Saturday, January 18, 2020

DARIPADA SERAH PADA ANWAR ELOK KEMBALIKAN KEPADA UMNO

Dengan hanya 13% sokongan Melayu ke atas Anwar dan di dalam partinya sendiri 50/50 sokongan, adalah sesuatu yang tidak bijak untuk negara diuruskan oleh seseorang yang begitu rapuh.

Penyokong Anwar perlu memahami bahawa bukan Tun yang jadi penghalang kepada peralihan kuasa tetapi puncanya kerana DAP yang memberi sokongan di belakangnya.

Dan Mahathir sendiri diragui jati dirinya berpunca DAP di sebelahnya.

Lebih 87%  Melayu tolak sepenuhnya DAP dan tolak sesiapa sahaja yang jadi bonekanya.


  • Ia bukan persepsi semata mata kerana kerakusan DAP sangat ketara menyokong Anwar,  itulah kebodohan mereka


Di satu pihak lain,  pemimpin umno yang durjana sudah hampir menerima habuan setimpal.

Ia sudah menjadi sedikit pengajaran kepada semua pemimpin melayu Islam itu sendiri supaya lebih amanah untuk menguruskan negara.



Dalam kesedaran rakyat tentang kuasa mereka mana² kerajaan selepas ini tidak semudah dan sewenang melakukan kesilapan dan curang. 

Saat kegetiran orang Melayu hilang kuasa sudah dirasai dan bagaimana DAP cuba mendominasi,  tetapi agak malang bagi mereka kerana PM bukan seseorang yang rendah akhlak dan mudah dibonekakan.. 
Missi mereka sedikit sahaja yang berjaya tetapi kesannya sangat besar.


Jika bukan Tun yang menjadi PM,  kerosakan besar akan lebih berlaku. 
Secara amnya tidak ada keraguan siapapun yang ganti Tun tetapi secara khususnya satu demi satu jika dihitung mereka akan berhadapan asakan ganas dari DAP. 

Perpecahan di PH yang dirancang dengan peralihan kuasa yang lebih licin adalah seribukali lebih baik dari perpecahan yang tidak dirancang..

Mengembalikan kuasa kepada umno secara peralihan kuasa lebih selamat kerana ia akan boleh ditentukan berada di tangan (pemimpin) yang betul berbanding dengan pembubaran parlimen yang perlu diadakan pilihanraya dan  kebimbangan berakhir akan ujudnya peristiwa 13 Mei dan kembali di tangan yang salah. 

14 comments:

  1. Serahkan kerusi PM kepada Anwar bukan perkara yang betul untuk dibuat. Sedikit demi sedikit Tun sedang diberikan 'jalan keluar' daripada terikat untuk serahkan kepada Anwar.

    Serahkan kembali kepada UmNO juga bukan perkara yang betul untuk dibuat. Ingat, UmNO hari ini masih melihat Najib sebagai pemimpin terulung parti mereka. Kembalikan kepada UmNO adalah sama seperti serahkan kembali kepada Najib. Najib adalah kejahatan yang lebih besar daripada Anwar.

    Perkara yang betul untuk dibuat adalah sepertimana yang sedang Tun lakukan sekarang ini iaitulah untuk bertahan dan biarkan sahaja desakan daripada Anwar untuk Tun segera berundur dan desakan daripada geng UmNO yang meroyan untuk parlimen segera dibubarkan. Perkara yang betul untuk dibuat adalah untuk Tun kekal sebagai PM, dan itulah yang sedang Tun lakukan.

    Tak perlu nak bertahan lama mana dah pun. Anwar dan Najib sama-sama sudah menghampiri hujung kemampuan mereka untuk bersabar. Tidak lama lagi kedua-duanya akan melihat kepada yang satu lagi sebagai 'jalan keluar' kepada ketakutan dan idaman masing-masing. Seorang takut ke penjara dan seorang lagi mengidam nak jadi PM.

    Kelak apabila mereka bergabung kedua-duanya bolehlah ditewaskan serentak. Apabila itu berlaku maka Malaysia akan selamat daripada kembali ditadbir golongan penyamun dan pengkhianat, dan selamat juga daripada berPMkan seorang peliwat tegar, kedua-duanya adalah malapetaka bagi negara ini sekiranya ia berlaku.

    #jalanterusbersamaTun.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berfantasi bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.

      Memilih kenudaratan kecil lebih baik dari berhadapan kemudaratan besar..

      Negara demokrasi berpalimen dan raja perlembagaan, kemenangan melalui pertempuran besar, Tun sudah tewas di pertempuran kecil kerana mengetuai kumpulan yang salah, yang lebih membawa kemudaratan.

      Jika sesat di jalan, gagal balik ke pangkal jalan, jalan seterusnya adalah onar dan kesesatan..

      Delete
    2. Sdr KD,

      Terima kasih di atas pandangan balas.

      Pandangan saya tidak pernah berubah. Sejak awal saya telah katakan no to Anwar as PM and no to umNO to return to power.

      Dulu sdr melihat Anwar sebagai calon tunggal PM-8, dan ia lebih baik dari negara kembali ke tangan UmNO.

      Kini sdr melihat kembali kepada pentadbiran UmNO pula sebagai pilihan yang lebih baik daripada serah kepada Anwar.

      Saya memahami bahawa sdr sedang melihat pilihan yang lebih ringan di antara keduanya.

      Saya pula melihat kedua-duanya adalah malapetaka, dan kedua-duanya bukan pilihan.

      'Fantasi' saya sejak kemenangan PH bahawa Anwar tak layak jadi PM, kini turut dikongsi oleh sdr.

      In shaa Allah kelak 'fantasi' saya untuk kekal menolak UmNO akan turut dikongsi oleh sdr selepas tidak berapa lama.

      Jalan terus bersama Tun. Jalan akan terbuka untuk kedua-duanya tidak berlaku. Anwar takkan jadi PM, dan UmNO juga takkan kembali berkuasa.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. penilaian aku, cara kau menulis dan mungkin juga cara kau berfikir agak sombong berbaur riak. kau fikir tun mahathir ini tidak mempunyai sebarang kelemahan sehingga begitu mudah mengalahkan pihak lawan. andaian kau, sekali hadap sahaja anwar dan najib akan tumpas sekali gus. ini betul-betul bongkak dan ujub. hebat benar tun mahathir ini! namun pusing keliling dengan alasan bertukar ganti tun mahathir berkaitan serah kuasa kepada anwar kau lupa untuk ambil kira. kalau tun mahathir kuat, patutnya senang sahaja beliau tutup kes. tak perlu tarikh yang belum pasti. kononnya selepas apec yang entah ye entah tidak. terus terang sahaja bahawa anwar tidak layak untuk jadi pm sebab semasa tun mahathir jadi pm ke 4 dulu benda ni dah disebut. seorang peliwat tidak layak memimpin malaysia! patutnya peringatkan balik ayat itu kepada anwar. apa takut nak cakap. tun mahathir kau fikir sudah ada kekuatan untuk melawan hentaman anwar, cakap sahajalah. najib pulak, kau fikir najib hanya berdiri seorang diri atau hanya ada rosmah disebelah. kau tak kaji ke bahawa sejak kalah, najib telah membina satu rantaian sokongan dari rakyat. sokongan ini boleh dikira lebih besar berbanding semasa beliau menjadi pm dulu. dulu semasa beliau menjadi pm beliau pernah kena 'boo' tapi kini kemana beliau pergi, bossku sentiasa dikerumuni rakyat. adakah ini benda kecik dan boleh dikesampingkan? jadi, sombong dengan menjangkakan anwar dan najib sebagai dua ekor anak bebiri akan memakan diri. tun mahathir sudah agak lemah sekarang. umur hampir menginjak 95 tahun. saraf-saraf tun mahathirpun banyak yang sudah gagal berfungsi dengan sempurna kerana faktor penuaan. rakyat bukan tidak tahu tun mahathir juga ada masalah jantung dan tidak boleh hidup selesa jika mendapat tekanan berat. sekelilingnya pula ada kit siang, guan eng dan cauvanis dap yang berlakon baik tetapi bila-bila masa boleh meratah tengkuk tun mahathir. ambil kira itu semua dan hentikan perasaan sombong, bongkak, riak dan ujub seolah mahathir itu tiada kelemahan. musuh orang bijak ialah perasaan sombong dan orang yang sombong selalu perasan bijak.

      Delete
    4. Kebenaran memang menyakitkan bagi orang-orang yang mendokong kebathilan dan penuh sedar di dalam hati mereka adalah pendokong kebathilan.

      Kebenarannya ialah Tun Mahathir memang pejuang kebenaran yang sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan dan sentiasa diberikan kemenangan di dalam setiap pertempuran.

      Kebenarannya juga ialah Najib memang seorang penyangak yang sedang menjalani proses keadilan akibat perbuatannya menyamun ketika menjadi Perdana Menteri.

      Kebenarannya juga jalah Anwar memang seorang peliwat tegar yang sudah dua kali masuk penjara akibat liwat.

      Tulisan yang panjang berjela-jela tapi tiada sebarang isi yang berbaloi untuk dibalas.

      Maka sebagai jawapan ringkas; silakan tulis apa sahaja, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan peringatan bahawa kebathilan itu akan tewas mutlak di tangan golongan yang berada di atas jalan yang benar.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    5. Sdr Johd Doe, untuk makluman anda AURA Tun Mahathir sudah luncur daripada hati nurani rakyat. Majoriti melayu lebih kurang 75% tidak menyokong atau beralih sokongan dpd menyokong PH. Adakah sdr rasa Tun Mahathir menjadi PM hanya SYOK sendiri? Rakyat di bawah menyampah sambil diri sendiri tak tahu rakyat sedang menyumpah. Kena pulak dengan adanya penyokong TOTOK seperti sdr yang menyebabkan Tun rasa rakyat majoriti sayang dia. Dalam 5 prk terakhir semua parti komponen PH yang bertanding kalah kepada BN. Jika AURA Tun ada, mana mungkin berlaku kekalahan yang berpanjangan begitu? Sementelah PH adalah parti kerajaan. Jika rakyat tolak, maknanya rakyat tak pedulipun bahawa PM adalah Tun Mahathir. Siapa nak ambik tahu siapa PM jika PM yang ada tak mampu buat apa² bagi membantu rakyat yang sepatutnya lebih baik daripada zaman BN. Rakyat tahu, kantung perbendaharaan negara hampir pupus kerana kegagalan kerajaan memacu ekonomi. Pelaburan masuk tiada, malah pelabur membawa keluar pelaburan mereka dari sini. Bagaimana nak RUN perbelanjaan negara jika bukan dengan menjual aset² yang ada termasuk aset strategik! Ini faktor kelemahan paling ketara. Sejak 20 bulan ini, selain salah najib apa lagi ikhtiar kerajaan menarik pelabur melabur dalam negara? Yang nampak ketara adalah puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan sebab kilang ditutup. Tun Mahathir juga gagal mengawal mulut sendiri dan juga pwgawainya. Dengan India kurang cermat sedangkan cara lwbih diplomasi boleh digunakan. Pwgawai lantikannya ke dalam SPRM Latheefa Koya juga bertindak sangat tidak bijak. Menghebohkan rakaman perbualan mantan PM dengan putera raja UAE bukan sahaja menyebabkan negara luar hilang kepercayaan kepada Malaysia malah mendedahkan SPRM kepada saman malu dari putera raya tersebut. Bagi menunjukkan hinaan kepada negara, beliau melabur hampir 100 bilion di Indonesia pulak. Malaysia dapat apa? Menganga. Tun Mahathir berulang alik ke Jepun bagi mendapatkan bon samurai. Dah dapat? Indonesia dengan mudah mendapat bantuan Jepun untuk memindahkan ibunegaranya ke Kalimantan. Adakah Jokowi juga berulang alik ke Jepun minta nyawa seperti yang Tun lakukan? Persekitaran kurang mantap, mulut kurang cermat dan menteri² kurang cerdik menjadikan rakyat tidak melihat Tun Mahathir ini ada AURA menarik malah rakyat anggap Tun Mahathir.ini tak lain hanya menjadi BALACI kepada dap. Itu anggapan walaupun kebenarannya entah ye entah tidak. So sdr John Doe jangan lambung Tun Mahathir tinggi sangat nanti terhempas patah riuk jadinya.

      Delete
  2. Masalah yang paling besar negara Malaysia ni adalah sebahagian besar kerusi Parlimen dipegang oleh dua pehak yang kuat menjolok. Rakyat Malaysia sudah dipukau dengan berbagai helah sehingga terpedaya dengan segala janji yang mereka sendiri kurang keyakinan boleh dikotakan. Rakyat Malaysia jelasnya telah diperdayakan.

