Sunday, January 12, 2020

JAWAPAN TUN TENTANG PENDEDAHAN - MEMPERTAHANKAN SPRM BUAT PEGUAM² KESIPUAN..






# next kita tunggu pula jawapan Tun tentang budak² Anwar yang dok meresah Dan kelaparan di bawah..
https://www.themalayapost.my/rafizi-ramli-budak-bangang-tak-faham-asas-perlembagaan-khairuddin-abu-hassan/


13 comments:

  1. Dedahkan rampasan yg dulu, sepatutnya dah ada belakang jaring.

    Dedah kedua sebab yg dulu tak jalan ker.

    ReplyDelete
  2. panji hitam mana dah kibar keer
    ..!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panji dah lama terkibar.
      Kau dalam gua bila nak keluar.....??

      Delete
  3. Bsru Tun batuk..dah berselerak pecacai
    Kikikikiki

    ReplyDelete
  4. Sdr KD,

    Saya tidak mahu membicarakan tentang sama ada perbuatan Pn Latheefa Koya itu satu perkara yang betul atau salah kerana ia bergantung pada pandangan masing-masing. Bukan sahaja dari sudut 'kebenaran' bahkan juga dari sudut perundangan ia tetap bergantung pada pandangan masing-masing.

    Sesiapa sahaja yang menggunakan pendapat mana-mana peguam yang mengatakan bahawa perbuatan Pn Lat Koya adalah salah dari sudut undang-undang mesitlah turut mengambil maklum bahawa Lat Koya sendiri adalah seorang peguam senior sebelum dia menjadi KP SPRM, dan sudah tentu dia telah mempertimbangkannya dan berpendapat ia adalah tidak salah sebelum ia melakukannya.

    Sekiranya ia dibawa ke hadapan hakim untuk diputuskan pun, ia masih bergantung kepada pandangan hakim itu. Besar kemungkinanya, 10 orang hakim yang ditanya, 5 orang akan berpendapat ia satu kesalahan dan 5 lagi akan berpendapat tiada sebarang salah telah dilakukan. Keputusan akan benar-benar bergantung kepada 'siapa' hakim yang memutuskan.

    Sekiranya saya adalah hakim kes berkenaan, maka keputusan saya akan menyebelahi pendapat Lat Koya yang turut disokong oleh Tun.

    Saya lebih tertarik untuk membicarakan tentang apa yang telah terbukti dengan muktamad melalui pendedahan KP SPRM tersebut. Ia telah memberikan satu jawapan muktamad buat seluruh umat Muslimin kepada satu perkara yang tidak dapat diputuskan secara muktamad walaupun oleh sebahagian kecil sahaja kaum Muslimin yang memahami disiplin ilmu hadith selama 14 kurun lamanya.

    Tiada sesiapa yang akan dapat menyangkalnya melalui ilmu dan hujah melainkan mereka hanya mampu mendustakan, memutarbelit, beralasan, dan memperolok-olokkan.

    Ia adalah berkenaan satu hadith mengenai nubuwwah akhir zaman yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani di dalam kitabnya 'Al-Awsot'.

    روى الطبراني في الاوسط :

    سيأتى زمان علي امتي سلاطينهم كالاسد ووزراءهم كالذئب وقضئهم كالكلب وسائر الناس كالاغنام فكيف يعيش الغنام من الاسد والذئب والكلب ؟

    Telah diriwayatkan oleh At-Tabrani di dalam Al-Awsot (nama kitabnya); "
    Akan tiba satu waktu kepada umatku penguasanya seperti singa, para menterinya seperti serigala, dan hakim-hakimnya seperti anjing. Sementara itu umat kebanyakan bagaikan kambing. Bagaimana bisa kambing hidup diantara singa, serigala dan anjing?"

    Selama 14 kurun hadith di atas tidak dapat dikategorikan di dalam golongan hadith sahih disebabkan di dalam rantaian perawi hadith ini ada seorang yang tidak thiqah. Thiqah adalah terma yang digunakan di dalam mengkelaskan orang-orang yang meriwayatkan hadith. Ia bermaksud 'reliable'.

    Satu syarat untuk sesuatu hadith itu dikategorikan sebagai 'sahih' ialah kesemua perawi yang ada di dalam rantaian perawi daripada sahabat yang mendengar kata-kata ini daripada mulut baginda Rasul saw sendiri sehinggalah kepada perawi yang mencatatnya di dalam kitab kesemuanya mestilah thiqah.

    Di dalam masa yang sama, hadith ini tidak boleh dikategorikan sebagai palsu disebabkan tiada sebarang bukti ia adalah palsu, tidak pada perawinya dan tidak pula pada matannya.

