Tuesday, October 29, 2019

NIAT YANG BAIK..


https://t.co/JDCQXXGOrh


7 comments:

  1. Tk disangka sunggoh MORNI dan IKHLAS nya hati madey ni . Sorang negarawayang yg sanggup mengaku kesilapan setelah kroni dan ank beranak kaya raya berstatus taikun jgk . Tk apa lah madey asal hang bahagia di dunia sampai akhirat . Dulu kami rakyat ni dalam samar ja , tp sekarang dh mengaku terbuka . Mungkin tidor malam hang terganggu dgn kerja buat yang dah terbabas tu , bila dh mengaku kurang lah sikit beban yg hang tanggong tu . So dh termengaku , bila pula hang nk minta maap kat najib yg hang fitnah selama ni .

    ReplyDelete
  2. Tolong taikun kroni kerana nak tolong negara kununnye....bisnes kecik dibiarkan melingkup...elaun kakitangan awam di potong...

    Proton saga dikurangkan harga tapi tanpa kerusi tanpa stering....kikikikik..

    ReplyDelete
  3. Kalau tak hilang 31 bilion main forex krisis ekonomi tak teruk sangat...

    Kerana tak mahu bail out kroni dan anak branak anwar difitnah dan dipenjarakan...

    Memang niat yg baik..

    ReplyDelete
  4. Saya telah beberapa kali menulis dan memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang yang diberikan hikmah dan dia sentiasa membuat perkara yang betul di dalam setiap keadaan.

    Di dalam kisah di atas pun ia bukanlah tentang Tun melakukan perkara yang salah dengan niat yang baik, tetapi Tun telah melakukan perkara yang betul di dalam situasi tersebut, tetapi telah diputarbelitkan oleh golongan pendusta dan dipercayai pula oleh golong bongok dan bingung.

    Mereka menuduh Tun mengkayakan kroni. Hakikatnya seperti yang pernah dijawab oleh Tun, seluruh rakyat Malaysia adalah kroninya dan apabila satu-satu dasar atau percaturan ekonominya berjaya seluruh negara mendapat rahmat dan limpah ruahnya. Di antara yang mendapat manfaat ini sudah tentulah hanya sedikit yang menjadi bilionaire, lebih sedikit daripada itu menjadi millionaire, ramai yang dapat menaikkan taraf ekonomi mereka walaupun tidak menjadi jutawan, dan ada juga yang bahkan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Pendek kata, masing-masing mendapat manfaat walaupun pada kadar yang berbeza.

    Zaman Tun sebagai PM-4 telah melahirkan ramai bilionaire baik yang berbangsa Melayu mahupun bukan, baik ia adalah anak Tun sendiri ataupun bukan.

    Bilionwan-billionwan ini sebenarnya telah membantu ekonomi negara bukan sahaja melalui cukai tetapi juga dengan membuka peluang-peluang pekerjaan bagi golongan pertengahan dan bawahan.

    Kerana kemakmuran inilah, negara kita menjadi tumpuan hampir jika bukan pun seluruh bangsa di dalam dunia. Pergilah sahaja ke KLCC dan kita akan melihat rupa-rupa seluruh bangsa yang wujud di dunia ini daripada kesemua 5 benua yang ada.

    Pendusta dan golongan bongok misalnya, mereka juga turut mendapat manfaat daripada projek-projek yang dilaksanakan oleh Tun tetapi disebabkan sikap tidak tahu berterima kasih dan dengki melihat rezeki orang lain melebihi rezeki mereka maka mereka pun membuat pelbagai tuduhan kronisme dan nepotisme ke atas Tun.

    Hakikatnya ialah seluruh negara adalah kroni Tun dan hakikat bahawa seluruh negara telah mendapat manfaat daripada projek-projek yang diilhamkan dan dibangunkan oleh Tun boleh dinilai daripada KDNK dan juga pendapat perkapita penduduk yang meningkat berkali-kali ganda di antara tempoh Tun mula menjadi PM-4 sehingga tempoh Tun melepaskan jawatannya menujukkan betapa kemakmuran ekonomi tersebut dirasai oleh semua termasuklah golongan.

