Monday, February 10, 2020

DONALD TRUMP PUN KENA SOUND DENGAN MAHATHIR..


# Seorang PM yang akan berundur sebulan dua lagi sudah tentu kurang minat dengan isu² luar negara.
Tetapi tanda² itu tiada pada Mahathir.

Cadangan USUL UNDI PERCAYA oleh PAS mendahului USUL UNDI TIDAK PERCAYA yang diura²kan para pengkhianat..

Hanya si pengkhianat yg tidak bersetuju dengan USUL UNDI PERCAYA.. Hipokrik dan munafik mereka terdedah atau terpaksa sokong.




Mahathir a voice of reason in world gone awry: The prime minister's call for Donald Trump to resign is a response from a concerned global citizen.

11 comments:

  1. Bukti nyata Tun memiliki ciri pertama pemimpin Kaum Yang Didatangkan yang disebut di dalam Al-Maidah : 54 iaitu 'Mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman sedang mereka tegas terhadap orang-orang yang kafir'.

    Kaum Yang Didatangkan ini hanya muncul selepas kaum yang asal bagi Orang-orang Yang Beriman (Ammanu) iaitulah UMNO menjadi Kaum Yang Berpaling daripada jalan kebenaran.

    Ia berlaku apabila Presiden jemaah ini yang juga PM Malaysia pada masa itu telah mengambil Trump, bapak segala Nasrani Zionist menjadi walinya (pemimpin) dengan kalimah taat mutlak 'your enemy is my enemy', dan menjadikan UmNO sebagai jemaah orang-orang yang berpaling tadah daripada ajaran agama Islam kerana berwala kepada bapak segala Zionist Nasrani.

    Jemaah manakah yang didatangkan selepas UmNO menjadi Kaum Yang Berpaling? Jawapannya, ia adalah jemaah PPBM.

    Dengan izin Allah, PPBM sebagai 'Kaum Yang Didatangkan' akan muncul sebagai 'Golongan Yang Menang' apabila tempoh permainan itu tamat.

    #jalanterusbersamaTun

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. John Doe...
    Sekiranya selepas ini ditakdirkan Tun bersatu dgn UMNO n PAS membentuk satu gabungan apa pulak yg anda nk gelarkan kpd gabungan ini?

    Adakah anda akan menyatakan bahawa gabungan yg turut disertai UMNO yg korup n PAS yg ekstremis merupakan jemaah pilihan Allah?

    Sekadar memohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Qastan Zarian,

      Terima kasih di atas pertanyaan. Mohon berkongsi pendapat.

      Saya pernah mengatakan bahawa Tun adalah seorang ahli hikmah yang diberikan hikmah untuk memahami dengan terperinci setiap keadaan dan untuk mengetahui apa yang betul untuk dilakukan di dalam setiap keadaan tersebut. Input yang berbeza sudah tentu menghasilkan output yang berbeza.

      Satu ketika dahulu Tun pernah mengatakan DAP sebagai rasis semasa ia mengetuai BN, tetapi semasa ia menubuhkan PH ia menjadikan DAP sebagai sekutunya. Ini adalah kerana Tun dapat menilai bahawa rasis DAP adalah kejahatan yang jauh lebih kecil dan boleh dikawal melalui rule of law jika dibandingkan dengan kejahatan dan ancaman besar Yahudi Zionist APCO, Nasrani Zionist Donald Trump dan China Komunis yang dijadikan sekutu oleh Najib.

      Input pada zaman PM-4 berlainan dengan input pada zaman PM-6 maka keputusan outputnya berbeza.

      Hari ini dengan Tun bersama-sama DAP, DAP menjadi lebih sedar sama seperti GERAKAN selepas mereka menyertai BN.

      Begitu juga 20 tahun dahulu Tun pernah mengatakan Anwar tak layak menjadi PM memandangkan dia mengamalkan seks songsang yang menjijikkan.

      Walaubagaimanapun 2 tahun lepas Tun bersetuju pula untuk bersekutu dengan Anwar - PKR dan bersetuju untuk Anwar menjadi PM selepasnya demi menjatuhkan Najib.

      Tun telah mempertimbangkan perkara-perkara berikut semasa membuat keputusan tersebut:-

      1. Najib Kleptokrat dalah kejahatan yang lebih besar daripada Anwar peliwat.

      2. Najib sedang menjadi PM adalah penyakit yang perlu diubati segera, sedang Anwar bakal menjadi PM adalah risiko penyakit yang hanya berkemungkinan akan berlaku dan tidak semestinya akan berlaku.

      Input pada zaman PM-4 dan PM-5 berbeza dengan input semasa PM-6, dan demikian outputnya juga berbeza.

      PPBM bersekutu dengan PKR yang diketuai oleh seorang peliwat tegar adalah satu keperluan semasa yang mendesak bagi PPBM demi menjatuhkan kejahatan yang lebih besar iaitulah kerajaan Najib.

      Ia tidak menjadikan PPBM sebagai berada di jalan yang salah. Bahkan hari ini dengan bersekutunya PKR dgn PPBM di bawah PH pimpinan Tun, sebahagian ahli PKR telah sedar usaha menaikkan seorang peliwat tegar menjadi PM adalah usaha yang bathil.

      Adakah PPBM akan bersekutu dengan UmNO dan PAS? Saya tidak tahu. Kebarangkalian besar ialah secara rasminya ia tidak sama sekali tidak akan berlaku. Tetapi itu tidak bermakna PPBM akan menolak sokongan ahli-ahli UmNO dan PAS kepada pemimpin terulung PPBM.

      Saya tidak boleh membaca secara detail apa yang akan berlaku di antara tempoh PPBM-PH menumpaskan UmNO-BN dengan tempoh UmNO benar-benar akan lenyap di tangan PPBM, tetapi saya berkeyakinan bahawa kelak apabila zaman fitnah ditinggalkan, kesemua jemaah2 bangsa Melayu selain PPBM akan lenyap dan seluruh bangsa Melayu hanya akan bernaung di bawah satu jemaah dan satu panji sahaja, dan ia adalah jemaah dan panji PPBM.

      (Bersambung)

      Delete
    2. (Sambungan)

      Cuba fikir dengan akal dan iman akan perkara-perkara berikut :-

      1. Sebuah jemaah yang tidak menjadikan Islam sebagai agendanya dan mempromosi pula seorang peliwat tegar menjadi PM, adakah ia boleh jadi satu jemaah yang berada di atas jalan yang benar?

      2. Sebuah jemaah yang berwala kepada Yahudi Zionis dan Nasrani Zionis, dan menubuhkan satu pasukan tentera cyber yang mengamalkan 'fujur dalam berdebat', adakah ia boleh jadi satu jemaah yang benar?

      3. Sebuah jemaah yang hidup dan mendapat sokongan melalui pelakuan takfir selama puluhan tahun, dan takfir itu tidak pernah ditarik balik, adakah ia boleh jadi satu jemaah yang benar?

      4. Satu jemaah yang ditubuhkan sebagai serpihan sebuah jemaah takfir, semata-mata untuk kekal bersekutu dengan jemaah bukan Islam dan kini kelihatan lebih prihatin kepada orang-orang kafir dan isu-isu mereka, berbanding isu-isu bangsa dan agama Islam sendiri, adakah ia boleh jadi satu jemaah yang benar?

      Kita masih di zaman fitnah di mana perpecahan adalah satu fenomena umat. Selagi karamah belum terbongkar selagi itulah ia menjadi satu keadaan yang kita perlu terima, dan pertimbangkan apa yang betul untuk dilakukan.

      Apabila zaman fitnah ditinggalkan kelak, seluruh umat hanya akan bersatu di bawah satu panji iaitulah Panji Imam Akhir Zaman. Bagi negara Malaysia, jemaah manakah di antara kesemua jemaah Melayu Muslim yang ada kini yang memiliki kelayakan untuk menjadi Panji Imam Akhir Zaman? Jawapannya ialah PPBM bukan sahaja kerana ia berada di jalan yang benar, bahkan juga ia adalah satu-satunya jemaah bangsa ini yang tidak pernah tewas.

      Bahkan, AMANAH sedang menyokong Tun.
      PAS juga telah menyatakan sokongan kepada Tun.
      UmNO juga tidak mahu ketinggalan dan mengatakan sokongan kepada Tun.

      Kesemua jemaah yang berdiri di atas nama Melayu Islam kini melihat mereka perlu menyokong kepimpinan Tun.

      Maka untuk apakah lagi AMANAH, PAS dan UmNO terus wujud kalau semua dah menyokong Tun? Secara hikmahnya sekiranya kita benar-benar mahukan perpaduan, maka hanya satu jemaah sahaja yang perlu dibiarkan wujud dan ia adalah jemaah PPBM yang pemimpin terulungnya kini disokong oleh kesemua jemaah Melayu Islam lain yang ada.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. Di UNGA 2018 N York, Tun cakap depan2 membalun Trump, USA & Israel di ucaptamanya sampai Trump tak cukup tanah cabut lari.