    Matan adalah merujuk kepada isi hadith itu sendiri, dan di dalam hadith ini ia adalah tentang nubuwwah baginda Rasulullah saw tentang akan datang satu zaman di satu negara di mana penguasanya ibarat singa, menteri-menterinya ibarat serigala dan hakim-hakimnya ibarat anjing dan seluruh rakyat negeri itu ibarat kambing. Ia bukanlah matan yang bathil dan demikian ia tidak boleh ditolak mentah-mentah dan dikategorikan sebagai palsu. Misal kata-kata yang didakwa sebagai hadith yang bermatan bathil ialah hadith tentang rupa bentuk dan saiz Allah. Ia adalah bathil kerana bertentangan dengan ayat-ayat AlQuran bahawa Allah tidak sekali-kali berfizikal seperti mahkluk.

    Itulah yang telah dibuat oleh para ahli hadith dahulukala yang jujur dengan ilmu mereka, apabila mereka meletakkan hadith ini di bawah kategori dhaif yang bermaksud lemah.

    (Bersambung).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Para ahli hadith dahulu kala adalah org2 berilmu yg dpt ilmu wahyu dari Allah SWT manakala kau pulak ahli tong kosong kering yg berlagak berilmu yg dpt wahyu dari diri kau sendiri. Tersangat jauh perbezaannya.

      Delete
    2. Teruk lagi kalau tak berilmu masuk bakul angkat sendiri. Dahtu, kuat mencarut kotor, tak malu pamer aksi gayseks pada bulan puasa & memandai-mandai kata si polan kafirlah, hindulah & Naudzublillah... berani2nya menyatakan Allah meliwat Tun Mahathir dunia akhirat.

      Delete
  5. (Sambungan)

    Apakah signifikan pendedahan rakaman audio KP SPRM tersebut dengan hadith berkenaan? Signifikannya sangat besar kerana pendedahan rakaman audio tersebut telah membuktikan kepada seluruh umat Muslimin baik dari kalangan bangsa Melayu mahupun bukan Melayu, bahawasanya khabar yang disampaikan di dalam hadith di atas telah benar-benar terjadi, dan ia menunjukkan bahawa sekalipun rantaian perawi hadith tersebut adalah bertaraf lemah, tetapi matan hadith tersebut sendiri adalah bertaraf sahih.

    'Mukjizat' adalah satu-satunya penjelasan yang munasabah bagaimana seorang manusia yang hidup dan wafat 1400 tahun yang lampau boleh mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku pada hari ini di tahun 1441H/2020M.

    Hadith tersebut telah menceritakan tentang akan berlaku di sebuah negeri di akhir zaman di mana penguasa negeri itu adalah ibarat singa, menteri-menterinya pula ibarat serigala dan hakim-hakimnya ibarat anjing, dengan sekalian rakyat lainnya ibarat kambing.

    Siapakah 'penguasa' yang dimaksudkan? Penguasa ialah orang yang paling berkuasa di dalam sesebuah negeri.

    Di Malaysia 'penguasa' negara ini adalah Perdana Menteri di dalam situasi normal, dan adalah Yang DiPertuan Agong apabila darurat diisytiharkan.

    Siapakah pula hakim-hakim yang dimaksudkan di dalam hadith? Di dalam Bahasa Arab, hakim tidak merujuk semata-mata kepada hakim di mahkamah yang menjatuhkan hukum, sebaliknya turut merujuk kepada orang-orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Perkara ini boleh dilihat pada ayat yang berikut:-

    وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

    "Dan janganlah kamu memakan harta (atau hak) orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang bathil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (bahawa ia adalah salahnya). (Al-Baqarah :188)

    Ayat di atas telah menggunakan kalimah hakim-hakim apabila merujuk kepada orang-orang yang membuat keputusan berkenaan harta di antara manusia dan tidak merujuk khusus kepada hakim-hakim yang membuat keputusan di mahkamah. Ia adalah satu petunjuk bahawa hakim di dalam Bahasa Arab penggunaannya adalah lebih meluas berbanding bahasa Melayu dan sesiapa sahaja yang berkuasa membuat keputusan adalah termasuk di dalam definisi am kalimah 'hakim' di dalam Bahasa Arab. Contoh orang-orang yang menepati definisi hakim di dalam Bahasa Arab ialah :-

    1. Ketua Polis Negara
    2. Peguam Negara
    3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara
    4. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Dengan pendedahan rakaman perbualan tersebut, maka adalah jelas bahawa Najib tidak mungkin telah terselamat daripada pengadilan undang-undang ketika dia menjadi penguasa negara ini jika tidak kerana terdapatnya 'hakim-hakim' yang telah bersubahat dengannya.

