Saturday, February 29, 2020

ALANGKAH LEBIH BAIK PERTIKAIAN POLITIK (SIAPA PM8) DITANGANI SECARA BIJAKSANA DENGAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH DITANGGUH

Melihat kepada ada PERTIKAIAN kecil dan teknikal dari segi angka berhubung PM8 yang jika tidak DITANGANI sekarang skan terus menjadi isu BERTERUSAN ke Dewan Rakyat, pentas dan forum politik yang hanya menggangu kestabilan politik dan ekonomi yang tidak menentu.

Ada baiknya di tangani dahulu secara perundangan dan perlembagaan dengan satu pihak perlu akur selepas melalui proses semakan semula.

Selain dari angka, ISU kuasa mutlak ada pada siapa di dalam BERSATU?

Tun letak jawatan Pengerusi... BERSATU tolak PERLETAKAN jawatan?
Ini tersebar luas di media sosial?

Bukankah kah Tun ada mempengerusikan satu mesyuarat BERSATU di Yayasan Bukhary dan meninggalkan majlis tersebut untuk kebebasan perdebatan?


Kemudian bila jadi ISU, Muhyiddin menyatakan ia  memangku jawatan Pengerusi?
Setengah jam selepas pengakuan Muhyiddin. Setiausaha Agung BERSATU menafikan..

Dalam hal ini rakyat perlu berkecuali dan penyokong perlu bertenang.

Semua SD wajar DIBUBARKAN Dan satu SD baru dibuat semula bagi kesahihan sebenar angka.

Ampun Tuanku.


# sebaik baik akhlak Muhyiddin perlu rasa bersalah kerana mengkhianati perjuangan Tun dan BERSATU, tarik diri sebelum terlambat.

Dari segi perundangan ada kelebihan pada Muhyiddin, klik: https://malaysiagazette.com/2020/03/01/dakwaan-ph-ada-114-kerusi-hanya-sia-sia/

.

36 comments:

  1. Plak dah...semalam KD kata tun baik jadi pengerusi Bersatu saja kerana disekeliling tun ada mudarat sangat besar...Kunun Tun akan gagal undi tak percaya pada 9 mac nanti...

    Hari ni lain plak bila Tun tunjukkan kekuatan dgn bukti sokongan majoriti mp2..... nada KD sudah berubah...

    Anwar membantu Tun secara bersungguh2...

    ReplyDelete
  2. Muyudin menolak Tun sebagai pengerusi....tu pasal dia cakap dia memangku pengerusi kerana dia presiden dan pengerusi berkuasa keatas dasar dan keputusan Bersatu...

    Jadi Tun dan penyokong2 dah kena cari parti lain....

    Bersatu dikuasai oleh penderhaka...

    Kumpulan muyiden kumpulan katak puru umno dan kumpulan Azmin...

    ReplyDelete
  3. Ada baiknye muyiden menarik diri...azmin sudah ada rekod licik jolok menjolok...

    Muyiden takkan selamat....azmin akan jolok muyiden untuk naik...Bersatu dan politik malaysia akan bergolak...pergolakan perebutan kuasa sekarang hanye dlm parti Bersatu yg beri kesan kpd negara....kemelut perebutan antara parti sudah tamat...

    Muyudin mintak maap dgn Tun dan buang azmin pakar jolok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika semua MP BERSATU sokong SEMULA Tun + dari MP UMNO membuat SD baru kerajaan 2/3 majoriti mampu ujud dengan BERSATU dominant.

      Selepas APEC, Tun serahkan jawatan PM kepada Muhyiddin.

      Delete
    2. boleh caya lagi ke dengan org tua ni??

      Delete
    3. Hahaha...angan2 mudah...why not Tun dan Bersatu masuk umno...gabong dgn pas sekali...formula Tun Razak tubuh BN untuk dominasi melayu..

      Delete
    4. Dapat 2/3 pon tak berguna jika ada pakar jolok dan penderhaka....perebutan pergeseran dan jatuh menjatuh tetap akan berlaku...

      Muyiden dan azmin sudah tunjukkan sifat tidak setia kpd tun...madey 2 kali selamatkan tun...

      Delete
    5. Ada kewajaran kukuh pendapat sdra KD untuk dipertimbangkan.

      Delete
  4. Muyiden blm angkat sumpah Nik Abduh sudah luah kegembiraan...arwah Nik Aziz mulakan langkah bersama pembangkang ...Hj Hadi teruskan dgn penyamun dan penderhaka...

