Sunday, December 29, 2019

APA JUGA PANDANGAN MEREKA KE ATAS MAHATHIR KURANG BERKESAN KERANA TIDAK PUNYA PENGARUH BESAR SEPERTI MAHATHIR..

Bukan sekarang, dari dahulu lagi, bukan sahaja dalam negara tetapi JUGA luar negara..setiap ucapan Mahathir, perkataan demi perkataan, setiap baris AKAN di amati, memberi kesan Dan pengaruh..

Israel PALING berpengaruh, PALING berkuasa pun Mahathir bedal, inikan pula India..

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/12/indian-mp-says-there-is-brain.html
Yang SUKACITA Dan  menyokong India sekadar setaraf komunis JUGA.

Lawanlah Mahathir dengan hujah..lawan dengan melabelkan Mahathir itu ini sekadar mengaku, bangkrap hujah.

7 comments:

  1. Sudah diketahui umum, dan saya ulangi sekali lagi, blogger kotak yang perasan dia terbaik ini memang suka menghina orang Melayu dan orang kampung. Tetapi sebaliknya, si kotak ini sangat memuja negara dan orang India. Ini adalah kerana dia sendiri berasal dari keturunan India atau lebih mudah disebut, dari keturunan pariah.

    ReplyDelete
  2. Dalam satu temuramah dengan BFM Radio, Lin See Yan bahawa Dr. Mahathir bukanlah seorang penyelamat yang mampu menyelamatkan ekonomi Malaysia sekarang tetapi bagi beliau Dr. Mahathir adalah seorang penipu.

    Mungkin ada yang persoalkan kredibiliti TS Lin See Yan, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga seorang pakar ekonomi lulusan dari Universiti Harvard.

    Tapi kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk tidak melihat siapa yang berkata tetapi mendengar apa yang dikatakannya.

    Apakah benar apa yang didakwa oleh mantan Timbalan Gabenor BNM tu?

    Cuba kita lihat realiti yang berlaku ke atas Malaysia sekarang.

    Tarikan pelabur asing ke atas sesebuah negara bergantung pada pelbagai faktor dan antara faktor yang terpenting ialah keyakinan pelabur tersebut pada kepimpinan negara tersebut.

    Sejak mula menjadi Perdana Menteri ke 7, TIDAK ADA walau satu sen pelaburan asing dapat dibawa masuk oleh Dr. Mahathir atau menteri-menteri beliau.

    Malah pelabur asing yang sebelum ini melabur di Malaysia telah membawa keluar pelaburan mereka dan Malaysia menjadi negara yang paling banyak di bawa keluar pelaburan oleh pelabur asing.

    Sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru, negara China merupakan antara pelabur asing yang besar di Malaysia tetapi sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bukan saja tidak ada pelaburan baru dari China malah pelaburan yang sedia ada di Malaysia telah dibawa keluar.

    Kemarahan China pada Malaysia berpunca dari keputusan kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Dr. Mahathir mengumumkan pembatalan semua projek mega antara Malaysia dan China yang telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu dan juga sikal biadab Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan China sebagai penjajah baru dalam bidang ekonomi.

    Singapura merupakan negara pelabur asing yang kedua terbesar di Malaysia tetapi kerana sikap Dr. Mahathir yang kurang bijak dalam menangani isu air dan persempadanan ruang udara dan maritim antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI), mereka telah menarik balik pelaburan mereka secara perlahan-lahan sebagai tanda protes.

    India negara kuasa ekonomi ketiga dunia dan juga pengimpot kedua terbesar kelapa sawit Malaysia selepas China telah mengambil keputusan untuk mengalihkan perhatian kepada Indonesia kerana marah dengan sikap campurtangan Dr. Mahathir dalam dasar luar negara India dengan Pakistan dalam isu Kashmir.

    Yang pasti mendapat laba dari kemarahan India terhadap Dr. Mahathir sudah pasti Indonesia.

    Indonesia mendapat keuntungan berganda dari China dan India atas sikap campurtangan dan keras kepala Dr. Mahathir.

    Bangsa Yahudi yang menguasai 7 dari 10 dana terbesar dunia juga hilang keyakinan terhadap kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir.

    Satu perkembangan yang menarik tetapi amat memalukan kerajaan Malaysia ialah, sewaktu berlakunya protes rakyat ke atas kerajaan Hong Kong, taikun-taikun perniagaan di Hong Kong enggan memindahkan kira-kira 600 bilion duit mereka ke Malaysia tetapi memindahkannya ke Singapura dan bila ditanya mengapa, dengan tegas mereka mengatakan :
    SIAPA YANG BOLEH PERCAYA PADA DR. MAHATHIR?

    Ini bukanlah satu persepsi tetapi ianya adalah satu realiti dan menjadi perbualan hangat di Singapura.

