereka diterima oleh khalayak pada ketika mereka sendiri tahu di dalam hati mereka bahawa khalayak memang tidak berkongsi pandangan tersebut.

    Ibarat komunis yang terdesak memaksa masyarakat mahu menerima pandangan mereka bahawa sistem komunis adalah yang terbaik untuk manusia ketika majoriti manusia berpandangan sebaliknya.

    Hakikatnya mereka hanya menambahkan sesak di dalam dada mereka. Tanpa disedari mereka sedang menyiksa diri mereka sendiri. Inilah yang diibaratkan pernyataan 'dan tiadalah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri sedang mereka tidak sedar'.

    ReplyDelete
  6. Shared Prosperity' Pakatan Harapan Adalah Polisi Copy Paste Dari Laman Bank Dunia...😯😯😯

    Sempena Kongres Melayu nanti, kerajaan Pakatan Harapan dikatakan dengan 'bangganya' akan perkenalkan 'polisi baru', Shared Properity Vision 2030...

    Macam pernah dengar jer...

    Menurut Zakhir Mohamed, idea ini kononnya dari konsultan parti PPBM...

    Wow, marbeles...

    "It’s done not by MEA, EPU, PM’s Dept, MOF, ISIS, PEMANDU, Teraju or any GLCs"...

    Jadi siapa yang buat polisi canggih nie?

    Institut Masa Depan (MASA) - supaya cerah masa depan nanti, tapi untuk masa depan siapa?



    Kalau ikut kata Zakhir Mohamed, MASA tu ialah PPBM’s 'think tank' group yang terdiri dari Dato Dr. Mohamed Radzi Jidin, Dr. Marzuki Mohamad and Mohammed Nizam Mashar (BACA DI SINI)...

    Mesti tinggi yuran konsultankan!!!

    Tak mainlah riban-riban, kecik mata pun mesti juta-juta!!!

    Persoalannya, yuran konsultan siapa bayar?

    Kerajaan?

    Sebab nama-nama tu semuanya orang-orang Din Pagoh dengan Dr. Mahathir...

    Rakyat tak kisah kalau betul-betul bermunafaat pada rakyat dan negara...

    Tapi masaalahnya, group memulihkan ekonomi yang Dr. Mahathir adakan semuanya ke laut!!!

    Ekonomi Malaysia makin telongkop haop...

    Terbaru MIER cadangkan kerajaan Pakatan Harapan U-Turn pada GST...😂😂😂

    Sebenarnya, 'polisi baru' yang kononnya akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan hasil dari 'think tank' tu, adalah polisi copy paste dari laman web Bank Dunia (BACA DI SINI)...

    ReplyDelete
  7. Selagi orang melayu tidak bersatu hati duduk dibawah satu parti maka selagi itulah orang melayu akan bersaing sesama sendiri menawarkan hak melayu untuk diberikan pada bukan melayu bagi mendapatkan sokongan politik.

    Diawal merdeka, kaum pendatang dari china dan india "dikurung dan diletakkan" disatu sudut oleh kuasa politik yang ada pada orang melayu.

    Bila orang melayu semakin gila kuasa maka politik melayu mula berpecah dari satu menjadi dua, tiga dan seterusnya.
    Orang melayu mula berkempen menyalahkan sesama sendiri bagi mendapat sokongan untuk parti yang diwakili. Bila orang melayu ini melihat parti mereka hanya boleh menang sekiranya mendapat undi dari bukan melayu, maka mereka mula menawar sesuatu jika berjaya tubuh kerajaan.

    Sekarang ini, kaum yang dulunya hanya pendatang, kini mula meminta hak istimewa untuk orang melayu dihapuskan dan semua rakyat malaysia mempunyai hak yang sama. Maka timbullah slogan malaysia baru. Kuasa politik melayu semakin mengecil yang dikecilkan oleh bangsa melayu sendiri.

    Orang melayu mula menyalahkan pemimpin melayu yang kononnya tidak melakukan apa-apa untuk orang melayu. Mereka minta supaya pemimpin melayu ini ditukar kepada melayu yang lain yang mereka sokong. Sebenarnya tiada apa yang dapat dilakukan oleh mana-mana pemimpin melayu untuk orang melayu apabila kuasa yang ada pada orang melayu itu semakin mengecil. Pemimpin melayu terpaksa menjaga dan mengambil hati orang bukan melayu kerana takut hilang undi dan hilang kuasa.







    ReplyDelete