Thursday, December 26, 2019

SERETLAH LOKMAN ADAM KE LEMBAGA DISIPLIN PULA

Marah benar Lokman pada zahid sehingga mengkritik presidennya sendiri secara terbuka.

Atas sikap demokrasi dan keterbukaanya, cuba seret dia pula ke lembaga disiplin.
Meraung ke tidak Dia tentang "keadilan"

Boleh dijangka ini tidak akan berlaku kerana sokongan kepada umno yg makin pudar,  mana mungkin zahid berani kehilangan lokman yg boleh diperkuda melalui najib

Kelakarnya zahid sudah acap kali nak buang pengkhianat dari parti dalam setiap ucapannya

Malangnya mungkin belum ada yg cukup khianat

Sebut tentang sokongan kepada umno yang pudar akan ada yg melenting kerana mereka membandingkan PRK yg menang.

Inilah masalah umno,  Melayu itu umno,umno itu melayu disangkanya masih ujud sedangkan umno masih dipilih kerana pengundi marah pd kerajaan sekarang..

Terpaksa pilih sebagai alternatif dan sokongan padu berterusan adalah dua perkara yang berbeza.

Dalam keadaan biasa sekarang siapa sokong umno yg masih diterajui najibzahid?

Ahli umno sendiri pun masih sokong kerana adanya pengaruh pas didalam umno yg dilihat boleh menyelamatkan imej umno..

Musuh sebenar umnopas adalah masa...
Kalau di masa hadapan PH mampu membaiki imej - umno in trouble..

Bacakalauberani..

Segala permasalahan di dalam PH bersifat sementara dalam proses penyesuaian,  jika mereka berjaya atasi - umno is nowhere..

UMNOPAS MASIH RELEVAN "UNTUK BERCAKAP" 


34 comments:

  1. Aku rasa pandangan politik awak ni ada sikit senget la kd. Paska pru14 rakyat dpt apa? Pru14 rakyat tolak kerajaan lama sebab apa? Sebab rakyat perlukan keselesaan, pembelaan dan perhatian atas hak perlembagaan dpd kerajaan yg dipilih. Andai kerajaan malaysia baru ini mampu memberi lebih baik dpd kerajaan lama, ada ke rakyat yg nak menolak? Hakikatnya kerajaan baru ini indah khabar dari rupa. Apa harapan rakyat yg dijelmakan oleh kerajaan pakatan harapan sejak menang pru14? Adakah rakyat merasa cukup dgn pendakwaan² kpd pemuka² politik pihak lawan kpd ph? Soal mahkamah biar berjalan mengikut rule of law, bukan rule of de jungle, juga 'perut dan periuk nasi' rakyat perlu dijaga. Ini tidak, janji sejuta pekerjaan diberi dgn puluhan ribu pembuangan pekerja. Cukai gst yg menyesakkan diganti dgn sst yg menyeksakan. Janji tinggal janji sbb manifesto bukan kitab suci. Kd, rakyat terbanyak bukan berhantu sgt dgn parti spt ph, pkr, bersatu, umno, amanah, pas atau bn. Sama spt penyokong² ph, penyokong tegar umno/pas bn juga tidak terlalu bodoh membabi buta. Kalau kerajaan baru mampu memberi lebih baik dpd kerajaan lama tiada masalah rakyat memberi sokongan kpd kerajaan semasa. Namun apa yg ada dlm fikiran blogger macai spt awak ialah rakyat ni jd khadam bebal parti politik. Kalau awak rasa awak ni khadam politik ph, biarlah awak rasa seorang sedangkan rakyat perlukan kerajaan yg mampu membela dan menambah apa yg ada kpd mereka, bukan menjadi pembinasa benda baik yg telah ada.

    ReplyDelete
  2. Jadi,.saudara Anon 6.33 adakah awak fikir BN boleh selesaikan semua masalah...????
    Kalau BN naik je, semua harga barang turun......?
    Terlupakah awak, harga barang mula naik sejak Najib introduce GST. Dannnnnn....bila dah naik, boleh turun ke....????

    ReplyDelete
  3. Aku pun tak pasti apa yg Kau tak puashati sangat dengan kerajaan?

    Tak cukup makan?
    Poket kosong?
    Tak ada kerja bagus?
    Logik ke salahkan kerajaan?

    Logik ke salahkan ibubapa kalau hidup merempat?
    Cuba check balik silap siapa silap dimana?

    Kau tunggu orang Suap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat & salam perjuangan, bro....

      Ini kisah yang telah tular baru-baru ini.....

      Nenek tua, Sepora yang dikenali dengan panggilan Tok Pora, masih kuat turun ke laut untuk menangguk udang untuk dijadikan belacan sebagai punca pendapatan harian. Usia yang sudah melebihi seabad tidak sekali-kali menjadi alasan untuk tidak berusaha mencari rezeki menggunakan kudrat sendiri.
      Itulah yang dapat dipelajari apabila mengenali Sepora Amin dari Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi. Inilah Serikandi yg ada jati diri.

      Hanya Melayu pemalas, mudah lupa, buta sejarah, tak kenang budi, mudah diauta temberang puak2 pembangkang yang bangang lagi bengang bak kata omputih - only the poor pitiful, ungrateful, blind, deaf & dumb folks got easily bought over with those cheapskate Brim, candies, kitchenary items, hp, kacang putih....and allowed themselves not to be self-sufficient, conitinuously handicapped and begging subsidies for survival.
      One of them is the sore loser and coward, Kejora Gayboy...!!

      India ada murtabak, Melayu ada murtabat ker....??

      Delete
    2. Ini la maksud Aku Pelapar brim. TaK sama mcm Kaki brim.

      Delete
    3. tu lah ibu bapa suruh belajar elok2. dapat kerja elok2. skg marah org
      , dan kerajaan. bn ke ph ke apa bolih tolong. jika semua duit kerajaan di beri kpd rakyat. kerajaan misti hutang dan gadai negara. itu kah kita mahu
      .

      Delete
  4. Pada pandangan sayalah, siapa pun naik jadi PM harga barang takkan turun. Bahkan, mungkin akan naik lebih buruk lagi. Saya memang sedar ketika memangkah PH pada 8/6/2018 dulu, hidup akan jadi sukar kerana kerajaan Najib meninggalkan beban hutang keliling pinggang. It would take another 20 to 30 years untuk pulih. Kalau salah pilih PM, tak tahulah apa akan jadi kerana mereka yg gila nak naik jadi Pm ni, merasa dirinya PANDAI!!!
    Bila dah jadi PM... habok pun tarak. Saya tak percaya masalah ekonomi yg kita hadapi ini, boleh selesai dalam sekelip mata. Sabar itu sebahagian daripada iman. Tak sabar, tukarlah kerajaan atau PM, keadaan takkan pulih. Bahkan, boleh jadi lebih terok.


    ReplyDelete
  5. Kerajaan yg bodoh adalah kerajaan yg tak tahu apa yg rakyatnya tak puas hati.Macai apatah lagi double bengongnya. Yg dia tahu mengangkat tokongnya setaraf tokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagitau le apa yg kau takpuas hati tu..

      Ni mesti kebuloq brim
      Kikikikiki

      Takkan kau tak dapat kahwin dua kau nak salahkan kerajaan pula, bengong...

      Delete
    2. Aku tak puas hati apa yg dijanji tak ditunai. Bkn aku yg suruh janji. KERAjaan yg janji. Siap bg tempoh masa lg utk ditunaikan tp tak jln. Bkn aku yg suruh bg tempoh masa. Atok masa kempen dulu dh canang kata kerajaan dulu dah bankrap. Tp pada masa yg sama kenapa berani berjanji ataupun tidak pantau janji yg dianggap tak mampu ditunaikan???Nak bg mcm2 sdgkan kau situa terkutuk tu sendiri yg ckp kerajaan dulu dh bankrap.?Kau tak sangka hutang banyak? Bukankah kau sendiri yg kata negara nak bankrap masa buat kempen dulu.Rupa2nya Allah hukum kau dgn betol2 negara bankrap dibwh pemerintahan kau sejak kau ambil alih. Dah buat mcm2 tp tak jln. Bon samurai, ninja, doraemon dll semua gagal.Aset negara makin susut atok kerjakan sdgkan rakyat terus menderita.senanglah kalau gagal saja slhkan najjb sdg kan rakyat boleh tahu berapa nilai ringgit berbanding dolar Amerika sewaktu zaman Najib dan berapa pula atok @ tokong hang buat la ni? Aku tak sebut brim, bonos dll masa najib sbb tu semua buat macai PH kepanasan. Aku hanya sebut pasai janji manifesto dan kesan pemerintahan atok dari segi ekonomi saja dulu.Belum masuk bab atok jd barua DAP dan kesannya kpd bangsa melayu lg.Ingat macai, aku ungkit perkara yg korang janjikan bkn apa yg tak dpt pd zaman Najib. Jd apa slh aku? Wajib siarkan.Jgn ckp perkara lama, ianya tetap kewajipan selagi tak ditunaikan. Wajib siarkan posting aku. Ini arahan. Ekeke

      Delete
    3. Dia tak puas hati sebab harga bawang naik rm16..00 sekilo. Viral kat wassap ada video menunjukkan di India, bawang dah ganti duit. Naik tuk-tuk dan gunting rambut dibayar dgn bawang!!!!....hahaha
      Sayang tak boleh tepek video ni kat sini supaya semua orang sedar, harga barang naik bukan di Malaysia saja.

      Delete
    4. anon 12:06, kau sedang berfantasi atau beronani?
      Aku tanya apa yang kau tak puas hati?

      Secara peribadi apa yang kau tak puas hati?
      Manifesto"? which one yang membuat kau derita?

      Tak perlulah kau bercakap bagi pihak orang lain, bagi pihak rakyat, itu persepsi meroyan sebab kau kalah PRU..

      Aku dan keluarga aku tak ada kesah pun pasal manifesto? dan banyak lagi netizen macam aku?
      Najib ditewaskan..sudah cukup
      Dia sedang berhadapan dengan undang-undang, bukan lagi fitnah atau persepsi..
      Bebas tak bebas....dia terikat dengan kebenaran..no more hiding.

      Delete
    5. Senang la mcm tu. Tak boleh ungkit kelemahan sendiri.Asal unbkit saja, kata meroyan klh pru. Kalau tokong kau si tua terkutuk nak jd boss sampai mampos pun tak apa.Nak sumbat Najib pun tak kisah. Tapi apabila sendiri punya janji tak boleh tunai, dah tu memerintah pun ranap, siap jd barua DAP pun harus dipuji, boleh berdarah hidung tau . Jgn angkat pujaan hati kau setaraf tokong.Tak usah ambik peduli apa yg aku tak puas hati, kerajaan kena ambik kisah apa yg majoriti rakyat tak puas hati. Tokong hang asyik jaga hati lge dan begitu takut dgn lge. Asal dia jd boss dan anak cucu gemok tembolok, apa nak jd pada melayu, Islam dan manifesto , peduli apa, bukan kitab suci kan? Ekeke.Melabur dlm sykt roti pun bungkus mlh hidung pulak berdarah.Ekeke

      Delete
    6. itu je yang kau tak puashati???..
      kalau sekadar persepsi..teruskanlah apa yang sudah bernanah di hati kau tu..
      Kebebasan bersuara lebih terjamin di era PH..itu kau jangan bimbang.

      Delete
    7. Menuntut jani utk ditunaikan jugak adalah kebebasan bersuara.Tapi bila dituntut, mcm2 dicemuh. Siapa yg buat janji? Kepada siapa janji disasarjan ? Aku tak bimbang kebebasan bersuara zmn pemerintahan atok @ tokong kau, aku bimbang kebebasan berbohong yg sdg bermaharaja lela skrg ni.

      Delete
    8. Janji APA yg tidak ditunaikan tu, Cuba kau list Kan..

      Delete
    9. KD...kepala But!hlh KD... lancau

      Delete
  6. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat-sahabat semua.

    Saya mohon merujuk kepada komen balas seorang anon ke atas komen saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Bani Tamim yang berikut :-

    AnonymousThursday, December 26, 2019 9:12:00 AM

    Zaman dulu umur 200-300 tahun adalah pemuda. Zaman ini manusia berumur lebih 90 tahun digelar pemuda, alamak! Kalaupun nk dikaitkan dgn pemimpin bani tamim, tak perlulah digelar pemuda. Agaknya kalau tuan punya tubuh tahu bahawa pentaksubnya memberi gelaran pemuda kpdnya, mau dia pengsan kehairanan. Boleh tuan john doe pilih gelaran lebih sesuai dgn usia manusia yg dimaksudkan?

    Saya telah menjawab beberapa kali pada isu kalimah pemuda ini, dan kali ini saya ulang menjawab kerana KL Summit 2019 inisiatif Tun Mahathir baru sahaja berlangsung dan KL Summit 2019 adalah satu lagi bukti nyata dan menambahkan kekukuhan penemuan saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim atau lebih dikenali oleh bangsa Melayu sebagai 'Pemuda Bani Tamim'. Begini:-

    Pemuda di dalam bahasa Arab boleh disebut 'shabab' dan boleh disebut 'fata'. Walaupun kedua-duanya bermaksud 'pemuda' tetapi aplikasinya berbeza.

    'Shabab' adalah kalimah yang membawa maksud hakiki, iaitulah muda pada umurnya.

    Walaubagaimanapun 'fata' boleh membawa maksud hakiki (muda pada umur) dan boleh membawa maksud hakiki dan juga majazi. Majazi boleh bermaksud muda pada semangat dan kekuatannya.

    Di dalam AlQuran, Allah telah menggunakan kalimah 'fata' ke atas Nabi Ibrahim a.s dan 'fityaatun' iaitu kalimah jamak kepada kalimaj fata ke atas Ashabul-kahfi, dan terdapat ulamak-ulamak tafsir yang telah mentafsirkan kalimah 'fata' atau 'fityaatun' di dalam ayat-ayat ini sebagai membawa maksud 'semangat dan kekuatan' iaitulah maksud majazi bagi kalimah 'muda' kerana orang-orang muda dikaitkan dengan semangat dan kekuatan.

    قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ

    "Mereka berkata; kami mendengar ia adalah seorang pemuda (fata) yang dipanggil Ibrahim" (Al-anbiya' :60)

    نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (13)

    "Kami kisahkan ke atas kamu berita tentang mereka itu dengan haq, sesungguhnya mereka itulah pemuda-pemuda (kalimah fityaatun di dalam ayat itu adalah kata jamak bagi kalimah 'fata') yang beriman dengan Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk bagi mereka" (Al-Kahfi :13)

    'Pemuda Tamim' di dalam hadith-hadith Nabi saw menggunakan kalimah 'fata' dan bukan 'shabab', dan demikian ia boleh membawa maksud majazinya iaitulah muda pada kekuatan dan semangatnya.

    Misalnya ialah hadith berikut :-

    وأخرج الطبراني في الأوسط عن ابن عمر أن النبي صلى الله عليه وسلم أخذ بيد علي بن ابي طالب رضي الله عنه فقال:
    (سيخرج من صلب هذا فتى يملأ الأرض قسطاً وعدلاً ، فإذا رأيتم ذالك فعليكم بالفتى التميمي فإنه من قبل المشرق وهو صاحب راية المهدي

    "Dikeluarkan oleh Thabroni di dalam 'Al-Awsot' daripada Ibnu Umar bahawasanya Nabi saw telah memegang tangan Ali Bin Abi Talib r.a dan berkata; akan keluar daripada sulbi pemuda ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan kesaksamaan dan keadilan, maka apabila kamu melihatnya ke atas kamu untuk bersama-sama dengan Pemuda Tamim ini, sesungguhnya dia itu berasal dari Timur dan dia adalah Pembawa Panji-panji Al-Mahdi".