    Nik Abduh: Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi negeri pembangkang
    29 Feb 2020, 10:45 malam (Dikemaskini 29 Feb 2020, 10:45 malam)
    Berita
    A A
    Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi sebuah negeri pembangkang, kata Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

    Menurutnya, pada tahun 1990 bekas menteri besar Kelantan yang juga ayahandanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan langkah di negeri itu.

    Kini katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula "menyampaikan" Kelantan ke Putrajaya

    ReplyDelete
  5. Bubarkan aje parlimen, buat pilihanraya. Dan kalau keputusannya nanti masih juga tak jelas siapa dpt majoriti, buat lagi, dan lagi, dan lagi sampai negara ni bankrap.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju setuju..hihihihh biar sampai bankrap

      Delete
    2. Dan lagi dan lagi sampai abang jamil kojol

      Delete
  6. Hidup 3M
    Syabas TM1 dan TM2

    ReplyDelete
  7. Dulu masa pru14, kita beriya2 nak jatuhkan ketua kleptokrat dan penyamun2 tarbus dan pedagang agama. Alhamdilillah kita berjaya.

    Pursuant to sheraton move TDM resigned as PM and chairman of Bersatu. His resignation as chairman was rejectec and later YDM agreed to come back.

    Tup tup...Mujyiddin mak berkuasa dengan berkongsi dengan meteka2 yang gi gelar ahli2 penyamun yarbus yang dia sendiri jatuhkan....pelik tapi benar.

    KD betul kata kalau all malay muslims and bumiputera solidly stay behind mahathir DAP is irrelevant. But gila kuasa .... the country is thrown in a quaqmire....

    ReplyDelete
  8. Selepas PKR+DAP+PAN termasuklah blogger Shahbudin membelasah Tun Mahathir untuk turun dan letak jawatan PM dan dia benar-benar turun, maka jatuhlah kerajaan PH.

    Di dalam keadaan tersebut TSMY telah termakan umpan UmNO yang mahu kembali berkuasa dan PAS yang mahu merasai kuasa di pusat.

    Kini TSMY akan dilantik menjadi PM-8 dan UmNO-PAS kelihatan akan kembali berkuasa melalui TSMY.

    Bukti paling jelas bahawa sekiranya Tun telah menerima cadangan kerajaan Perikatan Nasional, maka korang tetap jadi pembangkang semula sedang Tun akan kekal PM. Bukti jelas bahawa jawatan PM bukanlah sesuatu yang didambakan oleh Tun sebagaimana Peliwat mendambakannya dan kini terbukti bahawa TSMY juga mendambakannya.

    Kini PKR+DAP+PAN terpaksa merayu Tun untuk kembali kerana tidak mahu melihat UmNO dan PAS kembali berkuasa.

    Hanya beberapa hari lepas kalian semua termasuk blogger Shahbudin memaki hamun dia dengan teruk, menuduh dia tokoh pengkhianat negara dan sebagainya, kini kalian semua yang melutut kepadanya mahukan dia menjadi PM. Masih mahu nafikan bahawa ahli-ahli parlimen PKR+DAP+PAN memang memerlukan Tun untuk menjadi sebahagian kerajaan.

    Apa? Peliwat mahu selamatkan Tun sekali lagi? Kah kah kah. Sembang karilah. Selamatkan Tun daripada apa? Daripada kehilangan kerusi PM ka? Woooi, jangan buat-buat lupa yang Tun sendiri resign daripada kerusi PM, jadi dia tidak perlu diselamatkan daripada dijatuhkan kerana dia sendiri yang telah turun. Seseorang yang meletakkan jawatan tidak perlu diselamatkan daripada kehilangan jawatan itu kerana dia sendiri yang turun.

    Tun mahu diselamatkan daripada apa? Daripada kegagalan menjadi PM ka? Dia telah menjadi PM selama 2 dekad, PM 2 abad Masihi yang berlainan, PM 2 pasukan dan PM Interim. Apa korang ingat dia masih hadap jawatan PM tu untuk dirinya sendiri ka?

    Terimalah hakikat bahawa Peliwat terpaksa merayu Tun kembali sebab Peliwat melihat Tun sebagai pintu terakhirnya untuk cuba menjadi PM selepas segala konar baringnya selama 20 tahun gagal menjadikannya PM.

