Tuesday, February 25, 2020

TOLAK MUDARAT YANG PALING BESAR

Pilihan

1. Sokong umno+pas..
2. Sokong apa sahaja tindakan Tun..
3. Tolak apa sahaja yang melibatkan DAP sebahagian kerajaan..
Total mudarat yang paling besar

Siapa sahaja PM, walaupun kerajaan Perpaduan jika melibatkan DAP ia cukup merbahaya kerana mereka mempunyai kerusi terbanyak yang AKAN mempengaruhi keputusan.
Tunjuk "baik" sekarang tetapi sedia "zalim" dan "menindas" apabila air keruh.

APA yg terjadi kepada kes seumpama LTTE adalah contoh terbaik..
Pemimpin MELAYU akhirnya akan "dibeli" secara murah dan lelong.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/02/25/ppbm-youth-will-not-work-with-umno-says-syed-saddiq/


8 comments:

  1. 1. Situasi sekarang DITELAN MATI EMAK DILUAH MATI BAPAK...But it jas a silver lining

    2. On one side a group of thieves and religious peddlars and the other is perceived as chauvinist and racialist group

    3. Would this be the mother of all battles, the grand finale John Doe keeps on forewarning?

    Personally I leave it to the Old Wliy Fox @ Grand Old Statesman. My only fear is TDM resigns permanently. And the country would just be ruined by power crazy politicians. No peace.

    Allah forbids

    ReplyDelete
  2. We will not see the end of power grabbing even after a new government is chosen .

    ReplyDelete
  3. Agar Allah melindungi Malaysia Dr org2 yg gilakan kuasa.
    Sekiranya mereka sedar yg setiap pemimpin itu ada amanah Dan tanggungjwb yg akn dipersoalkan diakhirat, mereka tidak akan berebut utk berkuasa.

    ReplyDelete
  4. abah pilih yg no 3... sbb mudaratnya lbh dashyat

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya UMNO tak Ikhlas keutamaan mereka bukan setakat DAP, tapi mereka juga mahu jawatan menteri wajib di tentukan oleh parti bukan PM tentukan.. Bermakna PM wajib akur kalau 7 penyamun dan pencuri harta rakyat yg masih MP wajib juga ada jawatan.. Alasan DAP hanya utk menipu orang melayu kerana kalau kita utama kan negara hal DAP ini boleh di kawal sekiranya kerajaan melibatkan semua parti di ujudkan di tambah pula dgn kebijaksanaan Tun M utk mengurus.. Tapi oleh kerana mengutamakan pemimpin x2 mungkar yg terlibat perbicaraan kes makamah Tun M tak boleh terima dan UMNO pun terkantoi tapi guna alasan DAP.. Sebenarnya pada hari sabtu lepas kalau ikut perancangan awal Tun M tiada masalah sekiranya berkerjasama dgn UMNO, Pas, GPS, warisan.. Tampa DAP dan PKR blok Anuar..

    Tapi disebabkan UMNO telah di hijack oleh kumpulan penyamun dan penyangak iaitu Zahid Hamidi, Najib, ku nan dll.. Bukan Hishamuddin dan Tok Mat maka Tun M terpaksa tarik diri.. Kemudian kumpulan penyamun ini buat syarat segala bagai terutama menuntut jawatan tinggi kebinet. Jadi mereka ada agenda jahat bukan demi bangsa dan negara jauh sekali kerana DAP..

    Tun M tak boleh menerima kumpulan ini malah Rasulullah sendiri berkata sekiranya anak nya Fatimah mencuri dia sendiri akan potong tangan kerana tidak boleh menerima kemungkaran.. Apatah lagi kalau mencuri dan menyamun harta rakyat secara tidak langsung sudah melakukan kemungkaran dan kezaliman

    Jadi Tun M terpaksa dgn plan lain demi menyelamatkan negara.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan pendapat Tun bahawa dia tidak boleh bekerjasama dengan UmNO yang telah ditolak oleh rakyat.

    Setuju juga dengan keputusan ARMADA yang tidak mahu bekerjasama dengan UmNO yang mencuri. UmNO telah berlaku khianat besar di semasa negara berPMkan Najib.

    Yang paling penting ialah UmNO adalah jemaah Kaum Yang Berpaling.

    Tapi itu tidak bermakna Tun atau PPBM tidak boleh dan tidak sepatutnya bekerjasama dengan mana-mana ahli parlimen daripada UmNO di atas kapasiti peribadi mereka sebagai ahli parlimen.

    Seorang general yang baik akan menggunakan tentera-tenteranya mengikut kekuatan masing-masing tetapi masih boleh mengawal mereka.

    Tun telah buktikan dia mampu mengawal DAP, kecuali beberapa orang. Setakat yang berlaku sikit-sikit tidaklah membawa kesan yang sampai mengubah apa-apa kedudukan istimewa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

    Saya tidak akan berpendirian 'tolak segalanya tentang DAP', dan saya tidak berpendirian 'sokong segalanya tentang DAP'. Setiap kes dan setiap situasi patut dinilai berdasarkan fakta dan situasi masing-masing. Sdr KD sebagai seorang pengamal undang-undang sudah tentu turut terlatih dengan kefahaman sebegini.

    UmNO sebagai jemaah Kaum Yang Berpaling dan PAS sebagai jemaah penunggang agama adalah bahaya yang lebih besar daripada DAP.

