Tuesday, October 29, 2019

MENJELANG 2021 SEMUA ISU BESAR SELESAI.....GRAND MASTER DESIGN

Kes 1MDB selesai...  Halatuju Najib, Zahid dikenalpasti..mahkamah tentukan..
Tiada tangan ghaib atau sailang..

Peralihan kuasa PM..

Ekonomi kembali memacu..


Menjelang 2021 juga,  1001 kemungkin juga akan berlaku.. 


5 comments:

  1. Barang dihadapan masih blm jelas kelihatan....tidak boleh dipastikan....hanye ada harapan...

    ReplyDelete
  2. *Anwar mampu bina kerajaan kuat jika jadi PM: Prof Agus*

    Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
    6 hours ago

    *Melayu tak perlu risau kerana kedudukan sudah dijamin Perlembagaan*

    Oleh Athirah Huda Zalhe

    BANGI, 2 Rabiulawal 1441H, Rabu – Isu peralihan jawatan Perdana Menteri akan terus menjadi kontroversi serta polemik dalam kalangan rakyat serta pengikut politik selagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meletakkan garis masa yang jelas dan tepat untuk menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tanpa garis masa yang tepat, ia membuatkan rakyat terus berspekulasi mengenai bakal Perdana Menteri, sekali gus menjadikan politik negara terus panas dan tidak stabil.

    Katanya, tanpa garis masa yang jelas juga menyebabkan pelabur tidak yakin untuk melabur dan kesannya tiada peluang pekerjaan baharu untuk puluhan ribu anak muda yang sedang mencari kehidupan.

    Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat ketetapan bagi proses peralihan kuasa perdana menteri supaya isu
    berkenaan tidak lagi dipolitikkan.

    “Bila masanya yang sesuai untuk berlakunya peralihan kuasa ini, bincanglah dalam majlis Presiden PH.

    Yang pentingnya, buatlah ketetapan segera menentukan tarikh peralihan kuasa ini sama ada itu akan dilakukan ataupun Tun Dr Mahathir akan terus memegang jawatan sehingga tamat penggal ini.

    “Ini mustahak supaya negara boleh melangkah dan rakyat boleh berhenti berspekulasi dengan isu peralihan kuasa ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

    Mengulas siapakah calon pengganti Dr Mahathir jika peralihan kuasa berlaku dalam penggal ini, beliau menyatakan Anwar Ibrahim adalah individu yang sesuai.

    “Saya percaya Datuk Seri Anwar mampu melaksanakan reformasi institusi dan melonjakkan ekonomi negara. Saya yakin Anwar mampu membina kerajaan yang kuat,” katanya.


    https://www.google.com.my/amp/s/www.ismaweb.net/2019/10/30/anwar-mampu-bina-kerajaan-kuat-jika-jadi-pm-prof-agus/amp/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sangatkah Anwar ketika krisis Kewangan Asia 1997/98..?? Anwar selaku Finance Minister telah bersetuju untuk menerima pinjaman IMF, tapi di saat2 akhir dihalang oleh Tun M.

      Saya setuju tindakan Tun untuk tidak mengikuti formula IMF. Ikutkan IMF, jangan dibantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan. Biar mereka bankrap. Andaikata syarikat-syarikat ini bankrap, siapa akan bantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja? Bagaimana mereka hendak sara keluarga mereka? Ternyata formula IMF yang ‘one size fit all’ adalah formula menjahanamkan negara. Negara Indonesia pimpinan suharto dimalukan apabila dipaksa menandatangani perjanjian pinjaman IMF di hadapan ketua IMF Michael Camdesus. Akhirnya rakyat Indonesia memberontak kerana kepayahan yang mereka hadapi dan menggulingkan Presiden Suharto.

      Cara Tun tidak mahu mengikuti perscripsi IMF telah menyelamatkan syarikat-syarikat tempatan dari bankrap. Andaikata syarikat-syarikat ini bankrap, syarikat asinglah yang akan ambil alih syarikat-syarikat ini. Maka berlakulah penjajahan ekonomi oleh negara asing. Syukur alhamdulillah ini tidak berlaku.

