Friday, December 20, 2019

KENAPA 1 SAHAJA SUMPAH LAKNAT SEDANGKAN ADA PULUHAN LAGI "AZILAH" ?


Azilah sedang menunggu maut di tali gantung adakah masih mahu MEMFITNAH Najib???

Masih mahu melakukan dosa besar?

SD kesannya sangat besar samada kepada Azilah atau Najib..
Ada peguam berpendapat SD tersebut tidak cukup kuat untuk membuka semula kes...

Bagaimana dengan keadilan???
terutama beberapa saksi penting tidak dipanggil?
keadilan perlu di cari ada asas kuat untuk dibuka semula..

Sumpah laknat kenapa hanya satu, kenapa tidak senaraikan - pukal.. Bukankah itu lebih afdhal..
Bukan sahaja pukal kepada segala tuduhan ke atas semua tuduhan sahaja tetapi sebaiknya pukal satu keluarga buat sumpah laknat...

BERBEZA DENGAN AZILAH, situasi najib sekarang sedang dituduh dengan puluhan kes dan kemunculan dakwaan² baru sangat meresahkan.
DI MAHKAMAH DIA SEDANG DIGASAK HEBAT..
puluhan jawapan - tidak tahu... .
Tetapi di luar "Serba tahu"???

Sumpah laknat bukan antara Najib dengan Azilah tetapi Najib dengan Allah.
JANJI ALLAH ADALAH BENAR...
semoga Najib berada didalam kebenaran supaya kesucian sumpah laknat dan Islam tidak tercemar dan dipersenda..

TETAPI

Asasnya: Najib bukan tidak pernah berbohong dalam beberapa isu²besar..




18 comments:

  1. Mcm Kate awang Selamat kalau tak silap, taK semua pembohong tu pencuri, Tapi pencuri ni selalunya berbohong, Kate org tua plak, siakap senohong ikan duri, cakap bohong Lelama Jadi pencuri... Saye tak kenal jho low tu pun Dah Berape Kali menipu. Tgk Muka selamba badak Dia cakap pun Dah kenal, jenis tak rasa bersalah menipu org. TU Aku tak heran la, Pasal dia Dah biase buat kot, Yg percaya pun org kg, macai, org Felda. Pelapar brim la Senang cakap. Tapi bila lebai mengaku ulamak yg percaya tU berat nanang la Kate uai. Dihina Pasal Kata lebai nak bayar gaji org pun Minta sedekah Kat pusat, takpe, tU bos dia Yg cakap. Silap2 bos nak lalu Kat Lecah pun Dia boleh bentang Serban elak kasut bos kotor, Hebat tak Hebat najib.

    ReplyDelete
  2. UEM Sunrise adalah syarikat kepunyaan kita, ia itu rakyat negara dan pembayar cukai atau taxpayer.

    Duit kita telah menjadi modal awal (seed money) untuk mewujudkan Khazanah Nasional dulu, yang sekarang memegang saham besar dalam syarikat UEM Sunrise.

    Kedua syarikat ini Khazanah Nasional dan UEM Sunrise adalah kepunyaan kita, rakyat negara.

    Eco World pula adalah syarikat swasta - kepunyaan orang kaya raya.

    EcoWorld terlibat dalam pembangunan projek hartanah seperti kondominium, bangunan pejabat, kompleks beli-belah dsbnya.

    Tidak beza daripada syarikat swasta lain YTL Corp, Berjaya Group, IOI Properties, IJM dsbnya.

    Hanya pemegang saham EcoWorld yang perlu diteliti.

    Mengikut laporan berita di atas taukeh besar EcoWorld ini adalah Syed Mokhtar Bukhary : Singapore’s The Straits Times last month named tycoon Syed Mokhtar Albukhary, the largest shareholder in Eco World.

    EcoWorld ini sekarang mengalami kepincangan dalam urusan bisnes mereka. Ikut laporan berita di atas :
    increase unsold inventory from RM169m in 2018 to nearly RM600m in 2019
    Eco World’s total borrowings nearly RM4b, short-term debts RM2b.
    merger would essentially see UEM rescuing Eco World from predicament

    Maksudnya EcoWorld menanggung beban besar stok rumah bernilai RM600 juta yang sudah siap dibina tetapi belum dijual.

    Hutang Ecoworld pula hampir RM4 Bilion !! Daripada jumlah besar ini, hampir RM2 billion hutang itu mesti dibayar balik dalam jangka pendek (mungkin kurang daripada 12 bulan).

    Wow !! Inilah yang menjadi masalah yang sangat besar.

