Friday, January 10, 2020

LATHEEFA PERLU DI ANGKAT KE JAWATAN YANG LEBIH TINGGI UNTUK MEMBERSIHKAN SEGALA SAKI BAKI DAKI DANOR LENDIR HAPAK

Samada segala kekotoran yang lepas atau kekotoran yang akan datang.. dalam jentera kerajaan atau jentera politik kerajaan..

Jauh lebih cemerlang untuk berfungsi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Pendidikan untuk mendidik anak bangsa benci korup benci pemimpin korup..


3 comments:

  1. Biar dia buat kerja ini dulu. Kerja ini perlukan keberanian dan dedikadi. Latifah Koya memang sesuai buat kerja ini. Semua pengkritknya yg dulu marah dia diangkat jadi Pesuruhjaya SPRM macam Marina Chin, Ambiga to name a few, dah senyap. Mungkin kalau mereka duduk di tempat Latifah, mereka tak berani buat apa yg Latifah buat. Biar Latifah buat kerja ini dulu. Dia masih muda. Kita memang perlukan pemimpin berani dan cekal macam dia.

    ReplyDelete
  2. Mari kita baca apa yg diutarakan oleh penerbit sinar harian. Mungkin ada yg tersinggung namun itulah hakikat yg berlaku sekarang. Di mata pemimpin kerajaan tiada apa yg berlaku atau pura² tak tahu ianya sedang berlaku dan sedang membarah. Minyak sedang dicurah. Bacalah ;

    Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
    Hussamuddin dalam kenyataannya di Shah Alam semalam menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
    Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut.
    SAYA terpanggil untuk memberikan kenyataan ini kerana saya melihat kepada petanda yang tidak sihat sedang berlaku di negara kita. Bila isu hiasan tanglung di sebuah sekolah diprotes dan tujuh orang menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) terpaksa turun ke sekolah untuk mempertahankan tanglung, saya melihat ada sesuatu yang tidak kena. Semasa saya kecil, kita bermain tanglung. Kita beli tanglung dan sambut bersama-sama dengan orang Cina.
    Saya melihat tindakan tujuh menteri turun ke sekolah untuk menyelamatkan tanglung tidak produktif. Ia hanya menyebabkan orang Islam yang tidak benci tanglung sekarang semakin benci dengan tanglung. Mereka boleh bezakan apabila isu jawi diasak oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) dan pemimpin bukan Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu senyap. Ini menyebabkan orang Melayu marah.
    Saya bukan seorang yang cauvinis. Sejarah membuktikan saya dibesarkan dalam kawasan orang Cina. Kawan-kawan saya semua orang Cina, orang bukan Melayu. Saya bersekolah dengan orang bukan Melayu. Jadi saya seorang yang sudah hidup dalam zaman harmoni. Tetapi bila saya lihat keadaan kini, saya rasa wujud pengurusan yang salah oleh kerajaan sekarang. Ia dibawa oleh pengurusan kerajaan yang tidak bagus sebelum ini tetapi tidak ditangani dengan baik oleh pengurusan kerajaan sekarang.
    Saya bukan orang politik, bukan seorang pemimpin. Saya hanya seorang penjual surat khabar dan penjual buku. Kenapa saya terpanggil untuk bercakap isu ini? Sebab dalam aplikasi WhatsApp sudah ada pihak mula pungut nama orang hendak berjihad. Ini sangat bahaya. Dengan apa yang berlaku di Iran dan Iraq, semangat orang Islam sedang membara. Saya rasa semua ini perlu dihentikan.
    Pemimpin kena lakukan sesuatu untuk hentikan semua ini. Jangan biarkan. Kita sudah biarkan isu jawi, isu Dr Zakir Naikselama beberapa bulan. Yang menentang adalah pemimpin dalam kerajaan sendiri. Sedangkan isu jawi kerajaan yang cadangkan. Jadi apa semua ini? Seruan saya kepada semua pemimpin, tolong lakukan tindakan yang tepat dan bukannya tindakan bersifat popular semata-mata.
    Saya tahu saya mengambil risiko yang tinggi. Saya orang kecil tetapi saya sayangkan negara saya. Saya tidak mahu negara saya terbakar kerana orang Melayu sekarang ini sedang meluat dan marah. Bagi saya isu ini remeh. Isu ini kecil. Apa jadi dengan toleransi yang kita bina bertahun-tahun?
    Tetapi sekarang bila timbul isu tiga muka surat untuk memperkenalkan jawi di sekolah dan jawi yang hendak diperkenalkan adalah yang ada dalam logo polis dan wang kertas. Sebenarnya itu cara untuk mengenali negara kita sedangkan wang negara China pun ada jawi. Pengajaran jawi ditentang oleh Dong Zong dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) daripada bukan Islam.

    ReplyDelete
  3. kau ni mabuk ke KD??
    Aduii...masih ada yg tak faham undang2

    ReplyDelete