    Bukan macam ‘Nakhoda Tegang si Malim Kecundang Najib’, lepas Obama dia sambung menjilat Trump. Dah tuu, adakah patut konon dia ati nak perkasakan ekonomi Amerika dgn guna duit KWSP kita untuk membeli berpuluh-puluh pesawat boeing,dah hilang akal kerr.......??

    Si ‘Rear’ Admiral Nuwar pulak ketika di WIAawancara Hardtalk, bukan main lagi dia mengiktiraf kedaulatan/sovereign negara Israel (mentang2lah dia balaci/budak suruhan Paul Wolfowitz, agen CIA & orang kuat World Bank, yg berbangsa Zionis Yahudi.

    Astaghfirullah......!!

    ReplyDelete
  4. Napee senyaap aje KD ari nii...kena accident kee?..

    ReplyDelete
  5. Apa yg Ezam KOTAK & geng refobasi tak faham, ialah....dulu lain, sekarang lain.

    Dulu, ketika Tun M jadu PM4 dia berjaya menguasi 2/3 kerusi Dewan Rakyat di bawah BN. Dengan yg demikian, dia ada power untuk menyerajkan jawatan PM kpd sesiapa sahaja.

    Sekatang sudah lain -Lain hulu, lain parang. Lain dulu, lain sekarang. Hehehehe

    Sekarang party BERSATU cuma party nyamok, menguasai cuma 13 kerusi di dewan rakyat. Dengan ini, meskipun TUN M berjanji tapi dia takda power untuk serah jawatan PM itu kpd Anwar. Because, at the end of the day, YDP akan bertanya, adakah Anwar mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli Dewan, barulah YDP lantik dia...?????

    Meskipun PKR paling banyak kerusi ahli Dewan, tetapi jumlahnya cuma 53 - sedangkan utk dilantik jadi PM, Anwar perlu ada 112 sokobgan Ahli Dewan Rakyat.

    Tun M yang sudah 22 tahun jadi.PM is very much aware about this, hence he concure to Anwar & Pkr demand to concede jawatan PM within two years. He knows, within two years, manusia berubah. Dia biarkan Anwar meratib setiap hari. Dan, ratiban inilah yg jadi musibah kpd impiannya untuk jadi PM8.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ape yg lainnye cik minah ku sayang ?...adakaah undang ato perlembagaan peraturan sudah di pinda?..kalo sudah dipinda baru boleh cakap sudah lain...kalo tidak jadi temberang ajee..

      Delete
  6. Selepas 10 Tahun, Khazanah Rugi Pertama Kali Sebanyak RM6.3 Billion
    Safiqri 24 Jun ohtidak


    rekod kerugian sebelum cukai Khazanah Nasional Berhad dicatatkan pada RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya sekaligus menyaksikan kerugian pertama yang dicatat Khazanah dalam tempoh 10 tahun. Keuntungan Khazanah terjejas disebabkan penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividen dan rosot nilai yang tinggi kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

    “Rosot nilai direkodkan pada RM7.3 bilion pada 2018, meningkat RM5 bilion berbanding 2017,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

    Menurut beliau, pada 2018, kerajaan memulakan pelan penstrukturan dan penyusunan semula Khazanah termasuk menukar kepimpinan dan Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan. Susulan itu, Khazanah turut menyemak dan menilai semula pelaburan cabang pelaburan kerajaan itu.

    “Perubahan ini diterjemahkan kepada prestasi kewangan Khazanah pada 2018,” kata beliau lagi.


    Nilai portfolio Khazanah Nasional Berhad turun 21.6 peratus kepada RM91 bilion setakat 31 Disember 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

    Kerajaan sebelum ini berdepan kritikan ekoran tindakan menjual beberapa aset strategik Khazanah yang dilihat akan merugikan syarikat strategik negara itu dalam jangka masa panjang dan pendek

    ReplyDelete
  7. Madey nak lawan Tram?..

    Aviation industry stands to lose RM4.4bil from FAA downgrade
    AVIATION
    Tuesday, 11 Feb 20202:59 PM MYT
    By Royce Tan


    KUALA LUMPUR: The Malaysian aviation industry stands to lose RM4.4bil this year if the aviation authorities in China, Japan and South Korea bar Malaysian airlines from introducing new routes following the downgrading of Malaysia’s aviation safety rating in November last year.

    The Malaysian Aviation Commission (Mavcom) said the three countries made up about 8.6% of the total seats of Malaysian carriers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sejak-semenjak kebelakangan nih kau tak lagi ungkit2 nilai RM, haaaa....??

      Delete