Tuesday, January 7, 2020

PENYOKONG TAKSUB HUSAM PRO ANWAR KENA HERDIK DENGAN HADI AWANG..


http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/01/hadi-qaradhawi-pun-kena-tipu-oleh-anwar.html

9 comments:

  1. Mazlee membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.

    Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?

    Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?

    SIAPAKAH GERANGAN BENDAHARA BEDEBAH ITU..!?
    HANG ALJUBORI KAH ATAU RETIS SUAM SUAM KUKU..!?
    PRASAN DIRI PANGLIMA HANG TUAH TAK TAU MALU.!?
    ALAHAI SULTAN MAMAK@KRONI BELASAH SAMPAI LUNYAI KAMU.!?

    kikikiki...!!!

    Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat?

    FORMULAELAKPERASANHEBAT = TEPUK + POP CORN TAMBAH + SUPPORT BMF

    ReplyDelete
  2. Honestly you do not have to use rocket science to prove who is Anwar Ibrahim. Nik Aziz ke, Hadi ke, Harussaini ke Maza ke Qardhawi ke could never clean this man of his tainted image. Of course politic is "dirty"

    ReplyDelete
  3. Sekadar Contoh. Sekali sekala, bukan selalu la maknanya ye tak, sewaktu berkerja, Aku akan Jumpa masaalah yg tak pernah Jumpa, taK pernah kena. Buat mcm2 pun tak Jadi. Cara utk atasi, hubungi kawan2 Yg bersepah Kat bengkel2 Kat mane2 la. Ko pernah kena tak rosak mcm ni. Ade Yg berkongsi, Tapi benda Yg Aku Dah buat. Dlm reramai tU ade Yg bagi maklumat. Ko try call budak ni, Dia biase buat benda ni. Aku kenal budak tu. Masa Kat yon Ming auto dulu, Aku supervisor dia. Dia ni bekas despatch Yg Dah tak larat nak naik moto. Jadi Tukar bidang Jadi pomen. Masa Aku jaga Dia, Dia kerja cuma tukang cuci barang, tukang bukak pasang. Kalau ade trouble shooting Lori, masa tgh bincang 3/4 org, Dia akan kata Abai kan Aku. Anggap aje Aku takde kat sini. Jadi aku call, bila tanya2. Ooo, penah kena. Aku buat ni, buat ni, buat ni. Pasal dia Diletak Kat Bahagian Itu je. Lelama Dia Jadi mahir. Bayangkan Aku yg Dah 20 tahun Lebih jadi Pomen. Terima nasihat Dari org Yg Aku jaga dulu. Dlm berkhidmat tak kira utk ape, Ego nak buang. Berkerja sama. Baru semua masaalah akan Jadi mudah. Kalau la Aku cakap, ape kelas Aku nak Tanya budak bawahan Aku, Aku ni otai la. Aku kena tanya Yg setaraf dgn Aku je. TaK ke mampos Aku masa tu.

    ReplyDelete
  4. Yusuf Al-Qaradhawi? Sesungguhnya dia telah tewas di tangan Tun Mahathir di dalam memahami hikmah ilmu.

    Umat Muslimin di zaman fitnah begitu mudah merasa kagum dengan orang-orang yang kelihatan tinggi ilmu agamanya di mata mereka, tanpa dapat menilai sama ada orang itu benar-benar dapat memahami secara halus dan hikmah sesuatu hukum yang datang melalui ayat-ayat AlQuran.

    Saya tidak mahu membicarakan tentang Yusuf Al-Qaradhawi pada perkara-perkara yang menjadi kontroversi tentang dirinya, sebaliknya hanya kepada satu peristiwa yang jelas menunjukkan sekalipun dia seorang yang tinggi ilmu agamanya secara kasar, tetapi secara halusnya dia seorang yang tidak memiliki hikmah di dalam ilmu.

    Tajuk artikel yang telah dikongsi oleh sdr KD berbunyi "Hadi - Qaradhawi pun kena TIPU oleh ANWAR..!!". Persoalannya bagaimanakah Qaradhawi itu pun boleh kena tipu oleh Anwar? Jawapannya ialah kerana Qaradhawi memiliki ilmu tetapi tidak memiliki hikmah dan demikian dengan ilmu yang kelihatan tinggi di mata manusia itupun, dia boleh tersasar di dalam membuat keputusan.