    Ingat, Tun tidak dikalahkan oleh TSMY kerana Tun yang turun dengan rela hati selepas kecewa dengan banyak pihak termasuklah PKR-DAP+PAN yang tidak tahu berterima kasih dapat menjadi kerajaan di bawah pimpinan Tun dan sebahagian PPBM yang mahu bekerjasama dengan UmNO walaupun UmNO telah ditolak oleh rakyat.

    Kini YB2 PKR+DAP+PAN yang dulu menekan mahukan Tun turun telah datang merayu kepadanya supaya selamatkan keadaan.

    Tun, sebagai penyelamat bangsa, agama dan negara pasti akan kembali. Dia tidak perlu selamatkan negara ini daripada berPMkan TSMY kerana TSMY bukan seorang peliwat tetapi dia benar-benar perlu selamatkan negara ini daripada UmNO dan PAS daripada berada di dalam kerajaan pusat.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  9. (Sambungan)

    Saya berkeyakinan penuh salah satu di antara dua perkara berikut akan berlaku :-.

    1. TSMY tak sempat angkat sumpah sbg PM apabila YDPA tersedar bahawa TSMY telah menipu dengan memasukkan 6 ahli parlimen PPBM yang tidak menyokongnya di dalam senarai orang-orang yang menyokongnya menjadi PM.

    2. TSMY sempat mengangkat sumpah jawatan tetapi akan tumbang di tangan Tun apabila pertempuran di antara keduanya berlaku, dan TSMY takkan sempat menubuhkan kerajaan yang di dalamnya ada jemaah penyamun yang khianat dan penunggang agama.

    Diulangi; sekiranya TSMY benar-benar sempat mengangkat sumpah jawatan PM, dia tidaklah menewaskan Tun M kerana Tun yang letak jawatan. Sebaliknya pertempuran di antara Tun dan TSMY akan berlaku sebagaimana Tun telah bertempur dengan Najib ketika Najib sedang memegang jawatan dan Tun telah muncul pemenang.

    Sekiranya TSMY benar-benar berjaya mengangkat sumpah sbg PM, maka ia akan membenarkan perkara-perkara berikut yang selalu saya katakan:-

    1. Peliwat takkan jadi PM-8

    2. PM berikutnya selepas Tun adalah daripada PPBM dan bukan PKR.

    Dan kesimpulan daripada kejadian ini adalah seperti berikut :-

    1. TSMY mengangkat sumpah jawatan PM bukan satu malapetaka bagi agama bangsa dan negara. Sebaliknya Peliwat mengangkat sumpah jawatan PM itu benar-benar adalah malapetaka bagi negara.

    2. Yang menjadi malapetaka ialah sekiranya UmNO kembali bekuasa di pusat dan PAS mendapat kuasa di pusat.

    Sekiranya Tun tidak dapat menghalang TSMY mengangkat sumpah jawatan PM itu tidak mengapa kerana TSMY bukan seorang peliwat, dan ia belum menjadi malapetaka untuk bangsa dan negara.

    Walaubagaimanapun dengan izin Allah, Tun akan berjaya menghalang UmNO kembali berkuasa di pusat dan PAS merasai kuasa di pusat dan mengelakkan negara ini ditimpa malapetaka.

    Masa akan memberikan jawapannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. Perang klimaks dan checkmate...

    jon doe sllu klaim.mcm tu


    akhirnya Tun klimaks fan chakmate diri dia balik...


    padan muko....!!!

    PERANG KLIMAKS ITU YANG DIJAJA
    CHAEKMATE SANA CHECKMATE SINI
    KAU YANG MULAKAN KAU AKHIRKAN NYA
    AKHIRNYA AToK CKECKMAT JUBO SINDRI


    SUDAH SUDAH LA TU MAHACAI SEKELIAN
    MASA KEMPEN BUY MUSLIM DILANCARKAN
    MASA TERBAEKAJAR SI SEPET INI SEKARANG
    GUD BYE ATOK KRONI ANAK CUCU TANGKAP KELIAN


    FormulaTepokTangan = BMF + Pop Corn Tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah.

      Tun memiliki 114 sedang TSMY memiliki 108.

      Pemilihan TSMY sbg PM-8 menyalahi rule of law. Itu jelas.

      Perang klimaks sebenarnya semakin dekat untuk berlaku. Hehehe...

      Delete
    2. You're absolutely right, bro JD.

      I'm beginning to question why the sudden rush and haste for the appointment of TSMY as PM - mind you on non working Sunday....???

      Delete
  11. Macam ni.

    TSMY kata dia ada 114.
    Tun juga kata dia ada 114.

    Maka totalnya akan jadi 228, sedangkan jumlah ahli parlimen ialah 222. Maka angka yang menjadi tipudaya itu adalah 6. Angka 6 adalah kata kuncinya. Di manakah angka ini berada?

    Angka ini berada pada 6 orang ahli PPBM yang menyokong Tun berbanding TSMY untuk jawatan PM, tetapi TSMY telah memberikan nama mereka semua secara en blok kepada Agong termasuklah 6 orang ahli PPBM yang tidak menyokong TSMY sebaliknya menyokong Tun iaitulah :-

    1. Tun Mahathir - Langkawi
    2. YB Mukhriz Mahatir - Jerlun
    3. YB Mazlee Malek -YB Simpang Renggam
    4. YB Amiruddin Hamzah - Kubang Pasu
    5. YB Syed Saddiq - Muar
    6. YB Eddin Syazli - Kuala Pilah.

    Kesimpulan :-

    1. TSMY seorang yang tidak jujur dan telah melakukan tipudaya ke atas Agong.

    2. PPBM tetap jemaah yang menjadi 'The King Maker'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu dh pecah jadi Berdua. Checkmate parti sendiri nampak..
      Hahahaha

      Delete
    2. SIARAN LANGSUNG ASTRO AWANI SIDANG MEDIA KHAS TUN M DI YAYASAN AL BUKHARY PADA AHAD, 1 MAC 2020 JAM 9:30 PAGI.

      Syabas bro JD - Tulisan sdra menepati 100% luahan/penjelasan ayahanda Tun Mahathir.

      Menakjubkan - pada usia lanjut 95 tahun ketika dikhianati, Tun M kelihatan begitu gagah, kuat, cerdas serta tenang sambil sentiasa tersenyum.

      Saya dah mula meragukan keikhlasan TSMY.

      Drama belum tamat......perjuangan akan diteruskan selagi hayat dikandung badan. Itulah semangat juang seorang Tokoh sejati......!!

      Delete
    3. Podah..kalau tsmy angkat sumpah..baik ko terjun dari klcc yg atok buat guna duit petronas..

      Delete
    4. John Doe...itulah masalah kau...Baca info pun hanya dari satu sumber..
      Buatlah sikit kerja rumah....
      Pada siangnya selepas Muhyiddin diumum jadi PM,
      Jeffery kitingan dan Mazlee Malik berada di rumah TSMY....dia mneyokong TSMY
      Tapi bila malam, tiba2 nama 2 org ni ada dalam list Atok kau...
      Ada 2 MP yg tak pernah bagi SD kepada Atok, tiba2 nama dia pun ada dlm list Atok kau malam tu....
      Ada lagi 2 MP dari sabah/sarawak pun mengalami nasib yg sama...
      Atok cuba menipu....Takkanlah pagi ni Agong nak interview sekali lagi sorang2 MP tu??? Padahal keputusan dah dibuat....
      Kalau Agong nak bagi kpd Tun, tiba2 Muhyiddin pun kata dia ada 114, so nak buat macam mana?...aduii...MP2 ni dan PM interim ni tak berfirkir panjang...Agong very smart...
      Dia tahu hak dia.....dia dah bagi pelunag seminggu....dah interview....dah tanya ketua parti....now, he has to make a keputusan mengikut hemat dia siapa yg dapat undi majoriti..
      MP ni pulak sokongan berubah-rubah....tak ada pendirian
      Sekejap Tun, Anwar, Mauyuddin, Tun balik....hampeh meereka ni..
      Pagi lain, mlm lain
      Hari ni lain, esok lain...

      KD, pls la siarkan....

      Fikirlah sikit...

      Pls jgn nak salahkan sesiapa....Semuanya Allah dah tetapkan
      Pls move on..
      Kalau tak suka, buatlah undi tak percaya masa sidang parlimen nanti...
      Ada berani???

      Delete
    5. jon doe bodo.. tu je aku boleh cakap . taksub tun keterlalun .. buat cerita tahyol . dah gila jon doe ni...