    Nah sekarang sila jawab soalan mudah semudah ABC yang berikut :-

    Siapakah pemimpin besar dunia Islam di penghujung zaman fitnah ini yang negerinya adalah berada di sebelah Timur yang memiliki semangat dan kekuatan seorang pemuda yang melebihi semangat dan kekuatan Tun Mahathir? Penganjuran KL Summit 2019 itu sendiri adalah buktinya.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  7. (Sambungan 1)

    KL Summit 2019 telah ditekan oleh Raja Penjaga Baitullah (Raja Arab Saudi) sehinggakan Pakistan dan Indonesia, dua negara Islam di Timur, takut dan tunduk kepada tekanan itu dan tidak hadir walaupun mereka mahu untuk hadir. Jelas sekali kedua-dua pemimpin Pakistan dan Indonesia tersebut tidak mempunyai 'semangat dan kekuatan seorang pemuda' sebagaimana yang ada pada Tun Mahathir sekalipun Tun Mahathir jauh lebih tua daripada mereka dari sudut umur.

    KL Summit telah mendapat sokongan yang padu daripada bangsa-bangsa Muslimin di dunia yang sedang ditindas di negara mereka sendiri, Uighur di Turkistan Timur (hari ini ia adalah wilayah Xinjiang di China), etnik Rohingya di Myanmar, etnik Kashmir di India, dan tidak ketinggalan bangsa Arab Yemen yang kini sedang ditindas oleh negara yang menjadi tapak Baitullah sendiri iaitu Arab Saudi. Ia menjadi bukti bahawa dunia Islam melihat Tun Mahathir memiliki salah satu di antara 2 ciri 'Kaum Yang Didatangkan' di dalam Al-Maidah :54.

    Selain Yemen yang menyokong penuh KL Summit 2019 ini, mereka juga telah menjadikan Tun Mahathir sebagai simbol kebanggaan negara mereka. Hari ini sekiranya anda ke Yemen dan memberitahu bahawa anda dari Malaysia, mereka dengan bangganya akan memberitahu anda bahawa Perdana Menteri Malaysia yang bernama Mahathir bin Mohamad ini adalah berketurunan Yemen.

    Ya benar, Tun Mahathir berketurunan Yemen. Pada zaman kolonial British, yang berlaku seiring dengan zaman khilafah Uthmaniyyah, moyang Tun Mahathir telah dibawa oleh British dari Yemen ke Kerala, India, dan kemudian anaknya yang bernama Iskandar dari Kerala, India telah dibawa pula ke Malaya (Tanah Melayu).

    Saya pernah memberitahu bahawa secara hikmahnya Ta-Mim bermaksud Tun Mahathir dan Ta-Mim juga bermaksud Tanah Melayu. Itu secara hikmah, sekarang mari lihat kepada sudut ilmiah daripada fakta sejarah pula.

    Hari ini di tahun 2019, rakyat Yemen berbangga bercerita kepada dunia Islam bahawa Perdana Menteri Malaysia, hos KL Summit 2019 adalah berketurunan Yemen. Secara ilmiahnya dari sejarah keluarganya, Tun Mahathir memiliki darah bangsa Arab, iaitulah bangsa Saiyidna Ali Bin Abi Talib yang disebut oleh baginda Rasulullah saw sendiri bahawa pemuda Tamim itu adalah dari keturunannya.

    Ia menepati ciri-ciri Pemuda Tamim yang disepakati oleh semua ahli tafsir iaitulah Pemuda Tamim adalah 'seorang yang memiliki keturunan Arab pada dirinya, tetapi berkebangsaan dengan kebangsaan satu bangsa Muslim dari Timur'.

    Siapakah bangsa Muslim dari Timur ini? Ia adalah bangsa Melayu dari Tanah Melayu (Malaya), satu-satunya bangsa di dunia yang agamanya menjadi prasyarat bangsa itu. Penjajah British sendiri yang telah meletakkan definisi Melayu sebagai 'beragama Islam'. Sekiranya seseorang Melayu itu keluar dari agama Islam, maka ia hilang legitimasinya untuk bergelar 'bangsa Melayu'.

    Tun Mahathir yang dihina sebagai Mahakutty oleh pembencinya disebabkan datuknya berasal daripada Kerala India, sebenarnya adalah berketurunan Arab Yemen. Hari ini di zaman fitnah dia digelar Kutty, kelak apabila zaman telah berubah dia akan digelar At-Tamimi kerana dialah Pemuda Tamim yang disebut di dalam hadith Nabi Muhammad saw.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  8. Dah payah PH nak baiki imej jika masih dipimpin orang yg dah ada rekod ...