    Katakanlah hutang RM4 Billion itu terikat bayaran interest rate / bunga / Islamic profit rate etc sebanyak 6% setahun.

    Maksudnya bayaran interest sahaja untuk setahun adalah RM240 JUTA (kurang lebih) !!

    Belum termasuk modal pokok atau principal amount yang juga perlu di bayar balik.

    Katakanlah bayaran balik modal pokok adalah 10% setahun daripada jumlah besar hutang RM4.0 billion = RM400 juta setahun.

    Wow !! Maksudnya bayaran semua hutang setahun (capital + interest) mungkin RM640 Juta.

    Stok rumah yang belum dijual = RM600 JUTA.

    Kesimpulannya syarikat swasta ini berada dalam keadaan yang terhimpit.
    Hutang RM4 billion.
    Stok rumah sudah siap tetapi belum dijual adalah RM600 Juta.
    Maksudnya jumlah "tanggungan" adalah RM4.6 Billion.

    Jadi rakyat negara, orang biasa, orang miskin, pembayar cukai yang terpaksa bekerja, memeras keringat, membayar tol yang tinggi, membayar harga beras yang tinggi, membayar harga kereta antara yang paling tinggi di dunia - mereka ini pula bukan saja kena bailout orang kaya billionaire tetapi akan terpaksa menanggung beban tanggungan baru sebanyak RM4.6 Billion !!

    Macam mee segera atau kopi segera, tuan-tuan kena galas beban kewangan 'segera' sebanyak RM4.6 Billion.

    Tuan-tuan dapat apa pula?
    What do you get?
    Makin ramai rakyat negara hidup sehelai sepinggan saja.

    Bila mereka mendapat berkat orang Pakistan kata 'Allah-ka syukur' maksudnya 'Kita bersykur kepada Allah'.

    Bila mereka kena tanggung RM4.6 billion ini orang Melayu nak kata apa pula? 'Hooray kita pun kaya'. Kaya hutang?

    What is going on.

    Saya tidak menyalahkan Syed Mokhtar Buhary jika dia mengambil kesempatan atau mencari jalan untuk menyelamatkan kekayaan harta berbillion dia itu. Sesiapa pun businessman akan cari jalan untuk terus hidup.

    Tetapi soalannya patutkah sesebuah kerajaan yang dilantik oleh rakyat menggunakan duit rakyat untuk bailout seorang businessman billionaire? Apakah alasannya?


    Tuan-tuan kena muhasabah lebih sedikit dengan diri sendiri. Sebab antara masalah paling besar dalam negara kita adalah tuan-tuan yang tidak faham dan tidak mahu faham banyak perkara - terutama sekali berkenaan duit rakyat, hak rakyat menentukan dan menghadkan tabiat kuda liar kerajaan dsbnya.

    Kalau kita tidak control kerajaan, pemimpin kerajaan boleh jadi koboi liar.

    Rakyat biasa boleh jadi tunggangan koboi-koboi liar dalam kerajaan.

    Syed Akbar Ali

    ReplyDelete
  3. Kd, sumpah laknat ds najib adalah bersabit dgn tuduhan azilah hadri bahawa beliau yg mengarahkan 'shoot to kill' altantuya. Itu sahaja pokok dan isu. Knp pulak nk bangkitkan buat sumpah laknat pukal? Adakah sumpah laknat pukal itu mampu mempengaruhi mahkamah kelak kpd puluhan tuduhan yg sedang dihadapi? Bolehkah sumpah laknat digunapakai di mahkamah? Jika tidak boleh, memadailah sumpah laknat ds najib lakukan bg menunjukkan bahawa beliau langsung tidak terlibat dlm kes pembunuhan altantuya. Sumpah tu antara beliau dgn Allah, jika beliau dusta, maka azab Allah amatlah pedih. Jika ada individu yg sanggup hadapi risiko dilaknat Allah andai beliau bersalah, wajarkah kita mempertikaikannya? Adakah kita seberani beliau? Tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak Tanya?
      Kenapa sumpah laknat tidak bersaksi Al Quran,
      Tidak didalam mesjid
      Tidak disebut nama Azilah
      Tidak ada airmuka takutkan Allah...airmuka stress ada le
      Kenapa tidak ada bahasa badan jadi mangsa ditnah?

      Delete
    2. Kluangman, kalau dh tak suka, banyak la songeh. Nk bersumpah kena ikut prosedur kau. Kau tak dengar ds najib sebut nama Allah? Kau fikir ds najib bersumpah di pasar malam? Apa² sahajalah yg kau nk fikir. Lagipun sumpah tu bukan antara ds najib dgn kau, tapi antara dia dgn Allah.

