Wednesday, January 22, 2020

ANWAR BERHADAPAN KEMUSNAHAN JIKA PENYOKONGNYA TAK RETI BAHASA.. SEMBORONO MENDESAK TANPA KEKUATAN

Setuju,  hanya penggabungan Anwar Najib mampu menjadikan Anwar PM dan najib serta konconya dibebaskan.

Teori yang sangat umum dan mudah tetapi bacaannya tetap sama,  failed.

Anwar tidak perlu ambil high risk,  lebih baik bersabar.

3 comments:

  1. Ramai yg gasak Mahathir turun
    Roket, penyokong penanti PM
    Mendesak ingat Mahathir gerun
    Pucat kalau Mahathir berdehem!

    Pendatang sudah menunjuk belang
    Kini berkuasa Tun nak gegar
    Pahlawan penjaga si Pulau Helang
    Ada hati pendatang nak langgar!

    Kalau Pahlawan tak masuk bantu
    Sampai mati tak jamah kuasa
    Otak rasis paling kematu
    Melayu Islam dia nak binasa!

    'Sejahat2' bangsa Melayu
    Hak orang dia tak kacau
    Pendatang ini hatinya kayu
    Sebut Islam dia meracau!

    Kepada Tun bangsa berharap
    Melayu khianat cepat tersingkir
    Penyatuan bangsa mohon digarap
    Jangan tangguh usah berfikir!

    Sedangkan Nabi ampunkan ummat
    Inikan pulak sesama bangsa
    Yg buat khianat biarlah lumat
    Berpadu kita tegakkan nusa!

    Baru sikit pendatang berkuasa
    Melayu, Islam dia nak hapus
    Mereka takkan duduk selesa
    Selagi Melayu tidak pupus!

    Pemimpin rasuah,perangai songsang
    Wajib kita semua singkirkan
    Sorang suka menghulur pisang
    Satu lagi billion di makan!

    ReplyDelete
  2. Betul tu, lebih baik Anwar bersabar, tetapi hakikatnya Anwar mempunyai nafsu luar biasa dan tiada kekuatan untuk mengawal nafsunya. 'Sabar' adalah sesuatu yang menyakitkan baginya.

    Banyak fakta sejarah dirinya yang boleh dijadikan bukti dia memamg mempunyai nafsu luar biasa dan memang tiada kemampuan untuk menahan nafsu.

    Apabila Anwar menghebahkan kepada dunia bahawa dia akan jadi PM pada Mei 2020, dan kemudian disambut oleh Tun yang mengatakan dia takkan turun sebelum APEC 2020, adakah Anwar telah mengendurkan nafsunya dan memberitahu dirinya supaya bersabar selama 5 bulan lagi selepas Mei 2020?

    Jawapannya tidak, bahkan konco-konco Anwar telah melipatgandakan serangan ke atas Tun untuk mendesak Tun turun juga pada Mei 2020. Otai reformis dan shahbudindotnet adalah di antara wadah-wadah dia membuat serangan bertali arus ke atas Tun menggunakan proksinya dan kemudian berpura-pura mengarahkan penyokongnya supaya tidak terus menerus menekan Tun.

    Hello, kalau benar itulah kehendaknya, maka itulah yang kita akan dengar daripada konco-konconya. Dia hanya sedang 'merancang', membaling batu menggunakan tangan orang lain.

    Dia telah menggunakan taktik yang sama ke atas Tun Ghafar dahulunya sehingga Tun Ghafar yang tiada daya dan tiada kekuatan telah menyerah kalah kepada tekanan tersebut dan memberi laluan kepadanya untuk naik menjadi Timbalan Presiden UMNO.

    Saya tidak akan lupa bagaimana dia menjaja ke sana ke mari konon dia tak akan melawan Tun Ghafar, sambil mengatur gerak di belakang Tun Ghafar, sehinggalah apabila sampai kepada satu titik di mana dia merasa yakin dia sudah mampu menjatuhkan Tun Ghafar, lalu dia pun membuat sidang akhbar dan berkata 'saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri menerima pencalonan akar umbi yang bersungguh-sungguh mahukan saya menjadi Timbalan Presiden UMNO'.

    Hahaha... Selepas puluhan tahun dia masih menggunakan taktik yang sama. Hanya sahaja dia tersilap perhitungan dengan Tun Mahathir. Tun Mahathir bukan Tun Ghafar, bukan Tun Musa, bukan Tun Salleh dan bahkan tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa pun. 'Tun' tanpa nama atau 'The Tun' hanya ada seorang sahaja dan dia tak pernah tunduk kepada mana-mana tekanan dan tak pernah melarikan diri daripada mana-mana medan pertempuran.

    Selepas Najib terkejut menerima berita BN telah tewas (dibaca; Najib telah tumbang), siapakah yang dihubunginya? Jawapannya ialah Anwar. Ya, Najib telah meminta nyawa daripada Anwar tapi Anwar sendiri pun pada masa itu tiada kemampuan untuk berbuat apa-apa kerana dia sendiri pun berada di dalam penjara.

    Apa tujuan Anwar menghebahkan perkara itu? Jawapannya untuk menunjukkan kepada dunia dan kepada Najib sendiri bahawa Najib memerlukannya.

    Hari ini ketika dia mahu menekan Tun supaya turun pada Mei 2020 dan sudah kelihatan pada matanya yang Tun takkan turun pada Mei 2020, maka dia perlukan plan B, iaitulah untuk menjatuhkan Tun melalui undi tidak percaya di parlimen, dan untuk tujuan itu dia memerlukan sekutu seramai mungkin. Najib adalah sekutu terbaik memandangkan secara bersendirian UMNO memiliki kerusi yang paling banyak di parlimen, dan pada hari ini Najib, Zahid, Ku Nan, Mat Maslan dan Shahrir Samad adalah orang-orang yang paling bencikan Tun.

    Di atas prinsip musuh kepada musuh adalah kawan, Najib dan Anwar sangat berkemungkinan akan 'berkawan' demi mencapai matlamat yang sama iaitulah menjatuhkan Tun.

    Sekiranya mereka benar-benar 'berkawan', adakah mereka akan berjaya menjatuhkan Tun? Jawapannya telah pun diketahui. Mereka tetap akan gagal dan tewas.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete