Monday, November 25, 2019

MALAYSIA SUDAH ADA CIRI CIRI HURUHARA

Ketidakstabilan ekonomi
Ketidakstabilan politik
Perpaduan yang koyak
Keinginan campurtangan kuasa asing

Semuanya sudah ada...

12 comments:

  1. Kibar bendera malaysia berbintang bucu limapun dah ada. Nafas dah makin sesak. Tu semua tanda² apa ye. Tanda bahawa negara kita Malaysia sudah semakin harmoni? Atau tiada apa tandapun, saja suka² rakyat nak ubah. Pihak berkuasa tak rasa perlu ada sebarang penguatkuasaan?

    ReplyDelete
  2. Ekonomi sudah tidak stabil sejak madey angkat sumpah...

    Perpaduan dikalangan PH pon tidak stabil lagi kerana ada yg mahukan madey mungkir janji serah kuasa...

    Dari segi politik masih stabil kerana ada yg sedang merepot sendiri...

    Campr tangan asing?...

    ReplyDelete
  3. Adakah tn kd bersetuju jika dikatakan bahawa ph telah gagal dalam melaksanakan amanah sebagai kerajaan bagi mensejahterakan rakyat?
    Adakah alasan bahawa ph baru menjadi kerajaan sesuai sebagai alasan untuk tidak perform?
    Adakah ekonomi Malaysia yang lebih pantas menjunam berbanding negara jiran adalah justifikasi bahawa kabinet Tun Mahathir memang tak tahu buat kerja?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    Kalau ada yang masih tak sedar samada yang berada dalam puncak kuasa @ petani di kampung², tak dapatlah nak cakap apa.

    Melayu bercakaran sesama melayu sudah tiada ukhwah sesama bangsanya dan agamanya. Kita kembali mengikut kaum2 terdahulu yang derhaka kpd Allah.

    Tuhan umat melayu sekarang duit duit duit reta reta reta kose kose kose. Pasai 3 benda ni tak habis² bergaduh dan berpecah belah.

    Eloklah direjam je negara ini supaya saki baki yang masih hidup, dapat mengolah sistem ini mengikut Hukum Kanun Melaka semasa pemerintahan sultan melayu melaka menggantikan perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Amin.....

    ReplyDelete
  5. Ya benar sdr KD,

    Kita sudah semakin menghampiri masanya apabila hura-hara klimaks zaman fitnah itu benar-benar berlaku di mana YDPA sendiri tiada pilihan lain selain mengisytiharkan darurat.

    Banyak punca kekacauan dan huru-hara itu dan salah satu sebabnya ialah bersekutunya pasukan-pasukan bathil di kalangan Bani Tamim (bangsa Melayu di Tanah Malaya/Malaysia) membentuk pasukan Al-Ahzab untuk menjatuhkan Pemuda Bani Tamim @ Pembawa Panji Hitam (Tun Mahathir) daripada kekuasaannya yang sah di Bandaraya Akhir Zaman (Putrajaya).

    Akibatnya akan berlakulah Perang Besar Akhir Zaman (Al-Malhamah Al-Kubra) di antara kebenaran melawan kebathilan bertempat di Putrajaya yang nama lamanya sebelum bergelar bandaraya ialah 'Prang Besar' yang bakal menyaksikan karamah tertutup Pembawa Panji Hitam terbongkar, dan pasukannya yang terdiri daripada 314 anak-anak Bani Tamim menang mutlak ke atas kesemua lawan-lawan mereka yang bersekutu. Kemenangan mutlak yang bakal ditandakan dengan munculnya panji-panji kemenangan mereka yang berwarna hitam di seluruh bumi Malaysia.

    PPBM sebagai 'Kaum Yang Didatangkan' akan muncul sebagai 'Golongan Yang Menang' pada hari tersebut. Pada hari ini jemaah PPBM ini telah pun wujud di semua negeri di dalam Persekutuan Malaysia dan ini akan membuka ruang selain memberi justifikasi untuk melihat panji-panji kemenangan mereka berkibar di seluruh negara.