      Delete
    3. Aku nk tanya kau la kluangman. Antara sumpah laknat najib dan sd azilah yg mana satu kau lebih yakin? Satu dilafazkan sendiri oleh org yg dituduh dan satu lg hanya kelihatan tandatangan org yg menuduh. Tuduhan pulak bukan semestinya ditulis oleh si penandatangan. Mungkin sebab kau benci sgt dgn sosok yg bernama najib razak, kau lebih percayakan sd azilah yg bertaraf banduan akhir, bila² masa boleh digantung kecuali ada big deal something.

      Delete
    4. Orang yg bertaubat dan bersumpahlaknat, apabila dia redha dan apabila Allah terima, tanda²nya adalah ketenangan..

      Delete
  4. Kejaan ker, pembangkang sama jer. Selagi bergelar ahli politik pagkat utk kumpul harta adalah matlamat mereka.
    Keringat rakyat dikerah semaksima munkin sedangkn puluhan ribu setiap bulan masuk ke akaun mereka. Dgn hnya gaji seminima sbln isi rumah rm4000 anda akn dicukaikn dlm semua perkara.
    Ini lah Malaysia ku yg dicintai.. Memang betul lah bangsa melayu adalah bangsa yg terpilih.

    ReplyDelete
  5. Wow KD!!!....kotak sudah mari...��
    Gebang pasal Syed Mokhtar pulak. Rasanya, baru last month dia gebang Syed Mokhtar jadi Belanda beli tanah. Konon dia nak beli Fgv. Habislah Melayu Felda!!!!
    Hari ni Syed Mokhtar sudah bankrap pulak. Hehehehe.
    Konon, Dana harta nak bail out his Echo World. Habislah rakyat Malaysia jadi kuda tunggangan koby liar.....��

    ReplyDelete
  6. Azilah mungkin bertindak tidak bersendirian. Utk elakkan mati ditali gantung, apa shj ikhtiar akan diambil, termasuk tandatangan sd yg ditulis oleh org lain. Ini anggapan yg berkisar di dunia maya, walaupun setakat andaian semata. Saja tanya,kalau anda di pihak pembangkang, adakah andaian begini terus ditolak? Cuba tanyakan kpd kaki sembang kedai kopi, apa andaian yg dibualkan? Tak kiralah tarafnya level kedai kopi tp mungkin juga benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sembang kedai kopi, dia tentu kata, NAJIB TAK SALAH SEBAB BERANI BERSUMPAH. Otak dia takat kopi O je...kikikiki.
      Kamu tak pernah terpikir ke Anon 14.00Am, kenapa Najib kalah pru14 dan jatuh menongeng sampai sanggup bersumpah laknat sekali lagi di Mesjid....???
      Najibkan pernah bersumpah Laknat dua kali, tahun 2007. Bukan senang umno nak kalah pru, kecuali dilaknati Allah. Najib ingat bersumpah laknat, takat air lior je. Dia jadi macam sekarang ni, tulah LAKNAT ALLAH. Laknat Allah saudara Anon 14.00, tak terduga. Najib ditimpa musibah ni, mungkin akibat sumpah laknatnya tahun 2007. Sumpah laknatnya kali ni, mungkin dia jadi gila. Jangan terkejut nanti, kalau dia lari telanjang keliling mesjid. Hehehehe

      Delete
  7. Bg acik la 2 kemunkinan jer psal SD Azilah ni..
    1) Bab kata 5:14:00am dia akn buat apa saja utk lps dr tali gantung atau..
    2)Baru skrg dia berani buat SD walaupun kes ni dh 13 thun berlalu sb skrg Najib bkn lg pm. Kalau dia buat masa Najib pm itu sengaja mencepatkn ketali gantung.
    Lgkn Muyyidin dgn pee apdal pun selamba jer Najib tendang Ini kn pula siAzilah..
    Apa2 pun kita tnggu jer la drama cinetron org2 politik ni. Kebenaran pasti dtg InsaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat pada kenyataan yang akhir 'KEBENARAN PASTI DATANG'.

      Apabila kebenaran itu datang maka lenyaplah kebathilan.

      Apabila kebenaran itu dilemparkan ke atas kebathilan, maka kebathilan itu akan hancur dan lenyap dengan tiba-tiba. Kecelakaan bagi golongan pendusta yang mempermainkan nama Allah.

      Apabila kebenaran itu datang dan melenyapkan kebathilan, kebathilan itu tidak akan kembali lagi.

      Saya tiada sedikit pun keraguan tentangnya.