    Malaysia semakin menuju ke arah kemusnahan ekonomi berskala besar dan sebab utama adalah kerana ketidakcekapan dan kelemahan Dr. Mahathir menangani isu-isu yang berkaitan ekonomi dan hubungan luar negara.

    Jelas, Dr. Mahathir BUKAN seorang yang boleh menyelamatkan ekonomi Malaysia seperti yang beliau sendiri dakwa tetapi Dr. Mahathir sebenarnya adalah seorang pemusnah ekonomi Malaysia.

    Ibarat musang yang berbulu ayam, Dr. Mahathir bijak berpura-pura dengan watak penyelamat yang prihatin dengan keadaan negara dan rakyat Malaysia tetapi hakikatnya Dr. Mahathir adalah seorang pemusnah yang sangat licik menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, dia punya intro nampak macam nak komen intellectual tapi bila baca sampai habis macam sampah punya tulisan. Buang masa je baca.

      Delete
    2. Hahaha..komen balas dpd mereka yang tidak dapat terima kenyataan. Apa yang berlaku depan mata cuba dianggap sebagai mimpi. Apa kehebatan yang Tun Mahathir mampu tunjukkan sebaik menaiki tahta perdana menteri buat kali kedua? Tiada yang hebatpun, kecuali habat (pinjam bahasa daerah Pahang yang bermaksud busuk). Aset negara kan makin kecil, ekonomi jatuh lebih laju berbanding jiran terdekat malah antara paling teruk di dunia. Nak nafi boleh, sila beri fakta.

      Delete
    3. Sila beri fakta? Komen asal pun tak berfakta. Cubalah bijak sikit.

      Delete
    4. Enon 6:45 tak abis dgn busuk hati kopipes 100% bahan sampah blog Salahuddin Hisham yg pernah diperintah mahkamah membayar RM5 juta kerana me yiarkan berita palsu. Ini laporannya....

      AirAsia who obtained a judgment and an injunction in a defamation suit against blogger Salahuddin bin Hisham (anotherbrickinwall.blogspot.com) has proceeded to file bankruptcy proceedings against Salahuddin for failing to pay the RM5 million aggravated and exemplary damages awarded by the Kuala Lumpur High Court in September 2013,” the low-cost carrier said in a brief statement today.

      In the September 24, 2013 judgment sighted by Malay Mail Online, the Kuala Lumpur High Court granted an injunction to block Salahuddin from further publishing or repeating false and defamatory statements relating to the airline’s safety record, as well as a claim that one of its planes had crashed upon landing.

      The defamatory statements were published on the blog “Another Brick in the Wall” on April 9, 2013 in an article titled “AirAsia crash?”.

      Salahuddin was also ordered to remove the article within a day of the court’s ruling.

      The court also ordered Salahuddin to publish a statement to declare the article as untrue, as well as an unconditional apology according to AirAsia Berhad’s terms within three days from the court order.

      Besides being ordered to pay RM5 million in damages to AirAsia Berhad, the blogger was also ordered to publish an unconditional apology in local papers The Star and New Straits Times in a weeks’ time from the court the order.

      According to the judgement by Justice Datuk Nor Bee Ariffin, the blogger did not enter an appearance for the case.


      ps:
      Betul2 haramjadah 6:45 sebab tuu dia tak berani sebutkan link sampah yg dikutipnya.

      Delete
  3. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga berkata, Malaysia sedang menikmati manfaat berterusan daripada lencongan perdagangan dan pelaburan berikutan perang perdagangan antara AS dan China dengan memperlihatkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan bagi suku pertama 2019 melonjak 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion berbanding RM16.9 bilion tempoh sama tahun lalu.

    Kenaikan jumlah FDI diluluskan pada suku pertama itu disumbangkan oleh peningkatan pelaburan ketara sektor pembuatan yang melonjak 127 peratus kepada RM20.2 bilion berbanding RM8.9 bilion setahun lalu.

    Laporan analisis oleh Nomura Global Markets Research juga mendapati Malaysia adalah negara yang akan meraih manfaat besar daripada lencongan perdagangan berikutan perang perdagangan AS dan China, selepas Vietnam, Taiwan dan Chile.

    Nomura mendapati Malaysia berpeluang menikmati peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.3 peratus hasil daripada lencongan perdagangan.

    Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Asia HSBC Private Banking, Fan Cheuk Wan, berkata Malaysia adalah antara negara di Asia Tenggara yang akan meraih manfaat daripada penempatan semula rantaian bekalan perniagaan dari China berikutan ketegangan perdagangan dengan AS.

    Beliau berkata, ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu akan mendorong kepada penempatan semula rantaian bekalan membabitkan syarikat kedua-dua negara berkenaan.

    ReplyDelete