    Saya kira majoriti orang Islam yang bekerja dengan DAP tidak akan merasa mahupun terfikir bahawa DAP adalah sebagai sebahagian daripada Islam, tetapi DAP sebagai satu bahagian di dalam negara ini di kalangan orang-orang bukan Islam yang diperlukan di dalam pentabiran negara kerana mereka memiliki mandat yang kuat daripada golongan bukan Islam di negara ini.

    Sekiranya tidak dapat menyerap perkara ini, maka tanyalah Mufti Pulau Pinang atau Imam Masjid Negeri Pulau Pinang atau Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang atau Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan bahkan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang sendiri sama ada kerjasama dan bahkan khidmat mereka di dalam kerjaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP disebabkan keadaan yang memerlukan membuatkan mereka merasa DAP adalah sebahagian daripada Islam atau ia telah membuatkan mereka menjadi kurang Melayu dan kurang Islam berbanding orang-orang Melayu Islam yang lain.

    Sebaliknya ramai di kalangan orang Islam yang menyokong PAS menyangka bahawa sokong PAS bermaksud menyokong Islam dan menentang PAS bermaksud menentang Islam. Fikrah ini lebih berbahaya daripada bekerjasama dengan DAP di atas keperluan.

    Kini fikrah yang sama dikongsi oleh penyokong UmNO yang bingung. Menyokong UmNO dianggap menyokong Melayu Islam dan tidak menyokong UmNO dianggap tidak menyokong Melayu Islam. Fikrah ini juga bahaya kepada pemikiran orang-orang Melayu Islam. Mereka tidak tahu bahawa UmNO adalah jemaah kleptokrasi dan kleptokrasi adalah satu kejahatan yang membuatkan umat-umat dahulukala dibinasakan, dan demikian malapetaka kleptokrasi adalah lebih besar.

    Di antara 3 pilihan di atas, saya memilih pilihan kedua iaitu setuju dengan apa sahaja keputusan Tun kerana Tun sebagai seorang ahli hikmah akan dapat menilai sehalus-halusnya dan keluar dengan keputusan yang betul dan terbaik di dalam situasi dan keadaan yang berlaku.

    Apapun, kabinet Tun kali ini bukan lagi kabinet kerajaan PH yang di dalamnya ada DAP, PKR dan PAN, dan bukan juga kabinet Perikatan Nasional yang di dalamnya ada UmNO, PAS, MCA dan MIC. Ia adalah kabinet Ta-Mim dan tiada lagi sebarang kaitan dengan semua parti-parti politik tersebut. Tiada sesiapa yang boleh menyertai kerajaan Ta-Mim dengan membawa aspirasi parti masing-masing.

    Kerajaan Ta-Mim adalah Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Ta-Mim adalah kerajaan For All. Bersetuju dengan kerajaan Ta-Mim bermaksud mahu bergerak ke hadapan dengan aspirasi yang sama, dan bukan terikat dengan sebarang nostalgia mahupun trauma masa lepas baik semasa kerajaan BN mahupun semasa kerajaan PH.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Saya dah cakap, samada TDM sayang DAP lebih daripada sayang saudara dia... terpulang sebab saya 'nampak' 2 keadaan nanti. Baik dan buruk.
    Saya dah cakap, jangan cucu cicit kencing kubur nanti.
    Saya dah cakap dan bagi hint2 sebaik usai PRU14 hingga terkini di blog KD (kebanyakannya), kemungkinan2 yg akan berlaku. Semua apa yg saya 'nampak' mengikut naluri saya saya cakap secara tersirat di blog KD.
    Saya juga pernah cakap antaranya "SAYA MERASA HIBA BILA MENGENANGKAN AKHIR HAYAT TDM" -jika kemungkinan ini benar terjadi, saya boleh faham sekarang PILIHAN APA yang TDM akan buat.
    Harap2 ALLAH balikkan perkara ini kepada yang lebih baik supaya TDM pergi dengan tenang dan akan dikenang sebagai penyelamat dan perwira kepada semua anak bangsanya.

    ReplyDelete
  8. Saya juga dah cakap dalam blog KD sebaik usai PRU14, saya berharap hanya ada dua blok iaitu pemerintah dan pembangkang di mana dalam isinya semua parti anak bangsa bernaung dan berteduh tanpa mengira parti cap apa (bukan macam sekarang, semua berpecah-pecah ikut kepartian). Siap saya cakap, kedudukannya jawatan dan organisasinya macam mana dari peringkat pusat, negeri hingga daerah.

    Semuanya hampir terjadi dan adakah bakal terjadi? Wallahuaklam.

    ** saya cakap dengan kawan2, Pak lah akan jadik PM, kawan2 ketawa terbahak2...**

    **saya cakap dengan kawan dan di blog (mana saya lupa), Najib jadik PM sepenggal je (sebaik usai PU13 semasa dtg kerja dan tgk muka dia dalam paper Utusan Malaysia, say renung dan berkata dalam hati - sepenggal je"... **

    ** saya dah cakap di blog helen ang dulu Najib akan dijatuhkan oleh orang melayu sendiri**

    ** saya dah cakap TSMy akan dibuang UMNO- ada pengomen di blog KD mengejek dan ketawa **

    banyak yg saya "cakap2" - hanya ALLAH Maha Mengetahui samada naluri hati saya betul atau tidak.

    Waallahuaklam...


    ReplyDelete