    Di mana pula letaknya serigala di dalam kisah Najib ini? Jawapannya boleh dilihat kepada pendakwaan yang dihadapi oleh dua orang menteri di dalam kabinet Najib iaitulah Wak Jahid dan Teuku Adnan. Kedua-dua mereka ini juga telah turut diselamatkan daripada pendakwaan ketika Najib menjadi penguasa dan hanya dibawa ke muka pengadilan selepas Najib ditumbangkan dan 'hakim-hakim' yang telah melindungi pengkhianatan Najib dan menteri-menterinya ini pula digantikan oleh penguasa baru, Tun M.

    Siapakah di antara para pendusta yang diupah oleh Najib untuk berdusta demi membela pengkhianatannya yang mampu untuk menyangkal dengan ilmu dan fakta bahawa perkara yang telah dikhabarkan di dalam hadith di atas benar-benar telah berlaku dan ia berlaku di bumi Malaysia ketika Najib menjadi Perdana Menteri negara ini?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. KD...apa yg peguam2 tersipu sipu??
    Peguam semua tergelak sebab kebodohan atok mempertahankan Lateehfa koya tu
    Pendedahan polis semasa "merompak" rumah Najib dibuat sebelum pertuduhan dibuat..
    Sekarang kes SRC & 1MDB sedang berjalan, pendedahan bahan yg boleh digunakan sbg bukti yg berkaitan dengan kes tersebut adalah salah dan menghina mahkahmah dan subjudice...
    Atok dan latheefa ni tak faham undang2...yang mereka nak kan ialah "media trial"
    selepas usaha di mahkahmah macam dah tak berhasil...memang pengecut dua org ni...

    sila siarkan komen saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menghina mahkamah?
      Keputusan mahkamah Mana tu? Bila?
      Sejak bila PENDEDAHAN SPRM itu salah sebelum mahkamah putuskan bersalah???
      Najib pun masih belum bersalah, mahkamah belum putuskan..
      So..APA yg kalut sangat dengan pendedahan tersebut???
      Rakyat lebih nak tahu realities..puashati atas pendedahan tersebut...
      Rakyat mengalu ngalukan pendedahan lain...yg tak buat salah Tak perlu bimbang..

      http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2020/01/kudos-to-ag-on-free-speech.html?m=0

      Delete
  7. BSP

    Dalam dunia ini semua orang bodoh. Kau saja faham dan tak bodoh

    I remember a friend who supported a political figure. But when tbis figure was found guilty, he was the first person to depart from, cursed him, insult him etc etc.

    In malaysia i see people like BSP who is living in fantasy full of fictions and falsities. Come a time when he realises his has neen mada a fool... wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. Aku nk tanya. Suruhanjaya Pendedahan Rakaman Malaysia buat pendedahan rakaman tu bertujuan apa? Adakah ia bergunapakai untuk perbicaraan mahkamah? Jika berguna knp dijadikan sebagai pendengaran awam dan bukan di mahkamah? Adakah tujuan SPRM adalah membina persepsi di kalangan rakyat dan bukan betul salah di mahkamah? Persepsi yg terbina di kalangan rakyat antara yg boleh dikutip ialah SPRM bertujuan mengaibkan pihak yg didedahkan. Selain itu ada juga berpendapat pendedahan perbualan pm (masa itu) dgn pembesar negara lain boleh mencetuskan rasa tidak senang negara tersebut. Tidak beretika dan tidak menjaga sensitiviti pemimpin negara asing. Implikasi seterusnya ialah negara lain akan hilang kepercayaan kpd kerajaan Malaysia, pelabur akan angkat kaki dan negara hilang pelaburan. So? Seronok kerana dpt mengaibkan musuh politik kononnya tapi akhirnya rakyat yg akan terima bahananya. Fikir²lah. Otak yg tajam lebih berguna berbanding pisau yg tajam. Fikir masa² mendatang kesan dan akibat.

    ReplyDelete

  9. Mengawasi perbualan secara sulit atau wire-tapping khasnya antara pemimpin adalah realiti kehidupan zaman serba canggih ini.
    Negara-negara kuasa besar dan negara-negara berpengaruh dari segi militari dan ekonomi terutamanya menjadikan taktik ini sebagai salah satu strategi dan senjata mereka.
    Tidak ada pulak kedengaran para pelabur dan ahli perniagaan berbondong-bondong lari keluar dari negara-negara tersebut.
    Dan tiada juga kedengaran trust-deficit dalam kalangan negara-negara tersebut.

    ReplyDelete