    Pada hari itu kesemua para pendusta zaman fitnah dan tentera-tentera Dajjal bakal kehilangan alasan mereka dan kehabisan tempoh bersukaria mereka. Semua mereka bakal terkena checkmate serentak di tangan 314 anggota Pasukan Panji Hitam yang terdiri daripada anak-anak Bani Tamim yang telah bersama-sama Pemuda Tamim di dalam setiap pertempurannya sebelum itu. Kesemua pendusta ini akan melalui tempoh berputus asa mereka sebelum mereka tewas mutlak.

    Apabila karamah telah terbongkar maka yang benar itu akan menang mutlak, yang dusta itu akan tewas mutlak, yang gelap itu menjadi terang, dan yang bathil itu lenyap.

    Bukan sahaja Putrajaya di Malaysia yang akan merasai huru hara tersebut, bahkan ia juga akan dihadapi dan dirasai oleh bandar-bandar utama nubuwwah dan khilafah iaitulah Makkah, Madinah, Baitulmaqdis, Damsyik, Kufah, Samara, Baghdad, Kaherah dan Istanbul.

    Damsyik, Kufah, Samara dan Baghdad telah tumbang, dan sebagaimana Putrajaya di Malaysia, Kaherah juga kelihatan amat fragile kerana kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan mempunyai kekuatan yang seimbang. Tiada satu yang dilihat berupaya menang mutlak ke atas satu lagi.

    Bagaimana Istanbul akan jatuh akibat huru-hara itu saya masih tidak dapat jawapannya. Walaubagaimanapun nubuwwah dengan jelas menyebut tentang pembukaan Konstantinopel (nama lama Istanbul yang digunakan di dalam hadith-hadith baginda Rasulullah saw) yang kedua di akhir zaman, ketika berlakunya perubahan zaman daripada zaman fitnah ke zaman baru, maka sebelum ia dibuka semula ia mestilah tumbang terlebih dahulu.

    Bagaimana Baitulmaqdis akan menghadapi huru-haranya sudah jelas kelihatan hari ini, iaitulah tindakan Zionist Yahudi dan Zionist Nasrani yang mahu merampas bandar suci ini daripada Arab Palestin secara totok dan total, secara de facto dan de jure. Rampasan yang akan menyaksikan berlakunya huru hara di Baitulmaqdis.

    (Bersambung).

    ReplyDelete
  6. (Sambungan)

    Walaubagaimanapun huru-hara di Makkah dan Madinah, puncanya amat jelas kerana hadith tentangnya disebut dengan terang. Di antara dua bandaraya ini, Makkah yang akan menyaksikan huru-hara yang lebih besar kerana perebutan takhta di antara 3 waris-waris yang berhak akan berlaku apabila mereka berebut untuk melaksanakan tugas sebagai Penjaga Baitullah yang mulia. Perebutan takhta ini akan berlaku apabila matinya raja penjaga Baitullah (ia mungkin Raja Salman pada hari ini atau mungkin juga adiknya yang kini masih belum bergelar raja, dan hanya bergelar putera, Putera Ahmed bin Abdul Aziz Assaud), dan kematian ini akan diikuti oleh perebutan takhta di antara 3 orang putera di mana tiada seorang pun di antara mereka berjaya mendapatkan takhta tersebut.

    Jibby, Jahid, Ku Nan, Mat Isa dijangka akan disabitkan kesalahan pada 2020, dan mereka akan sanggup berbuat apa sahaja asal sahaja tidak dipenjarakan.

    Anwar, si bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan pula sudah memberi ultimatum secara tersirat, bahawa sekiranya pada Mei 2020 Tun tidak serahkan kerusi PM kepadanya, maka dia akan melakukan apa sahaja untuk pastikan Tun jatuh dan dia naik sebagai ganti.

    Mohamed Bin Salman, suspek perancang utama pembunuhan Adnan Kashogi, di atas kapasitinya sebagai Putera Mahkota Arab Saudi juga telah dengan jelas menyebut tentang cita-citanya untuk menjadikan Arab Saudi sebagai paksi dunia (mengikut acuan kaum kafirun) pada tahun 2020.

