Friday, February 14, 2020

BAGI MEREKA YG TIDAK BERMINAT ANWAR PM, MASA MASIH ADA SEHINGGA NOV 2020 UNTUK RANCANG SESUATU

Muafakat Nasional bukanlah satu khabar angin...

SD 138 juga bukan sesuatu yang tidak ada asasnya..

Cadangan Usul PAS sokong Tun di Dewan Rakyat buat musuh dalam selimut Mahathir terancam..

Ketiga-tiganya hanya spontan bagi mengekang desakan Tun berundur Mei 2020.

Ia nyata berjaya.

http://a.msn.com/01/en-my/BB101nJ4?ocid=sw

Semua perancangan perlu diteruskan...
Semuanya tidak semesti perlu persetujuan Mahathir atau Tun turut terlibat..

Penguasaan DAP ke atas Anwar dan worst jika Anwar jadi PM sangat sangat nyata..

https://lifeofaannie.blogspot.com/2020/02/anwar-dap-will-show-umno-no-mercy.html

DAP sangat kuat sokong Anwar,  lim kit siang sanggup gadai nyawa,  lim guan eng meroyan dengan muafakat nasional..

Bagi orang Melayu dan Islam,  sesuatu yang sangat ditentang oleh DAP adalah petanda mereka sangat bimbang hilang kuasa kerajaan..

Jika DAP tidak di sekat sekarang,  PRU16 atau PRU17 dan seterusnya mereka mampu jadi kerajaan dengan menguasai kerusi 80% apabila semua kerusi bandar akan dipecah menjadi 6-7 kerusi baru Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Seumpama Pulau Pinang, Pusat dan Puterajaya juga akan menjadi sukar dirampas semula..

Sebelum November 2020, samada tanpa atau bersama Mahathir,  Anwar mesti dihalang menjadi seorang PM.

Masih banyak ruang undang² yang boleh digunapakai untuk tujuan tersebut.
Masih ada pemimpin yang tidak tunduk kepada DAP yang boleh diangkat menjadi PM.

10 comments:

  1. Bagi mereka yang tidak mahu Anwar menjadi PM, tidak perlu merancang apa-apa pun. Memadailah untuk jalan terus bersama Tun. Tun sebagai seorang ahli hikmah akan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk muncul pemenang. Termasuk di dalam definisi 'apa yang perlu dibuat' ini ialah 'untuk tidak berbuat apa-apa'.

    Apabila Anwar membuat gerakan demi gerakan untuk menjadi PM-8, dia hanya sedang mendekatkan dirinya kepada terkena checkmate pada hari berlakunya perang besar di antara kebenaran dengan kebathilan.

    Hari ini juga, pasukan yang kelihatan paling beria-ria mahu menghalang Anwar menjadi PM ialah pasukan PAS iaitu satu lagi jemaah bathil di kalangan bangsa Melayu, selain UmNO dan PKR-Anwar sendiri.

    Biarkan mereka. Mereka semua bakal terkena checkmate serentak di tangan Tun dan 313 anggota pasukannya pada hari berlakunya perang besar tersebut.

    Yang menyokong Tun dan tidak mahu peliwat sebagai PM, tidak mahu penyamun dan penyangak kembali berkuasa, dan tidak mahu penunggang agama memegang kuasa di pusat, anda hanya perlu jalan terus bersama Tun. Sekiranya anda adalah di antara 313 yang bakal berjalan bersama Tun di medan perang besar di Putrajaya kelak, maka tabahkanlah dan cekalkanlah hati anda sehingga ke penamatnya, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja yang akan dapat membina mercutanda bangsanya yang berjaya.

    #jalanterusbersamaTun

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan terus bersama tun tu maksudnya sama2 jalan pegi mati ker?

      Delete
  2. John Doe...kalau nak berjalan terus dengan Atok kau boleh ajer, tapi kenalah berani sikit dengan DAP...LGE buat jahanam negara ni, Atok buat macam bododh ajer..
    Pemimpin Amanah yg jadi anjing kurap kpd DAP, sedang menghancurkan Tabung Haji....Atok pun buat bodoh ajer..

