Friday, October 11, 2019

RAKYAT KELIRU DENGAN DRAMA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG..

Akan ramai rakyat yang sakit jiwa,  gila, murung, pelampau, fanatik, khawarij..

Tidak ada satu benda pun mereka tidak politik kan dan tidak ada satu benda pun yang mereka lakukan dengan ikhlas.

Mereka kerajaan yang menguruskan politik, bukan negara.

Pembangkang bukan justified kerajaan dan negara sebaliknya politik untuk melingkup kerajaan,  segerakan PRU sebab mahu berkuasa segera dan semula.


3 comments:

  1. Aku pernah Jumpa manusua mcm ni. Salah Satu Yg Aku ingat sgt. Aku sembang dgn Dia Pasal ulama penjual agama Dan nabi Takut dgn ulama mcm ni. Memula Dia cakap Aku tipu. Bila Aku Buka you tube tunjuk ceramah Pasal benda ni, dgn Muka selamba badak Dia cakap semua ulama tu Dah ikut mat sabu.... Sampai dia boleh kata hadis tu dicipta utk ulama dlm amanah. Aku diam malas nak cakap. Betul ceramah yg Aku pernah Dengar. Aku akan menang jika berhujah dgn org Yg berilmu, Tapi akan kalah dgn org Yg jahil... By the way mamat ni umno Piau ye. Bukan pas tau.

    ReplyDelete
  2. Setuju 100% dengan kandungan ceramah ini.

    Disebabkan fikrah khawarij inilah berlakunya peristiwa Memali. Mereka membunuh anggota keselamatan negara kerana percaya ia perkara yang betul untuk dilakukan.

    Apabila mereka dikepung oleh pasukan keselamatan dan diminta menyerah diri, mereka memutuskan untuk membuat provokasi dengan penuh kesedaran dan pengetahuan bahawa perbuatan mereka akan menyebabkan pasukan keselamatan 'bertindak' dan mereka akan terbunuh. Mereka memang mahu mati terbunuh di dalam peristiwa tersebut kerana benar-benar percaya bahawa sekiranya mereka mati menentang pasukan keselamatan kerajaan, mati mereka adalah mati syahid.

    Selepas satu generasi MAHAguru yang mengeluarkan amanat takfir itu kini telah bersekutu pula dengan jemaah yang ia pernah kafirkan dengan terang dulunya, di atas tema dusta 'Penyatuan Ummah'.

    Kedua-dua pihak tanpa rasa takut kepada kemurkaan Allah, kelihatan benar mahu menyapu segala kebobrokan amanat palsu ini ke bawah tikar kerana menyangka Allah telah lalai dan lupa akan apa-apa yang pernah mereka kerjakan.

    Syukurlah di dalam kejadian Memali tersebut, Tun MAHAthir sebagai PM-4 telah menang dan mereka ini telah tewas. Sekiranya Tun MAHAthir telah tewas di dalam kejadian tersebut, maka nyawa setiap anggota keselamatan negara ini akan dipandang tidak berharga dan boleh dibunuh sesuka hati di atas nama 'jihad fisabilillah'. Sekiranya ini berlaku, maka malapetaka akan menimpa agama, bangsa dan negara ini.

    Syukur juga Tun MAHAthir telah menang di dalam kesemua pertempurannya di medan PRU menentang pemimpin pasukan khawarij zaman fitnah ini, 3 serangkai yang menggelar diri mereka 'Kepimpinan Ulamak', yang memakai pakaian daripada biri-biri, dengan lidah yang sentiasa menyebut 'Allah dan Islam' tetapi memiliki hati-hati serigala yang rakus dengan nikmat dunia.

    Bayangkan sekiranya Tun M telah tewas menentang 3 serangkai ini dan pasukan mereka, maka golongan khawarij pewaris Abdul Rahman bin Muljam ini akan memegang kekuasaan pusat di negara ini, termasuklah kekuasaan ke atas pasukan keselamatan. Peristiwa pembunuhan seperti di Memali tidak lagi akan menjadi pemberontakan rakyat ke atas pemerintah sebaliknya akan menjadi penganiayaan pemerintah ke atas rakyat. Sekiranya ini berlaku, malapetaka akan menimpa agama, bangsa dan negara ini.

    Apabila Tun M menolak pelawaan Tok Mat untuk PPBM bergabung dengan UmNo dan PAS membentuk kerajaan, ia adalah satu keputusan yang betul.

    UmNo dan PAS kedua-duanya adalah jemaah bathil di kalangan bangsa Melayu. Satu adalah pengkhianat amanah daripada kaum yang berpaling dan satu lagi adalah khawarij takfiri penunggang agama zaman fitnah. Sekiranya mereka mahu bergabung, maka biarkan mereka. Mereka layak sesama mereka tetapi PPBM tidak sesekali boleh bergabung dengan jemaah bathil ini. Sekiranya PPBM bergabung dengan mereka, maka malapetaka akan menimpa agama kita, bangsa kita dan negara kita.

    Jangan disamakan dengan gabungan PAS dengan UMNO semasa zaman 70-an dahulunya kerana pada masa itu, amanat takfir Mahaguru belum wujud dan UMNO belum dikafirkan.

    Jangan disamakan juga UMNO zaman Onn Jaafar sehingga zaman Tun Abdullah, kerana pada masa tersebut UMNO adalah jemaah 'orang-orang yang beriman' (aamanuu), dan di bawah Najib, jemaah ini telah bertukar menjadi 'Kaum Yang Berpaling'. Seperti PAS selepas Amanat Mahaguru, UmNo selepas Najib juga telah menjadi jemaah yang bathil.

    Kita jalan terus bersama Tun M. Dengan izin Allah, kita akan menang mutlak menewaskan habis kedua-dua jemaah ini dan sekutu-sekutu mereka sekaligus meninggalkan sama sekali zaman fitnah yang membingungkan begitu ramai manusia pada ketika mereka tidak menyedarinya.

    Hanya satu Majlis Pertempuran bersama-sama 314 anak-anak bani Melayu yang berada di atas jalan yang benar, dan semua jemaah bathil itu akan tewas mutlak dan yang kabur itu menjadi terang.

    Segala rahsia akan terbongkar...
    Takkan dapat lagi berpura-pura...
    Kerana ia akan terjadi...
    Ia akan pasti tiba...

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Forum perdana rtm should invite him...

    ReplyDelete