Wednesday, December 18, 2019

ANTARA YANG MENARIK: TUN SENYUM


Terkini: Shafee samada temberang atau dia  ditemberang oleh  sumbernya..
JABATAN PENJARA MENAFIKAN AZILAH ADA JUMPA VVIP DI LUAR PENJARA..

1. Najib kata: political assassination
Orang suci macam najib macamana boleh terjebak masuk politik? Rasa simpati..

2. Shafee kata azilah ada jumpa VVIP pada Februari? So what?
Adakah sama maksudnya peristiwa saiful jumpa najib  sebelum dia buat report polis diliwat Anwar?

3. Najib nak buat sumpah laknat di mesjid kg baru selepas solat jumaat..
Buatlah dengan lengkap dan sempurna pada setiap perkataan dan ayat menafikan setiap perkataan dan ayat SD Azilah.

4. Tun senyum bila diaju soalan oleh wartawan adakah dia ada jumpa Azilah...
# MUSUH sedang tunggu Tun salah jawab kikikiki

5. Soalan netizen: Setakat mana keterbolehan SAUDAGAR emas SEBUAH kedai di lorong sunyi  untuk mengurus  SEBUAH negara dan ISU² dunia ..
APA kredibilitinya untuk pemimpin² dunia menjemput dan mendengar ucaptamanya..





19 comments:

  1. Setiap pemimpin ada keterbolehan, karisma dan krebiliti...
    Anwar, paklah, najib sejauh mana pun kita kurang bersetuju dengan mereka tetapi kena akur ada sisi istimewa pada mereka dalam soal kepimpinan. ...

    Tetapi apabila penjual batu jade tepi jalan cakap over, memang menjijikan.

    ReplyDelete
  2. Najib pernah buat sumpah laknat di TUJUH buah mesjid pada tahun 2006, menafikan dia kenal Altuntia. Dia tak sedarkah kesan akibat mempermainkan Allah melalui sumpahan itu, ke atas dirinya..?
    Tengok, apa jadi pada dirinya sekarang. Betul-betul jatuh tersungkur. Hilang segala-galanya.
    Nak buat sumpah laknat lagi...?
    Tak payahlah. Sumpahanya tak boleh pakai. Berkali-kali dia kata TAK KENAL J.H LOW tapi di mahkamah, dia tuduh J.H Low menipunya!!!

    Jadi, tak perlu Sumpah Laknat lagi. Lebih baik dia buat ujian poligraf di pejabat polis Bukit Aman kalau dia benar-benar tidak bersalah. Berani kerana benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib sumpah tak kenal Tonya tak ada kesan ape2 pon...

      Kalau dia sumpah tak bunuh Tonya baru ada kesan...

      Masa kes pembunuhan Tonya Tun senyap aje walo perbicaraan tak telus...

      Delete
    2. Hihihihi

      Sejak semenjak BSP kena telanjang bogel, langsung tak muncul2, kenapa yer Tikus AnonyMOUSE 6:00, hmmmm....??

      Boleh beri pencerahan sikit.....??

      He he he he

      Delete
    3. anwar jew selamat.tk mau buat sumpah laknat..jadi pm tepi lagi..ki ki ki

      Delete
  3. Macammana najib bersalah pun tetap geng2 suharli masrop mengagung-agung kan dia.kesian kat depa.

    ReplyDelete
  4. Tun senyum dividen ASB dan ASN merudum...paling teruk dlm sejarah...
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan dgn dividen ASB, saya dimaklumkan oleh akaun esekutif PNB yg dilantik sebagai penasihat kewangan saya pada awal tahun ini, mungkin dividen tahun ini jauh lebih rendah kerana kuntungan PNB merosot. Bahkan katanya, sejak BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI, dividen telah diambil dpd wang simpanan emergency PNB bukan dari keuntungan perniagaan PNB. Maknanya, menjelang tahun 2019, simpanan emergency PNB semakin kering, digunakan utk membayar dividen 7.25%. Jadi, saya bersyukur dapat dividen 5.5%. Apa guna bayar dividen tinggi kalau diambil daripada simpanan pendeposit sebagaimana yg dibuat di Tabung Haji. Lama-lama duit kering kontang. Jadilah kita macam yg berlaku di Greece.