      Delete
  12. Majlis angkat sumpah PM8 adalah atas titah perintah YDP Agong. Negara tidak boleh terlalu lama tiada kerajaan. Jika tarikh dan masa sudah dalam perkenan Tuanku, kenapa perlu disailang pulak ni KD? Adakah titah tuanku ini perlu ambil kira pertikaian dalam parti Bersatu? Adakah negara ini hanya kepunyaan Bersatu maka pertikaian dalam Bersatu perlu diambil pertimbangan utama oleh Agong? Masa beberapa hari yang diberi tempohari masih belum selesai gaduh? Hormatilah titah perintah Agong kerana tindak tanduk baginda dalam menyelesaikan kemelut politik ini sudah mengambil kira segenap aspek. Adakah KD beranggapan Agong membuat keputusan secara tidak cermat?

    ReplyDelete
  13. JOM KEMPEN BUY MUSLIM PRODUCT (BMF) YANG LAIN TU MAHACAI BOLEH SALAHKAN TUN MAHATHIR..!!

    Cybertropper akan menyarang... tapi jangan lupa printscreen kita boleh lantik Hanifa Maiden cari sampai lubang cacing.

    Yang paling bodoh shingga sakit perut aku gelak ialah Mahathhir baik-baik jadi PM kemudian letak jawatan.. Lepas sibuk nak beli MP nak jadi PM..

    Sangat pelik di Kedah, Johor dan PERAK BERSATU boleh duduk dengan umno Dan PH Demi rakyat tetapi di Pusat Tun tolak..

    PERANG KLIMAKS ITU MAHACAI JAJA
    CHAEKMATE SANA CHECKMATE SINI
    ATOK YG MULAKAN ATOK AKHIRKAN NYA
    AKHIRNYA ATOK TER'CKECKMAT' JUBO SINDRI

    Agak-agak kalau kita kena buang kerja oleh BOSS yang tak bertanggungjawab..nak sokong dan kerja semula ke dengan dia..Tak takut kena buang kerja kali ke dua pulak ke..agak-agak perkara ni boleh berlaku tak..."LEPAS KENA BUANG ATAU PECAT".. "KERJA BALIK".. pastu "KENA BUANG ATAU PECAT SEMULA"..PH

    Tak peliknye...Tun nak control habis mcm raja..dah tua renta nyanyuk elok beramboss..!!

    Di Kedah, ank atok harus terhutang budi dgn pkr,amanah & dap kerana tak perlu kosongkan Sri Mentaloon. Mcm katun kan? Kel

    Melayu boleh faham motif PH-DAP yang agak 'berlembut" dengan Mahathir walau pun PH telah self-destruct akibat Mahathir dan mereka sendiri.

    1. PH-DAP akan jual nama Mahathir untuk 'mengumpan' pengundi-pengundi Melayu jika parlimen dibubarkan dan diadakan PRU15. Jika berjaya pada PRU14, apa salahnya jika dipakai untuk PRU15 ini.

    2. PH-DAP amat mengharap pengundi-pengundi Melayu terlupa janji-janji palsu, betapa bongkak rasisnya puak DAP dan bagi undi simpati.
    Anwar Bakal PM sampai mati

    Najib dan Zahid akan dibicara secara adil
    Aku terfikir mungkikah itu sumpah laknat Najib atau doa Ustaz Fadhil Noor..!!??

    Apa pun lega sikit setelah 20 tahu 2 pimpinan ini membuat rakyat sesangsara

    SUDAH SUDAH LA TU MAHACAI BODOH SEKELIAN
    MASA TERBAEK KEMPEN BUY MUSLIM DILANCARKAN
    MASA TERBAEK KASI AJAR MATA SEPET INI SEKARANG
    GUD BYE ATOK KRONI ANAK CUCU TANGKAP KELIAN
    BUY MUSLIM PRODUCT AYOH JIHAD EKONOMI MULAKAN..!!

    Harap tidak ada yang terpedaya dengan PH-DAP sekali lagi. Jangan lupa dan kita ingatkan yang lain!

    FORMULATURUNHAGA = BMF + HAAHH TEPOKK

    ReplyDelete
  14. Tsm khianat tun. X guna solat smpai hitam dahi kalu khianat org mcm tu,siap sebar fitnah lg. Tsm dah hilang kepercayaan,hilang intergriti dek kerana dgr sgt tok lebai penipu dlm pas dgn ceta penyamun dlm umno.dia sanggup korbankan diri sndri demi penyamun dan penjual agama.tahniah diucapkan pd tsm,lu berjaya membuktikan ada lebih teruk drp anwar, which is yourself tsm. What an idiot.