    Zionist Israel dan Zionist Amerika juga menjangka mereka akan berjaya merampas Baitulmaqdis secara total pada 2020.

    Walaupun kesemua kejahatan-kejahatan ini telah memilih 2020 sebagai tahun untuk mencapai matlamat mereka, mereka semua tidak perasan bahawa 30 tahun dahulu, seorang lelaki berhati suci dari Timur telah pun meletakkan 2020 sebagai tahun untuk ia mencapai satu wawasan yang penuh kebaikan bagi bangsanya, negaranya, agamanya dan kemanusiaan sejagat.

    Pada tahun 2019 lelaki itu bukan sahaja kembali berkuasa di negaranya, bahkan pada akhir tahun 2019 lelaki itu dijangka akan menjadi hos utama satu persidangan terbesar pemimpin utama kaum Muslimin di abad ini yang akan berlangsung di negaranya di Timur.

    Pada tahun 2020, sesuai dengan wawasannya, kebenaran akan benar-benar menang mutlak ke atas kebathilan dan zaman fitnah benar-benar akan ditinggalkan.

    Lelaki itulah si Pemuda Bani Tamim dengan singkatan nama dan gelarannya juga adalah Ta-Mim, Ta untuk Tun dan Mim untuk Mahathir. Dialah si Pembawa Panji Hitam dari Timur yang akan mengetuai pertabalan Khalifah Akhir Zaman di Baitullah yang mulia selepas ia dan pasukannya menang mutlak di negeri mereka di Timur.

    Zaman akan berubah, sedang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan tidak akan sempat menjadi PM di negaranya, dan dalang utama pembunuhan Adnan Kashogi juga tidak akan sempat menjadi raja di negaranya.

    Apabila Pasukan Panji Hitam itu menang mutlak di negeri mereka di Timur, maka yang akan mensyukuri kemenangan ini bukan sahaja kaum Muslimin di negara mereka yang telah diselamatkan daripada kebodohsombangan, dan kebingungan zaman fitnah, bahkan ia juga akan disyukuri dan diraikan oleh kaum Muslimin sejagat termasuklah di Makkah, Madinah, Baitulmaqdis, Damsyik, Kufah, Samara, Baghdah dan Istanbul.

    Munculnya panji-panji hitam di Timur sebagai tanda kemenangan mutlak kebenaran ke atas kebathilan yang bersekutu adalah satu khabar nubuwwah. Membencinya, mendustakannya atau memperolok-olokkan khabar tentangnya bukan sahaja tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku bahkan akan memberikan justifikasi mengapa ia perlu berlaku.

    Tidak perlu percaya apa-apa, memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum yg didatangkan??ada di seluruh malaysia..ya jawapannya..tapi hidup segan..mati tk mahu..baik ko pusing setiap cawangan yg di ujudkan..kira ahli pbbm..boleh buat mesyuarat tak..ki ki ki

      Delete
    2. #kebodohsombangan = kebodohsombongan

      #Baghdah = Baghdad.

      ----------

      Pak Yop, tidak perlu percaya apa-apa, memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah mengatakannya.

      Apabila ada yang respon kepada tulisan saya walaupun respon itu adalah di dalam mendustakan, memperolok-olokkan, bahkan juga mencerca dan melaknat, ia bukan sahaja tidak mendukacitakan saya sedikitpun bahkan saya merasa gembira dengannya kerana ia membuktikan bahawa ramai yang telah bersaksi bahawa saya telah mengatakannya.

      Apabila cukup 40 orang walaupun masing-masing adalah tanpa nama, yang bersaksi dengannya maka lengkaplah satu thaifah yang bersaksi bahawa saya telah mengatakannya.

      Supaya kelak tiada sesiapa yang dapat beralasan bahawa tiada sesiapa yang telah menasihati atau memberikan peringatan kepada mereka tentangnya kerana wujud thaifah yang telah bersaksi bahawa seroang hamba Allah yang memakai nama John Doe telah pun memberitahu tentangnya.