    Kalau keadaan hari ini mahu diredakan, kita harus berjalan bersama orang yang dah punya pengalaman luas mentadbir dengan jayanya. Kita harus menolak sebarang keraguan yang ada elemen yang boleh menambah kerosakan yang sedia ada. Mereka yang pernah merosakkan perpaduan negara Malaysia ni kita toksah percaya. Mereka ini kita semua kenal siapa mereka.
    Kalau kita sokong pehak yang salah, kita binasa. Ini dibuktikan dengan kemenagan BN dalam PRU13. Kalau kita sokong pehak yang benar, banyak masalah akan dapat diselesaikan. Ini dibuktikan dalam PRU10. Orang yang sama mengepalai kerajaan selepas PRU10 dan orang sama juga yang membantu kemenangan PRU13. Sekarang orang yang sama juga yang sedang mengemudikan usaha memulihkan kepincangan depan mata kita hari ini. Malangnya orang yang sama ini sedang megetuai kumpulan yang salah.

    Jadi bantu la orang yang sama ini untuk berada di dalam kumpulan yang betul untuk kita mendapat hasil yang memuaskan.

    Ini terletak di tangan orang Melayu. Jadi orang Melayu, sedar lah dan pilih lah yang mana permata di antara banyak kaca.

    ReplyDelete
  3. Outsyed the box dng tiada rasa hormat mengatakan Tun bodoh dalam tulisan terbaru beliau. Kalau bukan orang Malasia yg mengatakan begini pasti kita akan marah. Bagaimana pula kalau rakyat Malaysia sendiri yang mengatakan PM pemimpin tertinggi negara bodoh? Bolehkah kita senyum??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu contoh kita tidak bolih percaya langsung dengan Mamak Pekat yang hidup pun bukan cara Melayu dan ada identiti Melayu.Yang mengigit balik kita Melayu jika tidak dapat apa saje yang dihajati nya.Dia juga berkelakuan bangsat dan menghina orang2 Melayu.Blogger celaka ini menjadikan blog dia untuk hentam apa saja tentang Melayu Islam.
      kita semua wajib tentang OSTB ini.

      Delete
  4. 1. Personally, I believe TDM would never handover premiership to Anwar inspite of the alleged agreement in PH Council statements and TDM's statement on transition of power.

    2. On the premise that PH council agrees Anwar to replace TDM at PH level, it has to get MP's majority votes to show to YDPA that Anwar has the majority support. This is very tricky.

    3. Pursuant to (2) above, all is not well in PH. With the exception of majority of DAP MPs who would be all out to support Anwar, there would certainly be a split in PKR moreso related to Azmin's actions and worst to come on the impending case on Zuraidah who is in Azmon's faction. Amanah stand is easily predictable against Anwar whereas Bersatu would stay with TDM.

    4. My hunch says TDM is being critically and wisely advised by THOSE PEOPLE IN THE KNOW and/or HIGHER UP on the risk of Anwar leading this malay muslim country vis-a-vis the security and sovereinity.

    5. The current political mathematics and equations are predictable. The perceived "pressure" on TDM to step down and the infighting mood among Anwar's and Azmin's camp is widening and dangerous. It woukd not be a surprise shoul PH will see its own demise following the formation of a new TDM led coalition group commanding the support of majority of MPs. Rumours are in abundance.

    Thus Anwar would be neither here nor there.....

    Wallahuaklam




    ReplyDelete
  5. You guys in KL should have some ideas why OTSB is so damn sore with TDM?

    Never see him like this before

    ReplyDelete
  6. OSTB, kasik satu itu gomen pinya kontrak...Ada sinyap pinyaaa....aiyaaa...sulah talak masyukkk wooo...haiyakkk...mau meniaga pun byk susah wooo..

    ReplyDelete
  7. Jika dap dan kuncu2 pandai mereka jangan sokong ai dan suppress extrimis mereka yg buat orang melayu pilih oru lepas akan tolak mereka pada pru akan datang. Ph kalah pada prk kerena dap tak tolak extrimis mereka. Kita suka tony loke, yeo bin, teresa kok fll. Mereka buat kerja tak bising2 pasal sentiment2 melayu.

    ReplyDelete