    ReplyDelete
  15. Pada pandangan saya:
    1. Tsmy akan kekal pm8
    2. Akan ada runding dan khidmat nasihat kpd belah pihak supaya akur dengan keputusan ydpa.
    3. Kata kuncinya TDM. Jika dia bengis dan sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan institusi Melayu dan majoriti Melayu yang cintakan kesopanan dan rasa hormat kpd ydpa, rasanya TDM akan mati sebagai petualang
    4. Jika TDM mengguna apa jua cara untuk merampas pilihan ydpa dan berjaya, dia akan dikenang sebagai raja mandaliar moden dan dikutuk dicaci kebanyakan bangsa melayu. Si kitol²nya sudah ada depan mata.
    5. Sangat menghibakan nasib usia TDM dihujung nyawa.
    6. Ketika pas, UMNO DLL menawarkan kesatuan dan penyatuan bangsa kpd TDM tanpa mempunyai rasa prasangka tetapi rasa hormat mereka kpd susuk tubuh bernama TDM, tetapi TDM menghina mereka (melayu) dengan rasa prasangka yang tidak sepatutnya
    6. Jika TDM merasakan DAP, amanah penjilat DAP dan PKR plural itu kawan baiknya depan belakang kiri kanan, suatu masa mereka juga akan menerkam ibarat serigala terhadap TDM BILA TIBA MASAnya....
    7. Samada tsmy akan berjaya melepasi semua musibah ini, terpulang kepada TDM.
    Berjiwa besar atau berjiwa keparat dengan dendam kesumat....

    8. TDM kalau ikut plan awal bersetuju tsmy sebagai pm8, dia masih boleh berada dalam kerajaan sebagai menteri kanan dan TDM boleh membantu Malaysia dari segi urusan perhubungan dasar luar negara, pelaburan dan ekonomi.

    Sekian pandangan saya.

    ReplyDelete
  16. Asyik penyamun asyik pencuri.. sampai la ni mahkamah tak jatuh hukum lagi..

    selagi tiada hukumana dari mahkamah berdosa besar fitnah dan tuduh orang itu sebagai pencuri atau penyamun

    ingatan iklhas dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  17. Apa punya blog la...
    Nak bincang dan bagi pendapat pun disekat sekat..
    Tak ada ketelusan ...sama macam PH jugak dan Atok

    ReplyDelete
  18. Saudara2 semua.
    Pernahkan anda terfikir...Ada kah Tun M pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen .
    Adalah sangat menarik persidangan akan datang jika Tun M dilantik jadi Ketua Pembangkang.Bolih rakyat tengok prestasi Tun M .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak cakap pun tersekat sekat...better bagi orang lain la..
      Dengar dia nak letak jawatan MP Langkawi...betul ke??
      Harap dia terus bersara dari politik....
      Ramai pemimpin dlm Bersatu/BN/PAS/Komponen sabah dan sarawak yg boleh memimpin negara ini dgn baik...dah terbukti selama 62 tahun...

      Delete
  19. Nasib bek aku nie nama syed,kalu udah melayu nie bikin malu bangsa kurg2 aku leh ngaku aku nie arab. Bodoh punyer melayu, nak medaulatkan maruah melayu sekutu dgn penyamun,penjual agama. Paling menjijikkan halalkan perbuatan salah atas nama bngsa dan agama. Sape pun xnak anwar,tp nak lawan anwar bersatu yg pecah, khianat kwn2 dlm komponen PH.dlm amanah pun ramai sokong tun, korg dah khianat kami amanah yg sokong tun dan guna lapik nama bngsa utk menghalalkan pengkhiatan pd kami melayu yg lain. Bule tak stop using nama bangsa dan agam utk tujuan buruk korg? And lg satu gua nk tambah, byk melayu yg terjerit2 idup melayu, perpaduan ummah la, slalu sebut melayu islam,melayu islam. Betoi buta tamadun,sejarah,uncultured malay. Definasi melayu tu sndri membawa maksud kpd suku kaum nusantara yg beragama islam,org jawa hindu kita x panggil depa tu melayu,di indon pun paham melayu tu islam. Nk sebut melayu islam,melayu islam pasai apa.buta budaya,aku yg syed nie pun paham hngpa melayu idung kemik nie plak yg tak paham apa dia melayu tu.bodoh.

    ReplyDelete