Tuesday, November 26, 2019

SETAKAT MANA WAN AZIZAH BERFUNGSI...BACA TEKS PUN DAH MACAM ORANG MALAS....KENAPA TIDAK LEPASKAN JAWATAN JIKA SEKADAR MEMENUHI KUOTA POLITIK MAKAN GAJI BUTA.

Adalah lebih baik sukarela lepaskan jawatan dari menjadi seperti melukut di tepi gantang...

Urus negara ikut selera? Ikut emosi?

Agaknya kalau kerajaan tarik balik pendakwaan ke atas Najib dan Zahid apakah mereka masih ke ceruk rantau berceramah menegak benang yang basah kuyup?

Kalaulah menteri kewangan itu rafizi, yang lebih tiada pengalaman dari guan eng apakah negara sekarang sudah maju?

Kalau menteri pendidikan itu nurul, apakah hutang lapuk PTPTN itu sudah mansuh hari ini...

Kalau menteri ekonomi itu abdullah sani, apakah dia ada penyelesaian yang cukup hebat...

Semuanya ada kemungkinan sahaja tanpa fakta yg menyokong keberkesanan mereka.

JawatAn kabinet adalah sumbangan untuk negara, ANWAR enggan terima kecuali JawatAn PM, begitu sombongnya...

Dari awal sudah TUNJUK angkuhnya.

Rakyat tidak kenyang sekadar makan pidato hari²

15 comments:

  1. Wan azizah tknak letak jawatan..bersebab tu..
    Samaada tk mau anwar jadi tpm dan bermaharaja lela..ingat surat azizah pada atok..
    Atau yg di kejar tk dapat..yg di kendong berciciran

    ReplyDelete
  2. Bila madey offer jawstan menteri kpd anwarm...

    Lebih baik anwar tidak jadi menteri kerana ramai macai madey akan melaga2kan anwar dgn madey...

    ReplyDelete
  3. Anwar dilantik menteri kewangan dulu tanpa ada pengalaman pengurusan dan kelulusan kewangan...

    Ragizi ada 2 ijazah....brilliant...

    Jangan perkecilkan kebolehan orang...blm coba blm tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Non ambil alih jawatan Menteri Kewangan dpd DAIM Zainuddin ketika ekonomi Malaysia berada di paras paling baik. gdp masa tu 8-9% setiap tahun. Kesimpulannya: Kemampuan seseorang tidak patut dinilai semasa semuanya berada dalam keadaan baik. Kemampuan patut dinilai ketika seseorang menghadapi masalah. Bagaimna cerdiknya dia berusaha menyelesaikan masalah itu. Dalam kes Abam, masalah yg terpaksa dihadapinya ialah, kegawatan ekonomi Malaysia 1997, akibat serangan penyangak matawang. Orang yang menyelesaikan masalh ini, bukan Abam tapi Tun Mahadir dgn memperkenalkan Capital Control. Dgn kejayaan Capital Control, IMF tidak lagi mendesak negara-negara yg menerima bantuannya, menaikkan interest rate bank. Tekanannya menjadi lebih flexsible menyebabkan ekonomi dunia dapat dipulihkan cepat. Korea dan Malaysia mengambil keputusan "bail out" syarikat-syarikat besar yg menghadapi muflis. Dapatlah syarikat-syarkat it membangun semula. Kalau tak, samada tutup kedai atau diambilalih oleh syarikay-syarikat multi-Nasional Amerika.

      Dengan ini, semua orang tak nampak rekod cemerlang Abam dalam penyelesaian masalah utk melayakkan dia jadi PM. Rekodnya sekedar membangkitkan semangat refobasi menentang kerajaan. Rasanya, tak salah beri dia peluang. Cuma, dia wajar membersihkan diri daripada perangkap Ahlong. Orang takut, keluar mulut rimau masuk mulut buaya!!!

      Delete
  4. Penjawat TPM tidak boleh tunjukkan kehebatan seperti PM...bahaya kpd PM...

