Friday, October 18, 2019

MANDAT KEPADA PH TERBATAL APABILA DAP MENGKHIANATI RAKYAT DAN KEKAL RACIST

Membentuk sebuah kerajaan baru tanpa DAP sangat tepat dan disokong  100% MELAYU..


No vague answers please, DAP man tells Dr M over rumour: Charles Santiago says the prime minister should have sent a clear message that the PH government is here to stay.

7 comments:

  1. Parih ini sepatutnya lama dah dinyahkan daripada PH...Dasar bangang dan kurang hajar.

    ReplyDelete
  2. Wau, betul kata (sindiran) Tun dulu. Nak buat apa, nak cakap apa, kena tanya DAP dulu, particularly ask Santiago first. Kahkahkah meh ramai ramai buat petition sokong Santiago jadi PM dan minta Tun turun kahkahkah.

    Abang Non tak nak komen apa-apa ke? Pegang terus ler jawatan PM Menunggu tu kahkahkah.

    ReplyDelete
  3. Nak kerajaan melayu disokong tapi bukan madey PM....usaha oleh Hisham wa aw bukan kerana melayu tapi kerana nak elakkan pendakwaan rasuah...Madey pelindong rasuah...

    Kerajaan yg di bentuk kerana melindongi rasuah tidak beri faedah kpd melayu....

    ReplyDelete
  4. Yang membezakan Tun M dengan kebanyakan manusia yang lain termasuklah orang-orang yang ikhlas dan tahu berterima kasih ialah; Tun M adalah seorang yang memiliki hikmah dan demikian dia sentiasa diberikan 'ilham yang benar' untuk mengetahui apakah perkara betul yang perlu dilakukan di dalam setiap keadaan.

    Seorang ketua yang baik tidak akan meninggalkan pasukannya dengan sewenangnya dan bergabung pula dengan pasukan lawan yang telah tewas, sebaliknya akan cuba utilize pasukan itu berdasarkan kekuatan dan kelebihan masing-masing selain cuba neutralize unsur-unsur yang tidak patut yang berada di dalam pasukannya.

    Membuang DAP dan AMANAH daripada persekutuan PH tanpa alasan yang sah adalah satu perkara yang salah untuk dilakukan dan Tun M tidak akan melakukannya.

    Apatah lagi sekiranya itu bermakna Tun perlu bergabung dengan UmNo dan PAS untuk membentuk kerajaan. Itu lagilah tak betul, ia bukan sahaja satu pengkhianatan kepada demokrasi malah juga ia adalah ibarat mencampurkan kebenaran dengan kebathilan. UmNO sebagai 'kaum yang berpaling' dan PAS sebagai 'penunggang agama', kedua-duanya mestilah ditewaskan sama sekali dan bukannya diberikan nyawa untuk terus menyesatkan bangsa Mim daripada jalan yang benar.

    PPBM adalah 'Kaum yang didatangkan' dan merupakan benteng terakhir Melayu Muslim daripada kebathilan. Ia tidak boleh dan tidak akan bergabung dengan UmNo dan PAS yang bersifat bathil. Ia adalah jemaah tunggal yang menepati ciri 'Golongan Yang Menang', dan ia perlu kekal tidak bersekutu dengan 'Mereka Yang Tertewas' sebelum ia benar-benar muncul sebagai 'Golongan Yang Menang'.

    Tidak dinafikan bahawa di dalam DAP masih ada orang-orang yang kekal rasis. Bahkan bukan sahaja DAP, di dalam AMANAH, PKR dan malah PPBM sendiri masing-masing ada masalah dengan ahli mereka.

    Tindakan yang betul ialah melakukan 'neutralization' dan itulah yang Tun sedang lakukan. Tun sedang neutralize semua unsur-unsur yang tidak patut yang bukan sahaja berada di dalam PH, bahkan di luar PH, bahkan di seluruh negara, bahkan di seluruh umat dan seantero dunia.

    Adakah Tun M akan berjaya? Jawapan saya 100% dia akan berjaya, hanya sahaja dia perlu melalui proses yang diperlukan sebelum ia mencapai kejayaan itu.

    PH1 adalah salah satu jalan dan proses yang perlu dilalu untuk mencapai kejayaan mutlak di dalam perjuangan Tun M. Namun begitu PH1 tidak boleh menjadi golongan yang menang mutlak itu.

    Di dalam PH1 ada racist, ada LGBT, ada samseng dan macam-macam lagi. Kesemua ini adalah kejahatan yang diperlukan untuk mengalahkan kejahatan UmNo-BN yang jauh lebih besar.

    In shaa Allah Tun M akan berjaya mencapai apa yang diperjuangkannya melalui PH2. PH2 tidak memiliki ahli yang ramai. Termasuk Tun M, jumlah keseluruhan ahli pasukan hanyalah 314 jiwa dan 313 inilah yang akan membantu Tun M mencapai kejayaan mutlak di dalam perjuangannya.

    Tun M tidak boleh membuang AMANAH, PKR dan DAP daripada persekutuan PH tanpa hak. Bilakah hak itu akan wujud? Ia hanya akan wujud apabila mereka yang memilih untuk membuang Tun M dan PPBM daripada PH.

    Bang Non telah melemparkan umpan kepada DAP dan AMANAH dan nampaknya ada yang telah termakan umpan itu.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  5. (Sambungan)

    Nubuwwah telah mengkhabarkan bahawa selepas Pasukan Panji Hitam menang mutlak di negeri mereka di Timur, mereka akan menewaskan Semenanjung Tanah Arab dan Parsi dan kemudian mengibarkan panji-panji mereka di Ilya (Ilya bermaksud Baitulmaqdis).

    Pada hari ini ia bermaksud mereka akan meneutralkan Syi'ah, Wahhabi dan menamatkan penjajahan Israel ke atas bumi Palestin. Apakah kejayaan yang lebih besar daripada ini?

    Kepada semua pro-Tun yang ikhlas dan tahu berterima kasih, berlapang dadalah dengan tindakan-tindakan Tun M. Dia memiliki hikmah dan mengetahui apa yang perlu dilakukan di dalam setiap keadaan. Anda yang tidak memiliki hikmah itu, taat dan bertawakkallah, in shaa Allah yang benar itu tetap akan menang mutlak dan lebih istimewa lagi ialah pada ketika mereka mencapai kemenangan mutlak itu, pasukan-pasukan lain kesemuanya akan kehilangan alasan.

    Que sera sera; Tun M adalah Pembawa Panji Hitam dan masa akan membuktikannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

  6. Kerajaan tanpa DAP, Amanah sukar dilaksana, kata penganalisis
    Adam Abu Bakar - October 19, 2019 7:33 AM
    486
    Shares


    Penganalisis berkata, spekulasi meluas mengenai peralihan kerajaan tanpa melibatkan DAP dan Amanah akan memimbulkan krisis kepercayaan dalam kalangan pemimpin PH.
    PETALING JAYA: Penganalisis tidak yakin spekulasi peralihan kerajaan yang didakwa diusahakan ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan berjaya, sebaliknya melihat kemungkinan itu hampir mustahil berlaku.

    ReplyDelete