    Pada tahun 1998, ketika berlakunya keributan Anwar dipecat oleh Dr M di atas dakwaan terlibat dengan aktiviti seks songsang, seluruh negara khususnya bangsa Melayu kebingungan. Anwar yang pada masa itu dikenali sebagai Pak Sheikh, dan dianggap sebagai pemimpin Islam masa hadapan dilihat sebagai 'tidak mungkin' telah terlibat dengan aktiviti yang sedemikian sekali jijiknya pada pandangan majoriti sekalian manusia dan bukan sekadar umat Muslimin semata-mata.

    Bagaimanakah Anwar mendapatkan sokongan Qaradhawi? Jawapannya hanya dengan satu perbualan telefon yang ringkas dan satu helai kertas dengan soalan terbuka, Qaradhawi dengan serta-merta telah menjawab dengan penuh yakin sekalipun tidak secara terang-terangan, tetapi sangat jelas secara innuendo bahawa Anwar tidak bersalah.

    Wah, hebatnya manusia bernama Yusuf Al-Qaradhawi ini yang disangka Ulamak oleh dunia Islam. Dia boleh mengetahui bahawa Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah hanya dengan satu panggilan telefon dan sekeping surat yang difakskan kepadanya, tanpa perlu bercakap dengan sesiapa pun, padahal dia bukanlah seorang Yang Maha Mengetahui dan ilmunya pula amatlah terhad untuk mengetahui segala perkara.

    Dia bukan sahaja langsung tidak bertanya Dr M bahkan terus sahaja membuat kenyataan bahawa Anwar difitnah dan mengaitkannya pula dengan kisah Nabi Yusuf a.s yang telah dipenjara akibat fitnah dan kemudian diberi kemuliaan oleh Allah untuk menjadi Perdana Menteri di negaranya.

    Mengambil kira Anwar tidak mampu berbahasa Arab dan Qaradhawi tidak mampu berbahasa Inggeris, dan Anwar berada di Malaysia sedang Qaradhawi berada di Timur Tengah, maka sudah tentu ia mustahil kedua-dua mereka telah bertemu atau berbincang hati ke hati melalui panggilan telefon.

    Sekiranya saya ditanya, di manakah Anwar punca paling besar Anwar telah memperolehi kekuatan untuk melancarkan gerakan reformasi pada masa itu, maka jawapan saya ialah 'sokongan terbuka lagi padu seorang manusia bernama Yusuf Al-Qaradawi ini.

    Di manakan silap Qaradhawi? Kesilapannya ialah dia tidak memahami secara halus dan hikmah ayat 6 surah Al-Hujurat yang memerintahkan orang-orang beriman supaya menyelidiki sebarang berita yang dibawa oleh seorang fasiq sebelum mengambil apa-apa tindakan berdasarkan berita tersebut.

    Adakah dia tidak memahami secara kasar maksud ayat 8 surah Al-Hujurat sehingga melakukan kesilapan itu? Sudah tentu tidak.

    Sebagai seorang yang berilmu tinggi sudah tentu dia memahami secara kasar maksud ayat tersebut. Walaubagaimanapun tindakannya yang membuat kesimpulan dan keputusan bahawa Anwar difinah tanpa melakukan apa-apa proses tabayyun pun, walaupun sedikit, membuktikan tanpa sebarang keraguan lagi bahawa Yusuf Al-Qaradhawi tidak memiliki ilmu halus dan ilmu hikmah yang wujud pada ayat 8 surah Al-Hujurat.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu ada ilmu halus dan ilmu hikmah ke? Cakap tak serupa bikin.

      Delete
  5. (Sambungan)

    Mari kita bandingkan tindakan Al-Qaradhawi ini dengan tindakan Tun Mahathir sendiri sebelum dia memecat Anwar pada tahun 1998.

    Apabila Tun M menerima aduan bahawa timbalannya itu seorang pengamal seks songsang, pada awalnya Tun menolak dan menganggap itu hanyalah fitnah.

    Walaubagaimanapun apabila angin yang membawa khabar ini semakin laju tiupannya, Tun telah membuat siasatan dengan memanggil beberapa individu untuk ditemuramah dan selepas itu mendapatkan laporan cawnagan khas dan berpuas hati bahawa Anwar memang seorang pengamal seks songsang, Tun telah bersemuka dengan Anwar dan memintanya turun dengan terhormat, atau sekiranya dia enggan, Tun akan perlu memecatnya dan memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Anwar dipecat.

    Jelas sekali, sebelum membuat keputusan yang begitu penting, Tun telah bertabayyun dan melaksanakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat 8 surah Al-Hujurat.