      Sekadar ulangan buat Pak Yop yang masih tidak memahami; Perang Besar Akhir Zaman tidak berlaku melalui peti undi ataupun di dalam Parlimen, sebaliknya ia bakal berlaku di Seri Perdana Putrajaya, dengan jumlah ahli-ahli Pasukan Panji Hitam adalah seramai 314 jiwa termasuk Tun Mahathir sendiri. Maka, jumlah cawangan PPBM ataupun jumlah ahli parlimen PPBM bukanlah penentu kemenangannya. Jumlah ahli-ahli PPBM pula sudah jauh melebihi 314 jiwa dan jumlah ini sahaja sudah memadai untuk PPBM menang mutlak pada hari tersebut.

      Tidak perlu percaya apa-apa, memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah mengatakannya.

      Que sera sera; W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  7. Semua pakat pakat baling batu sembunyi tangan Dan tuduh Tun termasuk satu dua blogger kepala hangin..

    Simple formula, pinjam sekejap sorok Anwar, Zahid,najib dan sekor dua dapig dalam gua...agak² aman Tak dunia.

    ReplyDelete
  8. Salam kluangman.

    MALAYSIA SUDAH ADA CIRI CIRI HURUHARA
    Ketidakstabilan ekonomi
    Ketidakstabilan politik
    Perpaduan yang koyak
    Keinginan campurtangan kuasa asing

    Nampaknya macam itulah, akan ada campurtangan kuasa asing. Dibawah adalah senarai negara negara yang telah guna dana punyai oleh rakyat kita sendiri yang diseleweng oleh mereka yang berpakat dan diketuai oleh bekas PM DSN dulu.

    Negara negara berkenaan tidak lagi memanfaatkan pinjaman dari dana tersebut kerana pemilik telah batalkan semua perjanjian berkaitan dengan pengurusan dan penggunaan dana tersebut. Bukan setakat tidak boleh guna dana malah negara negara berkenaan (termasuk Malaysia) dikehendaki semua pinjaman (trust) termasuk faedah dikembalikan. Itulah arahan dari pemilik akibat penyelewengan yang dilakukan. Kes berada diICJ.

    Diharap PM TUN sekarang dibukakan hatinya agar mohon pertolongan Allah untuk menyelesai/mengatasi masalah ini.

    Negara negara terlibat telah dimaklum bahawa pihak Malaysia menghalang penyerahan dana ini kepada pemilik. Selagi dana ini tidak serahkan selagi itu pemilik tidak akan membuat perjanjian baru. Itu lah sebab negara negara asing marah dengan Malaysia. Padahal Malaysia tidak dapat guna dana tersebut.

    Pautan ini ada kaitan:-

    http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-they-are-all-watching-you-malaysia/


    http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-malaysian-dead-man-walking-caper-part-2/


    Allahu 'aklam

    List negara negara yg guna account 1 di ubs :
    France ,Switzerland, Korea,
    Canada, Brazil, Norway,
    Bangladesh, Morocco, Belgium
    India, Romania, Kuwait,
    Colombia, Nepal, Germany,
    Malaysia, Hungary, Sudan,
    Zimbabwe, Usa, Sweden,
    Thailand, Venezula, Czech republic
    Vietnam, Uk, Jordan,
    Kenya, Austaralia, Greece,
    Chile, Ethiopia, Iceland,
    Malawi, Azerbaijan, Turkey,
    Mexico,Khazaztan, Luxembourg,
    Qatar, Brunei, China,
    Paraguay, Poland, Netherlands
    Solvenia, Tunisia, Argentina
    Ukraine, Denmark, Yemen
    Africa, Spain, Singapore
    Bulgaria, Portugal, Russia
    Sri lanka, Tango, Peru
    Negeria, Morocco, Combodia
    New Zealand, Lebanon, Arab Saudi
    Croatia, Philipines, Myanmar
    Timor leste, Algeria, Maldives
    Somalia, Egypt, Indonesia

    ReplyDelete
  9. Atok adalah PM yg paling hebat di dunia dlm hal menyebabkan pelabur asing enggan melabur di malaysia berbanding zmn "perompak".Ekeke

    ReplyDelete