    Sebenarnya, Atok dan Anwar dan PH memang perlu ditumbangkan...Tak guna langsung...Jahanam negara.
    Tak payahlah nak terus memfitnah BN.....sehingga sekarang tak ada lagi yang masuk penjara..
    Jika BN terus memerintah negara mungkin negara sedang di puncak kejayaan..

    BN/Muafakat Nasional pakatan yang sebaik nya yg boleh memerintah negara ini...
    Telah terbukti...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku berlapang dada Allah tumbangkan BN terlebih dahulu dan PH naik jd kerajaan. Allah ingin menyatukan orang Islam di bawah Penyatuan Ummah dan kini dijelmakan menjadi Muafakat Nasional. PH gagal, lemah dan teruk adalah jalan agar akhirnya nanti Islam memerintah tanpa membuli bukan islam. Inshaa Allah Malaysia menjadi negara aman sejahtera bila diperintah oleh muslim yg jujur dan beriman. Ingatlah, PH hanyalah asbab untuk Islam menjadi kuat di Malaysia. Zaman BN menjadi kerajaan, perseteruan UMNO dan PAS walaupun sesama muslim tak pernah kunjung padam. Inilah masanya.

      Delete
    2. Kikiki...

      Orang-orang yang sedang melalui tempoh nazak mereka yakni ketika maut sudah semakin menghampiri merka, dan mati mereka pula bakal di dalam keadaan suul-khatimah memang sesuatu yang bukan luar biasa sekiranya mereka ini menjadi seperti orang hilang akal, meroyan dan meratib-ratib seperti orang sasau. Hari ini memang wujud puak-puak orang-orang yang meratib dan meroyan kesasauan.

      Satu puak meratib 'peralihan kuasa, peralihan kuasa, peralihan kuasa' setiap hari setiap minit macam orang sasau.

      Satu puak lagi meratib 'bubar parlimen, bubar parlimen, bubar parlimen', dan 'kerajaan sepenggal, kerajaan sepenggal, kerajaan sepenggal' setiap detik setiap ketika, pun macam orang sasau.

      Petanda bahawa kedua-dua puak yang telah sasau ini sedang menuju ke suul khatimah mereka masing-masing.

      Tidak mengapa, biarkan kedua-dua puak ini meroyan dan meratib kesasauan, kerana apabila seluruh bani Mim berkata "Innalillahi waiina ilaihi raji'un. Sesungguhnya Allah tidak menganiayai mereka sedikitpun sedang merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri", maka semua suara-suara orang-orang sasau yang meratib dan meroyan ini akan dengan sendirinya terhenti dan tidak lagi didengari.

      Seluruh bangsa Mim akan bersatu di bawah satu panji tanpa sesiapapun yang akan bertepuk tangan atau bersorak meraikan kemenangan mutlak mereka ke atas orang-orang yang sasau meroyan itu.

      Panji manakah itu? Ia adalah panji-panji yang dibawa oleh Pemuda Tamim yang pasukan pimpinannya tidak pernah tewas, dan pada hari ini ia berdiri di atas nama jemaah PPBM, selaku 'Kaum Yang Didatangkan'.

      Pada hari pembukaan itu, yang ada hanyalah orang-orang beriman yang bertasbih memuji Tuhan mereka kerana telah diberikan kemenangan mutlak ke atas lawan-lawan mereka yang berdusta dan membuat fitnah, dan orang-orang bongok dan bingung yang beristighfar memohon keampunan daripada Tuhan mereka apabila mereka disedarkan dan diselamatkan daripada kesesatan menyokong kebathilan diakibatkan kebongokan dan kebingungan mereka selama sebelum itu.

      Apabila panji-panji yang dibawa oleh Pemuda Tamim itu yang berwarna hitam benar-benar telah muncul dan berkibar menandakan kemenangan mutlak golongan yang pertama yang bertasbih memuji Tuhan mereka, maka itulah dia 'hari pembukaan' buat seluruh bangsa Mim dan selanjutnya umat Mim.

      Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah sahaja untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

      Malah bagi orang-orang yang meroyan kesasauan, kesemua mereka dipersilakan untuk mendustakannya, memperolok-olokkannya, bahkan untuk mencelanya, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan peringatan tentangnya.

      #jalanterusbersamaTun

      Que sera sera; W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. aku tak nak jalan trus dng atok sbb ayok ni bole u turn bila bila masa aku sokong dng nak tepok ajer...sbb fakta deoan bijik mata skg ni atok jalan lurus tetiba bole kona baring buat u turn sbb atok acah acah power ajer... naye nnti..

    #bolejalandngnubuwahpalsukau




    kikikikiki...

    ReplyDelete
  4. Jalan terus dengan Tun bukanlah yang terbaik kerana yang akan mengendalikan negara adalah generasi sekarang..

    Jalan terus dengan Tun ada limitation.. Masa.

    Tun tidak dapat lakukan sendirian, ia memerlukan sokongan dan dokongan dan Tun juga perlu menerima dan mempertimbangkan hasrat rakyat.

    Tun akan disokong selagi tidak membenarkan DAP menguasai kerajaan sekarang dan akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan terus bersama Tun sehingga kemenangan mutlak itu dicapai, dan sehinggalah Tun benar-benar menyelesaikan perjuangannya membina mercutanda bangsanya yang berjaya.

      Apabila sesuatu pasukan itu telah menang mutlak dan lawan-lawan mereka pula telah tewas mutlak, maka mereka tidak lagi perlu risau kepada apa-apa tentangan lagi kerana tiada lagi pasukan-pasukan lain yang akan menentang mereka selepas mereka menewaskan kesemuanya.

      Tun memang tidak boleh mencapai kemenangan mutlak itu bersendirian, tetapi dengan izin Allah, Tun hanya memerlukan 313 anak-anak Bani Mim yang benar-benar cekal dan tabah sahaja untuk pasukannya benar-benar menang mutlak dan menewaskan mutlak kesemua pasukan-pasukan lawan yang lain.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. Bagi Yg berminat mcm Aku, serah saja Kat Allah mcm selalu aku cakap. Jika niat betul, ikhlas, benda akan dtg je dakapan kita, taK perlu susah payah nak kejar, susah2 nak planing. Dia akan dtg dgn sendirinya. Kenapa nak Dengar Kata para ulama Yg mereka ngajar org utk mungkir Janji. Tuan punya Badan pun Kata Dah tak larat Dan akan oegang pada Janji, tuan punya Badan Yg lain plak Kata taK kisah tunggu. Yg sekeliling plak melenting mcm ikan laut dicampak ke dlm air Paip. Rilek la, jika hati kita dipenuhi dendam, hasad Dengki, busuk hati. Digelar ulama dunia pun Allah tak akan tolong. Buktinya dlm nak Jadi king maker dgn tujuan nak jual undi ahli Demi kuasa, lepas tu tuduh parti nyamuk sebagai pemecah undi, Dimana mereka sekarang, Berapa banyak aib mereka terdedah. Tu semua kerja Allah. Ade ke ulama Yg Kata wajib menipu. Kalau Aku yg Kata tu org tak heran. Lantak Ko la. Itu la politik Kat sekeliling kita. Jgn terlalu benci sesama saudara seagama. Normal kita tak Suka org, Tapi tiap Kali Buka mata, buka Mulut je terus sebut Dan lihat benda Yg sama. Tu tak normal. Pandang Sana nampak anwar, dengar sini Dengar anwar. Bersuara aje terpancul nama anwar. Elok la pergi spital. Takut ade syndrome takut anwar Jadi pm. Penyakit tu tak bahaya, Tapi Cuma akan banyak buat dosa dgn mengata. Elok la Cepat2 pegi Sebelum Nov 2020. Kalau lambat Nanti Dah tak bleh ubat. 😊😊😊😊😊😊..

    ReplyDelete