      IMF adalah contoh jangan sangat dengar cakap orang putih. Hancur negara kalau Malaysia ikut kata IMF.

      Tun telah menyelamatkan negara di saat genting itu. Terima kasih Ayahanda Tun.

      Delete
  3. Sambongan

    Ditanya apakah pelantikan Anwar akan diterima rakyat, beliau mengakui ada kalangan orang Melayu tidak senang jika Presiden PKR itu menjadi perdana menteri kerana pandangan politik Melayunya yang tidak jelas, sikapnya yang dilihat liberal dan terlalu bertolak ansur dengan bukan Melayu.

    “Bagaimanapun, orang Melayu tidak perlu risau hal ini kerana kedudukan Melayu sudah dijamin dalam Perlembagaan.

    Janganlah setelah 62 tahun merdeka, kita masih lagi dikongkong dengan politik perkauman.

    “Malaysia memerlukan naratif politik baharu dan bagi saya Anwar adalah pemimpinnya yang mampu melonjakkan ekonomi negara, memartabatkan kesejahteraan rakyat, mengharmonikan hubungan kaum dan membawa negara ke hadapan,” katanya.

    Mengulas mengenai perubahan tampuk pemerintahan selepas PRU14, beliau mengakui gembira dengan ‘Malaysia Baru’, bahkan kerajaan sekarang komited membersihkan negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa, serta membuka ruang kebebasan lebih baik kepada rakyat.

    Bagaimanapun, setelah lebih setahun memerintah, tidak dapat dinafikan Kabinet PH masih lemah, terutamanya dari sudut polisi kerajaan, katanya.

    “Tidak banyak kementerian yang dapat memberikan polisi yang jelas tentang arah tuju mereka.

    “Terutama, dari sudut ekonomi, kerajaan patut memberikan penjelasan tentang senario sebenar dihadapi negara, bukan berterusan menyalahkan rejim lalu.

    Sekarang adalah masanya kerajaan bekerja keras mengatasi keresahan rakyat dan membuktikan ‘perut rakyat’ terjaga baik,” katanya.


    ReplyDelete
  4. SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK - BURUK PADAHNYA....!!

    Thatcher, Keating, Bush, Blair lagikan dibalun, inikan pula si cacing2 kerawit

    Tulisan2, kritikan2 terhadap Tun menggesa dan mendesak agar beliau diganti segera oleh Anwar saya anggap dah keterlaluan biadap. Kesabaran ada hadnya.

    Cuma persoalannya, apakah desakan berulang ini akan menyebabkan Tun marah selepas beliau sudah mengulang-ulang berkata peralihan kuasa akan berlaku selepas beliau puas hati dengan proses pemulihan negara, masih tak reti2 bahasa kerr, kenapa gopoh & gelojoh sangat, haaaa....??

    Berulang kali beliau katakan tidak akan duduk lama, cuma beliau perlu sikit masa lagi utk betulkan segala kesalahan2 yang dilakukan oleh Pantatbirah BN (Borosmah Najib.

    Semua tahu kecekalan & ketegasan Tun. Jgn buat beliau marah. Bila beliau marah, pasti sesuatu akan berlaku kerana beliau akan melaksana misinya dengan segigih hati.

    Tanyalah Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin, apa yang berlaku ketika Mahathir marah.

    Lihatlah apa yang terjadi pada Najib Razak apabila menimbulkan kemarahan Mahathir. PH menyaksikan bagaimana Dr Mahathir boleh membawa mereka ke Putrajaya ketika Anwar gagal berbuat demikian.

    Ingatlah juga nasib Anwar pada 1997 dan 1998. Apakah PH dan Anwar mahu mencuba nasib sekali lagi dengan Mahathir yang marah?

    Bak kata teman2 seperjuangan, BRING IT ON.....!!

    ReplyDelete