    Di antara Tun dan Qaradhawi amat jelas sekali, Tun, sekalipun tidak bergelar Ulamak, ustaz dan bahkan dicaci dengan berbagai celaan konon dia seorang yang tidak mengamalkan agamanya, telah memahami secara hikmah dan halus ayat 8 surah Al-Hujurat berbanding Qaradhawi yang jelas telah melanggarnya.

    Itu kisah 20 tahun lepas, mari kita lihat pula apa yang berlaku di dalam tempoh lebih 20 tahun berikutnya.

    Tun yang telah digambarkan sebagai zalim dan kejam kerana memecat Anwar akibat fitnah terus kekal dipilih untuk menjadi PM sehingga habis penggal dan menang satu penggal lagi selepas itu. Selepas bersara sebagai PM-4, Tun kembali sebagai PM-7.

    Anwar pula telah disabitkan dengan kes salah guna kuasa untuk menutup aktiviti liwatnya di bawah Liwat 1, sabit kesalahan meliwat di bawah Liwat 2 dan kini sedang menghadapi Liwat 3 (belum liwat, hanya penggunaan kekerasan bagi tujuan mencabul secara seksual).

    Kisah Nabi Yusuf a.s seorang Bani Israel yang menjadi Perdana Menteri di negaranya selepas dibersihkan daripada fitnah, yang dibawakan oleh Yusuf Al-Qaradhawi seorang Bani Arab untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar bukan sahaja tidak menjadi, bahkan Anwar kini dikaitkan pula dengan seorang Yusuf Rawther, Bani Melayu @ Mamu oleh tuduhan yang sama yang pernah dibela oleh si Yusuf Arab dengan menggunakan kisah Yusuf a.s Bani Israel.

    Itu kisah Anwar dan Qaradhawi. Ini pula kisah si Mahaguru yang membuat kenyataan bahawa 'Qaradhawi pun telah ditipu Anwar".

    Pada tahun 1998, Mahaguru ini masih berpegang kepada fatwa-fatwa yang dibuatnya. Di antaranya :-

    1. UMNO kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah. Mati menentang UMNO adalah syahid.

    2. UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hukuman hudud dan hudud adalah prasyarat sebuah negara untuk menjadi negara Islam.

    Di antara tempoh 1998 sehingga kini, Mahaguru telah berkali-kali menukar fatwanya tanpa perubahan kepada sebarang input. Di antaranya :-

    1. Haram undi UMNO sampai kiamat wajib undi DAP, kemudian haram mengundi DAP dan boleh mengundi UMNO.

    2. Huduh hanyalah 0.001% daripada hukum Islam.

    3. Ibarat percampuran UMNO dengan MCA adalah seperti sekawah daging kambing yang di dalamnya ada seketul daging babi.

    4. Hudud tak perlu, yang perlu pindaan RUU355. Tapi usaha untuk meminda tidak dibuat di Parlimen, dan memadai dibuat di padang.

    5. Boleh bersekutu dengan UMNO atas nama Penyatuan Ummah, dan boleh pula bersekutu dengan MCA di atas nama 'Muafakat Nasional'.

    Di manakah Mahaguru akhirnya kantoi sebagai seorang pembelit? Ia berlaku di PRK Tanjung Piai apabila seorang penyokong PAS bertanya kenapa fatwanya berubah-ubah dan jawapannya ialah 'dalam politik tak boleh kaku, kena ikut keadaan' dan mengesahkan bahawa PAS bukan jemaah Islam melainkan hanya satu jemaah yang menunggang agama.

    Ketika tempoh permainan menghampiri hujungnya, semakin kelihatan Tun M dan pasukannya yang bakal mencheckmate kesemua pemain lain serentak.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan : ayat 6 surah al-hujurat dan bukan ayat 8.

      Delete
  6. jon doe nnpk pandai hadis daif jadi panduan.... ko tunggu komen ako yee...

    kikikikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra JD belum pernah terdesak kebuntuan hingga tergamak memaki carut.

      Look idiot, your horrendous Manglish is full load of rubbish, Kejora. Henceforth, I’ll make it plain & simple bahasa Melayu befitting your typical ulu Malay education….

      Kau menderita begitu teruk sekali bagai mati beragan cakap sorang2 sampai2 memaki mencarut membogelkan diri sendiri betapa rendahnya tahap akhlak, asuhan & pendidikan angkawww.

      Tulahh….ajak jumpa tak mau, asyik melalut sebab takut.

      Mana tarikh & masa di JB untuk kita setelkan perkara once and for all, hmmmm……??

      Delete