Friday, January 3, 2020

APAKAH KRITIK YANG BERTERUSAN KEPADA SEBUAH KERAJAAN BAIK UNTUK NEGARA DAN RAKYAT...



Tidak ada kerajaan yang baik kepada rakyat..itulah endingnya jika kita melihat ribuan kritik yang dilemparkan ke atas kerajaan sepanjang tempoh pemerintahannya..

Sesuatu yang berlebihan hanya membinasakan.. 

Kritikan ke atas kerajaan PH walau baru dua tahun tetapi jumlah diterimanya jauh lebih besar dari umno yang menjadi kerajaan selama 60 tahun..

Pembangkang yang  berpuluh tahun tetiba menjadi sebuah kerajaan lebih tolerate dan terbuka dengan kritikan berbanding dari sebuah kerajaan yang berpuluh tahun monopoli kuasa..

Setiap kritik bukan tanda hapcita betul, malah 100 kritikan belum tentu ada yang sempurna dan mungkin satu pun tidak tepat malah jika diikut kritikan itu mampu membawa kemudaratan yang lebih.

Apalagi kalau kritikan itu datang dari emosi musuh atau kawan sabotaj tikam belakang?

Kritikan yang rasional dan berfakta membantu kerajaan melakukan sesuatu yang lebih betul dan lebih sempurna dan akhirnya akan menjadi kerajaan yang tidak pekak dan buta..


Perbezaan perjuangan politik harus dipisahkan dari sebuah perjuangan dan pengurusan kerajaan.
Perjuangan politik untuk kepentingan kelompoknya sahaja tetapi sebuah kerajaan adalah kepada semua rakyat..

Oleh itu jika kepentingan politik diperjuangkan dari dalam kerajaan secara melampau melepasi batasan. ia merosakan imej kerajaan itu sendiri..
Jika kepentingan pemimpin (korup) ujud dalam kerajaan ia mempercepatkan lagi kerajaan itu runtuh kerana partinya ditolak oleh rakyat.

Kerajaan PH sekarang adalah yang terbaik setakat ini, tidak logik untuk menyatakan ia sebuah kerajaan yang tidak mengambilkira kepentingan rakyat. Tidak ada yang boleh ditafsirkan sebagai zalim...

Kritikan bertubi tubi sekarang ini datang dari kelemahan dan kekurangan kerajaan yang kurang pengalaman ditambah dengan serangan pembangkang/bekas kerajaan yang masih kecewa dengan luka yang dalam.

Kekadang sesuatu dasar yang dilaksanakan tidak popular dan digemari oleh sekelompok rakyat tetapi ia bagus untuk negara.

Kekadang sesuatu dasar yang dilaksanakan sangat popular dan digemari oleh sekelompok rakyat tetapi ia tidak baik untuk negara.

Lebih celaka, semua kerajaan buat tidak betul baginya..
Lebih celaka, semua yang pembangkang kritik, tidak betul baginya..
Puak ini ujud..

1 comment: