Tuesday, October 22, 2019

LOBAKMAN NAK MATI LEBIH AWAL Dari Tun

AntAra zahid, nAjib, lobakman, mahaThir dan anwAr SIAPA yg lebih gelabAh, seraBut???
TugAs dunia, MahAthir almost selesai...

Yang lAin baru nak Bermula, bergelut..
Ad yang belum pasti samADA DUdUK DI DALAM ataU duduk di luar.


3 PERKARA YANG MAHATHIR PERLU LAKUKAN SEBELUM DIJEMPUT SAKARATUL MAUT
Oleh : Lokman Adam

Semalam Bekas Calon Presiden, Probowo mengesahkan beliau menerima tawaran Presiden Indonesia, Jokowi sebagai Menteri Kabinetnya.  Kemungkinan besar, Probowo akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan Indonesia yang baru.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa agak berat untuk Jokowi mengambil keputusan tersebut, namun demi memastikan keamanan Indonesia dan tekanan yang semakin memuncak dapat dikurangkan, Jokowi melihat itu antara solusi terbaik yang boleh membawa kepada penyatuan Bangsa Indonesia.

Perkara yang hampir serupa juga melanda Perdana Menteri Malaysia yang kini terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena.  Dengan jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember, dengan kesihatan Tun Hasmah yang semakin meruncing, dengan mimpi ngeri anak-anaknya bakal dipenjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, kekusutan Mahathir sudah pasti 10 kali ganda lebih parah berbanding Jokowi.

Itu sebabnya Mahathir yang hanya mempunyi 13 kerusi mengorak langkah untuk meramaikan sokongan beliau dikalangan MP dengan mencuri MP-MP dari UMNO sejak beliau mula diangkat menjadi Perdana Menteri sementara.  Diperingkat awal, beliau mengunakan khidmat beberapa orang tokoh dalam UMNO termasuk Hamzah Zainuddin untuk menarik MP UMNO menjadi MP Bebas dan kemudiannya menyertai PPBM. 

Namun,  setelah kemenangan BN di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau, tokoh-tokoh yang beliau gunakan sudahpun menyedari bahawa tindakan meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM adalah tindakan bodoh dan boleh dianggap seperti tindakan membunuh riwayat politik sendiri.  Apa taknya, sudahlah diludah dan dihalau pengundi sendiri, kerusi Menteri yang ditawarkan hingga kini belum dimiliki.

Yang sudah terbabas ke PPBM kini bukan sahaja menyesal, malah ada yang sudah mula memaki si penghasut yang menarik “hand brake” dari melompat sambil melaungkan slogan “kekal setia bersama parti”.  Maklumlah, siapa yang hendak meninggalkan UMNO dikala gelombang kebangkitan rakyat menentang Pakatan Harapan mula mengukuhkan kedudukan BN dan PAS.

Kegagalan Hamzah Zainuddin “and the gang” menarik MP UMNO dan menjadikan PPBM parti terbesar didalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri,  memaksa Mahathir meminta nyawa kepada UMNO dan PAS yang telah beliau sumpah seranah selama ini.  Ahli politik lama negara ini tidak akan nampak ianya sesuatu yang pelik mahupun janggal. Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kehebatan Mahathir bab ini, beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa.

Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS.  Realiti sebenarnya, Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan Cucu Dato Onn membawa 30 kerusi dari UMNO. Apa yang menyebabkan Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja.  Menteri besar yang merupakan anak Azmin  sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

Apa yang menjadikan saya musykil, kenapa Mahathir masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sungguhpun Cucu Dato Onn berjaya mempengaruhi kesemua MP UMNO untuk bersama Mahathir dan PAS juga bersetuju dengan idea kerajaan tanpa DAP, Sarawak tetap tidak boleh melupakan Dasar Kabotaj dan segala bentuk penganiayaan yang Mahathir lakukan keatas rakyat Borneo.  Maka, dimana datang logiknya untuk beliau berjaya memperolehi 112 kerusi?

Puas juga saya cuba memahami kenapa begitu susah sesetengah pihak mahu memahami perangai Mahathir dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Mahathir untuk beliau kekal berkuasa.  Padahal, pengalaman Tunku Abd Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita bagaimana Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

Namun, Mahathir yang dulu bukan lagi Mahathir sekarang.  Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya.  Beliau kini bertarung menggunakan masa kecederaan, bila-bila masa sahaja beliau boleh dijemput Sakaratul Maut.  Jika saya berada dikerusi Mahathir, hanya 3 perkara akan ada dalam benak pemikiran saya.  Pertama, adakah amalan saya sudah mencukupi sebagai bekalan dihari kenudian. Selain beramal, detik-detik akhir ini akan saya gunakan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang pernah saya aniaya.  Mampukah Mahathir membuang egonya dan mengadap Najib yang teruk difitnahnya.

Kedua,  saya akan memastikan anak-anak saya boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik saya.  Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menidas musuh politiknya, Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan.  Sifat ini juga, hanya boleh Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau hina dan keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB.

Ketiga, sebagai seorang Negarawan, jika saya jadi Mahathir, sudah pasti saya mahu kematian saya ditangisi rakyat terbanyak dan jasa-jasa saya dikenang sepanjang zaman.  Namun, segala jasa beliau ketika 22 tahun beliau memerintah, sudah lama dikebumi dan dilupakan.  Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan dibawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP.  Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, Bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa kamu mengepalai kerajaan hari ini.  Ini semua bakal mengangkat kamu sebagai Perdana Menteri Pertama yang “KEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT”.

Jokowi, kalau tidak teruk kena tekanpun, pasti beliau tidak mengharapkan Probowo. Bezanya cuma, Jokowi cari Probowo beliau masih boleh kekal Presiden Republik Indonesia. Namun, jika Mahathir cari Hisham, Hj
Hadi dan Azmin Ali, beliau belum cukup kerusi untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Apapun orang cakap, saya masih menganggap Jokowi lebih hebat dari Mahathir.  Dia mampu membuang egonya dan boleh menerima musuh ketatnya.  Malah, beliau ambil musuh ketatnya dalam kabinet.  Namun Mahathir tidak akan mampu membuang egonya dan memulihkan hubungan beliau dengan Najib. Hanya yang berjiwa besar dapat melakukannya.  Jokowi berjaya mematikan ancaman dan menukar kritikan kepada penghormatan atas jiwa besar beliau. Sayangnya, Mahathir bukan Jokowi.

Dato’ Lokman Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
21hb Oktober, 2019
Kuala Lumpur


14 comments:

  1. Mahadey la serabut . Macam anwr kata dlm ceramah , tidor malam mimpi anwar jd pm terus jaga gelabah sampai siang . Kesian dia oleh kerana serabut yang amat lebih2 lagi dkt prk pial ni , tidor dia tentu tk lena . Mungkin 24 jam kerja tk lagi 18 jam . Berak dia pun agak dlm pampers sj .

    ReplyDelete
  2. Kluangman....tak usah gelabah pasal lobakman...tengok dulu hasil di Tg Piaai....dedak berjuta2 dah diumumkan untuk Tg Piai yg Tun Mahatahir kata kebetulan..

    Menang bermakna tun masih diterima....kalah tun mahatahir perlu bersiap undur seblm pru 15 kuburkan PH...

    Kenape tak ramai mp umno dan ahli umno mahu join Bersatu?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak lalok nih dah ketebiat nak mampos kerr - belum meninggal tapi pelik siang2 lagi dah ukir batu bersurat di nesannya.....??

      Sang Tikus 6:23 tak turut sama kerr.....??

      Delete
  3. What a sh_tty article.....oops no wonder....written by someone with iq
    of a carrot..😄

    ReplyDelete
  4. Seperti aku kata, urusan dunia MahAthir almost done..
    PM dua kali tanpa diduga..

    Yg pegang, tersungkur jadi OKT
    Yang rancang nak jadi PM, masih ketepi ke tengah..

    Yg lain, lagi jauh le perjalanan mereka.

    Kalau aDA yg hArap mahThir padam disember ini, simpaNlah impian karut itu..

    TAnjung Piai umno ke mca
    Itupun masih serabut

    ReplyDelete
  5. Ada fakta menarik dari tulisan lobakman...

    Tun Mahatahir gagal tarik mp dan ahli umno...Tun Mahatahir tak popular lagi...Tun gagal membawa malaysia dikagumi dunia...di PBB masa Tun berucap banyak kerusi kosong...

    Berbelanja 21 juta kesana kemari wang negara tapi tak ada pelabur yg mau datang ke malaysia....sia2.

    Tun hanye berjaya dapatkan pinjaman yen kali ke2 kerana jepun tahu ringgit sangat rapuh yg untungkan peminjam jepun...pinjaman pertama sudah untungkan jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun boleh haramkan umno kalau mahu, itu fakta yg perlu ambil tahu.
      Tun boleh menerajui umno semula sekali lagi jika mahu..
      Tun boleh tubuh kerajaan baru kalau mahu..
      Tun boleh juga bubArkan parlimen ..