    ReplyDelete
  5. Mngapa Tol Gombak Perlu Segera Dihapuskan?


    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mencadangkan pihak kerajaan supaya menghapuskan segera Plaza Tol Gombak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku pada musim perayaan dan hujung minggu.
    Menurutnya, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak telah di buka pada tahun 1977 merupakan antara lebuh raya bertol terawal di Malaysia yang kini berusia hampir 50 tahun.
    Oleh itu saya mencadangkan Tol Gombak dihapuskan segera selaras dengan Menifesto PH. Selain itu tol ini sudah hampir 50 tahun usianya. Saya yakin, syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan yang berlipat ganda.
    “Di masa yang sama tol ini tidak lagi releven kerana ia bukan mengurangkan kesesakan malah ia merupakan punca kepada kesesakan.
    “Seperti yang kita fahami, antara tujuan pembinaan lebuh raya ialah untuk mempercepatkan perjalanan, tapi jika tol menjadi punca kesesakan ia perlu di hapuskan segera,” katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Perbekalan 2020 Kementerian Kerja Raya, di sidang Dewan Rakyat malam tadi.

    ReplyDelete
  6. Masa Aku makan gaji dulu, selalu jugak Jumpa masaalah yg tak pernah Jumpa. Contoh paling Aku ingat. Lori hilang power. Turbo taK hidup, Volvo FL10. Model lame la skang ni, Dah buat mcm2. Hantar kedai wireing, Dia hantar balik, taK boleh buat katanya. Last bos Aku cakap, kita hantar Volvo shah alam. Call je, diaorg cakap, nak Cek je Dah $7000. Belum masuk upah Tukar part. Belum benda lain lagi. Ade Satu pomen India. Perancis name dia(mendiang). Dia kata kat aku jom kita cek lagi sekali. Dia Suruh Aku bukak inlet moniful, Dia korek habis cover tu keluar, gam tu punya kuat, sampai Aku kena bakar dgn api utk leraikan. Aku tgk Dia gam balik semua, semua tegur, ko buang gam Ori tu Krnape. Gam tu biasenye. Lori dah reput, gam tu Masih kuat lagi. Takpe, kita try dulu, cakap mendiang, kita Dah buat mcm2. Lori tu pun Dah 3 4 bulan dlm bengkel, Bila pasang balik. Aku dgn Dia jugak Yg test. Kat h, way west port. Balik mengigit aku Sebab kami nak Terbabas Pasal rasa mcm Pakai twin turbo. Terus OK Dan kami dpt pengalaman baru. Tu Cuma cerita lama je. Point Dia, kita test dulu, Kata mendiang, kerana Ayat tu jugak la BN rakyat boleh buang lepas 60 tahun. Aoe keputusan pun kalau anwar silap buat, rakyat Tetap akan hukum Dia. Tun dulu Bukan Tun Yg sekarang. Mungkin aura tu Dah Kurang kerana usia. Mane tau keadaan akan Lebih baik jika ade benda baru berlaku Kat politik Malaysia. Rakyat berani buang sekali, rakyat akan berani buang akan dtg. Otak org sekarang Bukan mcm zaman Pak kadok, Kecuali macai walaun je la. Tu otak Dah cair. TaK bleh nak tolong...

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan sdr KD bahawa Dr Wawi kelihatan ibarat memenuhi kuota sahaja tanpa kemampuan sebagai seorang menteri apatah lagi sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri.

    Walaubagaimanapun di dalam keadaan tertentu, tidak semua perkara yang kita boleh dapat adalah yang terbaik. Kadang-kadang kita perlu berpuas hati dengan apa yang ada sebab alternatif lain selain itu adalah jauh lebih buruk.

    Wawi bukanlah pilihan yang baik sebagai TPM, tetapi Wawi adalah pilihan yang terbaik yang ada pada Tun sebagai timbalan kepada Tun.

