Wednesday, November 6, 2019

TEWAS SEBELUM KALAH...


3 comments:

  1. Memang dahsyat penangan klepto
    Billion ringgit masuk ke poket
    Mereka rancang Allah mengatur
    Sudah tewas parti terjongkit!

    Melayu khianat dikenalpasti
    Mereka kini menunggu hari
    Bangsa Melayu mereka khianati
    Kita semua kena sedar diri..

    Terima kasih Tun, Klepto tewas
    Musuh dulu menjadi kawan
    Namun ramai merasa was was
    Kawan sedang menjadi lawan!

    Di mana ceruk serata kampung
    Orang Melayu terasa meluat
    Rama2 Roket keluar kepompong
    Hati Melayu sakit dibuat!

    Sejak dulu hingga sekarang
    Roket ini takkan berubah
    13 Mei terbangnya parang
    Rupanya demam masih tak kebah!

    Pelbagai cara mereka laksana
    Konon kuasa sudah ditangan
    Seolah2 mereka Perdana
    Dengan Melayu nak singsing lengan!

    Melayu Klepto telah tersingkir
    Jasa Tun tetap dikenang
    Namun Melayu kini berfikir
    Hati mereka tidaklah senang..

    Tun bijak serta berjasa
    Hero Melayu satu ketika
    Agar dapat dikenang sentiasa
    Melayu kecamuk Roket suka!


    ReplyDelete
  2. Dah tahu akan kalah...memang semua dah tahu prk BN menang tak boleh buat ape2...

    Tapi kalo lebih 20 prk PH kalah tun madey boleh lingkop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANNOUNCEMENT- PENGUMUMAN.....!!

      LTTE: Peguam Negara jelas sebab dua pertuduhan ADUN DAP dibatalkan.

      7 November 2019
      SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menjelaskan keputusan pendakwaan menggugurkan dua pertuduhan tambahan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

      Menurutnya, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran sudah pun berdepan pertuduhan yang serupa, yang jika disabit bersalah boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

      "Jadi tiada keperluan untuk berlebih-lebihan. Maka dakwaan bahawa semua pertuduhan terhadap Gunasekaran digugurkan adalah satu pembohongan.

      "Bagaimanapun tiada yang menghalang kita untuk mendakwanya lagi pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan dipetik dari sebuah portal hari ini.
      -------------------------------------------------------------------

      BN-UMNO melalui Ketua Bangangnya, si Jahit Komidi tak sempat2 terus membabi buta menyerang melulu Kerajaan PH & AG TommyThomas bila dapat berita pembatalan mahkamah terhadap pendakwaan LTTE melibatkan 2 wakil rakyat DAP.

      Awal2 lagi dah saya nyatakan dalam posting saya @ 18:57 pd 6/11....

      "Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ketika membuat keputusan itu berkata permohonan dikemukakan kesemua pemohon kini bersifat akademik dan tidak relevan kerana mereka telah dituduh di mahkamah". Ini bertujuan untuk mengelakkan kecelaruan & pertindihan/overlapping.

      Macai2 "Dolat Terpendam-pendam Ntah aper2" seperti Mr J, prof nasi lemak & sang Tikus AnonyMOUSE Kejora pulak bertubi-tubi ambil kesempatan buat cerita2 karut tanpa memahami proses perundangan. J lagi teruk, ditohmahnya saya berauta tanpa fakta.

      Nah, sekarang siapa yg auta, yer.....??

      Speaking Without Fear And Favour
      Othman Ahmad
      Ex Industrial Court Panel Member

      Delete