    Perbuatan bailout dan menyelamatkan syarikat-syarikat besar yang kesesakan sementara bukan sahaja menjadi satu pelaburan yang mendatangkan keuntungan apabila syarikat-syarikat tersebut kemudian pulih dan membayar cukai, bahkan juga ia telah mengelakkan daripada huru hara ekonomi yang akan berlaku apabila syarikat-syarikat sedemikian terpaksa gulung tikar dan menyebabkan ribuan ataupun belasan ribu atau puluhan ribu orang kehilangan sumber pendapatan serentak. Huru hara ekonomi ini bahkan boleh meletuskan kekacauan di tengah masyarakat.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  5. (Sambungan)

    Pendusta seperti juga golongan bongok sombong tidak mampu memahami perkara-perkara sebegini. Apatah lagi sekiranya mereka ini mempunyai hasad dengki di dalam hati mereka yang tidak boleh melihat orang lain mendapat nikmat yang lebih daripada mereka dan kemudian mereka pun melakukan tohmahan.

    Saya sendiri misalnya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada jalan politik ataupun kontrak-kontrak kerajaan yang menjadikan saya kaya raya, bahkan saya tidak pernah dapat makan gaji dengan pihak kerajaan.

    Pun begitu saya tetap berterima kasih di atas segala usaha Tun memajukan negara ini kerana saya telah mendapat banyak manfaat dan nikmat daripada usaha-usaha ini walaupun secara tidak langsung. PLUS dan Jambatan Pulau Pinang adalah di antara projek-projek yang telah memberi manfaat yang besar kepada saya, walaupun untuk menggunakan keduanya saya perlu mengeluarkan bayaran. Users pay, so what?

    Menjadi kaya itu bukan sahaja tidak salah bahkan juga sangat digalakkan. Yang menjadi salah ialah melakukan jenayah untuk memperolehi kekayaan tersebut.

    Menyerahkan kepimpinan, dan jawatan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang mempunyai kemampuan juga tidak salah. Yang salah ialah menyerahkannya kepada yang tiada kemampuan at the expense of others.

    Nepotisme? Ada satu contoh yang baik yang tidak dapat disangkal yang ia memang nepotisme. Iaitulah menawarkan satu keadaan kepada seluruh negara di mana si suami menjadi Perdana Menteri dan isterinya pula menjadi Timbalan Perdana Menteri. Itu memang nepotisme walau apapun alasan yang diberikan.

    Jalan terus bersama Tun sehinggalah pendusta itu tewas habis kesemuanya dan golongan bongok itu tersedar daripada kebongokan mereka. Ia pasti akan berlaku, hanya masa yang memisahkan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Niat yg baik nak jana cukai
    Tak payah pinjam Bank Dunia
    Selamat negara dek guna akai
    Dengan rakyat takde aniaya!

    Insan besar yg sanggup mengaku
    Setiap manusia tidak sempurna
    Bukan billion masuk ke saku
    Jika rasuah,kenapa tak kena?

    Orang mengaku kesilapan kecil
    Yang tidak mengaku songlap billion
    Cash is king kini terkucil
    Berjuta ringgit dalam Pavillion!

    Tun bercakap cai pun heboh
    Terus saja dia menyerang
    Tak tahu menahu dia nak bubuh
    Sama spesis Lobakman memerang!

    Masuk penjara sabit kesalahan
    Bukti,saksi kenapa tak cabar
    Kini Tun dibuat tuduhan
    Penyokong Abam belajarlah sabar!

    Tun bersuara cai berdehem
    Terus hentam benci amat
    Jeles betul Tun PM
    Bring it on..siapa lumat?



    ReplyDelete