    Walaupun tiada kemahiran dan semangat bekerja, dan telah tercampak ke kancah politik akibat percaturan di antara suaminya dan Tun M, Wawi adalah pilihan TPM yang terbaik bagi Tun M.

    Dengan adanya Wawi sebagai TPM, suhu politik tidak mencanak. Keresahan rakyat terutama penyokong Bang Non dan juga penyokong PKR adalah terkawal kerana Wawi dilihat sebagai wakil Bang Non dan wakil PKR di dalam kerajaan PH pimpinan Tun.

    Bahkan dengan percaturan bijak Tun inilah kita melihat di dalam PKR sendiri golongan yang mahu Tun M kekal sebagai PM adalah seimbang kalau pun tidak lebih ramai daripada golongan yang mahukan Bang Non segera mengambil alih. Mengambil kira PKR adalah lanjutan kepada gerakan reformasi yang mana matlamat utama penubuhan mereka ialah untuk menjatuhkan Tun sebagai PM dan menaikkan Bang Non sebagai ganti, situasi terbalik kuang ini amatlah luar biasa sekali. Ia ibarat peperangan Mu'tah yang menyaksikan 3 ribu tentera Muslimin pimpinan 'Jeneral Perang Yang Tidak Pernah Tewas' menewaskan 200 ribu tentera Byzantin.

    Alternatif kepada Wawi sbg TPM selepas PRU14 yang lepas ialah kekacauan politik. Menidakkan Wawi sebagai TPM adalah ibarat menidakkan Tun sebagai PM sedangkan inilah gandingannya yang telah dijanjikan kepada rakyat apabila kejahatan yang lebih besar iaitulah BN mahu ditumbangkan.

    Alternatif tunggal kepada Wawi sebagai TPM pada hari ini pula ialah suaminya sendiri, dan ia bakal menjadi kejahatan dan kekacauan yang lebih besar sekiranya Bang Non yang menjadi TPM.

    Walaubagaimanapun itu tidak mengapa kerana Bang Non sendiri telah mengulang-ulang kata-kata bahawa di tidak mahu berada di dalam kabinet Tun M yang bermaksud dia tidak mahu juga menjadi TPM di bawah Tun. Apa yang dia mahukan ialah untuk dia mengambil alih kerusi PM terus daripada Tun.

    Baguslah, dengan Bang Non duduk di luar kabinet, pentadbiran Tun kurang satu gangguan dalaman.

    Walau siapapun TPM kerajaan PH, walau siapapun yang menjadi menteri di dalam kerajaan PH, kerajaan ini kekal stabil dan pentabiran negara kekal terkawal kerana Tun adalah PM.

    PM Malaysia bukan seorang penyamun tersohor. PM Malaysia bukan seorang peliwat yang telah disabitkan. PM Malaysia bukan seorang penunggang agama yang mencari kemewahan dunia dengan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

    Bahkan PM Malaysia adalah pemimpin dunia paling dihormati di dunia pada hari ini, baik ia adalah dunia kaum Muslimin, dunia negara-negara berkecuali mahupun dunia negara-negara Timur.

    Hanya sepurnama sahaja lagi PM Malaysia akan menjadi hos di dalam perhimpunan terbesar pemimpin-pemimpin dunia Islam semenjak tamatnya zaman khilafah selepas sahaja kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah hampir satu abad yang lampau.

    Sekiranya PM Malaysia adalah seorang penyamun, peliwat ataupun penunggang agama, jangan haraplah dunia Islam akan bersetuju menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah perhimpunan yang amat berprestij ini.

    Segala cabaran akan dihadapi apabila masanya tiba. Pada hari ini, ketika cabaran itu masih kekal sebagai cabaran yang gagal menjatuhkan Tun, mari kita sama-sama nikmati penghormatan besar kepada negara kita dan bangsa kita yang bakal menjadi tuan rumah perhimpunan sekalian pemimpin utama umat Muslimin seantero dunia.