    Majoriti Melayu dah tak suka orang ni cakap tak serupa bikin...tak ada kemanjuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau kenal internet NI pun pasal Mahathir..

      Kalau tidak Kau masih laga ayam..

      Delete
    2. Betul tuu, sdra KD. Ini juga salah satu legasi dan sejarah takkan terluputkan. Saya mengenali komputer 'Apple' pd awal 80an gara2 wawasan Tun M dan ekoran itulah detiknya kita buat pertama kali di Malaysia mengenali Teknologi Maklumat (IT).

      This gay Kejora thought he's "Bull's hit" but ignorantly he is actually "Bullshit"....!!

      Delete
  9. (Sambungan 2)

    Si anon juga telah bertanya untuk memperolok-olokkan seperti berikut ; "Agaknya kalau tuan punya tubuh tahu bahawa pentaksubnya memberi gelaran pemuda kpdnya, mau dia pengsan kehairanan. Boleh tuan john doe pilih gelaran lebih sesuai dgn usia manusia yg dimaksudkan?"

    Ada dua soalan di situ, saya akan menjawab soalan kedua dahulu sebelum soalan pertama dan kemudian memberi satu jawapan bonus.

    Jawapan soalan kedua; selain Pemuda Tamim, lelaki istimewa ini juga bergelar Pembawa Panji Hitam. Gelaran ini dipopularkan oleh Ashaari Muhammad, pengasa Al-Arqam yang menyangka dan mendakwa dirinya adalah 'Pembawa Panji Hitam'. Dari manakah asal gelaran ini?

    Gelaran ini adalah hasil gabungan di antara dua hadith. Hadith pertama ialah hadith di atas yang menyebut 'pemuda Tamim ini ialah pembawa Panji-panji Al-Mahdi' dan hadith kedua pula ialah hadith yang menyebut 'Panji-panji Al-Mahdi adalah berwarna hitam'. Maka secara mantik, disebabkan Panji-panji Al-Mahdi berwarna hitam, dan Pemuda Tamim pula adalah Pembawa Panji-panji Al-Mahdi, maka gelaran lain untuk Pemuda Tamim ini ialah 'Pembawa Panji Hitam'.

    Jawapan kepada soalan pertama; apabila Tun Mahathir mengetahui ada seorang penyokong dan pendokongnya yang memakai nama John Doe telah memberitahu Pemuda Tamim, dia tidak akan terkejut, cuma akan tertanya-tanya benarkah dia adalah Pemuda Tamim.

    Mengapa dia tidak akan terkejut? Kerana semua ahli hikmah mengetahui di dalam diri mereka bahawa mereka adalah ahli hikmah. Hanya sahaja mereka bukan orang-orang yang suka menghebahkan perkara itu pada umum.

    Tun Mahathir mengetahui bahawa dirinya adalah seorang ahli hikmah dan dia menyangka dirinya mempunyai satu 'Perjuangan Yang Belum Selesai'. Hakikatnya dia masih belum menyedari bahawa ada mata ahli-ahli hikmah selain dirinya yang melihat dia sebenarnya hanya sedang meniti satu jalan 'Perjuangan Yang Ditakdirkan'.

    Jawapan bonus; walau bagaimana terkejut pun Tun Mahathir apabila mengetahui dirinya adalah Pemuda Tamim, ia sama sekali tidak akan dapat menyamai terkejutnya para pendusta zaman fitnah itu kesemuanya apabila mereka menyedari bahawa Tun Mahathir sememangnya adalah Pemuda Tamim kerana pada ketika mereka menyedari dan meyakini perkara tersebut, mereka sudah pun terkena checkmate oleh pasukan Tun dan tidak boleh melarikan diri lagi. Mahu terus berlawan mereka tahu mereka takkan mampu menang dan akan ditewaskan sebentar lagi selepas itu, dan mahu berpatah balik daripada pendustaan juga tidak mampu kerana sunnatullah menetapkan masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

    Kesimpulan; Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam. Membencinya, mendustakannya, dan memperolok-olokkannya tidak akan dapat mengubah hakikat ini.