      Soal tarik AP umno juga sebenarnya perkara enteng kalau mahu halalkan cara, tetapi politik bukan matematik...
      Politik lobakman sekadar langau yang mahu merosakan majlis..tanya dia, mana sumber ekonominya untuk hidup sekarang ini?
      SIAPA TAUKENYA UNTUK TULISAN DAN GERAKAN?
      Inilah politik cari makan..
      Yang semuanya mereka boleh kita beli kalau mahu dan mampu..

      Dont worry about Tun, kunci ada padanya, dia tahu di mana nak mula dan bila nak matikan..
      Di tAngannya juga ada screw driver..semua boleh di adjust..

      Situasi nAjib, zahid sebagai OKT, Anwar yang menanti, Azmin yang mencari peluang, LIM guan eng yang panas bontot siang malam kena taji, Hadi yang sudah datAng jumpa berkali kali, mat sabu yang DIKUNCI MULUT sebagai menteri pertahanan (tak boleh lagi cakap merapu) dan banyak lagi situasi lain yang menjadikan Tun cukup berkuasa tetapi bukAn power crazy.

      Tun cukup pengalaman untuk handle lanun dan negara..

      Delete
  6. What do you expect from a low IQ loser?

    His comments cannot beat an essay written by a primary 6 student on topic of STUPIDITY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kamu lebih tinggi IQ?...menang sepenggal tak perlu dibanggakan sangat...tak kemana pon...

      Delete
    2. Anon 4.49

      Sure...my IQ is far higher than the carrot man.

      I am apolitical. Winning one term or what have you is beyond me.

      THE FACT IS LOBAKMAN IS LOSING WHOLE TERM TILL KINGDOM COMES...

      Wallahuaklam

      Delete
    3. Setan penanggal Mak enon bergentayangan, tak sudah2 meracau sebab tak dapat terima kekalahan tuannya, BN (Borosmah Najib) pd PRU 14.

      He he he

      Delete
  7. Pengundi Tg Piai dahagakan perubahan, bukan janji kosong
    Mohamad Fadli - October 23, 2019 6:18 AM
    83
    Shares


    Papan tanda menunjukkan lokasi Taman Negara Tanjung Piai. Tanjung Piai akan menyaksikan pilihan raya kecil pada bulan depan.
    TANJUNG PIAI: Penduduk tempatan di kawasan Parlimen Tanjung Piai rata-rata menuntut satu perubahan besar dan bukannya janji-janji manis ketika berkempen semasa waktu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

    Sentimen penduduk berdasarkan tinjaun FMT rata-rata mereka terutamanya pengundi Melayu kecewa dengan kerajaan semasa berikutan janji-janji manifesto semasa pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan manakala kehidupan orang kampung dan nelayan pula semakin terhimpit.

    Seorang penduduk tempatan, Jofri Abdul Rahim yang bekerja sebagai nelayan berkata kehidupan kelompok sepertinya semakin pupus akibat tiada penyelesaian daripada pihak kerajaan terdahulu dan masa ini dalam membela nasib mereka.

    Jofri, 46

    ReplyDelete
  8. Di antara Tun Mahathir dan LObakMAN, siapa rasanya yang akan mati dulu?

    Jawapan John Doe kekal serupa iaitulah Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam dan demikian dia bukan sahaja akan kekal bernyawa dan sihat, bahkan juga akan kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika berlaku perubahan zaman daripada zaman fitnah (zaman mulkan jabbariyyan) kepada zaman baru (zaman khilafah manhaj nubuwwah).

    LObakMAN? Dia hanyalah salah seorang pendusta zaman fitnah dan demikian dia akan bersemadi di dalam zaman fitnah dan tidak akan melangkah ke zaman baru.

    Tulisannya di atas akan menghilangkan alasannya apabila dia tewas mutlak kelak.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. Tua bukan sebarang tua
    Allah yg pilih kali ke dua
    Panas miang Tun ketua
    Kini tuduh takde wibawa!

    Lobakman perasan bagus
    Semua tahu bodoh nak mampus
    Harap dedak sekali gus
    Meroyan sebab dedak dah pupus!

    Setahun jagung dalam politik
    Negarawan ulung dia nak jentik
    Sikit tak jejas walau setitik
    Masih berbisa setiap detik!

    Nak tahu lemah atau pun tidak
    langgarlah Tun secara mendadak
    Singapura dulu dilanggar todak
    Yang berakal si lemah budak!

    Inikan pulak Tun sendiri
    Diberi Allah penuh bistari
    Selamat atau nak bunuh diri
    Bring it on..and please hurry!

    Lobakman, you're nothing
    Terpahat sejarah Mahathir penting
    lobakman persis si katak bunting
    Atau kanak2 merengek puting..!

    ReplyDelete