    Ia juga adalah satu event yang amat penting di dalam dunia dan kalendar kaum Muslimin seantero dunia sebelum panji-panji hitam muncul di Timur, langsung diikuti oleh tertegaknya khilafah kedua selepas hampir satu abad zaman fitnah itu berlangsung.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL Summit 2.0. Benar, ianya sudah jadi agenda negara dan serantau bilamana para pembesar negara dari luar seperti Erodgan, Imran Khan, Emir Qatar, Jokowi dan mamanda Menteri dari kalangan kabinet negara yang terlibat menjadikan forum ini satu forum yang lebih berprestij dan lebih penting punya pelan tindakan yang jelas.

      Bukan itu saja, Tun Mahathir sebenarnya menzahirkan strategi “Middlepowermanship” buat Malaysia seperti mana beliau telah amalkan 22 tahun dulu - penerusan kepada legasi kenegaraan semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak.

      Sebab itulah kita harus tabik kepada YAB Tun Mahathir kerana menghantar YB Menteri Luar kita untuk menjemput salah satu “P5” dan Kuasa Veto iaitu Presiden Putin dari Russia untuk bersama-sama dengan kita dalam KL Summit ini. Sesungguhnya Russia bukan asing dalam pakatan dunia Islam yang progresif kerana di OIC X, Putin sendiri hadir selaku pemerhati dan diberi kesempatan untuk berucap oleh YAB Tun Mahathir dahulu pada 2003.

      Tatkala Orde Dunia Liberal sedang retak, Malaysia sedang mengorak langkah dengan menganyam rupa baru “sub-sistem” dan “multilateral” orde Dunia Islam.

      Siapa yang mampu, mengetuk pintu Moscow kalau bukan Tun Mahathir? Siapa yang mampu mengenali Neo-Ahzab kalau bukan Tun Mahathir?

      KL Summit 2019 adalah wadah baru agenda keumatan yang mana Malaysia menjadi salah satu pemimimpinnya bersama-sama Turki, Pakistan, Qatar, dan Indonesia. Mungkin hadith Nabi sallallahu ‘alayhi wassalam yang Islam akan bangkit dari Timur, dari Alam Melayu itu sedang berkumandang.

      Delete
    2. Sdr f_mie,

      Terima kasih di atas respon. Perkongsian saudara itu bukan sahaja bukti Tun adalah pemimpin ulung dunia Islam yang mampu mengumpulkan pemimpin-pemimpin besar dunia Islam bahkan juga seorang pemimpin kuasa besar dunia yang menjadi pengimbang kuasa blok Amerika.

      Setuju bahawa khabar-khabar nubuwwah akhir zaman banyak menceritakan tentang kebangkitan Islam di Timur, dan lebih khusus lagi nubuwwah juga menyebut secara khusus tentang pelopor kebangkitan ini yang bergelar 'Pembawa Panji Hitam Dari Timur' dengan kod namanya 'Shuaib bin Soleh At-Tamimi'.

      Kisah sdr itu adalah berkenaan kebangkitan dunia Islam dan pengiktirafan dunia Islam ke atas Tun dan kisah berikut pula adalah berkenaan pengiktirafan dunia Timur ke atas Tun. Kisah ini menunjukkan betapa Tun diiktiraf sebagai pemimpin ulung oleh negara maju di Timur, Korea Selatan.

      Sekiranya PM Malaysia adalah seorang penyamun, ataupun seorang peliwat, ataupun seorang penunggang agama, maka jangan haraplah penghormatan dan pengiktirafan sebegini akan diberikan. Bahkan sebaliknya negara ini akan menjadi bahan lelucon negara-negara lain di dunia.

      Pembenci-pembenci Tun di dalam BN mahupun di dalam PH, silakan terus meroyan. Kalian takkan mampu menang ke atas Tun.