    Berkibarnya panji-panji hitam sebagai tanda kemenangan mutlak pasukan ini ke atas pasukan-pasukan bathil yang bersekutu pula adalah satu khabar nubuwwah. Membencinya, mendustakannya dan malahan memperolok-olokkannya bukan sahaja tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku, bahkan akan menghilangkan alasan orang-orang yang membencinya, mendustakannya dan memperolok-olokkannya, apabila ia benar-benar berlaku.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap haribulan kau pulak akan dikatakan gila oleh Tun M kerana suka buat cerita dusta dan mengarut tentang diri Tun M yg sampai skrng tak menjadi lebih2 lgi bila kau katakan berpuluh Kali bahawa Tun M akan menyerahkan panji2 hitam ciptaan mengarut kau kepada imam Mahdi.

      Delete
    2. Pembenci kebenaran sudah tentu akan mendustakan nubuwwah memandangkan hati kecil mereka mengakui diri mereka adalah pendusta dan mereka takut akan ditewaskan.

      Delete
    3. anon
      tak kan pembawa panji hitam tu najib..kalau dia ramai yang akan pengsan terkejut dan gila..hahahaha

      Delete
  10. Lokman has the same mentality of Najib bini Rosmah (in Budin's blog). Jokers and clowns out to distract readers.

    Two fools cannot make a genius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu.

      'Najib Bini Rosmah' adalah juga Kejora Bapuk Bodo.

      Nama Kejora Bapuk Bodo adalah nama yang ia sendiri pernah pilih untuk dirinya.

      Selepas itu, ia muncul di blog KD sebagai anon dengan gambar. Disebabkan kebapukannya, kadang-kadang dia muncul juga di sini beranon tanpa gambar.

      Hanya seorang yang benar-benar bapuk dan benar-benar bodo sahaja yang akan menggunakan nama sedemikian sebagai nama samaran dirinya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Two fools cannot make a genius but can make a PERASAN genius

      Delete
    3. Betul tuu, bro JD.

      Selain 'Najib Bini Rosmah', dia juga menyamar sebagai 'MAHATHIRVSANWAR' dgn mode yg sama.....

      tiap2 hari kutip bahan2 gosip liar tahap sampah, kopipes & kemudian lontar & selerakkan ke blog2.

      Dulu sebelum GE14, dia guna samaran 'tongGENG NAJIB', 'pejuang keparat' & 'lebai modern'.

      Delete
  11. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat-sahabat semua.

    Najib Razak, Zahid Hamidi, Apandi Ali, LObaKMAN Adam, Virgo Lara, Mr J, Geng Najib dan Kejora adalah bukti-bukti nyata UmNO sudah jahannam dan tidak boleh dipulihkan sama sekali.

    UmNO selaku jemaah Kaum Yang Berpaling telah pun ditumbangkan oleh satu pasukan yang diketuai oleh Tun Mahathir. Kini UmNO hanya sedang melalui hari-hari terakhir kewujudannya sebelum ia lenyap sama sekali bagi memberi laluan kepada perubahan zaman.

    Apa yang telah, sedang dan akan berlaku di antara tempoh UmNO kehilangan kuasa dengan tempoh ia benar-benar dilenyapkan buat selama-lamanya akan memberi justifikasi untuk ia dilenyapkan kelak. UmNO bakal kehilangan alasan untuk terus wujud di kalangan bangsa Mim.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  12. tak usah gadoh2..bising2 pun pru14 ph dh menang..nk maju ka..nk telungkup ka..rakyat dh memilih..pru 15 ada lah peluang kepada yg tidak puas hati dgn kerajaan ph..boleh lah memilih kerajaan baharu..harap2 ph telungkup..kerajaan baharu pulak yg naik..tk bagus..kita tukar lagi yg baharu..begitu la seterusnya..

    ReplyDelete
  13. lantak la dengan lokman..
    ni nak tanya..si montori kalis cctv apa cer..bila nk dakwer semborit..ker sampai pru15 kes kasi simpan bawah karpet

    ReplyDelete