      Delete
  5. Masa perbicaraan pembunuhan Tonya semua penyokong Tun dan Tun diam membisu...kerana masih sokong umno...

    Sekarang baru nak melalak...

    ReplyDelete
  6. Perbicaraan ini berlaku tahun 2007. Tun Mahadir hanya rakyat biasa mavsm kita. Kita bising, ada siapa nak dengar....???

    ReplyDelete
  7. Yang melalak itu, KAMU....Tun terlalu sibuk dgn Dialog Negara Islam.

    ReplyDelete
  8. Berani bermain dengan sumpah
    asal jawatan terus disandang
    dari manusia dah jadi terompah
    Mat Over pun kini tak sudi pandang!

    Sumpah dia hanya nak cover
    betul tak betul..peduli apa
    main redah macam landrover
    langgar pokok terhempap kelapa!

    Cakap berbelit siapa percaya
    kerap bohong sekarang kena
    yang percaya..memerang,buaya
    Badak pun ghaib entah ke mana..

    Dalam kotak ada kasut
    kasut buruk letak di kaki
    otak Anney bertambah kusut
    dengan Mahathir Anney nak dengki?

    Dalam kotak ada kiwi
    kiwi hitam Anney dah guna
    benci sangat AP Langkawi
    tembak hajat sudah tak kena?

    Anney siapa..kutuk negarawan
    apa jasa apa sumbangan
    kedai tak laku tumbuh cendawan
    hanya taik sebesar lengan!

    Setakat ITM tujuh puluhan
    semua itu sumbangan Mahathir
    Anney berlagak genius pilihan
    serba tahu..tetapi pandir!

    Salah orang Anney nak balun
    Tun PM..Anney nobody
    PRU 15 jadilah calon
    kita tengok berapa undi!






    ReplyDelete
  9. Kahkahkah!!!.....
    JELAPANG kata, alang-alang Najib nak bersumpah, elok buat sumpah LUMP-SUM....sumpah duit 1mdb & src International.Sumpah terima rasuah bond dari mat saleh Goldman & sca yg tengah kecoh di NewYork skrg, sumpah terima derma raja arab, sumpah tak tahu pasal duit dalam akaum Ammb. Sumpah signiture pelesu dan macam-macam sumpah lagi. Buat LUMP SUM, senang. Tak payah asik nak bersumpah je.

    ReplyDelete
  10. Memang betul wahai Cikminah
    sumpah Lum Sum lawankan 'fitnah'
    sekali buat tak banyak kerenah
    berbohong nanti jadi jin tanah!

    Ada yang kata Tun membisu
    masa pembunuhan tak jadi isu
    komen bingung mengikut nafsu
    akal hanya sehelai tissue!

    Tun persoal siapa yang arah
    bukan senyap..hatinya marah
    tak pernah jadi dalam sejarah
    ada yang mati berlumur darah!



    ReplyDelete
  11. Bro Fan Tun,

    Lepas roh Altantuya bergentayangan, gerenti roh2 Hussain Najadi & Kevin Morais turut minta keadilan - rasakan, padan muka....!!

    ReplyDelete
  12. Memang benar Pak Othaman kata
    ramai waris amat terasa
    pagi tadi bertentang mata
    petang sudah jumpa Yang Esa..

    Kejadian tragis pada negara
    tiada penghujung rakyat bertanya
    waris ingin tahu segera
    angkara ini siapa puncanya?

    Yang terlibat harus dihukum
    rakyat ingin lihat keadilan
    tali gantung letak di halkum
    yang bunuh..selamat jalan!

    Kejadian misteri dalam sejarah
    tapi kini mula terbongkar
    nyawa manusia seakan murah
    macam berlaku kat Amerika!

    Kuasa Allah melebihi segala
    si pelaku tak dapat lari ke mana
    jika hidup berlagak serigala
    tiba masa pasti terkena!

    Kita hanya tunggu dan lihat
    Filem "Tombstone" tayangan bermula
    Sheriff tua dah tangkap penjahat
    tetap hero walau dicela!



    ReplyDelete