      --------------------
      Seoul sambut Dr Mahathir dengan 'Standing in the Eyes of the World'

      SEOUL: Seoul memberi sambutan rasmi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba di Pangkalan Udara Seoul hari ini dengan lagu popular ‘Standing in the Eyes of the World’.

      Lagu berkenaan, yang sinonim dengan Perdana Menteri Malaysia itu selepas Sukan Komanwel 1998, dipersembah oleh pasukan pancaragam dan kumpulan persembahan Tentera Korea Selatan.

      Pesawat khas membawa Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mendarat di pangkalan udara berkenaan pada 1.30 tengah Rabu waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

      Hadir untuk menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Kesihatan dan Kebajikan Korea, Park Neung-hoo; Duta Korea Selatan di Malaysia, Lee Chi-beom; dan Jeneral Hal Ehwal Protokol, Komander Bae Soon-wook daripada 15th Special Missions Wing.

      Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Duta Malaysia di Korea Datuk Mohd Ashri Muda, dan Atase Pertahanan Malaysia di Seoul, Kolonel Mohd Sobirin Mohd Yusof.

      Sejurus selepas ketibaan, Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormatan selepas lagu kebangsaan Malaysia dan Korea Selatan diperdengarkan.

      Ini lawatan rasmi pertama beliau ke Korea Selatan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei 2018.

      Semasa lawatan itu, Dr Mahathir akan mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

      Ini susulan kepada perbincangan kedua-dua pemimpin itu di Kuala Lumpur semasa lawatan negara Moon ke Malaysia dari 12 hingga 14 Mac 2019.

      Esok kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan majlis memeterai empat memorandum persefahaman (MOU) dalam teknologi maklumat dan komunikasi; kerajaan digital; penjagaan kesihatan dan sains perubatan serta pengurusan air dan pembetungan.

      Selain menghadiri program rasmi, perdana menteri juga dijadual mengambil bahagian dalam mesyuarat perniagaan meja bulat bersama peneraju industri Korea Selatan dan menerima kunjungan hormat daripada presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Daewoo Engineering and Construction Co. Ltd.

      Dr Mahathir akan turut mengambil peluang bertemu dengan diaspora Malaysia di Seoul.

      Perdana Menteri dan Dr Siti Hasmah dijangka kembali ke Malaysia esok. – BERNAMA

      Delete
  8. Patutlah banyak blog pakat tulis tajuk, "MALAYSIA DI AMBANG RECESSION!!!....". Hahaha...seram sejuk, membacanya, seolah-olah, esok sudah tiada lagi bagi Malaysia di bawah Kerajaan Harapan. Elok cepat-cepat tukar Kerajaan, kembali kpd kerajaan BN supaya semua orang bebas menyonglap duit. Boleh tukar kereta, beli hanbag mewah, beli bangloo, melancong serata dunia, bershopping sakan dan kawen 3-4!!! Bila dah tak bebas merawah di bawah Kerajaan Harapan, semua pakat menjerit... MALAYSIA DI AMBANG RECESSION!!!!

    ReplyDelete
  9. Saya memang dah lama dah menyampah tengok Wan Azizah ni...Tak sesuai langsung jadi menteri apatah lagi jadi TPM.Dah elok benar dah kalau nak letak jawatan pun.Berilah kepada mereka yang layak,ramai lagi hak tak dak kerja tu....Ngaji tinggi2....Asal jangan Anwar dah lah.

    ReplyDelete
  10. Cerita ANWAR hebat jadi menteri ekonomi/kewangan di era MahAthir / daim dah malas aku nak ulas takut pemujanya kecik hati...


    Kikikiki
    Lantak kau lah labuuuuuu

    ReplyDelete
  11. I think the best choice to replace tun is rafidah aziz....I don't see any PM material at the moment....

    ReplyDelete
  12. Wawi mmg layak duduk di kerusi tpm era pm7..kalu pm lain..mmg tk layak..

    ReplyDelete