Wednesday, January 22, 2020

PENDESAK TUN UNDUR KENA BELASAH LAGI TANPA BELAS KASIHAN

'Kaitkan isu lain, tindakan 8 pemuda DAP bodoh, kebudak-budakan': Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Perak, membidas kenyataan lapan pemuda DAP terhadap Syed Saddiq berhubung isu peralihan kuasa.

3 comments:

  1. TOL PLUS dilanjutkan 20 tahun lagi dari tahun 2038 hingga 2058 tapi kadar tol diturun 18%

    TOL PLUS patut mansuh 18 tahun lagi.

    Tapi ditambah 20 tahun menjadi 38 tahun iaitu 111% lebih panjang tempoh.

    Walaupun harga TOL turun 18%, rakyat perlu bayar tempoh 111% lebih lama lagi.

    Ini bermakna ianya bukan pengurangan 18% tapi kenaikan jumlah kutipan TOL sebanyak 73%.

    Dengan bangganya, Pakatan Harapan juga kata kerajaan tak perlu lagi bayar apa-apa pampasan kepada PLUS selepas lanjutkan tempoh TOL.

    Kerajaan jimat RM42 bilion sepanjang tempoh, kata mereka.

    Sebenarnya, kerajaan Pakatan Harapan tahu tak, kalau pampasan itu dibayar, siapa yang akan dapat munafaatnya?

    PLUS 51% milik kerajaan melalui Khazanah dan 49% milik KWSP.

    Oleh itu, segala pampasan yang dibayar mengalir 51% ke kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

    Adakah kerajaan Pakatan Harapan kata kerajaan Pakatan Harapan merupakan beban ataupun pencarum KWSP iaitu rakyat ialah beban?

    Selepas Perdana Menteri ke-4 bersara kali pertama, segala TOL lebuhraya milik PLUS tidak pernah naik selama 15 tahun sejak tahun 2004.

    Kerajaan Barisan Nasional masa DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6 tidak ada masalah untuk membayar pampasan setiap tahun kepada PLUS.

    Kerana ianya beri manfaat kepada pencarum KWSP setelah diambil balik PLUS dari tangan swasta pada tahun 2011.

    Kerajaan Barisan Nasional tak rasa pencarum KWSP adalah beban kerana Rakyat memang kroni kerajaan Barisan Nasional.

    Dengan diskaun 18% tanpa pampasan kerajaan, pendapatan tahunan KWSP dari PLUS juga akan turun 18%.

    Lagipun, sudah 14 tahun pampasan dibayar, cuma ada lagi 18 tahun perlu dibayar.

    Itu bukan masalah.

    Kerajaan Barisan Nasional bina aset dan ianya boleh menjana pendapatan.

    Kerajaan Barisan Nasional tak jual aset yang memberi pulangan baik.

    Dan apabila kerajaan Barisan Nasional ada lebihan dana dalam bajet, plaza TOL akan dimansuhkan satu persatu mengikut kemampuan.


    Contohnya Plaza TOL Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam milik PLUS dan Lebuhraya EDL di Johor yang sudah dimansuhkan.

    Lagipun, jika mahu beri diskaun cuma 18%, tiada keperluan untuk lanjutkan tempoh konsesi TOL.

    Misalnya, skim Rebat TOL Pengguna Kerap 1Malaysia yang diumukan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri dan berjalan selama 5 tahun hingga tahun 2014.

    Ia memberi diskaun 20% kepada pengguna kerap TOL untuk semua lebuhraya - bukan untuk PLUS sahaja

    ReplyDelete
  2. Aset paling berjaya adalah 1mdb...kan? Kerajaan PH kalau ada dana lebihan pun sy yakin tol akan dimansuhkan. Bukan shj tol, malah janji2 dlm manifesto pun akan ditunaikan. Tp pemikiran puak2 tuan ni, bila bercakap bab BN, cukup rasional. Kalau bercakap pasal org lain, mcm org dah x boleh berfikir dah. Perkiraan diskaun 20% adakah sepanjang masa? Atau pasa masa2 tertentu sj? Nak mansuh tol, bukan free. Nak kena bayar lbh kurang 40b. KALAU KERAJAAN PH ADA LEBIHAN DANA DLM BAJET, TOL AKAN DIMANSUHKAN.

    ReplyDelete
  3. Bukan soal 40b..soal berjanji..atau menipu..

    ReplyDelete