      Que sera sera : W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  8. Kahkahkah....SD Azilah ditulis orang lain?
    U underate himlah, bro.
    Orang yg tanya ni,ada degree tak? Zaman sekarang Anon 7.08, semua Inspektor polis ada degree,taw. Chief Inspektor Azilah ni, entah-entah degree in Law. Kat Malaysia ni, ada beribu with law degree, taw. Mereka boleh kerja di mana-mana saja. Tak semestinya praktising law. Masa jadi Chief Inspektor, hari-hari dia tulis laporan. Takat tulis SD ni, saya pun boleh buat. Ingat orang dalam penjara tu, duduk menyangkong je, ke, Anon 7.08..? Dia nak belajar buat Ph.d pun boleh sambil menunggu hukuman mati.
    Kalau otak sejemput, jangan komen. Buat malu sendiri je, takat nak negak benang basah.

    ReplyDelete
  9. Sdr KD,

    Ramai orang telah keliru dan bingung dan menganggap dengan sumpah laknat Najib ini, maka selesailah isu tuduhan Najib yang mengarahkan Azilah membunuh Altantuya dan Najib memang tidak bersalah. Ini satu kekeliruan.

    Pertama sekali sumpah laknat ini tidak mengecualikan Najib daripada mengikuti proses undang-undang. Walaupun selepas sumpah laknat Najib masih perlu melalui proses undang-undang.

    Ia berlainan sekiranya sumpah laknat itu adalah di bawah li'an iaitulah apabila seorang suami menuduh isterinya berzina dan anak yang dikandung atau dilahirkan oleh isterinya itu pula adalah anak orang lain. Sumpah laknat pada perkara ini akan menghentikan segala proses undang-undang ke atas keduanya dengan talak dianggap jatuh dan haram berkahwin semula selama-lamanya.

    Saya telah melihat sumpah laknat itu. Bagi saya ia adalah sah dah segala elemen adalah mencukupi. Walaubagaimanapun ia masih belum membuktikan isi kandungan sumpah Najib itu adalah benar.

    Selepas seseorang itu mengangkat sumpah laknat maka kita perlu menunggu untuk satu tempoh tertentu sebelum kita boleh yakin bahawa ia adalah benar.

    Laknat akibat sumpah laknat palsu tidak semestinya turun serta-merta. Adakalanya ia akan ditangguhkan sementara kerana sebab-sebab yang Allah sahaja yang ketahui.

    Tidak perlu tunggu lama mana pun. Paling lama, di dalam tempoh satu tahun sahaja seseorang yang bersumpah laknat akan ditimpa laknat itu sekiranya sumpahnya adalah palsu.

    Najib telah membuat sumpah laknat pada Disember 2019. Adakah dia mampu bertahan tidak ditimpa apa-apa laknat pada Disember 2020? Atau dia akan ditimpa sesuatu yang dahsyat di antara tempoh itu dan dia kehilangan alasannya akibat sumpah laknatnya ini? Kita sama-sama akan melihat.

    Semakin hari semakin banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahawa 2020 adalah tahun kejadian 'Perang Besar Akhir Zaman' iaitulah perang muktamad di antara kebenaran dan kebathilan yang menyaksikan kebathilan itu tewas mutlak. Penentangan Arab Saudi ke atas KL Summit juga adalah salah satu daripadanya. Kalau berkesempatan nanti saya akan tulis berkenaan perkara ini.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah laknat adalah Siri kesinambungan pembelaan diri dan kali ini dilakukan sendiri dari kedudukan yang tidak banyak beza dari sekarang, najib jawab dari kandang OKT...

      Sekarang dia dituduh oleh azilah secara rule of law (SD) ..

      DI MAHKAMAH NAJIB JUGA BERSUMPAH BERCAKAP BENAR, SEMUANYA BENAR, TIDAK ADA YANG BENAR MELAINKAN SEMUANYA BENAR...kalau tak benar terimalah padahnya.

      Mungkin juga satu manifestasi najib tak puashati dan mula hilang keyakinan keatas shafee?? Hingga tidak sabar sebutan pada Apr2020, yg belum tentu kes dibuka semula, why panic, whats so hurry..

      Dari segi political survival, kekalkan sokongan penyokong..najib sudah lakukan

      Delete
    2. John doe, machai takkan percaya Najib sudah kena sumpah laknat, kecuali kilat dan petir menyambarnya. Hehehe..... Ini je laknat Allah yg ada dalam otak mereka - KILST & PETIR MENYAMBAR. Segala musibah yg menimpa Najib sekarang, bukan laknat Allsh akibat sumpahnya pada tahun 2007. Pada mereka, Najib disambar petir, barulah betul dilaknati Allah!!!

      Delete